Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2013

I Want Nobody But You

kalau dulu masa minggu clerkship obstetrics and gynecology (perbidanan dan sakit puan), bukan main banyak aku post entry pasal baby. excited bukan main. tapi minggu lepas, clerkship surgical and radiopharmacy (pembedahan dan radioaktif dalam farmasi) aku tak tau nak cerita apa plak. minggu ni, aku clerkship pediatrics. pasal budak-budak.

bila sebut pediatric, aku teringat suatu kisah yang adik aku pernah cerita kat aku. beliau amik kursus kejururawatan. kata beliau, pada suatu hari, dalam hospital tempat dia belajar, datang sebuah badan amal dan kebajikan membuat lawatan.

maka, dalam lawatan tersebut YDP badan amal ni sempat 'beramah mesra' dengan salah seorang kanak-kanak di hospital tersebut. ketua badan amal ni plak bukan calang-calang orang, tapi isteri kepada menteri.

"adik, nyanyilah lagu 'nobody nobody'... " kata ydp badan amal ni kepada budak tu. "I want nobody nobody......" nyanyi ydp badan amal ni kemudian, sambil bertepuk tangan kerianga…

Video | Sahabat by Najwa Latif di USM

semalam (27 april 2013), najwa latif datang usm. tapi aku tak pi pun. entah kenapa, aku tak rasa tergerak hati nak tengok persembahan beliau. bukan sebab tak minat, tapi mungkin sebab aku rasa, pergi ke tempat yang ala-ala konsert ni is too much for me. 

so, tak pe lah. tengok video sudah. 

sumber :
USM TV.(2013). Lagu Sahabat Nyayian Najwa Latif. retrieved from https://www.facebook.com/USMTV

maa'ssalamah,Pha is

Sukan Tradisional

hari sabtu lepas, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia USM (PSSCMUSM) ada anjurkan Karnival Sukan Tradisional (KASUTRA). aku daftar untuk main sebanyak game yang boleh. batu seremban, congkak, galah panjang (toi), tuju tin (tuju kasut), dam haji, dan tarik tali.

malangnya, satu game pun aku tak menang.


kemudian, si aepul ryuki ni cakap kat aku, jumaat petang ni ada lagi perlawanan sukan tradisional. tengok, jadual, nasib baik jumaat petang kosong. seriusly, tujuan aku ke sana cuma nak bertanding batu seremban lagi sekali dengan aepul. tak puas hati.

maka, pada hari kejadian, masa nak mendaftar:

aku : tumpang tanya, borang pendaftaran untuk batu seremban mana?
urusetia : maaf lah yer. batu seremban kami buka untuk perempuan je
aku : aper nih.. ini sangat sexist..! buka la sekali untuk lelaki. kami nak main. dah la gerai kat sini semua jual barang perempuan je..



urusetia : err.. kejap yer...(beberapa minit kemudia...) okay, boleh isi kat sini...

fuh, selamat boleh main. hasilnya. tadaa..…

#WW 52 | Bini no 1 dan Bakal Bini no 2

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

p/s: bakal bini no. 3 kena paham.. hehehe...




Pha is

KONTES PANDUAN BLOGGER - MEMBUDAYAKAN ILMU BLOG

KONTES PANDUAN BLOGGER | Tajaan — OhMedia Network, Eqbalzack.com, RahsiaDuitFree, Aynoranur.com, Queachmad.com, KhairilMazri.com, MKHakimi.com, Dkna.my, Blogfyna.com, JeritPekik.my, Hokangtao.com | Anjuran dan Disediakan — PANDUAN BLOGGER BLOGSPOT MALAYSIA kontes by Hasrul Hassan. kalau nk join, klik SINI sebelum 30 April 2013
1. apakah yang dimaksudkan dengan google pagerank (PR)? berikan pendapat anda mengapa ia penting untuk blog anda.
pagerank (PR) bukan pakatan rakyat yer ni macam satu ranking yang google buat bagi menilai tahap kredibiliti, kepentingan, kualiti dan populariti sesebuah blog. PR bermula dari no. 1 sampai no. 10. (no. 10 paling berkredibiliti). penilaian PR ni antaranya, bergantung kepada berapa banyak external link dari webpage lain yang link-kan ke blog anda, dan juga berapa 'hebat' PR wabpage tersebut. semakin banyak link masuk, semakin tinggi PR webpage luar yang menyumbangkan link ke webpage anda, semakin tinggi peluang untuk naik PR. paham dok nih?…

