Saturday, November 30, 2013

top referral november melalui bloglist

bulan november sudah sampai ke penghujungnya.. jom kita lihat senarai top 10 referral terbanyak ke blog Hikayat Budak Pening ni. mereka adalah menymbang trafic ke blog hikayat budak pening terbanyak dari bloglist masing-masing.

sumber data dari : histats.com

mereka yang dimaksudkan adalah :

1. Kaki Travel Khairuddin (http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/)


2. Dunia Kecil (http://blogmizzaiza.blogspot.com/)


3. ♥♫ ʈѐnʈΆתԍ CᴉK HaNa ♫♥ (http://lifecikashacikhana.blogspot.com/)




4. Panduan Blogger Blogspot Malaysia (http://www.hasrulhassan.com/)
5. Munirah Rahman Official Blog (http://munirah-serupasama.blogspot.com/)
6. Cerita Ida (http://idasyuhada.blogspot.com/)
7. Blog Santai Bloglist (http://bsbloglist.blogspot.com/)
8. Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba (http://aizamia3.blogspot.com/)
9. Cerita Tentang Kami (http://sepupusepakat.blogspot.com/)
10. Si Ratu Di Hati Si Dia (http://warnawarnithecolorz.blogspot.com/)

jom berblogwalking di hujung minggu....
READ MORE- top referral november melalui bloglist

Friday, November 29, 2013

Blogger's Birthday Segment

Salam sejahtera!

Segment untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara bloggers :D
For more info + to join, click on the picture :)
*****
Saya dilahirkan pada: 26 Mac
READ MORE- Blogger's Birthday Segment

Bahagia

Di sebuah kawasan bandar di utara tanah air, seorang lelaki duduk bersembang dengan bebrapa gelandangan di sana. kemudian, datang sekumpulan 3-4 orang diketuai seorang perempuan, memberi makanan kepada beberapa homeless di sekitar kawasan tu.

kemudian, perempuan tu datang dekat lelaki tadi yang lepak sekali dengan pakcik-pakcik tu untuk diberikan makanan.


Perempuan : Encik berdua dah makan? Saya ada bawakan sedikit makanan. ( sambil dihulurnya makanan kepada pak cik dan lelaki tu.)

Lelaki : tak pa la, saya bukan homeless, bagi la dekat orang lain. Saya saja je duduk sembang-sembang kat sini..

Perempuan : Rasanya yang lain semua dah dapat dah. dah alang-alang ada lebih, ambik la...

Lelaki : Betul nie? Terima kasih la. Kebetulan lapar pulak.. hahaha.

Perempuan : Ambik je. Saya masak sendiri nie. Panas lagi..

kemudian, lelaki tu perhati perempuan tadi pergi kepada setiap homeless di sekitar tempat tu sambil tengok diorang makan. kemudian, perempuan tu seperti menanyakan sesuatu kepada setiap homeless disitu. sehinggalah akhirnya, perempuan tu datang kembali kepada si lelaki ni tadi.

Perempuan : Macam mana, sedap tak? Kalo kurang, sorry la na...

Lelaki : Eh, sedap2.. hahaha.

Perempuan : : Apa yang awak rasa masa tengah makan nie..?

Lelaki : (Dengan mulut penuh makanan) Saya rasa..urmm..rasa BAHAGIA.. haha..

Perempuan : Awak tahu, saya dah banyak kali bagi makanan pada mereka2 ni. Kemudian saya tengok diorang makan. saya rasa seronok sangat. lepas tu, saya akan tanya diorang apa yang mereka rasa lepas makan. Setakat nie yang jawab semuanya cakap sedap, kenyang, seronok. Tapi sebenarnya saya tunggu 1 jawapan ni saja. Akhirnya, keluar jugak jawapan tu. Tapi saya tak sangka jawapan tu keluar dari mulut awak...

kemudian perempuan tu berlalu pergi meninggalkan lelaki tersebut termenung keseorangan...



dipetik dan diolah dari : 
Wan Nashrullah Muhamad. (2013 Nov. 28). facebook status. retrieved from https://www.facebook.com/WanTaiping92/posts/612680318779019
READ MORE- Bahagia

Thursday, November 28, 2013

GA November 2013 Nurul Yui - Pantun & Menang

klik baner untuk join.

