Skip to main content

Jenis-Jenis Komen

aku suka kalau orang komen kat blog aku. well, blogger mana yg tak suka? yer dok? tapi dalam aku dok perhati, komen kat blog pun ada macam-macam spesis jugak. ni sekadar apa yang aku perasan la. jom kita tengok satu-satu..

komentar, comment, bloging


1. kojang (komen panjang)


komen yang sangat tinggi nilainya dari segi kualiti dan quantiti. selalunya, komen macam ni agak panjang. komen dimana si pengomen turut menyatakan pendapat dan pendirian beliau serta maklumat2 tambahan yang berkaitan dengan entri.

aku paling suka komen macam ni.. jarang boleh jumpa. tapi kalau aku nk tinggalkan komen macam ni pun, ikut entri jugak la. kalau entri tu memang dalam bahagian bidang aku, boleh la aku komen macam tu.

2. komen spam


komen yang penuh dengan link-link yang selalunya langsung tak ada kaitan dengan entri dan diletakkan dengan atas kepentingan si pengomen semata. contoh, link iklan, dan sebagainya. selalunya terdapat di shoutbox.

banyak cantik..?

3. komen ber-link


komen yang ada link, tapi bukan atas kepentingan pengomen semata, atau mungkin atas permintaan penulis entri. contohnya link entri segmen, link entry yang menunjukkan penulis blog tu telah ditag, link maklumat tambahan yang berkaitan dengan entri, dan sebagainya.

komen jenis ni agak kontroversi, sebab ada yang kisah dan ada yang tak kisah. bagi aku, kalau boleh, jangan. tapi kalau atas keperluan, tak pe la.

kalau nak komen kat blog aku ni, x perlu la nak tinggalkan link blog sekali dengan komen untuk aku membalas kunjungan. selagi profil korang tu boleh trace balik ke blog korang, aku akan cuba balas kunjungan dan komen. jangan risau. cuma beza lambat dengan cepat je, bergantung kepada masa yang aku ada.

kalau link lain yang ada kaitan dengan aku atau dengan entri, aku tak kisah sangat.

4. komen cliche


komen yang paling mudah dikomen. terutamanya komen untuk segmen dan GA. contohnya "all the best", "selamat bersegmen", "tahniah" dan sebagainya..

aku pun selalu jugak guna komen jenis ni. habis tu, kalau dah segmen, ada plak gambar baner je, nak komen macam mana lagi.? yer dok?

5. kompen (komen pendek)


komen yang sangat pendek, tapi tak semestinya langsung tak ada kaitan dengan entri. contoh : " :) " (smiley face), "ok", "hehehe", "owh..", dan sebagainya

aku pernah buat. dan aku pun x kisah kalau korang nak komen macam tu. asalkan ada komen. daripada jadi silent reader, aku lebih prefer yang ni. at least boleh kita balas jejak/komen.

6. komen tak ada kaitan


komen yang ada isi, tapi macam tak ada kaitan langsung dengan entri. contohnya, entri pasal kematian ahli keluarga penulis, tapi komennya  "hai, cantik la blog awak. saya suka la."

komen macam ni, kalau sekali sekala tak pe la. sebab nak tanya khabar ke, dsb.. tapi, ni kalau setiap kali komen, semua jenis macam kat atas tu, pengomen tu baca ke tidak entri kita?

7. komen balas membalas


komen yang ada button reply, dan penulis entri akan membalas komen si pengomen dan kemudiannya pengomen tersebut akan membalas kembali balasan si penulis, and so on..

aku sedaya upaya nak buat macam ni, tapi mungkin kekangan masa aku nak membalas komen tu.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

hmm.. komen yang jenis macam mana lagi yer yang selalu orang komen..? any idea?

Comments

  1. hahaha.. nice one bro. komen spam tu yang buat aku delete shoutbox. tension je tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ada jugak shoutbox tu.. x de la kena spam sangat.. tapi rasanya saya macam tak guna je kotak tu.. kadang2 je tengok. tu yg delet. bila delet, mereka yg nk meninggalkan jejak, nk tak nk kena tinggalkan kat komen.. hehehe

      Delete
  2. selagi tak mendatangkan masalah, komen2 yang akak terima, ok je.. akak publish kan.. ;)

    ReplyDelete
  3. hahaha...kalau ni kome ape? "Blogwalking sini..."