Bilik 'Panas'

pha is    : nasib baik malam ni hujan. harap-harap malam ni tak panas macam semalam.
arip       : semalam panas ke?
pha is    : semalam hang tak rasa panas ka?
arip       : tak pun.
pha is    : aku semalam tak boleh tidur kot. panas. last-last tidur atas lantai je
arip       : entah. bilik aku biasa je. sebab bilik aku mengadap hutan kot.
pha is    : hmm... boleh jadi jugak. macam bilik aku dulu. rasa sejuk je, sebab mengadap hutan bukit belakang RST. sebab tu sejuk je rasa. tak macam sekarang. panas. tapi, aku rasa ada lagi satu sebab lain.
arip       : sebab apa?
pha is    : sebab bilik aku mengadap port orang dok dating malam-malam. kadang-kadang sampai pukul 2-3 pagi. sebab tu yang 'panas' kot.  

Pha is

survey | komen google+

perasan tak kat bawah entry ni, aku dah tukar kotak komen dari yang asal (blogger) kepada kotak komen google+. aku baru je try buat semalam. just nak "cuba try test" tengok cirian terbaru ni.


so, kalau boleh aku nak minta jasa baik korang, untuk 'mengundi' poll yang kat atas entri ni, tentang kotak komen google+ aku tu. aku nak tengok pendapat pembaca dan pengomen. kalau agak menyusahkan korang ke, tick je.. thanks yer... kalau tak boleh komen, bagitau kat shout box kat tepi kanan tu.

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *
walaupun ada kelebihan kalau tukar ke komen google+, ada jugak sebenarnya kekurangan kalau pakai komen google+ untuk blog ni. antaranya:[1], [2]
kelebihan komen google+
1. komen pada post yang di-share di google+ akan 'synchronize' dengan komen di blog. makna kata, kalau aku share link entri tu di laman google+, kemudian ada orang komen di situ, nanti komen tu akan muncul jugak dalam blog.
2. kalau pembaca komen…

Buat Baby

masih lagi kisah sekitar minggu clerkship 'obstetrics and gynecology' (perbidanan dan sakit puan), saat budak perempuan group aku teruja sambil terkinja-kinja apabila melihat baby, aku pun teringat satu tweet salah seorang dari mereka.


lantas, dicelahan keriangan mereka melihat baby-baby yang mencairkan hati, aku cakap kat diorang :

"baby nak, beranak tak mau..!" 
pastu, diorang diam kejap. hahaha.. kejam tak aku?
tapi, tu tak kejam. korang tau apa yang lagi kejam?
"buat baby mau, baby tak mau!"
ni masalah remaja zaman sekarang. keje nak "buat baby", tapi last-last baby masuk tong sampah, masuk longkang, masuk mangkuk tandas. hish.. malas nak ulas panjang-panjang. buat sakit hati je.
hmmm...

maa'ssalamah,Pha is

Turutan Doktor Sakit Puan

sepanjang clerkship minggu ni, aku agak sedih saat melihat ward round disini. batasan aurat ibu yang mengandung agak longgar. aku ingat lagi dalam suatu ceramah seorang ustaz sampaikan kepada aku, katanya walaupun untuk hal-hal darurat seperti bersalin, sebolehnya hal berkaitan aurat masih kena jaga.


kata beliau, bagi wanita muslimah yang hendak bersalin kena usaha cari doktor mengikut turutan berikut [1]:

1. doktor wanita Muslim
2. doktor wanita non Muslim
3. doktor lelaki Muslin
4. doktor lelaki non Muslim

*adapun turutan no.2 dan no. 3 berlaku sedikit khilaf...

yang pasti, doktor lelaki non-muslim memang pilihan 'last choice' kalau dah sungguh doktor yang lain tak ada. tapi kat sini, hal macam ni seakan kurang diberi penekanan. mungkin kurangnya kesedaran para ibu mahupun para suami, atau mungkin juga disebabkan masalah kekurangan doktor pakar sakit puan dalam kalangan muslimah. hmmm...

jadi, saya menyeru mana-mana muslimah yang berniat dan berhasrat meneruskan pengajian da…

Hadis | Azan Telinga Bayi

sepanjang ber-clerkship di hospital bersalin Pulau Pinang untuk bahagian Obstetrics and gynaecology, aku lihat, hospital bersalin Pulau Pinang ni bagus juga. siap ada bilik khas untuk si bapa melaungkan azan dan iqamat kepada bayi selepas bayi dilahirkan lagi..