pantun saya :

apa rasa selasih kepayang
  bila sentiasa teringat saga
apa makna berkasih sayang,
  jika sentiasa mendapat murka

jika tegar masih menebang
  berilah papan yang sama rata
jika benar berkasih sayang
  bawalah ke jalan yang diredhaNya

alang-alang bersireh pinang,
  biar sampai sebati rasa
alang-alang berkasih sayang,
  biar sampai ke pintu syurga



maa'ssalamah,
Pha is
READ MORE- GA November 2013 Nurul Yui - Pantun & Menang

jangan sekadar tahu menghukum

Alkisah, Ada seorang lelaki masuk 7-E untuk beli topup. then sembang sekejap dengan sorang awek yang kerja kat situ...

Guy : Lama dah keje sini?

Awek : Sebulan lebih dah. Cuti semester panjang berbulan2. Baik keje. Dapat gak duit..

Guy : Nampak dalam fridge tu ade jual arak na.. hahaha..

Awek : Ha ah, tapi bukan saya minum pun.

Guy : Hang nak tau, kita as Muslim tak boleh terlibat dengan arak-arak ni. Bukan kata minum, buatkan even bawakkan pun x boleh. Senang cakap x boleh bersubahat bab2 arak nie haha. Nabi cakap mcm tu woo..


Awek : Oh ye ka. Ramai je kawan2 yang Melayu keje sni. Even bos saya pun melayu. Saya plak rase seronok kje sini. Aritu cari keje yang ade kosong kat sni ja. Gaji tu kire cmne na? Halal ke haram??

Guy : Yang tu saya x tau status gaji tu kire mcm mane. Tapi elok kalau benda was2 nie kita tolak. Seelok2 nya la..

Awek : Ishh. biar la. Nak ape tadi? Celcom RM5 kan!! Datang2 sound org plak..

Guy : Hahaha. Manager awak ade x sekarang??

Awek : Dia ade kat belakang tuh. Nape??

Guy : Cun. Ni kebetulan pulak saya ade borang mintak keje kat Al-Ikhsan. Diorang x cukup orang. Nah, mane tau tibe2 kalo rase nak try. Psst gaji pun tinggi lagi hahaha. Tak involve arak2 nie haha..

Awek : Letak la kat situ!! Nah Celcom 5!!

Guy : Rilek jgn marah. Tq. Salam...

sebulan lepas tu, lelaki tu pi Al-Ikhsan nak cari kasut futsal then jumpa awek tu tengah keje sedang packing kasut dekat situ...

ps : Actually laki tu bukan kebetulan ada borang kerja Al-Ikhsan pun tapi memang sengaja dia ambik siap2 untuk bagi pada awek tu. Certain org tau hukum hakam tapi cuma tau bantai cakap dekat orang pasal halal haram tapi tak provide pada orang tu jalan untuk keluar dari apa yang haram dalam Islam.
Adios..


dipetik dari : 
Wan Nashrullah Muhamad. (2013 Nov. 24). facebook startus. retrieved from https://www.facebook.com/WanTaiping92/posts/610459292334455
READ MORE- jangan sekadar tahu menghukum

Wednesday, November 27, 2013

urat feveret

first time aku ambil darah, seingat aku, masa aku tingkatan 2. masa tu semua pelajar kat sekolah aku dapat check darah free, untuk check sama ada kami ni pembawa gen thalassemia atau tak. tahukah korang 1 dari 20 rakyat malaysia adalah pembawa gene thalassemia?

dan disebabkan aku agak phobia jarum, masa ambil darah tu memang habis nightmare la. cucuk ambil darah sambil pejam mata je. aku la yang pejam mata tu. kalau nurse yang nak mencucuk yang pejam mata, naya la aku.


dan phobia jarum aku tu berterusan, sehinggalah aku kena penyakit batu karang dalam buah pinggang sejak bulan mac tahun ni. baru umur 23 tahun dah ada batu karang? brutal tak aku? hehehe...

semenjak tu, aku beberapa kali literally menggelupur kesakitan sampai rela kena cucuk ubat tahan sakit dari terus menderita tahan sakit tanpa ubat. sampai phobia jarum aku tu terpaksa aku tolak ketepi. dan disebabkan penyakit tu juga la, banyak kali aku kena ambil darah untuk check tahap uric acid dalam darah aku.

