30.6.13

Tertunda

akhirnya, tamat sudah exam buat semester yang ke-8 ni. diam tak diam, dah 4 tahun aku di usm. sepatutnya, macam kawan-kawan aku yang lain, ini dah semester yang terakhir. sepatutnya dah boleh lapor diri kat Jabatan Perkhitmatan Awam. sepatutnya dah selangkah lebih dekat untuk menjadi ahli farmasi.

tapi, malangnya, aku ni tergolong dalam golongan yang tercicir. langkah aku tersekat kerana banyak lagi paper yang sangkut. maka, kena extend la jawabnya. sedih betol.

sedih bila terpaksa meninggalkan teman seperjuangan yang selama ni susah senang belajar bersama. 4 tahun bersama, sekarang diorang dah bergelar PRP. aku masih di sini.


sedih bila terpaksa tunda status 'pelajar' kepada status pekerja. dah la aku ni anak sulong, harapan keluarga. boleh tengok je la adik aku habis belajar dulu. lepas tu, diorang kerja dulu. kemudian, diorang kahwin dulu.

sedih bila aku lambat lagi akan berkerja. lambat lagi nak angkat superbike. hehehe... dan of course, lambat lagi la aku untuk berkahwin.


semuanya tertunda. sekarang, aku menanti dengan penuh sabar dan redha. tak pe la, aku percaya semua ni ada hikmahnya. ada sebab kenapa aku terpaksa extent. . mana tahu, kot-kot jodoh aku dengan budak 1st year sidang depan. mana la tahu kan..?


maa'ssalamah,
Pha is
 

25.6.13

Blog | Nota Kesihatan

macam yang aku pernah cakap sebelum ni dalam entri "kantoi", kalau boleh, aku tak nak nama betul aku ada sangkut paut dengan blog ni. maklumlah, blog ni tak formal. so, aku rasa, untuk nak cover kantoinya disitu, aku buat lagi 1 blog, dengan guna nama betul aku. aku buat blog skema.  

jadi, dengan lafaz bismillah, aku nak memperkenalkan blog aku lagi satu. blog yang diberi nama "nota kesihatan". (bapak nama pun skema habis)


kenapa nota kesihatan? sebab sebagai bakal ahli farmasi, bakal health care provider, antara role aku ialah menyampaikan maklumat yang telus berkenan kesihatan terutamana maklumat yang berkaitan dengan ubat.

objektif penubuhan blog tu: 
sebagai satu medium perkongsian maklumat kesihatan dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. maklumlah sekarang ni, banyak maklumat pasal kesihatan yang datang dari sumber yang belum tentu lagi kesahihannya.

contoh paling mudah, pasal kes panadol dulu tu la. yang kononnya sangatlah bahaya sampai boleh ada dalam badan sampai 5 tahun. mitos semua tu.

tapi, blog ni pun belum siap sepenuhnya lagi.. dalam proses baru nak merangkak.harap-harap dapat bertahan macam blog ni.   


maa'ssalamah,
Pha is

24.6.13

Filem Pendek | Luar Nikah

tak tau nak tulis apa. dalam keboringan, aku terjumpa filem pendek yang bertajuk "Luar Nikah" by GS Production. then, bila dah tengok rasa best la pulak. bila rasa dah best, rasa nak share la pulak. sharing is caring, right? cuba la korang tengok. tak rugi kalau korang tengok, terutamanya perempuan.

zina, luar nikah, pembuangan bayi

tapi aku tak bermaksud semua ni salah perempuan semata. lelaki pun salah. dua-dua salah. tapi bila dah jadi macam ni, tak guna kan kalau nak cari salah siapa. bila benda dah jadi, tak guna menyesal. sebab tu kena beringat awal-awal.

Ingat sebelum kena, berjaga sebelum terlambat..! anda mampu mengubahnya.!

girls, please tinggikan maruah anda, kerana anda begitu berharga
boys, tolong jangan jatuhkan maruah kaum lelaki. dapat kat aku, aku bagi buah serang sendeng tiga alam..!!!