dari Abu Rafi’ r.a. dia berkata:
"Aku melihat Rasulullah S.A.W. membacakan azan ke telinga Al-Hasan bin ‘Ali ketika ia telah dilahirkan oleh Fathimah”.
(Hadits diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Dawud, Al-Imam At-Tirmidziy, Al-Imam Ahmad dan yang lainnya)
adapun hadis ini dan beberap lagi hadis lain berkenaan azan ditelinga bayi adalah hadis dhoif[1], namun, menurut Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz – rahimahullah- :
"telah datang riwayat dalam Sunan Al-Tirmizi hadith yang disahihkan oleh sebahagaian ulama dan mengamalkan – hadith ini-  oleh sebahagian mereka sesungguhnya azan pada telinga bayi di telinga kanan, adapun iqamah – pada telinga bayi pula- telah datang dari hadith yang dhaif dan ia diamalkan oleh sekelompok daripada…

Bila Aku Tengok Bayi

kalau budak perempuan dalam group aku semua terlompat-lompat sebab excited tengok bayi, kami geng budak lelaki rilex-rilex je.

sebenarnya, kami ni bukanlah orang yang tak berhati perut, tak de perasaan langsung bila tengok bayi yang baru lahir. kami budak lelaki pun excited jugak, tapi dengan cara yang tersendiri.

sebagai contoh, aku tak boleh tenung bayi lama-lama. dulu masa aku masih di HUSM, ada suatu ketika masa aku di bahagian farmasi OPD (out patient department - bahagian pesakit luar), sedang aku berehat di sofa kayu di penjuru ruangan menunggu pesakit, tiba-tiba duduk seorang lelaki sambil mengendong seorang bayi depan mata aku.


aku kira, lelaki itu mungkin bapa kepada bayi tersebut. selepas aku berbalas senyuman dengan si bapa, aku pun tengok bayi tu. aku tenung bayi tu lama-lama. kecil je aku tengok bayi tu. kepala dia aku kira cukup-cukup besar tapak tangan aku je. kemudian, bila aku sedar je, air mata aku dah nak mengalir.

When a baby's bornSo helpless and weakAnd you&#…

Excited Tengok Baby

minggu ni, dah mula clerkship aku di penang. group aku mula dengan Obstetrics and gynaecology, bahagian sakit puan dan perihal ibu mengandung. so, minggu ni kami ber-clerkship di hospital bersalin Pulau pinang.
aku rasa biasa je. tapi budak-budak perempuan dalam group aku semua exited excited nak tengok baby.


hari first kat hospital bersalin, semasa ada nurse bawa troli baby, semua pakat ternganga tengok baby. kalau boleh, aku nak rakam satu2 muka diorang. haha...


dah tu, ada sorang member aku ni, apa yang dia tengok baby buat, semua nak report kat aku.

"wei.. baby tadi menguap..!!! comey..!!!"

"waaa.... baby tadi mata dia kelip-kelip... comey nya....!!!!"

"wei, baby tadi dia bersin.. comel..!!!"

tak nak sebuat nama siapa. sapa yang tengok baby, dia lah yang terasa comelnya.. hehehe.

sory tak dapat ambil gambar2 baby (dan gambar muka-muka excited tengok baby). walaupun kami tak diberitahu apa-apa, sebagai seorang bakal ahli farmasi yang profesional, aku …

#WW 51 | Harga Emas Turun

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.
rujukan : http://www.hargaemas.com.my/

Makan2 Penang 10 | Pak Hussin Tomyam

kalau kat penang, restoran berasaskan makanan tomyam / thai yang popular, antaranya ialah restoran Pak Hussin Tomyam ni. restoran ni terletak di Kampung Tersusun (Sg Ara), Bayan Lepas, Penang.(coordinate :   5°19'23.10"N, 100°16'27.62"E)


kalau antara budak farmasi usm, restoran Pak Hussin Tomyam ni antara port popular untuk senior belanjan junior. (kami ada tradisi dimana senior yang bakal grad akan belanja junior under family diorang. untuk keterangan lanjut, boleh tengok entry INI) budak usm yg lain pun selalu gak lepak kat sini.

antara yang member selalu cakap pasal restoran Pak Hussin Tomyam ni, servisnya terbaik. selalunya, (menurut diorang) makanan yang diorder cepat je sampai. tapi malangnya, masa aku pi baru-baru ni, macam lambat pulak dapat makanan. so, mungkin ikut nasib jugak la.


makanan kat Pak Hussin Tomyam ni, korang boleh pilih untuk try makanan set atau asing-asing. kalau set, ada banyak jenis jugak, aku bagi contoh, macam kat dalam gambar atas tu, se…