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya jatuh under catagori komen tak ada kaitan kot.. hehehe..
      tapi disebabkan entri pasal jenis2 komen, jadi, ada kaitan balik.. hehehe

      Delete
  4. Ohhh...OK, hehehe!

    p/s: baru tau ada kompen...sekadar mencuba.

    ReplyDelete
  5. Komen main2 xmasuk list ke Pha Is,huhuu.....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. list pengomen tegar..? yg tu asalkan ada komen, masuk la..

      Delete
  6. apa jenis komen pun saya layan je.... jgn kurangajar sudah...

    ReplyDelete
  7. haha.. senyum2 bace entry nie.. konjang n kompen pon boleh..huhu.. but nice entry bro pha is.. :)

    ReplyDelete
  8. selalu jadi silent reader je. eh, terkomen pulak! hehe~

    ReplyDelete
  9. Bila baca entri ni baru perasan jenis-jenis komen yang ada (jadi concious) hahaha... Good observation :D
    Kalau tak silap bro Pha Is pon ada buat komen 'balas membalas' kat blog saya... time ada time agaknya tu noo... eheheh... btw thanks bro Pha Is... Actually saya tak berapa pandai bab etika ke prosedur ke bab komen ni cuma tahu jenis SPAM yang disebut tu je lah... So, saya biasa jugak 'reply' komen orang lain dekat entri blog orang... sebab bila entri menarik, saya baca dengan komen-komen orang lain jugak...hahahaha... so what do you think of the etika... is it OK? or tak OK dar segi etika tu...sebab bila saya dah reply kadang-kadang tuan blog tu dah tak reply komen, mungkin dia tak suka tapi tak di mention kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau orang lain, saya tak tahu.. tapi saya okay je.. saya x de masalah kalau dapat komen yg sudahpun di-reply walaupun saya belum reply.. baru nampak 'berkembang' entri tu. bukan hanya sekadar penulis entri yg merapu syok sendiri, tapi turut dapat maklum balas dari pembaca. itu apa yg saya rasa la...

      bab, tuan blog yg tak reply tu, mungkin tuan blog x reply sebab persoalan yg diajukan oleh pengomen pertama sudah pun dijawab oleh pengomen yg reply.. tapi rasanya selagi komen yg positif, tak kan la dia tak suka.. heehe

      Delete
  10. hmm... apa2 jenis komen pun KN suka... hehehe

    ReplyDelete
  11. hahaha.. tak terfikirpun pasal komen2 ni.. hehe.. btw nice entri.. hehe

    ReplyDelete
  12. mostly pernah terima semua jenis komen yang ko list diatas, tapi aku sendiri komen kekadang depends on situation, kalau isu tu something yang aku tahu aku akan komen panjang skit laa tapi kalau isu tu something yang aku not sure,aku akan keep it short supaya aku tak merapu..tapi apapun majority komen aku mempunyai signature supaya orang tau yang aku sendiri tulis,..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. kalau tetang hal yg kita tak tahu, x berani nk komen panjang2..
      ha ah.. selalu nmpak komen azlan ada signature.. tapi kali ni x de signature pun.. hehehe

      Delete
    2. saje jer nak buat gimik pha is...hahaha

      Regards,
      -Strider-

      Delete
  13. Apa pun jangan komen yang menyakitkan hati jer, ye dak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. komen sebaiknya komen lah yg baik2.. hehee

      Delete
  14. agaknya akak jenis komen yang macam mana ya pha is? hehe.. kalau akak komen panjang tu maknannya akak memang tahu mendalam mengenai entri tu.. tapi kalau pendek tu maksudnya tu bukan bidang yang akak tahu.. ada satu lagi jenis komen dari anonymous, akak dah banyak kali kena, sangat menyakitkan hati.. nak menabung keluar churp2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa... komen cik anon... !!!