22.6.13

Makan2 Penang 12 | Tomyam Udang



dah lama tak sambung siri jelajah makanan Penang. kali ni, aku nak bawak korang singgah restoran masakan ala thai, Restoran Tomyang Udang. kedai ni terletak di tepi Jalan Gelugor, Jelutong. (coordinate :   5°23'9.75"N,100°18'39.75"E )


tempat makan kat sini pun okay. boleh tahan. malam tadi, aku order nasi putih + tomyam campur + sotong goreng tepung + barli suam. komen aku untuk makana ni:


nasi putih : harga RM 1, tapi agak sikit dari segi kuantiti. bukan aku sorang je, tapi arief juga turut bersetuju dengan aku. jadi, kalau berselera besar kena order nasi tambah.

tomyam campur : harga RM 6.50. first time aku makan kat sini dulu, aku rasa sedap gila tomyam dia. tak pekat sangat macam tomyam kat Pak Hussin Tomyam, tapi masam lebih. tu yang aku suka tu. tapi tadi aku rasa macam biasa la plak. so, tak consistence, tapi still boleh tahan rasanya.

sotong goreng tepung : harga RM 6.50. aku dulu tak beberapa berkenan sangat kalau sotong atau cendawan goreng tepung yang jenis 'tepung lebih banyak dari isi.' kalau macam tu, lebih baik tukar nama, dari sotong goreng tepung kepada cucur sotong sebab memang dah macam cucur. dah la bila buat macam ni, konfom la sotong dapat sikit je berbanding tepung. so, mahal kat tepung je la.

tapi, bila aku rasa semalam, boleh tahan jugak la rasanya, sebab bahagian 'cucur' dia tu sedap. so, walaupaun aku kurang prefer goreng tepung yang macam ni, tapi malangnya aku agak puas hati untuk rasa dia.


arief plak, order nasi putih + tomyam ayam + telur bungkus + teh O ais. aku sempat jugak merasa telur bungkus arief. boleh tahan rasanya. okay, cukup dulu setakat ni. chow..!



 maa'ssalamah,
Pha is


21.6.13

Google Earth Flight Simulator

flight simulator

bila nak dekat dengan exam, ada je la benda-benda baru yg boleh distract aku dari study. kalau sem-sem sebelum ni, time minggu exam la paling ketagih dan kempunan nak main game. padahal sebelum-sebelum tu, tak rasa nak main pun.

tapi sem ni, setiap kali aku nak start study, rasa nak main google earth flight simulator. padahal sebelum-sebelum ni, tak terasa nak main pun. lagipun, benda tu bukannya game. sekadar nak merasa jadi pilot, bawak pesawat dalam google earth.

masa mula-mula dulu, pening jugak nak kontrol. tapi bila dah paham sikit, boleh tahan jugak best-nya. bagi sesiapa yang nak try, pertama sekali, mesti la kena download google earth. kalau tak ada, boleh download kat sini :Google Earth download

lepas dah install, buka google earth, pergi ke Tools > Enter Flight Simulator atau CTRL + Alt + A (untuk windows) macam kat gambar bawah ni:

google earth

lepas tu, korang kena pilih antara dua pesawat ni. F-16 atau SR22. untuk permulaan, ambik SR22 tu dulu, senang sikit.

google earth flight simulator

lepas click 'start flight', klik kat tengah-tengah skrin, kemudian kontrol guna mouse. selamat mencuba! untuk rujukan tambahan, boleh tengok kat sini : Use Google Earth flight simulator

google earth flight simulator

1.Speed (knots)
2. Heading
3. Bank angle
4. Vertical speed (feet per minute)
5. Exit flight simulator feature
6. Throttle
7. Rudder
8. Aileron
9. Elevator
10. Flap and gear indicators
11. Pitch angle (degrees)
12. Altitude (feet above sea level

sapa yang teringin nak jadi pilot tu, boleh la try. anak sedara aku dulu pernah apply temuduga untuk jadi pilot. masa temu duga, ada test untuk flight simulator. dia fail kat situ. tapi aku tak sure la flight simulator yang situ punya macam mana. mungkin lebih komplicated kot. yang ni simple je...

mula-mula aku praktis bawa pesawat langgar bangunan KOMTAR. (pastikan klik '3D building' sebelum start). sekarang, tgh praktis bawak pesawat lalu bawah jambatan pulau pinang. baru sekali jadi. yg lain, sama ada tak sempat masuk, atau crash masuk dalam laut. hehehe..