Makan2 Penang 9 | Kapitan

aku dah banyak kali pi kapitan, antara tempat feveret jugak la. tapi baru perasan yang aku tak letak pun lagi restoran Kapitan dalam siri jelajah makanan Penang aku. huh, kesian kapitan-ku.. hehe

okay. restoran kapitan ni beralamat di No.93, Chulia Street, 10200, Penang. (coordinate : 5°24'58.34"N 100°20'18.95"E). senang je nak cari.
kat sini, apa yang special, aku tak sure. tapi, tiap-tiap kali aku ke restoran kapitan ni, selalunya aku order biryani ayam tandoori dan susu badam. Terutamanya susu badam tu. kalau aku pi sana tak pekena susu badam, tak sah. bagi aku, so far tak ada lagi biryani yang boleh lawan biryani kat sini.

selain biryani ayam tandoori, aku juga pernah rasa biryani kambing kat sini. sedapnya boleh tahan la. cuma jika nak dibandingkan dengan daging ayam, daging kambing dalam biryani tu agak sikit. so, aku puas makan ayam lagi.

susu badam plak, aku tak sure apa benda yang dia buh dalam susu tu, tapi sedap. kaler pun dah kuning, macam diorang buh kuny…

Cinta Ilahi

sekadar berkongsi tentang golongan-golongan yang dikasihi Allah. jadi, kalau hendak meraih cinta Ilahi, maka jadilah seperti golongan-golongan yang disebutkan dibawah ni:

1. golongan yang banyak bertaubat

2. golongan yang sentiasa menyucikan diri.

"................ SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri." (Al-Baqarah, 2 : 222) 

3. golongan yang bertaqwa

".........maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa." (Ali Imraan 3:76)

4. golongan yang bertawakkal

"............ kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya." (Ali Imraan 3:159)

5. golongan yang berlaku adil

"............berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." (Al-Hujuraat 49:9)

6. golongan yang sabar

"........ Dan (ingatlah), Allah se…

Ibarat

kisah 1

sedang kami asyik makan mee sotong padang kota lama, tiba-tiba murad bersuara

murad  : alamak, lupa nak ajak sadiq! mesti lepas ni dia merajuk dengan aku. dia pantang kalau orang mai pekena mee sotong padang kota lama tak ajak dia. ni tempat feveret dia kot.

pha is : owh. ibarat kalau kami pi pekena sup hameed tak ajak hang la...

murad : ha..!! macam tu.

pha is : dan ibarat korang pi pekena susu badam kapitan Georgetown tak ajak aku la.

murad : hahahaha... lebih kurang macam tu la.




kisah 2

pagi sebelum kami berangkat pulang dari cameron highland, jadual perjalanan pagi tu agak tergendala kerana semua orang berebut tandas. malam sebelum tu semua pakat pekena strawberry habis-habisan. pagi tu, semua pakat cirit strawberry.

baq : tu la. orang makan strawberry sikit ja. yang kita pi hentam sorang sebungkus. mau tak cirit.

wan : eh, mana boleh. kalau mai cameron tapi tak makan strawberry, ibarat jemey cakap, beli DSLR tapi pakai mode auto.

pha is : ha ah. ibarat beli kawasaki z800 t…

Makan2 Penang 8 | Tajuddin Hussain

muqaddimah
dalam sebuah perbualan dalam kereta dalam perjalanan ke tempat makan antara aku dan member-member, antara yang dibualkan ialah nasi kandar yang paling sedap di penang.

dato' : malam ni korang nak makan kat mana? kot la hari-hari terakhir di penang sebelum ke kelantan, korang nak pekena nasi kandar buat kali yang terakhir ka..
pha is : ke, nak pekena nasi kandar beratur?
dato' : nasi kandaq beratoq aku tak beberapa nak layan la. dengar orang dok cerita macam-macam.
wan : kalau macam tu, 5 tahun hang dok usm ni, nasi kandar kat mana yang hang rasa paling sedap?
dato' : bagi aku yang paling sedap, nasi kandar tajuddin hussain. kuah gulai dia memang 'kaw'.
pha is : lagi 'kaw' dari 'Deen Nasi Kandar'?"
dato' : hmm... Deen Nasi Kandar tu saing-saing tu la. tapi aku rasa, sedap lagi Tajuddin Hussain"