walaupun phobia dah berkurang, tapi masih lagi pejam mata untuk ambil darah. hmmm.. tak pe, baby step..
next, aku melangkah setapak lagi kehadapan dengan menjadi volunteer untuk test ubat dalam Bio-Equivalence study. selama 6 hari, setiap hari aku kena cucuk ambil darah sebanyak 2 kali. semuanya demi melawan phobia.


sekarang, Alhamdulillah, dah boleh ambil darah dengan aman tanpa perlu tutup mata. siap rasa seronok lagi bila tengok jarum tu masuk dalam urat. siap ada 'urat feveret' lagi bila nak ambil darah.



"doktor, ambik pakai urat yang ni yer. senang sikit darah nak keluar.."

next step, derma darah. insyaAllah..


READ MORE- urat feveret

WW #69 | Pesta Penang


READ MORE- WW #69 | Pesta Penang

Tuesday, November 26, 2013

laksa negeri

tetiba aku kempunan nak merasa laksa. kemudian aku terfikir. dalam banyak-banyak masakan, aku rasa laksa ni special, sebab ada macam-macam jenis ikut negeri.


kat penang ni, yang popular laksa jangguih (janggus) kat balik pulau. tapi personally bagi aku, tak sedap mana pun laksa kat situ. tapi tak tau kenapa ramai pakat dok pi.

kat kedah pun ada laksa. tapi disebabkan mak aku orang kedah, mungkin selama ni apa yang aku makan kat rumah adalah laksa kedah. tapi macam tak de banyak beza pun dengan laksa penang.

kat perlis pun ada laksa jugak. semua negeri pakat nak buat laksa sendiri ni. yang popular laksa kuala pegheleih (perlis). still aku makan selamba badak je. tak rasa beza sangat.

orang kata, laksa johor lain sikit. dan disebabkan aku tak pernah lagi jejak kaki kat johor, tak tau la aku rasa dia macam mana.

tapi yang pasti, aku heran bila makan laksa masa aku kat kelantan dulu. letak laksa dalam mangkuk, letak daun apa semua tu, letak kuah, kemudian TABUR BELACAN atas kuah. okay, kat kelantan ni baru aku nampak beza sikit.

bila aku search kat wikipedia, rupanya laksa ni ada macam2 jenis lagi. yang paling aku heran, wujudnya laksa ipoh dan laksa kuala kangsar. korang ni satu negeri pun nak berebut laksa ka? sumber : Laksa (wikipedia)

antara lainnya :

laksa lemak a.k.a laksa nyonya
laksam
laksa katong
asam laksa
laksa penang
laksa kedah
laksa perlis
laksa ipoh
laksa kuala kangsar
laksa johor
laksa sarawak
laksa kelantan
laksa bogor
laksa betawi
laksan palembang
lakso palembang
laksa banjar

ada lagi jenis laksa yang aku tak tau? ada orang yang tau beza tak? ceciter...

rujukan : 
Wikipedia : Laksa. Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Laksa

READ MORE- laksa negeri

Monday, November 25, 2013

SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

klik baner untuk join, sebelum hari SABTU 30/11/2013 jam 11.00 malam

READ MORE- SEGMEN : blogwalking CUTI SEKOLAH bersama ayuinsyirah

Alasan Kenduri

aku susah hati bila dapat jemputan kenduri kahwin member, tapi tak berkesempatan nak pergi. yang terdahulu, kenduri di negeri sembilan. yang akan datang, kenduri di johor. aku pulak jauh diutara, kat penang.

nak pergi, kenderaan yang ada hanya sekadar moto moped wave aku tu.. kereta tak ada. hmm.. kalau ada superbike, dah lama aku merempit ke sana. tak fikir panjang dah.


kalau ada superbike, kenduri tu macam sekadar 'alasan' je untuk aku jalan jauh.. yang penting dapat keluar jalan2.. hehehe..


maa'ssalamah,
Pha is
READ MORE- Alasan Kenduri

Saturday, November 23, 2013

Dugaan Seorang Cikgu

Semalam, aku berkesempatan chat dengan seorang member. Dia dah grad dan sedang jadi guru mengajar English di sekolah maahad.

