14.2.14

Kasihkan Nabi, Berselawatlah

jika benar kasihkan nabi, ikutilah sunnah nabi, dan berselawatlah. sesungguhnya nabi kasihkan umatnya yang banyak berselawat.

daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, Sabda Rasulullah (S.A.W.): “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. 
(Hadith riwayat Imam Tirmizi)

ketahuilah bila kita berselawat keatas nabi, sesungguhnya Allah dan makhluk di langit akan berselawat kepada kita. bila kita kasihkan nabi sesungguhnya Allah dan makhluk di langit pun turut sama kasihkan kita

Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Al-Ahzaab 33:56)

sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud :  
Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat. 
(Hadis riwayat an-Nasa’i)

seperti firman Allah lagi,

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(A-li'Imraan 3:31)

berselawatlah



kerana bila kita mengasihi Nabi, Nabi akan mengasihi kita. Allah juga akan mengasihi kita, dan makhluk dilangit juga akan turut sama mengasihi kita. dan insyaAllah, makhluk dibumi juga akan turut sama mengasihi kita :)

maa'ssalamah,
Pha is

33 comments:

  1. peringatan yang baik...besarnya kelbihan berselawat...

    ReplyDelete
  2. bersamalah kita berselawat ke atas rasulullah saw..

    ReplyDelete
  3. muhasabah diri, aku pun terus terang jarang berselawat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe la. lepas ni sama2 kita banyakkan berselawat...

      Delete
  4. mudahnya nk dpt pahala dan keredhaan drpd Allah.. berselawatlah untuk manusia agung.. Nabi Muhammad saw

    ReplyDelete
  5. moga kita sentiasa berselawat mengingati rasullullah. :)
    mudah nak pahala.

    ReplyDelete
  6. Salam Jumaat.. Saling mengingati :)

    ReplyDelete
  7. Salam jumaat.. Nice sharing Pais.. sama-samalah kita bersalawat ke atas Nabi junjungan kita Muhammad salawahualaihiwasalam.. :)

    ReplyDelete
  8. Bersamalah kita semua sentiasa berselawat keatas junjungan besar kita, Rasulullah saw.. Salam Jumaat Pha Is.. :)

    ReplyDelete
  9. sama sama kita berselawat ke atas nabi Mohamad SAW

    ReplyDelete
  10. Insya-Allah , sama-sama berselawat dan berzikir sekali ;)

    ReplyDelete
  11. Salm pha is...Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W....

    ReplyDelete
  12. Ya! Mari kita sama2 berselawat! Tidak kira masa dan hari...cuma Jumaat tu ganjarannya lebih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. malah ada hadis yg khabarkan keutamaan untuk banyakkan selawat pada hari jumaat..

      Delete
  13. betapa hebatnya berselawat.. inshaAllah banyakkan berselawat semasa memasak dan selepas solat.. :)

    ReplyDelete
  14. terima kasih atas peringatan en.Pha Is.. =)

    ReplyDelete
  15. berselawat lah tanda kita sayang nabi kita..

    ReplyDelete
  16. selawat selalu pun xsalah.. peringatan buat diri

    ReplyDelete
  17. peringatan yang baik...selamat kembali ke dunia blogging..

    ReplyDelete
  18. Thanks share pha is..jom kita sama2 berselawat ke atas junjungan Rasul....

    ReplyDelete
  19. Sama-samalah kita berselawat ke atas nabi junjungan Nabi Muhammad SAW

    ReplyDelete
  20. semoga kita terus berselawat keatas jujungan Nabi Muhammad s.a.w

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  21. Moga kita menjadi ummatnya dan pengikutnya yang setia dan selalu mengingatinya.

    ReplyDelete