Thursday, October 31, 2013

Pengomen Tegar Oktober

esok dah masuk bulan november. masa kian berlalu. bulan oktober dah nak ditinggalkan. so, jom kita tengok senarai pengomen tegar blog Hikayat Budak Pening ni sepanjang bulan oktober. jom terjah diorang...!!!

1. Muhammad Khairuddin Lim


2. Mizz Aiza (Dunia Kecil)


3. munirah rahman


4. asha hana


5. Faizal Mohamad Twon Tawi


6. HeNRieTTa JoSe



7. aizamia3


8. Lilynn Wifey Sham


9. puteri airyn


10. Dhia Dirham

thanks kerana rajin singgah dan sudi komen di blog ini. dan terima kasih juga aku ucapkan bagi mereka yang rajin komen tapi tak tersenarai dalam top 10. aku juga menghargai korang. mana tahu bulan depan korang naik jadi top 10 pulak. maybe next time..


maa'ssalamah,
Pha is


anda mungkin juga meninati :
perisa coklat yang manakah pilihan anda?
tahukah anda? Malaysia dilabel destinasi Top 10 mesti dilawati oleh Lonely Planet!
kenali bahasa rojak rakyat malaysia
READ MORE- Pengomen Tegar Oktober

Rokok Halal

baru-baru ni, aku ada kena buat screening kesihatan untuk join bioequivalent (BE) study. mula-mula, buat physical check up. lepas tu, ada sesi mcm 'consultation' dengan doktor. macam-macam yang doktor tu tanya, termasuklah family history, etc.

dan disebabkan doktor tu agak ramah, sambil-sambil tu, sempat juga kami bersembang.

doktor : are you smoking?
aku : nope..
doktor : tak pernah langsung?
aku : er.. ekceli, pernah sekali for my experiment in USM. sekali tu je. to study the effect of nicotine. bla bla bla...
doktor : so, you pernah rasa la. amacam?
aku : I don't know. just asap. nothing special.

don't try this at home

sebut pasal rokok, kalau korang nak tahu, rokok ni ada macam-macam jenis. ada yang jenis "rokok sah" dan jenis "rokok tak sah". kalau nak tahu apa itu rokok tak sah, boleh tengok kat sini : Jenama Rokok Yang Tak Sah

tapi, so far, aku tak jumpa lagi jenama rokok yang "halal"

maa'ssalamah,
Pha is

anda mungkin juga meminati :
perisa coklat yang manakah pilihan anda?
tahukah anda? Malaysia dilabel destinasi Top 10 mesti dilawati oleh Lonely Planet!
kenali bahasa rojak rakyat malaysia

READ MORE- Rokok Halal

Wednesday, October 30, 2013

WW #63 | hadiah kontes

hadiah dari "Kontes panduan Blogger" yang dianjurkan oleh saudara +HASRUL HASSAN 
thanks OhMedia Network dan Hasrul Hassan

READ MORE- WW #63 | hadiah kontes

Tuesday, October 29, 2013

NRIC BERKUALITI: TIGA PRODUK EMAS CEMERLANG DI LONDON



PULAU PINANG, 29 Okt. 2013  - Tiga produk terbaik Novel Research & Innovation Competition (NRIC) terbukti cemerlang apabila turut meraih tiga emas dan satu anugerah khas dalam pertandingan peringkat antarabangsa British Invention Show (BIS) yang berlangsung di London baru-baru ini.

Moringa Oleifera Seeds (M.O.S) Natural Biodegradable Coagulant



Produk emas tersebut merangkumi Moringa Oleifera Seeds (M.O.S) Natural Biodegradable Coagulant- tumbuhan yang kebiasaannya digunakan dalam masakan (buah remunggai) yang dikaji berkesan sebagai bahan untuk merawat air tercemar.

Produk tersebut dihasilkan oleh dua penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Meor Muhammad Hafiz Shah Budin dan Muhammad Razif Abd. Razak di bawah bimbingan penyelia, Profesor Dr. Abdul Latif Ahmad.

Produk tersebut yang turut berupaya merawat air sisa sehingga selamat digunakan untuk kegunaan seharian turut meraih anugerah khas Diamond Award.

The Eyes: Car Security System



Selain itu, satu lagi pingat emas diraih oleh penyelidik muda dari Pusat Pengajian Sains Komputer, Ng Poh Sing melalui hasil kajiannya, The Eyes: Car Security System. Kajian ini dibimbing oleh Mohd Azam Osman sebagi penyelia.