*  *  *  *  *  *  *  *  *   *  *  * *  *  *  *  * *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

member : kau tahu, semalam ada student ni baca hadis kat aku. Aku suruh duduk, lepas tu depa duk speaking arab dgn aku. diorang punya arab, fluent gila. Lepas tu sorang ni baca hadis. then kawan dia translate, "teacher hadis dia pasal riba'"

aku tnye, aku suruh duduk, ape kene mengene dgn riba? aku tak tau depa tipu ke ape. aku ni mana reti arab..

smlm aku masuk kelas ni kjap. ganti sorang cikgu ni. suruh la diorang speaking. diorang speaking, tapi kawan2 kat belakang speaking arab between them. Diorang kutuk aku pun aku tak tahu

aku : sedihnya kisah hidup ko.. boleh buat cerpen ni. hehehe...

member : haaa.. buat la entri blog utk aku.. hahahaha!

Aku : ceh...

*  *  *  *  *  *  *  *  *   *  *  * *  *  *  *  * *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

Jika difikirkan balik, aku dulu pun pernah buat macam tu jugak sesama rakan sekelas. Cakap arab belakang cikgu BI. Padahal masa tu kami bukannya terrer cakap arab sangat pun. Baru form 1, baru setahun belajar arab.

Kadang-kadang, cakap je apa pun, asalkan bunyi macam cakap arab, lepas tu si kawan ni pun buat-buat faham. mentang-mentang la cikgu BI kami tu berbangsa cina.

So, nasihat aku buat member aku tadi tu, buat tak tahu je dengan pe-el budak-budak tu.. based on pengalaman aku masa kat sekolah SMKA dulu, tu semua stakat budak-budak nak “show off” je..

Lagi satu, cuba ambil kesempatan ini untuk belajar arab sikit-sikit. Tak rugi pun.. Aku rasa situasi ni mesti akan terjadi jugak jika mengajar kat sekolah SJK.. kan..?


maa'ssalamah,
Pha is

READ MORE- Dugaan Seorang Cikgu

Thursday, November 21, 2013

CPUV | cara hantar tiket nuffnang

dalam entri minggu lepas yang bertajuk 9 CPUV On Going, cik HeNRieTTa JoSe ada tanya aku cara macam mana nak hantar tiket kepada nuffnang nak tanya kenapa tak pernah dapat CPUV lagi. so, kali ni, aku try tunjukkan cara. simple je..








tapi sebelum tu, kena pastikan dulu yang status nuffnang korang tu masih lagi geli-geli glitterati. sebab hanya yang berstatus glitterati sahaja yang layak dapat CPUV..

step 1 : pergi ke laman nuffnang, sign in, scroll kat bawah sekali, dan "klik contac us"


step 2 : klik "submit ticket", kemudian pilih "blogger Enquiries.Suggestions. kemudian scroll kebawah dan tekan "next"


step 3 : isi borang yang disediakan


subject : ikut suka korang untuk letak apa, asalkan bersesuaian.
message : tulislah luahan hati korang apa yang korang nak tulis. tak kisah BM or BI.
Priority : aku search, ada yang letak "high", tapi aku dulu letak "low" je.. ikut korang la..

step 4 : isi word verification, kemudian klik "submit"

siap!

untuk contoh ayat yang power, boleh tengok kat sini : Contoh Ayat Untuk Hantar Tiket Ke Nuffnang

kat bawah ni contoh ayat aku :


ini reply diorang :


cara diorang reply, macam dah tak boleh buat apa-apa.. ayat pun macam dah pasrah je.. tapi lepas tu, puff..!! jadilah cocoa crunch dapat 1 cpuv..! nampak tak permainannya disitu..

orang kata, kalau nk dapat banyak cpuv, kena hantar tiket selalu. tapi aku ni pemalu orangnya kalau nak memimta-minta. so, aku hantar sekali je.



p/s : tak sedap badan hari ni.. rasa mcm nak demam. baru je plan malam ni nak tengok The Hunger Games.. hmmm....

maa'ssalamah,
Pha is
READ MORE- CPUV | cara hantar tiket nuffnang

Wednesday, November 20, 2013

WW #68 | solat hajat jambatan kedua pulau pinang



sumber gambar : 
Saddam Shariff. (2013 Nov 18). Solat Hajat Jambatan P.Pinang Kedua. Facebook Timeline Photo. retrieved from https://www.facebook.com/photo.php?fbid=695646770459967
READ MORE- WW #68 | solat hajat jambatan kedua pulau pinang

WW 67 | golden hour





maa'ssalamah,
Pha is
READ MORE- WW 67 | golden hour

Mini GA: Like Saya Dalam Contest 3B

Assalamualaikum



Mini GA ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpul Like untuk Baby Zara Soffiya Di dalam Contest Baby Di Facebook.

