tadi aku terbaca sebuah cerpen berdasarkan kisah benar yang melanda si penulis cerpen ni, seorang student USM.. sebuah kisah yang sangat menyayat dan meruntun hati.
sedih aku baca. harap kejadian yg menimpa Ya Hanana penulis ini tidak terjadi kepada Timo aku. hmm..
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Selamat kau bersemadi Ya Hanana...............
13 Nov 2013
Seperti biasa aku dan Ya Hanana pergi ke kelas bersama-sama.
Aku mengelap embun yang nakal mengusiknya.
Pagi itu tenang, lebih tenang dari hari-hari biasa.
Lembu hijau itu memecut membelah rintangan angin yang datang menggangguku, seolah-olah dia berkata, " aku tetap setia bersama tuan! aku akan melindungi tuan dari setiap marabahaya! " . aku tersenyum mendengar khayalan itu.
Jam 11 pagi, kami ke kelas seterusnya, kuliah Ekonometrik. Selama 2 jam kelas itu berjalan.
Sampainya aku di G27, berhadapan kiosk siswa, aku ternampak seorg sahabat sdg menelaah di sebuah meja dihadapan parkir itu. Aku kagum dgn kerajinannya. Dia tersenyum melihat aku dan Ya Hanana sampai sebelum bermulanya kelas itu.
Sebelum melangkah ke dewan kuliah, aku meninggalkan kain pelikat baharu dibeli di atas tank minyak Ya Hanana. Kain itulah yang aku gunakan utk melindunginya daripada gangguan embun-embun pagi yang mengusik. Agar dia dapat mengurangkan kesejukan pagi yang mencengkam!
Jam 1.30 ptg, seusai kuliah, aku berkejaran utk mendapatkan dia.
Selalunya kami akan ke tempat yang plg kami rindui, iaitu Masjid al-Malik Khalid utk solat berjemaah walaupun dia tidak pernah melangkah ke dalam utk bersamaku.
Dia meredai kerana dia tahu siapa dirinya yang sebenar. Hanya dengan mendengar suara azan Ust Razin pun sudah cukup baginya utk menghilangkan kerinduannya kepada Tuhannya.
Namun, aku berasakan satu suasana yang kosong walaupun dikelilingi sahabat-sahabat dan junior-junior yang memberikan aku seteguk air utk dikongsi bersama
sambil berbual.
Aku rasa bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Tetapi apa?
ASTAGHFIRULLAH!
Ya Hanana mana??
Mundar-mandir aku mencarinya.
Mengelilingi parkir G27 hingga ke G03.
Hampa....
Dia tetap tiada....
Aku menelefon sahabat yang menelaah sebentar tadi kerana dia adalah saksi utama yang melihat aku memang betul-betul parking di hadapannya.
"Ya. Hang memang parking kat situ. Awat wey?"
"Takpa2. Aku cuma nak pastikan saja. Satg aku kol hang balik"
Memang sah Ya Hanana sudah tiada.......
Aku redha, kerana apa yang ALLAH beri adalah yang terbaik bagi kita.
Aku cuba bertahan dari merungut.
Kerana aku tahu bahawa jika aku merungut, aku seolah-olah mencabar kuasa Ilahi dalam mentarbiyah diri ini.
"Alhamdulillah".
Aku ucapkan kerana masih lagi diberi iman dan kewarasan dalam saat-saat begitu.
---------------------------------------------------------
3 Dec 2013
"Shukran! Hang ada kat mana? Saspek curi moto hang dah kena tangkap! Mai JK (JabatanKeselamat) sekarang!"
Panggilan dari Wan Nashrullah, sahabat dari PP Sains Farmasi. Beliau sentiasa mengikuti perkembangan Ya Hanana bermula dari dia hilang, laporan polis, insurans hingga ke penangkapan penjenayah itu.
3 orang di cekup. 2 dari org luar dan seorg bdk USM.
Ketiga-tiga datang dari kampung yang sama, Baling Kedah.
"Motor PJN 950 dah dijual" kata student USM yang terlibat.
Aku sudah jangka sejak dari mula...
Jika aku belasah mereka, bermakna tawakkalku hanya pada permulaan.
Jika aku bersabar, maka aku benar-benar rela dgn tarbiyahNYA.
Maka aku memilih utk bersabar.
Aku menyerahkan urusan itu kepada pihak polis dan JK.
Aku pasrah kepada ALLAH.
Dan aku semakin yakin dengan tawakkal kepada ALLAH.
"Jika aku bersabar ketika hari pertama diuji, maka ALLAH akan permudahkan urusanku"
Aku tak tahu apa yang akan aku dapat jika aku merungut pada hari pertama Ya Hanana hilang.
Mungkin ALLAH akan mengujiku dengan ujian yang lebih berat.
Wallahu`alam.
-----------------------------------------------------
Mungkin aku dapat memiliki RR150 yang baharu, atau Z800 yang memukau nafsu.
Tetapi, kenangan aku bersama hang tidak mungkin akan berulang kembali seperti mana aku pernah gembira dan menangis bersama-sama hang dulu.
Ingat lagi kita pernah menangis bersama-sama dekat Highway Sungai Petani Selatan dalam pukul 12.30 malam?
Aku berqasidah sambil kita bergembira utk pulang ke rumah? :')
Ingat tak Ya Hanana?
Ingat tak!
Ya ALLAH. Kuatkanlah kami dalam ditarbiyah olehMU.
Jangan Engkau biarkan kami merungut ketika diuji dan emosi ketika diasak dgn ujianMU.
Semoga engkau tenang bersemadi Ya Hanana...........
Aku sentiasa merinduimu.....
::Ikhlas dari sahabatmu::
Kepada "sahabat-sahabat baruku" dari Baling, aku sedia memaafkan kalian.
Kepada sahabat baruku yang merupakan pelajar USM, aku minta maaf jika dengan peristiwa ini akan membantutkan perjalananmu utk mengejar ilmu di sini.
Mungkin peristiwa ini akan menjadi titik perubahan bagimu.
Kau masih muda. Masih muda dariku.
Ingin sahaja aku upload gambar kalian di FB atas permintaan JK supaya mahasiswa USM lain lebih berhati-hati, namun aku meminta pandangn dari Murobbiku Ziyad, beliau tidak mengizinkan kerana aib kalian.
Kalian patut berterima kasih pada beliau.
Semoga Ya Hanana menjadi barang terakhir yang kalian zalimi.
Aku sentiasa merinduimu Lembu Hijau yang suka merajuk.......
Aku merinduimu....