The Eyes: Car Security System ini bertindak sebagai sistem keselamatan yang berupaya memaklumkan kepada pemandu/pemilik kenderaan jika berlakunya perlanggaran dan cubaan mencuri kenderaan melalui sistem pesanan ringkas (SMS/MMS) di telefon mengikut masa sebenar.

Oil Palm Syrup in Production of Toffee



Hasil kajian ketiga yang berjaya meraih pingat emas adalah melalui inovasi Oil Palm Syrup in Production of Toffee, hasil kajian Syuhairah Ahmad (Pusat Pengajian Teknologi Industri). Kajian ini dibimbing penyelia Profesor Madya Fazilah Arifin.

Oil Palm Syrup in Production of Toffee adalah inovasi berkonsepkan dari bahan buangan, menggunakan sisa batang kelapa sawit, diekstrak menjadi sirap yang boleh ditambahbaik dan digunakan sebagai bahan pemanis dalam pembuatan gula-gula (toffee).

 Kemampuan penyelidik muda USM terbukti cemerlang



Menurut Pemangku Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. See Ching Mey, kemampuan penyelidik muda USM memungut emas secara keseluruhan membuktikan prestasi penyelidikan mereka amat cemerlang, seiring pencapaian para penyelidik berpengalaman.

``Kita telah menyertai BIS sejak tahun 2009 dan daripada 17 produk yang dihantar, kesemuanya meraih pingat emas dan pelbagai anugerah khas. Kecemerlangan ini amat membanggakan Universiti,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan sidang media BIS 2013 di sini hari ini, dengan disertai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Profesor Dr. Adnan Hussein.

Adnan pula berkata, kejayaan tersebut juga turut membuktikan penganjuran NRIC yang dirintis oleh siswa-siswi USM telah mencapai satu mutu dan kualiti yang tinggi, setanding dengan hasrat Universiti untuk memacu kecemerlangan penyelidikan.

Katanya, pertandingan NRIC telah membuka minda para pelajar untuk cemerlang bukan hanya dalam akademik, malah turut menghasilkan inovasi yang dapat dimanfaatkan oleh komuniti secara keseluruhan.

``USM memilih kelompok tiga teratas yang cemerlang di NRIC untuk bertanding di London dan hasilnya mereka juga cemerlang dengan membawa pulang pingat emas.

``Kita akan meneruskan tradisi kecemerlangan ini pada masa depan dan berharap para pelajar akan lebih dinamik dalam menghasilkan lebih banyak penyelidikan khususnya yang berasaskan teknologi hijau dan sebagainya,’’ ujar beliau.

dipetik dari : 
Marziana Mohamed Alias. (2013 Oct. 29). NRIC BERKUALITI: TIGA PRODUK EMAS CEMERLANG DI LONDON. USM Official Web Portal. retrieved from http://www.usm.my/index.php/ms/admin/news-article-bahasa/1061-nric-berkualiti-tiga-produk-emas-cemerlang-di-london

maa'ssalamah,
Pha is


anda mungkin juga meminati :
kenali bahasa rojak rakyat malaysia
anda rasa anda cukup sihat? sertai cabaran ni dan menangi hadiang sehingga RM 30k
kereta polo sedan 2014 baru! dengan ciri2 tambahan pada harga yang lebih murah

READ MORE- NRIC BERKUALITI: TIGA PRODUK EMAS CEMERLANG DI LONDON

Segmen: Pencarian Boglist Bulan November

sebuah segmen by kinah. klik baner untuk join sebelum 30 oktober 2013

maa'ssalamah,
Pha is

anda mungkin juga meminati : 
3 jenama rokok yang tak sah. tak bermakna 3 jenama ni je yg tak halal yer...
cara untuk download lagu tanpa limit melalui smartphone

READ MORE- Segmen: Pencarian Boglist Bulan November

Antenatal care

sedang aku asyik bersantai depan laptop, tiba-tiba kedengaran bunyi alert tanda ada mesej dari inbox facebook. tanpa berfikir panjang, aku buka mesej tersebut. isinya agak panjang, datang dari adik aku, student nursing di UM.

dibawah ni isi mesej tu :


Antenatal care


Antenatal care is pregnancy-related health care given to a pregnant woman. It comprises regular and periodic clinical assessment and care of the pregnant mother and the fetus complimented by specific and relevent screening investigations. The aim of prenatal care is to ensure optimal care during pregnancy, and thus ensure a healthy mother and a healthy baby. It allows early treatment and preventions of complications.