Syarat syarat Penyertaan yang amat mudah iaitu :-

1-Like Fanpage  di sini >> 3B
2-Like Gambar Baby Zara di sini >> Facebook 
3- Buat Entry Bertajuk "Mini GA: Like Saya Dalam Contest 3B"
4-Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5-Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entry ini


Mini GA ini berlangsung pada 18hb November hingga 12.00pm 24 November.



Pemenang akan dipilih melalui Random.org

Terima kasih


READ MORE- Mini GA: Like Saya Dalam Contest 3B

Monday, November 18, 2013

kawan kahwin | Hisyam

kelmarin aku berpeluang menghadiri jemputan kenduri kahwin member 1 skolah menengah, Muhammad Nurhisyam B. Musa dan pasangannya Nur Akmal Bt. Adzmi. tak sempat nak bergambar sekali, so, aku ciplak gambar orang je.. hehe

nurhisyam, nurakmal, rantau panjang
dari kiri : Nurakmal, Azril Hafifi(a.k.a Bomb), Afiq Zamir, Hisyam
photographer : Bomb
uploader : Afiq Zamir

tahniah buat hisyam dan pasangan. barokallahu lakuma wa baroka a'laikuma wa jamaa' bainakuma fil khair. semoga berbahagia hingga ke syurga. ameen..

asal member kahwin je, aku buat entri. nampak tak permainan aku disitu? hehehe.. bukannya apa, buat masa sekarang, cuma mampu berkongsi kegembiraan je bila lihat orang kahwin. aku dah semakin yakin dan dapat terima kenyataan yang masa aku lambat lagi.

hmmm.....



maa'ssalamah,
Pha is


anda mungkin juga meminati :
video nad zainal 'kampung girl' yang cun
tempat sevis kereta yang paling berbaloi.
menangi hadiah menarik seperti iPad Mini dari Sunsilk




READ MORE- kawan kahwin | Hisyam

Sunday, November 17, 2013

cara share iklan menggunakan gambar

sebelum ni aku dah share cara nak ambil link iklan dari 8share, dan cara nak share iklan dengan menggunakan text. (lihat entri sebelum ini) kali ni, aku nak share cara nak share link iklan menggunakan gambar.

kalau guna gambar, lagi menarik iklan tu. yer dok?

share link iklan menggunakan gambar (banyak)


yang ni aku tengok ramai orang pakai. dulu aku pakai script yang kat bawah ni. sesuai letak kat bawah header. selain tu, boleh juga guna untuk sewa tapak iklan. (blogger > layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript)



tukar apa yang patut, dari segi width, height, LINK IKLAN, TAJUK IKLAN, dan DIRECTLINK GAMBAR IKLAN. selalunya orang guna saiz kotak iklan 125 x 125. tapi aku pakai 150 x 150. yang ni, korang boleh edit code atas ni. aku pakai bagi besar sikit, baru puas. 

hasilnya, lebih kurang macam kat bawah ni nanti...

sunsilk
attrage
bola

bila orang klik gambar tu, terus masuk direct ke link iklan tadi. tak percaya, try klik tengok. hehehe... ada orang guna script yang gambar boleh bergerak dalam bentuk slide. kalau korang nak yang tu, cari sendiri. google je.. aku rimas kalau ada yang tu. hehehe..

share link iklan menggunakan gambar (satu)


kalau 1 iklan je korang nak letak, boleh pakai script kat bawah ni. boleh letak sama ada dalam entri, ataupun kat sidebar (blogger > layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript)



tukar apa yang patut, termasuklah width dan height. contoh atas ni untuk side bar, size 300x300.. tukar sendiri ikut citarasa sendiri.