p/s1 : pagi tadi exam lagi. dh 3 mlm tak tidur malam. harapkan qada masa tidur petang je. biological clock pun dah berubah. isnin ni last paper. sikit je lagi. lepas tu, merdeka.


p/s2 : paper tadi susah... Big tears





maa'ssalamah,
Pha is

20.6.13

Make-up Berlebihan

aku faham, perempuan dan kecantikan memang tak dapat nak dipisahkan. itu fitrah, itu sunnatullah. tapi, ada satu perkara yang aku aku tak paham. make-up yang berlebihan. cantik ke?

ada 2 situasi yang selalu buat aku fikir pasal perkara ni. pertamanya, bila ada majlis makan malam besar-besaran (diner). keduanya, bila bersanding. masa ni la aku rasa paling banyak pencemaran muka berlaku.

kadang-kadang, sampai aku tak cam muka. berlainan sangat.

mungkin sebab definisi kecantikan bagi aku tak sama dengan kebanyakan perempuan lain. secara jujurnya kalau korang nak tahu, apabila aku nampak orang perempuan yang make-up berlebihan, aku terbayang muka joker dalam cerita The Dark Knight.

the dark knight, batman

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas
(Al-A'raaf 7:31)

"eh, mana ada tebal, kami pakai make-up biasa-biasa je..."

hmm.. yer la tu.. asalkan korang bahagia. aku nak mengingatkan je..


p/s1 : aku agak menempah maut kerana majoriti pembaca aku adalah wanita. tapi tak pe la, baru mesej tu sampai.

p/s2 : Ya Allah, permudahkanlah Exam petang ni.

maa'ssalamah,
Pha is

16.6.13

jangan takut buat silap

Sebenarnya, tak salah kalau kita buat kesilapan. maksud aku, jangan takut kalau buat suatu kesilapan. Sebab kadang-kadang, melakukan kesilapan adalah sesuatu yang betul. Dan Kadang-kadang, melakukan kesilapan is the only way.

“Sometimes doing the right thing isn't doing the right thing”


Bak kata orang, mistake is the best teacher.  Melalui kesilapan lah kita akan belajar sesuatu. belajar melalui kesilapan jugalah, akan membuatkan kita ingat sampai bila-bila.

Albert Einstein quote.

Lagipon, Mereka yang tak pernah buat kesalahan ialah mereka yang tak pernah mencuba. Rugi la. bak kata hipster, you only live once. (YOLO). pffftt..

Tapi kesalahan yang aku cakap ni tak termasuk perkara2 yang menyalahi hukum syara’. Aku tak suruh korang buat perkara macam zina, mencuri, bunuh orang, dan sebagainya.

kalau dah terbuat silap, jangan anggap perkara tu kesilapan, tapi anggaplah ianya pengajaran. kesilapan lampau tak bermaksud kita buat silap, tapi kita membuktikan yang kita sedang belajar.


p/s 1 : sory folks, hari ni aku nak merapu jap. godek-godek laptop, jumpa 'entri' ni yang telah lama aku simpan dalam bentuk word. bila entah aku tulis. so, hari ni aku publish-kan.

p/s 2 : selamat hari bapa kepada bapak-bapak sekelian.

p/s 3 : exam lagi 2 minggu nak habis.. hmm.. 


maa'ssalamah,
Pha is

14.6.13

Kantoi

dahulu, masa mula-mula aku nak berblog, ada sebab kenapa aku letak ejaan nama aku "Pha is". sebab masa tu, aku ingat blog aku ni sekadar suka-suka je. mungkin akan ada perkara yang merapu sikit. so, agak tak profesional la kiranya.

tujuannya, mana la tau nanti kot-kot ada background ckeck sebelum aku dapat kerja dan sebagainya, kalau diorang search nama penuh aku, sekurang-kurangnya akan kurang sikit possibility diorang jumpa blog aku yang tak beberapa profesional ni sebab aku guna ejaan lain untuk nama aku.

tambah pulak, aku ni bakal ahli farmasi. setiap perkara kena profesional. kononnya lah. so, nanti kalau aku nk apply kerja, kalau ada background check kat internet, sekurang-kurangnya tak terjejas teruk sangat kredibiliti aku, kalau diorang tak jumapa blog yang entah apa-apa nih. kan?