Antenatal care is an excellent example of preventive medicine. The concept of antenatal care has now extended to include pre pregnancy caunselling, fetal medicine, monitoring progress of pregnancy, and fetal growth as well as advice on future contraceptives. The nurse is a trusted health care provider and has a large role throught the antenatal and intranatal period. At each visit, the nurse screens the pregnant mother for disease, monitor vital signs, performs assessments of fetal growth and well being, answer uestions and provides apprioprate teaching.

Postnatal care aims to meet the various needs that a mother and her baby might have following childbirth. For most mothers and babies, the postnatal period ends between 6 and 8 weeks after birth, and tends to be free from complications. However, complications do occur and certain women, such as those with poor support networks or those who have developed a postnatal health problem, may be vulnerable to harmful outcomes

hairan juga aku. tetiba je adik aku hantar artikel nursing. dia ni nak tanya aku soalan ke? mana tahu mungkin dia nak tanya aku tentang "drug-related-problem" berkenaan antenatal care ni. (aku student farmasi)

lepas habis je aku baca isi mesej tu, muncul lagi mesej baru dari adik aku. ini isinya :

"just ignore mesej ni. tadi try mesej kawan tapi dia tak dapat. saja nak try send mesej kat sini. boleh pulak..".

aku : CEH..!!!

buat penat aku baca satu-satu je..

maa'ssalamah,
Pha is



anda mungkin juga meminati :
3 jenama rokok yang tak sah. tak bermakna 3 jenama ni je yg tak halal yer...
cara untuk download lagu tanpa limit melalui smartphone
plan internet free dengan hotlink

READ MORE- Antenatal care

Monday, October 28, 2013

Tikam di LRT | Apa Salah Silat dan Dakwah?

Malaysia kali ni digemparkan pula dengan  kes pengedar rokok yang mengamuk dan menikam orang ramai di dua buah stesen LRT di Gombak dan Taman Melati baru-baru ini. takziah aku ucapkan kepada mangsa dan keluarga mangsa.

*syukurlah, malaysia masih aman*.

Amuk Di Stesen LRT


berkenan dengan kes ni, aku tertarik dengan komentar rakan serumah kepada suspek yang aku terbaca di mstar online.


Sementara itu seorang rakan serumah suspek seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh suspek.

“Sukar untuk percaya akan apa yang dah berlaku kerana dia adalah seorang yang baik. Dia tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sebelum ini,” ujar rakan serumah suspek yang telah enam tahun tinggal serumah dengannya di Selayang.

Dia telah bergegas pergi ke HKL untuk memastikan apakah benar rakan serumahnya itu yang terlibat dengan kejadian amuk dan bunuh tersebut selepas membaca berita mengenai kejadian itu dalam laman sosial Facebook.

“Saya tidak pernah melihat dia menghadiri atau terlibat dalam mana-mana kumpulan silat atau dakwah sebelum ini,” katanya lagi. 

sumber :
Mstar Online. (2013 Oct. 25). Amuk Di Stesen LRT: “Aku Hanya Menjalankan Tugas...”. dipetik dari http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/10/25/mstar_berita/20131025001043&sec=mstar_berita

Apa Salah Silat dan Dakwah?



anda juga mungkin meminati :
3 jenama rokok yang tak sah. tak bermakna 3 jenama ni je yg tak halal yer...
cara untuk download lagu tanpa limit melalui smartphone
cara nak syncronise video dari laptop ke smartphone dan tablet


READ MORE- Tikam di LRT | Apa Salah Silat dan Dakwah?

Sunday, October 27, 2013

Giveaway Nando’s by Airis Arissa

Klik Banner Untuk Joint
READ MORE- Giveaway Nando’s by Airis Arissa

Saturday, October 26, 2013

Skully Helmets | Helmet Tercanggih


baru-baru ni member aku ada memperkenalkan skully helmet ni. helmet yang canggih. produk helmet ni masih lagi dalam bentuk prototype dan dijangka akan dipasarkan pada tahun depan (2014).

ciri-ciri Skully Helmets


apa yang specialnya tentang helmet ni?
1. ada display macam google glass.
2. 180 degree wide angle kamera. so, boleh tengok belakang tanpa toleh ke belakang.
3. ada GPS map. macam kereta.
4. boleh connect dengan smartphone pakai Bluetooth.
5. voice control. tak perlu tekan2 button. selamat untuk naik moto.