cara dapatkan directlink gambar iklan


kalau tak tahu macam mana nak dapatkan directlink gambar iklan tu, senang je. pergi ke "special" 8share tadi, right-klik kat gambar kecik kat bawah sikit tu, kemudian pilih "copy image url". lepas tu, paste-kan untuk digantikan dengan DIRECTLINK GAMBAR IKLAN.


maa'ssalamah,
Pha is
READ MORE- cara share iklan menggunakan gambar

cara share iklan guna text

sebelum ni, aku dah share cara nak ambil link iklan dari 8share. (lihat entri sebelum ni). lepas korang ambil link tu, korang boleh promot sama ada guna text, ataupun guna gambar. kali ni aku nak share cara nak share guna text dulu. cara ini juga boleh digunakan untuk promot link iklan dari churpchurp.

share link iklan menggunakan text.


yang ni paling mudah. korang ambik je link iklan yang korang ambil tadi, letak je dalam entri. tulis ayat sikit, highlight-kan, kemudian letak link untuk ayat tadi tu. contohnya, macam kat bawah ni:

anda mungkin juga meminati :
peluang menang tiket free perlawanan bola di UK..!!!
Inikalilah!!! untuk mengundi parti yang lebih meletop.
jom ushar kereta Mitsubishi Attrage baru...!

ataupun, korang nak letak link iklan tu kat sidebar pun boleh. contohnya, korang tengok kat sidebar aku yang bertajuk "sesuatu yang menarik" kat sidebar kanan tu. semua link tu adalah link iklan. kalau nak buat macam tu, copy dan gantikan code kat bawah ni. (blogger > layout > Add a Gadget > HTML/JavaScript)

gantikan LINK IKLAN dan AYAT IKLAN tu.. untuk ayat iklan, please be creative. ayat power boleh tarik perhatian ramai untuk klik. (bab ni, aku pun tak de la kreatif mana. tapi point dia korang paham2 sendiri lah yer)
tapi ingat, jujur dan jangan menipu! jangan tulis lain, direct ke iklan lain. suka ke korang dapat duit banyak, tapi tak berkat? 

cukup dulu kali ni. esok aku cerita cara nak share iklan dengan menggunakan gambar pulak. (auto publish) aku tak suka tulis panjang-panjang dalam 1 entri.  hehehe
maa'ssalamah, 
Pha is
READ MORE- cara share iklan guna text

Saturday, November 16, 2013

cara ambil link iklan di 8Share

dalam entri sebelum-sebelum ni, ada beberapa blogger cadangkan aku share tips untuk jana duit melalui 8share sehingga boleh cash out. tak susah mana pun kalau nak promosikan iklan 8share di blog ni sebenarnya. cuma mungkin banyak 'proses' sikit, kalau betol nak berjaya.


cara share iklan 8share di blog


mungkin ada yang dah join, tapi lepas tu tak tau nak buat apa. so kat sini, aku cuba share apa yang korang boleh buat untuk dapat duit dari 8share.

mereka yang dah daftar under aku. ramai yang masih under 60% complete.

cara nak ambil link iklan dari 8share



bila dah daftar dengan 8share, (kalau belum, boleh daftar kat sini : daftar 8Share PERCUMA), korang pergi ke bahagian "specials" dan pilih special yang ada reward duit, (contohnya yang tertulis RM10 for you to share this) dan bukannya BP (bonus point).


lepas klik special yang tu, scrol ke bawah, pergi ke step 3 of 3, klik mana2 laman sosial yang korang ada, sama ada facebook, twitter, in (ape bende ntah), atau google+.


kalau korang klik facebook, akan keluar window baru. korang copy link macam kat bawah ni:


kalau korang pilih twitter, nanti akan keluar new window jugak. kemudian copy link macam kat bawah ni:



lepas korang dah ambil link iklan tu, korang boleh terus share di blog, selain share di facebook, atau twitter, atau sewaktu dengannya. untuk share di blog, korang ada 3 pilihan. sama ada korang nak letak iklan dalam bentuk text, gambar default iklan, ataupun gambar korang reka sendiri.

cukup dulu stakat ni. kalau tak tahu macam mana nak share link ni, esok dan lusa aku akan aku autopublish-kan entri macam mana nak share iklan ni di blog. auto publish sebab time tu aku tak boleh online. balik rumah.