tapi, sekarang, kalau aku google nama penuh aku, kantoi jugak. naik jugak blog aku dalam hasil carian google, di tangga ke-3. hmm... tu pun kalau orang yang cari tu pandai optimumkan enjin carian la. contohnya, letak tanda "..." pada pangkal dan hujung nama aku.

tapi silap aku jugak, sebab banyak kali sangat dedahkan ejaan nama aku yang betol. so, lepas ni, tak boleh nak merapu-rapu sangat la..

maa'ssalamah,
Pha is



11.6.13

Yamaha XJ6 vs Benelli TNT 600 | specs

semenjak minat aku berubah dari superbike kepada naked bike, hatiku sudah mula tersangkut pada motosikal Yamaha XJ6 naked. sebab kenapa aku pilih Yamaha XJ6 berbanding kawasaki ER6N  mesti la sebab enjin Yamaha XJ6 yang 4-inline, berbanding Kawasaki ER6N yang 2-inline.
naked bike, 2-inline
kawasaki er6n

tapi, baru ni, dengar cerita masuk pulak model naked bike terbaru dalam pasaran Malaysia, Benelli TNT 600. sebuah motosikal dari company di Italy tapi "made in china". enjin pun 4-inline jugak, sama macam Yamaha XJ6 tapi lebih murah.

hmm.. hati aku dah mula berbahagi.. tak tau nak pilih mana satu.. hehehe..

1. yamaha XJ6 naked


bike, 4-inline
yamaha xj6 naked


engine type : liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valve
cylinder arrangement : in-line, 4-cylinder
displacement : 600cc
bore x stroke : 65.5mm x 44.5mm
compression ratio : 12.2:1
maximum power : 57.0 KW @ 10000 rpm
maximum torque : 59.7 Nm @ 8500 rpm
fuel supply : fuel injection
clutch type : wet, multiple disc
ignition system type : TCI (transistor controlled ignition)
transmission type : constant mesh 6 speed

harga : ± RM 40,000


2. Benelli TNT 600

naked bike, 600 cc, 4-inline
benelli tnt 600

Displacement : 600cc
Max Power : 82 Hp (60 KW) @ 11.500 Rpm
Engine : 4 Cylinder, 4 Stroke
Ignition : Walbro ECUA-1
Starter : Electric
Transmission : 6 Speed
Frame : Upfront Steel Trestle
Horsepower @ RPM : 44 @ 11500
Torque @ RPM : 38 @ 10500
Energy : Fuel Injection

harga : ± RM 30,000


adoiyai. esok nak exam, tapi aku lebih excited pasal moto daripada pasal exam. hmm...

sumber :
1. Mudah.my. (2013) Benelli tnt 600 (new launched) -13. retrieved from http://www.mudah.my/Benelli+tnt+600+new+launched+-21955987.htm?last=1
2. MotoSEA. (2013) Benelli TNT 600 Malaysia - Price and Specifications. retrieved from http://motosea.blogspot.com/2013/06/tnt600.html
3. Motomalaya.net. (2013) 2013 Yamaha XJ6 naked brochure and press release – RM40,152.30. retrieved from http://motomalaya.net/blog/2013/01/22/2013-yamaha-xj6n-brochure-and-press-release-rm40152-30/
4. gambar ehsan Google




10.6.13

Mereka Rajin Komen Episod 3

buat kali ke-3, aku terasa nk buat entry penghargaan kepada mereka yang rajin komen di blog Hikayat Budak Pening ni. last aku buat entri ni, bulan januari 2013. sekarang dah bulan jun. bila tengok senarai top 10 pengomen tegar aku, dah ada beberapa kemasukan kenalan baru. Alhamdulillah...

mereka rajin komen. kalau korang terjah, tak rugi. so, lets cekidaut...

1. Nik Ros, pemilik blog Journal of my life (http://nikminijournal.blogspot.com/)

naik satu anak tangga. episod lepas, beliau di tangga ke-2. rajin betul beliau nih. 

2. Sayidah Nafisah Ruslan,pemilik blog B e l o g k a y a n g a n (http://belogkayangan.blogspot.com/)

turun satu anak tangga, sebab episod lepas, beliau di tangga yang pertama. main tukar-tukar dengan Nik Ros. hehehe.