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


okay, kali ni, kita singgah Restoran Tajuddin Husssain. restoran n…

Makan2 Penang 7 | Puncak Mutiara Cafe

kali ni, aku nak bawak korang "singgah" ke Puncak Mutiara Cafe yang terletak di Kampung Pelet, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  (coordinate :   5°24'54.01"N 100°27'23.15"E). tempat ni memang agak popular. dah ramai orang yang suggest kat aku. antara suggestion-nya, berbunyi :

"kambing kat situ fresh, sebab restoran tu tepi kandang kambing."
menunya aku tengok ada macam-macam jenis jugak. serius, macam-macam ada. boleh pi try sendiri, atau boleh tengok kat laman web rasmi diorang, di http://www.puncakmutiara.com/.aku juga jumpa menu diorang yang boleh di-download. untuk download, klik SINI. (2013)

bagi peminat makanan-makanan exotic, tempat ni memang patut korang singgah. kat sini ada daging lembu, ayam, kambing, rusa, ostrich, arnab, dan sebagainya. tempat ni mula beroperasi dari jam 10.00 a.m hingga 2.00 a.m.

tempat makan dia pun special. kalau dulu aku pernah kata yang tempat makan kat "Nurul Ikan Bakar Special" tu paling style, sekara…

Bolehkah ber-couple?

Dalam sebuah perjalanan dari penang ke cameron highland, aku bersama lagi 3 orang mmber sedang asyik bersembang dalam sebuah kereta bagi menghilangkan kebosanan dalam perjalanan yang panjang. Selain kami, ada lagi 2 buah kereta yang sama-sama berkonvoi dengan kami.

Kak ton* : eh, syazwan* naik sekali dengan rosalinda* kan?

Adira* : ha ah. Yang mana "berpasangan"  semua nak naik sekali. Dalam Kereta ni je yang tak de pasangan.

Nabilah* : apa pulak.! Tu, pha is dengan kak ton* tu, dah sama-sama duduk depan dah tu..

Pha is : hoi, jangan pandai-pandai nak buat cerita plak.

Adira* : ops.. Lupa pulak, bagi pha is, couple tu haram.. Kan pha is kan?

* bukan nama sebenar.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Masa si adira tu cakap macam tu, teringat pulak aku akan sebuah buku yang baru je aku baca, yang bertajuk 'BOLEHKAH berCOUPLE?' tulisan Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir. Buku yang aku beli guna BB1M pada pesta buku 'bookalicious' di USM baru-baru ni.

Ba…

Bila Lelaki Bergosip

di suatu petang yang indah, kelihatan dua orang sahabat lama sedang ber-chating di laman pencicit. tak banyak perkara sangat pun yang disembangkan. sekadar mengenang dan mengimbau kembali kisah-kisah lama di zaman persekolahan.

"dah ramai budak sekolah batch aku yang dah kahwin."

"yang dah nak ada anak pun ada"
"sapa?"

"Juan. bini dia dah mengandung dah"
"hmm.. lagi la aku rasa macam looser ja.."

"tu la, dulu kaki fly asrama malam-malam pi cc. sekarang dah nak jadi bapak orang dah"
"kita je yang still single."

dan beberapa lagi kisah-kisah hidup yang diceritakan kembali di laman pencicit tersebut. tiba-tiba keluar satu cicitan dari seseorang yang rupanya telah sekian lama memerhatikan perbualan tersebut.



ini pun dikira bergosip ke..?


maa'ssalamah,

Pha is

segmen: Pencarian Bloglist Blog Fizizaidi

Assalamualaikum b.t.w
Pencarian bloglist blog Fizizaidi | ditutup pada 13 April, bersemperna dengan hari kelahiran fizi sendiri.hehe Merupakan segmen ke-2 untuk tahun ini. Korang yang dah follow blog fizi boleh menyertai segmen ini ye. 

Top referral ada ganjaranya.hehe  Harap dapat sokongan dan sambutan yang baik.

syaratnya mudah saja..cuma...
Follow blog Fizizaidi dan like FB fizizaidi. Copy tajuk enrti 'segmen: Pencarian Bloglist Blog Fizizaidi' dan pastekan. Copy and paste code dibawah pada entri sahaja. Tinggalkan link anda pada ruangan komen.
Fizi ulangi...Top referral ada ganjaranya.hehe  Harap dapat sokongan dan sambutan yang baik.^__^



#WW 50 | Lukisan

sebelum

selepas

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

lokasi : puncak gunung jerai, kedah
sumber asal gambar : Syakira Diyana
model dalam gambar : Mariyanti


maa'ssalamah,

Pha is