READ MORE- cara ambil link iklan di 8Share

Friday, November 15, 2013

Antara 2 Mimpi

tak de keje aku hari ni nak cerita pasal mimpi aku. tapi, mimpi kali ni pelik sikit. sebab dari mimpi tu, aku dapat simpulkan 1 perkara tentang diri aku. nak tahu apa dia?

Mimpi Beli Kawasaki Z800



dalam mimpi ni, aku mimpi yang aku berjaya beli motosikal kawasaki Z800. okay, yang ni aku hairan sikit. sebab so far target aku bukanlah motosikal Z800 ni, tapi Yamaha XJ6. tapi tak kisah la. naked bike jugak. jadi la kan, dari tak dapat beli langsung.



bangun je dari tidur, terus rasa ceria. huh, that feeling...

Mimpi Kahwin 


yang bertambah hairannya, betul-betul 2 hari kemudian, aku mimpi pulak yang aku kahwin. kejadah mimpi kawen-kawen ni? macam budak-budak la pulak. tapi kalau aku kata mimpi ni tak best, tipu la kan.. hehehe

jangan risau. ni bukan mimpi basah. tapi ini mimpi kahwin ala-ala islamic. hehehe

Kesimpulan


apa yang dapat aku simpulkan, aku rasa mimpi beli motosikal Z800 tu lagi best dari mimpi kahwin. serius.! so, aku dah boleh set. keje nanti nak kumpul duit untuk beli moto dulu. baru kumpul duit untuk kahwin. hehehe..



maa'ssalamah,
Pha is

anda mungkin juga meminati:
jom ushar kereta Mitsubishi Attrage baru...!
peluang menang tiket free perlawanan bola di UK..!!!
menangi hadiah menarik seperti iPad Mini dari Sunsilk
READ MORE- Antara 2 Mimpi

Thursday, November 14, 2013

Simple GA - 3D Puzzle


sebuah segmen by careno. klik baner untuk join sebelum 29 November 2013 jam 12 tengah hari


maa'ssalamah,
Pha is
READ MORE- Simple GA - 3D Puzzle

Macam Cantik Je Versi Nasyid

masih igatkah anda video shasha awek legoland 'macam cantik je'? kali ni aku bukan nak share video tu ataupun video parody2 yang bercambah kat youtube. tapi kali ni aku just nak share sebuah lagu nasyid yang dinyanyikan oleh Amar yang bertajuk "Macam Cantik je".



Macam Cantik Je Macam Comel Je


Lagu & penerbit: AMAR
Lirik: Magictawau Alif (Magician Sabah)
Senikata rap: AMAR
Senikata tema: Syasya Solero
Susunan muzik, piano, string & pad: AMAR
Gitar: Along Exist
Drum: Ujang Exist
Bass: Kelly
Studio: Ada Exist Studio
Mixing & mastering: Along Exist
Hak cipta: AMAR MAGICAL CONSULTANT AND TRAINING (www.amar.com.my)

 


lirik Macam cantik jer macam comel jer 


Macam cantik jer macam comel jer

Perhatikan keindahan alam dan diri
Betapa agungnya kuasa ilahi
Hebatnya dia yang maha pencipta
Subhanallah alhamdulillah allahuakbar

Kecantikan keindahan yang diberi
Hanya pinjaman sementara
Sebagai ujian untuk kita
Apakah bersyukur atau sebaliknya

Macam cantik jer, macam comel jer
Semua ciptaan allah
Macam cantik jer, macam comel jer
Segala pujian kembali pada-nya

Macam cantik jer, macam comel jer
Indahnya tuhan ciptakan kita
Macam cantik jer, macam comel jer
Ajaibnya alam semesta

Rap:

Sesama kita jangan mengata, usah menghina kelak sama tarafnya
Janganlah pula meletakkan diri yang mulia ini pada tahap yang rendah
Menjadi fitnah, kita ada maruah, kita punya amanah
Cantikkan akhlak comelkan peribadi
Ia pemikat hati, ia hiasan diri
Kembalilah kita kepada fitrah kejadian
Keindahan alam dan diri sempurna ciptaan yang maha esa.