3. HeNRieTTa JoSe, pemilik blog Hati dan Bicaranya (http://hati-dan-bicaranya.blogspot.com/)

kenalan baru. baru masuk list, dah terus naik di tangga ke-3. hebat beliau nih. hehehe...

4. imantizz_truper, pemilik blog Perjalanan Hidupku (http://cintasampaisyurgaabadi.blogspot.com/)

beliau ni, kenalan lama. tapi kali ni baru masuk top10. tahniah...

5. aizamia3, pemilik blog Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba (http://aizamia3.blogspot.com/)

ini pun kenalan lama. tapi baru berpeluang masuk top10. tahniah..

6. Normi Nieza, pemilik blog Cik Nor Blog's (http://norminieza.blogspot.com/)

kenalan baru. tahniah...

7. KY, pemilik blog ilhamku Disini (http://ilhamkudisini.blogspot.com/)

episod lepas, beliau di tangga yang ke-9. so, naik 2 anak tangga. tahniah.. hehehe...

8. abdooss, pemilik blog Going Forward.. 1 Step @ a Time (http://abdooss.blogspot.com/)

kenalan lama, tapi baru berjaya masuk list top10. tapi encik abdoosss ni pemegang rekod terbaru. rekod blogger LELAKI yang berjaya menjadi top10 pengomen tegar blog ni. sebelum ni dalam episod lepas, semuanya perempuan. nampak tak permainannya disitu? hehehehe...

9. W. Mastura, pemilik blog Sejarah Kehidupanku Di Sini ;) (http://sejarahcintamastura.blogspot.com/)

kenalan baru, tahniah yer... 

10. Mime MF, pemilik blog miss fluffy (http://missflyfluffy.blogspot.com/)

kenalan baru juga. tahniah..

enrti mereka rajin komen yg lepas :
mereka rajin komen
mereka rajin komen episod 2

ok. stakat tu dulu untuk kali ni.

p/s 1: harap tuan2 blog yang disebut diatas ni tak kisah aku copy banner blog yer..
p/s 2: woi pha is, esok exam kot... dah2 ler tu.. pi study.

maa'ssalamah,
Pha is

7.6.13

Cerita Motosikal

pertamanya, aku nak ucapkan tahniah buat member aku si hadi mansor yang telah berjaya memiliki Kawasaki Ninja 250R (special edition) 2013. aku tumpang bangga dan tumpang pinjam. hehehe..

moto hadi yang hijau tu yer..

dahulu, masa aku nak pi mengundi di PRU13, aku terserempak dengan kawasaki ninja 250R di tepi pagar sekolah. tak sangka orang kampung aku ada jugak yang pakai ninja. agak bangga aku masa tu. maka, aku pun tunggu la nak tengok sapa gerangan pemilik ninja tersebut.

kawasaki ninja 250R

tak lama selepas tu, muncul seorang pakcik dalam lingkungan umur 50-an menghampiri ninja tu. setelah enjin dihidupkan, dengan selambanya pak cik tu tunggang ninja tu dengan ketayap masih dikepala.

dayyyuumm!!! pergh...

baru-baru ni, sedang dalam perjalanan menghantar adik perempuan aku ke terminal bas butterworth, aku terserempak dengan sebuah motosikal kawasaki Versys yang diparkir di tepi kedai roti canai dalam kampung aku. pergh. dahsyat jugak orang area kampung aku ni. hari tu ninja, kali ni versys plak.

kawasaki versys

tak jauh selepas tu, lintas pula sebuah motosikal memotong kami di sebuah persimpangan.

"pergh... Honda CBR 250R...!!!"

"kenapa dengan moto tu.? moto je pun" tanya adik aku.