kalau tak percaya, tengok video kat bawah ni:


bila dah angkat yamaha xj6 nanti, kalau aku dapat pakai helmet ni, memang layan habis. sekarag produk ni baru nak masuk fasa beta-testing. so, sapa yang nak volunter jadi tester, boleh isi borang kat sini : Skully Helmets - Apply to become an approved beta-tester

sumber : www.skullyhelmets.com

maa'ssalamah,
Pha is

anda mungkin juga meminati:
cara untuk download lagu tanpa limit melalui smartphone
walls memperkenalkan aiskrim magnum mini
cara nak syncronise video dari laptop ke smartphone dan tablet

READ MORE- Skully Helmets | Helmet Tercanggih

Segmen Topup Random 5 Jam

sebuah segmen by myafarisha . klik baner untuk join sebelum jam 9.45 malam hari ini (26/10/2013)! 

maa'ssalamah,
Pha is


anda mungkin juga meminati : 
cerita Thor 2 dah nak keluar.
cara untuk download lagu tanpa limit melalui smartphone

READ MORE- Segmen Topup Random 5 Jam

Friday, October 25, 2013

PRK USM 2013 | keputusan

pro-mahasiswa USM, pulihan raya kampus
Wan Mohd Hafsham Wan Deraman

Keputusan Pilihan Raya Kampus USM 2013


Dalam pilihan raya di Universiti Sains Malaysia (USM) pula , kumpulan pro-Aspirasi di kampus itu menang dengan memperolehi 16 kerusi di kampus induk - empat kawasan umum dan 12 pusat pengajian.

Bagi kumpulan pro-M USM pula, mereka hanya memperolehi sembilan kerusi - dua kerusi umum dan tujuh kerusi pusat pengajian.

pertambahan kerusi bukti Pro-M semakin diterima pelajar


Bagaimanapun, kumpulan Pro-M berjaya menambah enam kerusi dalam pilihan raya kampus kali ini berbanding tahun lalu yang hanya mendapat tiga kerusi pusat pengajian sahaja.

Menurut Jurucakap pro-M USM, Wan Mohd Hafsham Wan Deraman, beliau berkata pertambahan kerusi dalam pemilihan kali ini menunjukkan bahawa kumpulan mereka semakin diterima pelajar.

Beliau juga berpendapat pertambahan kerusi mereka itu juga disebabkan pengaruh politik semasa.

"Mungkin pengaruh politik ada. Mungkin sebab dah habis pilihan raya umum dan bahang tu masih terasa menyebabkan kita bertambah jumlah kerusi," katanya

dipetik dari :  
Zulaikha Zulkifli (2013 Oct. 25). Pro-M 'tawan' UKM kali ketiga berturut-turut. Malaysiakini. retrieved from : http://www.malaysiakini.com/news/244874

p/s : saja nak cakap, Wan Mohd Hafsham Wan Deraman tu junior aku.. hehehe..

maa'ssalamah,
ushar blackberry z30 baru.
cara nak syncronise video dari laptop ke smartphone dan tablet

READ MORE- PRK USM 2013 | keputusan

Thursday, October 24, 2013

perbezaan spesifikasi motosikal

just nak share perbezaan sesifikasi antara motosikal Kawasaki Versys 650, Honda NC700X, Honda CB500X, dan Yamaha XJ6 Diversion. perbezaan termasuk dari segi jenis enjin, cc, hp, dan sebagainya.

Kawasaki Versys 650

Honda NC700X

Honda CB500X

Yamaha XJ6 Diversion

perbezaan spesifikasi motosikal


Kawasaki Versys 650, Honda NC700X, Honda CB500X, Yamaha XJ6 Diversion, hourse power, HP, CC, type of engine

*sumber
MYXJ6 yamaha xj6 community malaysia, facebook group.

sesuatu yang menarik :
phewwiit... ada pondan mengorat kat kedai mamak...
koleksi cerita hantu dari kisah benar di Malaysia
cerita Thor 2 dah nak keluar.
READ MORE- perbezaan spesifikasi motosikal

Wednesday, October 23, 2013

Laksana Hudud Sendiri?


tahniah diucapkan buat Sultan dan Rakyat negara Brunei kerana berjaya merealisasikan perlaksanaan hukum hudud di negara tersebut. sebut pasal hudud, tadi ternampak satu post di facebook yang telah di-share oleh member aku berkenaan hudud ni.

so, aku pun share je kat sini :

Laksana Hudud Sendiri?