Bersyukurlah kita dengan nikmat-nya


maa'ssalamah, 
Pha is

anda juga mungkin meminati:
Inikalilah!!! untuk mengundi parti yang lebih meletop.
bawa anak-anak anda menonton konsert orkestra muzik klasik

READ MORE- Macam Cantik Je Versi Nasyid

9 CPUV On Going?

sebenarnya, dulu aku pernah merajuk dengan en. nuff sebab hampir 3 tahun aku berblog, aku tak pernah dapat CPUV. hairan bila tengok orang lain dengan riangnya update entri dapat CPUV baru saban hari ibarat dapat duit raya di pagi raya.

setelah hampir berputus asa, aku hantar ticket kat en. nuff. selepas tu, Alhamdulillah, baru en. nuff nak pandang aku. mulai saat tu, dapat jugak aku merasa nilai CPUV oleh en. nuff setelah hampir 3 tahun dianak tirikan.

lepas saat tu, boleh la baca entri orang dapat CPUV baru tanpa rasa sedih ibarat tak boleh balik beraya di hari raya. walaupun tak banyak yang aku dapat, jadi la dari tak dapat langsung macam dulu.


jadi la, walaupun hanya dapat lebih kurang 2 CPUV je yang ongoing dalam 1 masa. aku pernah tengok ada orang print screen iklan CPUV diorang sampai 7-9 CPUV yang masih ongoing dalam 1 masa. pergh, hebatnya korang..

apa rahsianya? ceciter sikit..?




READ MORE- 9 CPUV On Going?

Wednesday, November 13, 2013

WW #66 | Kawasaki z1000 2014

READ MORE- WW #66 | Kawasaki z1000 2014

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY


ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..


READ MORE- TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY

WW #65 | Kecewa

wordless wednesday...


READ MORE- WW #65 | Kecewa

Tuesday, November 12, 2013

Simple Segmen #2 by Sally Samsaiman

kli baner untuk join sebelum 25 november 2013 jam 11.30 pm


sesuatu berkaitan Sally :
Sally ni rajin komen dan gila korea.. heheh..  tapi ada 1 perkara yang musykil pasal Sally ni. +Sally Samsaiman dengan +asha hana ni adik beradik ke..? hehehe

maa'ssalamah,
Pha is


anda mungkin juga meminati :
peluang menang tiket free perlawanan bola di UK..!!!
Inikalilah!!! untuk mengundi parti yang lebih meletop.
[iklan petronas] kisah disebalik deepavali

READ MORE- Simple Segmen #2 by Sally Samsaiman

Monday, November 11, 2013

boring masuk wad?

dalam entri "jawapan kenapa aku masuk wad" yang lalu, aku terbaca komen saudari +Aefa Aerisya yang kata duduk kat dalam wad mesti boring.








sebenarnya, tak de la boring sangat pun. sebabnya, aku boleh bawak laptop. online dan blogwalking. dan disebabkan internet agak okay, aku siap banyak download movie lagi dalam tu.

selain tu, kat sana ada macam-macam aktiviti yang boleh buat. tak de la baring atas katil saja. antaranya, boleh tengok movie kat "ruang tamu" main game xbox 360, tak pun main game carom, pastu belajar main mahjong dengan staf chinese yang jaga kami tu. pendek kata, ada banyak game indoor kat situ.

bilik santai

main xbox 360

bilik study

mewarna. senang je, atas kanvas tu dah ada lukis siap dah beserta kod kaler yang kena letak. kami cuma mewarnakan je.. (sumber**)

aktiviti pakai mask. aku pun paksa-rela kena buat jugak.(sumber**)

makan pun boleh tahan. makan free la katakan.. cuma cara makan je macam duk dalam penjara sikit. timing masa untuk makan kena betol. mesti tepat. contohnya, aku setiap kali pukul 12.03 tgh hari baru boleh makan luch. tak boleh cepat walaupun seminit. nak bagi result kajian ni dalam keadaan terkawal.

dengan pinggan besi, memang rasa macam duduk kat penjara. 

hari last. bersarap dengan kfc...!

sumber** : 
BEetle Link, Info Kinetics facebook page: https://www.facebook.com/beetlelink 

maa'ssalamah,
Pha is
READ MORE- boring masuk wad?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...