"moto je..??" panas aku. hahaha..
Honda CBR 250R 


tak lama kemudian, bertemu lagi kami dengan Honda CBR 250R tu di traffic light. sementara menunggu lampu merah bertukar hijau, aku lihat penunggang CBR tu boleh pulak hisap rokok. kalau rokok dunhill ke, marlboro ke, winston ke, tak pe la jugak. ni rokok daun beb..!!!

tapi bagi lelaki, sehebat manapun motosikal tu, walaupun kawasaki Z1000 sekalipun, lagi awesome kalau yang bawak tu perempuan. kan?


bila tengok gambar ni, aku speechless. kasut pink, tudung pink, tapi angkat ninja. pergh.. memang ada taste.! rasa macam nak pi mengorat terus je. kalau nasib baik, boleh dapat pakej dengan moto sekali. kan? hehehehe...

okay. cukup la dulu cerita pasal moto. lain kali pulak. konon nk sambung study. anyway, doakan aku sukses exam kali ni.. ameen...

 maa'ssalamah,
Pha is

sumber gambar : google dan facebook.

6.6.13

kenangan israk mi'raj 2007

hari ini, 27 rejab 1434 H. tarikh dimana Nabi di-israk dan mi'rajkan. aku rasa hampir semua orang tahu cerita perjalanana ni. banyak cerita-cerita yang kalau nak cerita, tak akan habis. aku bukan nak cerita pasal israj mi'raj Nabi, tapi nk cerita pasal "israk mi'raj" yang terjadi kat asraman sekolah aku, pada tahun 2007.

kisah 1 : naik buraq

alkisah, ada seorang member aku ni yang bernama Al-bayani, telah excident motosikal, di lokasi yang tak beberapa jauh dari asrama sekolah aku beberapa hari sebelum 27 rejab pada tahun tu. beliau dipercayai naik moto dengan laju ibarat buraq. teruk jugak la, sampai bersimen kaki.

kisah 2 : naik ke langit


pada malam 27 rejab tahun tersebut, asrama aku ada sikit sambutan israk mi'raj. biasa la. ada ceramah sikit, makan-makan sikit. so, malam tu prep (waktu study) cancel. memang seronok la.

dalam pukul 12 malam macam tu, tiba-tiba, satu asrama sekolah aku dikejutkan dengan kemalangan yang melibatkan Al-Usyer jatuh dari dari tingkat 3. dipercayai beliau sedang berdiri di atas tembok kaki lima asrama di tingkat 3, lagak seperti naik ke langit. entah macam mana, beliau terjatuh.

malam tu, agak kalut jugak la. siap ada polis yang datang. sekadar nak check sama ada ini kes kemalangan akibat kecuaian sendiri atau kes buli.

kisah 3 : diperjalankan dimalam hari


adapun dua orang member aku, Al-loban dan Al-Akh Men memang selalu 'fly' asrama saban malam ke CC 24jam yang terdekat. memang diorang selalu 'berjalan malam', dan tak pernah kantoi. hebat diorang.

tapi, malam tersebut, ustaz (warden asrama) terserempak dengan diorang masa ustaz dalam perjalanan balik dari hantar Al-Usyer ke hospital. tapi diorang sempat lari. sampai je ustaz kat asrama, malam tu jugak ustaz buat 'road call' untuk pelajar form 5. so, memang kantoi.

apa yang jadi kat diorang malam tu, aku tak pasti. aku tak termasuk golongan yang dibukakan 'hijab' untuk mengetahui kisah lanjut diorang.

p/s :
1. nama yang ditulis bukanlah nama sebenar
2. fly : keluar dari asrama di malam hari tanpa kebenaran.
3. kaki Al-bayani sekarang dah sembuh. beliau sekarang sudahpun bergelar 'Al-hafiz'. Alhamdulillah..
4. al-Usyer pun dah selamat.  
5. Al-Loban, yang dahulu kaki fly asrama, sekarang ni dah ada anak dah pun. hehehe...

5.6.13

Questions from Aina


pertamanya, thanks kepada saudari Aina kerana sudi tag aku dalam segmen tu. malangnya, aku dah pernah join segmen 11 soalan macam ni, rasanya dah 2 kali dah kena tag. so, mula-mula rasa macam malas plak nak buat.

tapi, sebagai penghargaan buat saudari Aina sebab sudi tag, aku buat jugak. tapi sekadar menjawab 11 soalan tu je la yer..



1.Apa impian awak?

nak masuk syurga la.. (cliché)

2.Kalau berpeluang jumpa dengan artis yang korang suka.siapa? Takkisah lah kpop,or whatever.

hmm.. susah betol soalan tu. sebab tak terfikir langsung nk jumpa or bergambar or nak minta sign mana-mana artis. rasa mcm lagho je semua tuh.. *erk..