Pagi tadi saya berceramah tentang Perlembagaan Persekutuan di hadapan mahasiswa yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Soalan favorite yg telah saya jangka akan di tanya oleh mahasiswa adalah begini "Mengapakah kerajaan tidak melaksanakan Undang2 Hudud kerana Islam adalah agama bagi Persekutuan mengikut perkara 3 Perlembagaan?"

JAWAPAN SAYA:

Sebenarnya, Kerajaan BN dan Kerajaan PR kedua-duanya tidak boleh di harap untuk melaksanakan undang-undang hudud di Malaysia. Oleh itu camnilah saudara. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah bersabda jika Fatimah yg mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya. Dan berdasarkan firman Allah dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari azab api neraka, maka saya mencadangkan agar saudara dan sesiapa sahaja pejuang dan pencinta hudud di Malaysia ni, buatlah hukuman hudud sendiri di rumah, di kalangan ahli keluarga kita sahaja.

Jika anak kita mencuri di sekolah, maka kita sebagai bapa potonglah tangan anak kita tersebut demi melaksanakan perintah Allah dan sunnah Rasulnya. Jika ada anak kita yang berzina, maka sebat dan rejamlah mereka dengan batu sehingga mati.

Ya, mungkin polis akan menangkap kita kerana membuat undang2 sendiri yg bertentangan dengan undang2 sekular negara ini, maka biarkan polis menangkap dan mendakwa kita, biarlah kita di penjarakan di dunia kerana kesalahan memotong tangan anak sendiri yg mencuri atau kita di hukum gantung sampai mati sekalipun kerana menyebabkan kematian anak kita yang kita rejam dengan batu sampai mati, tak mengapa,

saya percaya mati kita itu mati syahid kerana niat nak menegakkan hukum Allah di muka bumi. Kita biarkan pemimpin kerajaan menjawab sendiri di yaumul-mahsyar nanti mengapa mereka tidak melaksanakan hudud. Sedangkan kita sebagai Pemimpin keluarga pasti tersenyum gembira di syurga Allah kerana kita telah melaksanakan perintah Allah.

SELEPAS SAYA JAWAB BEGITU, SATU DEWAN TERMENUNG DAN TERMANGGU.

SALAH KE JAWAPAN SAYA BERKENAAN??????

sumber : 
Buzze Azam (facebook page). retrieved from https://www.facebook.com/buzze.azam/posts/663766996988236

*  *  *    *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  * 

hmm... apa pendapat korang..?


maa'ssalamah,
Pha is
READ MORE- Laksana Hudud Sendiri?

WW #62 | Pengajian Kitab Riyadhus Solihin


ustaz asri, Dr maza, kelab golf perkhidmatan awam, bukit kiara KL, 26 oktober, onekuliahtv

maa'ssalamah,
Pha is
READ MORE- WW #62 | Pengajian Kitab Riyadhus Solihin

Tuesday, October 22, 2013

Video Tutorial Bina Website

ami danial, video tutorial,

berita baik untuk sesiapa yang nak buat website sendiri (ataupun nak buat blog atas domain sendiri) tapi tak larat nak baca e-book banyak-banyak. sebabnya, kali ni korang boleh cuba tengok video tutorial yang telah disediakan oleh saudara Ami Danial dalam laman web beliau di www.amidanial.com

Video Tutorial Bina Website


iklan promosi amidanial.com

Ami Danial ni ada buat video tutorial (semua video kualiti HD sampai 1080p) macam mana cara nak buat website Langkah Demi Langkah Tanpa Ada Satu Langkah pun Yang Ditinggalkan. makna kata,  anda akan diajar dari zero, sampai lah jadi website. semuanya termasuklah selok-belok berkenaan hosting, domain, sampailah buat logo dan nak cari icon.

Langkah Demi Langkah Tanpa Ada Satu Langkah pun Yang Ditinggalkan. 


dan yang paling menariknya, semua video tutorial ni adalah PERCUMA... tak perlu bayar pun. FREE je. kalau nak download video-video tutorial ni, boleh pergi ke official website beliau di www.amidanial.com dan download lah secara PERCUMA...

so, apa tunggu lagi...

hehehe..

maa'ssalamah,
Pha is

READ MORE- Video Tutorial Bina Website

Buat Duit Dengan IklanSticky


tetiba tadi aku terbaca tentang IklanSticky.com. dah nama pun iklan kan, so dia ni macam 8share la lebih kurang. korang daftar, share iklan diorang, dan korang akan dibayar berdasarkan bilangan klik yang berjaya korang dapat. setiap klik, korang akan dapat RM0.15 (bergantung kepada bilangan klik)


tapi, personally, aku pun macam tak beberapa nak yakin sangat pasal IklanSticky ni. benda ni baru lagi. aku tengok, bilangan agen yang dah daftar pun baru je 129 orang. tambah plak, dah terang-terang program ni masih lagi dalam tahap "beta" seperti yang tertulis kat baner diorang (kat atas tu).

Buat Duit Dengan IklanSticky


so, kalau korang teringin nak join. dipersilakan atas risiko tanggungan sendiri. aku pun baru tadi je try join. nanti kalau okay, aku cerita lain. kalau nak join, atau sekadar nak tengok-tengok apa dia IklanSticky ni, boleh klik kat baner diorang kat bawah ni:


selamat mencuba..!!!!

ma'ssalamah,
Pha is
READ MORE- Buat Duit Dengan IklanSticky

CALON KONSTITUENSI UMUM ASPIRASI PRK USM 2013



Pilihan Raya Kampus datang lagi..!!! bagi kerusi konstituensi umum Pilihan Raya Kampus USM kampus induk, calon-calon Aspirasi USM adalah:







entri lain yang berkaitan ;
CALON KONSTITUENSI UMUM PRO-M PRK USM 2013
READ MORE- CALON KONSTITUENSI UMUM ASPIRASI PRK USM 2013

SEGMEN | SUPER FOLLOWERS by YCHUN ESMAIL

klik baner untuk join sebelum 25 oktober 2013 jam 8 malam.

READ MORE- SEGMEN | SUPER FOLLOWERS by YCHUN ESMAIL

Monday, October 21, 2013

berjimba di Cameron Valley Tea House #VMY2014


Masa cuti pertengahan semester dulu, aku dan member-member sempat melancong kejap ke Cameron Highland. Cuti-cuti Malaysia la katakan. Sebut pasal cuti-cuti Malaysia, tahu tak korang yang tahun depan dah masuk Tahun Melawat Malaysia 2014? #VMY2014

 Cameron Valley Tea House


Kata orang, kalau melancong ke Cameron Highland tapi tak ke ladang teh, memang tak sah la kan. So, antara jadual aktiviti kami pada hari tu, termasuklah berfotogedik di ladang teh. Kami ke Cameron Valley Tea House (coordinate: 4°32'39.48"N, 101°25'18.12"E – lebih kurang).

Kat sini memang best. Boleh masuk dalam ladang teh, boleh bergambar sampai puas. Sampai tak tahu dah nak ambil gambar gaya macam mana. Semuanya kami cuba. Macam-macam style.

Antaranya :

cameron valley tea house, Tahun Melawat Malaysia 2014, #VMY2014
ada nampak tak makhluk yang sedang tersembunyi.. hehehe

cameron valley tea house, Tahun Melawat Malaysia 2014, #VMY2014
para pekerja sedang bertungkus lumus memerah keringat mengutip daun teh terbaek untuk anda..

cameron valley tea house, Tahun Melawat Malaysia 2014, #VMY2014
free style..!!!

cameron valley tea house, Tahun Melawat Malaysia 2014, #VMY2014
yang diorang ni tengah bertapa plak.. maklumlah, udara segar...

cameron valley tea house, Tahun Melawat Malaysia 2014, #VMY2014
kat sini, kalau buat tempat berbulan madu pun, sweet jugak. just saying....


Tahun Melawat Malaysia 2014 | #VMY2014


Sekali sekala, best jugak melancong dalam Malaysia ni. sep bajet sikit kalau nak dibandingkan dengan melancong ke luar Negara. Kalau nak tahu tempat-tempat peranginan di Malaysia dengan lebih mendalam, boleh tengok kat laman web Tourism Malaysia (http://www.tourism.gov.my/en/my/Web-Page/My-Malaysia)

bak kata pak cik astro, "Macam-macam adaa..!!! "
bak kata Siti Nurhaliza, "semua ada disini..!!!"
bak kata member kat sekolah rendah dulu, "biar pergi melancong, jangan pergi melencong..!!!"

jom..!!!


maa'ssalamah,
Pha is

Segmen Tahun Melawat Malaysia 2014 | #VMY2014 dianjurkan oleh Panduan OHBlogger Blogspot Malaysia | HASRULHASSAN.COM dan Kelab Blogger Belia
READ MORE- berjimba di Cameron Valley Tea House #VMY2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...