      Delete
    2. tak tahu la cik anon atau en. anon.. hehe.. menabung visa dan inti kat sini.. :D

      Delete
  15. kekadang no 1 kekadang no 5.. kalau kat blog sendiri no 7 :p

    ReplyDelete
  16. Byknye jenis komen....hehehe....rietta plak komen mmg pendek jerr la...xpndai nk komen...hehee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendek pun x pe.. janji komen.. hehehe

      Delete
  17. Dulu-dulu aku memang rajin jugaklah hantar komen panjang berjela ni. Sekarang ni, dah tak bole, sebab banyak kerja yang nak kena kejar. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay.. kena ikut priority.. kalau ada banyak masa, boleh la luangkan masa lebih sikit, komen gempak2.. heheh

      Delete
  18. Kita cuba untuk memberi komen yang relevan. Tapi kadang-kadang masa begitu terhad..so ambil yang penting aje..as long as tak lari dari topik dah..tak gitu Pha is..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tu pun boleh.. contohnya, entri panjang2, dan isu yg pelbagai.. xkan nak komen untuk semua isu.. komen tentang yg mana yg kita tahu, kira okay dah. hehe

      Delete
  19. akak pulak biasanya akan tinggalkan komen panjang kalau entri tu akak faham ceritanya, atau ada kaitan dengan pengalaman sendiri.
    ha..ada satu situasi ni, dalam satu entri ada 3,4 cerita..akak takkan bagi komen/respon pada semua cerita..cukup pada salah satu cerita yang menarik di dalam entri tu.
    *ni kategori kojang kot ehh..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. saya pun selalu buat macam tu.. kecuali la kalau semua cerita2 tu sangat menarik.. heeheh
      hmm.. boleh dikira kojang jugak ni.. heheh

      Delete
  20. komen ikut mood...kalau agak-agak faham atau dia cerita benda yg seronok...kena la happy dengan dia jugak :)

    ReplyDelete
  21. Assalammualaikum...pha,

    komen mengomen nie.. pape pun bagus kan. kerana tinggalkan jejak kan..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu antara kelebihan meninggalkan komen berbanding hanya menjadi silent reader.. ada jejak untuk dibalas.. hehehe

      Delete
  22. bagi sy org yang comment NO.5 kompen tu jenis org yang tak baca pun entri kita..ada gak yang selalu baca tak habis dia baca atas jer faham yang atas jer. bila comment takde kene mngena tu lagi tah pape hehe


    senang cerita tak yah rasa terpaksa nak comment......... hehehehe
    lagi satu pesanan bila kita comment blog org biar lah atas dasar kita minat cara penulisannya.. tak mintak dibalas kunjungan.... :DDDDDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lebih baik.. lebih ikhlas mengomen.. hehehe

      Delete
  23. Saya tersenyum di mulut dan tergelak dalam hati masa baca huraian komen jenis ke-6.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab agak lucu orang macam ni, tiba2 tegur diluar topik...kesian kat tuan blog tu...huhu

      Delete
    2. ha ah.. kesian penulis entri.. penat2 dia bercerita, yg komen tu tak baca pun, terus komen.. hehehe

      Delete
  24. Yang penting...komen mestilah yang positif...kita ingin bermesra sebagai blogger...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. antara tujuan kita mengomen, sbb nk jalinkan ikatan sesama blogger dalam alam maya.. kalau komen yg negatif, bila ikatan nk terjalin... hehehe

      Delete
  25. Hahaha.. Terbaek la LOL (y)
    #PrayForMH370

    ReplyDelete
  26. mcm jnis komen ada kan
    saya suka komunikasi dua hala.
    kalaj ada yg bertanya saya cuba reply balik ke kotak komen belaiu.kalau dia pon balas on the sport lg sronok. rasa mcm bersembang je.hihi.

    lagu satu tak berapa suka kalau nak komen ada kod verification tu.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. kepentingan membalas komen ni boleh wujudkan komunikasi dua hala.. baru tak macam syok sendiri.. hehehe

      yg pasal word verification tu, saya pun kurang berkenan.. rasa malas nk komen kalau tau blog tu ada word verification untuk komen..

      Delete
  27. tengok entry la...kalau rasa tajuk tu interesting tuk dibincangkan...komen la panjang...klu rasa idea tu kurang...pendek pun cukup la...janji x lari tajuk n x menyakitkan hati...