3.Binatang liar mcm leopard atau apa apa yang korang nak bela?

liar? dulu suka tengok helang. rasa macam best plak kalau boleh bela burung helang. tapi, helang kira liar ke?

4.Tempat bercuti yang diimpikan?

untuk percutian, tempat tak penting. yang penting bercuti dengan siapa. kalau dapat bercuti dengan member2, pi tempat yang bodo-bodo pun dah best.

5.Ada crush tak? ;p

of course la ada. aku pun ada nafsu jugak. bukan malaikat. but so far crush stay crush. not more than that.

6.Hobi anda?

hmm.. ni pun susah jugak nak jawab. makan kot.

7.Bila bosan buat apa?

bila bosan, makan. kalau tak makan, tidoq. tak pun tengok movie. hmm.. lebih kurang macam tu la.

8.Suka pakai make-up tk? Suka pakai apa?

teet.. x de kaitan..

9.Movies yang paling suka dan kerap tengok?

dark knight trilogy by Christopher Nolan.

10.Azam 2013?

dulu pernah terfikir untuk jadikan tahun 2013 sebagai 'tahun mula mencari calon'. tapi tak jadi. terpaksa tunda lagi disebabkan masalah yang tak dapat nak dielakkan.

11.Ciri ciri tentang diri anda?

apa punya soalan la nih? hahahah..ntah. kalau aku describe diri sendiri, nanti jadi syok sendiri. bias. so, kalau nk tahu jawapan, you can ask my mother, you can ask my friends, but please dont ask my sister.. hehehehehe...


ok. cukup 11 soalan.. sory lmbat jawab, sebab sebelum ni laptop buat hal, tak boleh connect internet. tapi skrg ni tgh study week.. ok. selak nota balik.. bye..



[edited]
kalau ikutkan peraturan asal, kalau aku nak tag orang lain, aku kena buat 11 soalan lain plak, khas untuk mereka. so, kat sini aku letak 11 soalan baru.

1. suka warna apa? why? (5 markah)
2. kalau dapat anak, nak letak nama apa? 1 untuk lelaki dan 1 untuk perempuan. (4 markah)
3. jika tetiba dapat duit RM 9.5 billion, berikan SATU benda yang  pertama sekali yang akan dibeli.  (2 markah)
4. ciri-ciri pasangan idaman/ideal? (10 markah)
5. aktiviti masa lapang/hobi ? (5 markah)
6. subjek yang paling suka dan paling tak suka masa kat sekolah? (6markah)
7.  makanan kegemaran? (4 markah)
8. siapakah yang paling disanjungi/dijadikan inspirasi? (5markah)
9. suka makan ubat tak? (4 markah)
10. kartun/anime yang paling suka dan berikan watak yang paling disukai dalam kartun/anime tersebut. kalau tak suka, berikan sebab kenapa. (5 markah)
11. ceritakan sikit antara pengalaman manis yang ada sepanjang hidup.. (10 markah)

kalau ikutkan kena tag 11 orang. ramai tu. buat masa sekarang aku tag sorang je dulu  dulu. lagi 10 orang nanti aku akan tambah dari masa ke semasa sapa yang akal jadi mangsa aku. hehehe

1. saudari Nuha Ahmad, pemilik blog Girls Talk (http://lovebubbling.blogspot.com/)
2. kak Aizamia3, pemilik blog Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba (http://aizamia3.blogspot.com/)
3. cik Sayidah Nafisah Ruslan, pemilik blog B e l o g k a y a n g a n (http://belogkayangan.blogspot.com/)
4.  cik imantizz_truper, pemilik blog Perjalanan Hidupku (http://cintasampaisyurgaabadi.blogspot.com/)
5. saudari Edo Hayra, pemilik blog Cerita Seorang Edo Hayra (http://ceritaedohayra.blogspot.com/)
6.
7.
8.



anyway, kalau ada sesiapa yang nk try jawab, dengan berbesar hati dan dengan penuh ta'zimnya aku mempersilakan. kalau ada yang jawab, bagi link kat komen yer... aku nk baca.. hahahaha...




maa'ssalamah,
Pha is

4.6.13

Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree





Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013