Semua orang ada something yang di-phobia. Walaupun ada kalanya, benda tu tak masuk akal pun untuk digeruni. Sebagai contoh, aku ada seorang kawan yang phobia dengan badut.
Aku dapat tahu phobia beliau tersebut sebab pada suatu hari masa kami tengok tengok wayang, dia tutup mata bila keluar iklan twisties sebelum movie keluar. Iklan yang ada badut gempar tu.
Menurut beliau, semuanya bermula masa beliau masil kecil, beliau pernah “digempar” dengan seorang badut sehingga beliau menangis. phobia disebabkan trauma dari sejarah silam.
Pada kebanyakan kita, badut bukannya menakutkan sangat pun. tapi bagi sesetengah orang lain, benda yang simple dan adorable pun boleh jadi bahan phobia.
Sebagai contoh, aku sendiri agak banyak benda yang aku phobia. Jarum, tempat sempit, ketinggian, lipas, dan mana-mana serangga yang sekufu denga lipas dari segi saiz dan kebolehan untuk terbang. Contohnya lebah, kumbang, etc.
Tapi aku rasa phobia aku yang paling besar, labah-labah. mungkin kerana masa aku kecik-kecik, pernah sekali masa aku nak berak, seekor labah-labah keluar dari mangkuk tandas. Sampai sekarang setiap kali aku nak berak, aku terbayang ada labah-labah dalam mangkuk tandas.
Pasal jarum pulak, aku pernah dihalang oleh seorang nurse masa form 3 dari diberikan suntikan kerana menurut nurse tu, muka aku masa tu pucat sangat walaupun aku buat-buat berani. (depan member2 beb..) Nurse tu suruh aku duduk dulu, dalam 15 minit kemudian, baru aku disuntik.
Semua phobia aku tu aku rasa tak de la severe sangat. Biasa-biasa je. Tak de la sampai sesak nafas ke, pengsan ke, apa.
Kata orang, semua phobia tu akan berkurang bila kita hadapainya dan bukan lari darinya. Sebagai contoh, dulu aku phobia jarum. Tapi bila dah kerap diberikan suntikan masa aku menggelupur sakit batu karang aku tu, dah berkurang sikit phobia jarum aku.
Phobia yang mana yang agak mustahil untuk aku hadapai, aku cuba manage phobia tu. Contohnya masa aku phobia hantu. Boleh lihat entry ini : Hikayat budak penakut dan silat boleh lawan makhluk halus?
Pasal labah-labah, lipas, dan serangga yang sekufu dengannya, well, aku tak lari darinya. Tapi aku hadapinya dengan cara yang agak kejam.
Korang phobia apa plak? Ceciter ceciter...
maa'ssalamah,
Pha is