    ReplyDelete
  28. banyak ya jenis komen ni...Komen balas membalas tu membest..hahahaha :D

    ReplyDelete
  29. bro cukup kreatif juga mengabungkan dua patah perkataan menjadi satu..terbaik gitu..

    p/s : Jom Sokong Muslim Niaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de la kreatif sangat pun.. diadaptasikan dari perkataan "cerpen", cerita pendek...

      Delete
  30. tak kisah apa pun jenis komen . sis komen pun tgk entry mcm mana .

    ReplyDelete
  31. Hahaa.. menarik ni Pha Is.. saya apa jenis komen pun saya tak kisah asalkan jngn spam & yg negatif2 je sudahlah.. :D :D

    ReplyDelete
  32. kompen-komen pendek hehe...
    kalau akak,ikut mood serta idea jugak...

    ReplyDelete
  33. semua Munirah pernah buat. haha. Kalau tak tau nak komen apa just cakap singgah sini dan :). habis modal dah la tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. maklumlah, orang rajin komen.. ehehe

      Delete
  34. kdg2 kita komen ikut isi entry dan kalau ada idea mmg panjang gak la..heee...nice sharing pha is..

    ReplyDelete
  35. macam2 jenis komen rupanya..tak kisah pendek atau panjang..janji jangan spam dan komen yang negatif..

    ReplyDelete
  36. best gak kalo ada org komen panjang2. nnt boleh guna komen diorang utk diulaskan utk next entri. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betol2.. tambah2 kalau ada komen jenis request, mintak kita tulis ttg sesuatu..

      Delete
  37. Selalunya beginilah, jenis komennya. Tapi, apa perasaan blogger tersebut pula jika entri yang dia tulis tu bukan main panjang, tapi yang dikomen, bagus entri ni, bagus perkongsian ni. Alamak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. bergantung kepada penulis entri jugak kot.. munhkin ada yg terasa hati, tapi saya x kisah sangat.. hehehe

      Delete
  38. Seronok baca entri ni.. kojang? kompen? muahaha.. macam nama kucing jek :D
    semua komen Nurul ok je.. tapi kalau yg balas2 komen tu macam best skit, tau die luangkan masa utk return baca dan reply.. *tacing gak la.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama kucing..? hahaha
      ha ah.. pernah rasa macam tu jugak.. tapi x de latacing2 sangat.. just terharu je.. hehehe

      Delete
  39. selalu buat komen 4 dgn 7 je.. sorry la pha is baru ada masa nk balas jejak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe.. take ur time.. tapi apesal bila saya balas jejak, tulis blog dah tak wujud.. dah delet blog ke..?

      Delete
  40. Em, baru nak berjinak-jinak komen.. tu pun kalau ada waktu senggang

    ReplyDelete
  41. 5,6... komen yang paling menang. Hahaha...

    ReplyDelete
  42. Tak kisah sangat pasal komen ni..tapi jgn tinggalkan komen yg boleh orang pandang negatif pd blog kita..

    ReplyDelete
  43. kadang2, kalau komen tu letak dengan link blog, terutama macam yang pakai blogspot, lebih senang nk view blog deorang tu sebab tak payah nk direct ke banyak page. boleh terus select and right click je :)

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu betol, tapi agak bahaya kalau komen ada link ni... takut jatuh hukum spam.. hehehe

      Delete
  44. semua pernah buat
    tp yg cliche tu mmg sellaulah haha
    yelah nak komen ape je
    dah asyik segmen n GA kan
    so all the best or good luck tu lebih afdal kot? haha

    btw skrg ade trend komen cara baru yg xde kena mengena dgn entry
    eg: Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. XXXXXXXX.blogspot.com :)

    rasa macam eh.. annoyingnya -_-

    ReplyDelete
  45. sy suka komen y disertakan dgn pendapt..so that xde la penulis tu syok sendiri..

    tak suka komen y xde kait dgn entri . nmpk sgt xbace sbnrnye..eheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kalau x, nmpak sangat macam syok sndiri.. hehehe

      Delete
  46. Rajin Pha Is buat pemerhatian dan klasifikasi komen yang ditinggalkan oleh para pengunjung blog.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal