31.3.13

Wishlist #4 | Kereta

kereta itu penting, walaupun aku lebih minat motosikal. terutamanya bila dah berkeluarga. so, nak tak nak, kena juga ada kereta. kalau ada emergency apa-apa senang, kalau hujan panas apa-apa pun senang.

tapi, bak kata member aku si jemey:

"untuk moto, angkat superbike RM70-80k. untuk kereta, angkat kancil sekenhen RM10k sudah.."
-jemey nikong 

okay, melawak je.

untuk kereta, aku ada pilihan yang 'idealistic' dan 'realistic'. senang cerita, pilihan antara yang angan-angan, dan yang berpijak di bumi yang nyata.

untuk yang idealistic, tak nak yag hebat-hebat sangat. tak perlu la Nissan Skyline GTR R-35 ke, Skyline GTR R-34 ke, Fairlady Z ke, Subaru Impereza ke.

Mitsubishi Lancer Evo cukup la. masih lagi 4 pintu. senang kalau dah berkeluarga.



untuk realistik pulak, macam yang jemey kata, kancil sekenhen sudah. woha..!! janji ada motor superbike. kereta buat back-up time hujan je.

p/s: dengar citer, kalau Pakatan Rakyat menang PRU-13, cukai kereta akan turun. ameen...

sumber gambar :
Nikong J. (2011). Mitsubishi Lancer : The Evergreen Machine. retrieve from http://encikazman.blogspot.com/2011/05/mitsubishi-lancer-ever-green-machine.html


maa'ssalamah,

Pha is


29.3.13

Wishlist #3 | Motosikal

mungkin dah ramai yang tahu, aku gila moto. dah banyak artikel yang aku dah tulis berkenaan motosikal. malah, kebanyakan keyword yang masuk blog aku pun, ada kaitan dengan motosikal. kalau tak percaya, tengok bahagian "entri terpening minggu ini" kat atas tu. setiap minggu, top 5 entri paling banyak pageview mesti ada kaitan dengan moto.

antara entri moto yang paling banyak menyumbang kepada trafic aku :

Wave 125x ultimo
Komen Motosikal Wave 125X Ultimo
(ni moto yang aku pakai sekarang. so, banyak la aku buat review)

kalau boleh, kalau ada rezeki, memang aku akan angkat naked bike. tapi, sampai sekarang, aku tak ada lagi model yang aku betul-betul target nak beli. memang dah ada beberapa model yang dah berjaya mencuri perhatan aku, tapi, semuanya bergantung kepada bajet aku nanti.

sebagai contoh, kalau bajet habis low, kira paling koman sekalipun, at least kalau aku dapat angkat kawasaki z250 pun, okay dah. sekarang ni, model ni kat malaysia tak keluar lagi. khabarnya bulan november  2013 ni baru sampai pasaran Malaysia. kat bawah ni gambar kawasaki z250 dari pasaran indon. harga mungkin dalam RM20k.

naked bike
kawasaki z250

kalau rezeki aku murah, kalau dapat yg bajet tinggi sikit, aku angkat yamaha xj6 facelift. model ni dah ada kat malaysia. harga sekarang dalam range RM 38k.

naked bike
yamaha xj6 facelift

kalau rezeki aku murah lagi, last choice, aku nak cekau kawasaki z800. harga sekarang dalam range RM50k. kalau dapat yang ni, kira habis ni'mat hidup la. hehehe..

naked bike
kawasaki z800
tapi, tu la. aku nak keje lambat lagi. sementara nak kumpul duit, mesti akan ada lagi model-model baru yang akan keluar. kalau ada yang lagi best, mungkin aku akan angkat yang tu. 3 yang atas ni, just buat masa sekarang. 


*moto yang baru aku buat naik pergi kerja. moto lama tak jual, tapi buat pakai pergi surau. hehehe..

untuk nak tengok lebih banyak model motosikal idaman aku, boleh tengok di entri ini:



maa'ssalamah, 
Pha is


28.3.13

Makan2 Penang 6 | Seoul Garden

seoul garden. *sumber google

kali ni,aku nak cerita makan ala-ala steamboat kat Seoul Garden plak. restoran ni terletak dalam gurney plaza, penang. alamatnya  : 170-B1-32A, Basement 1, Gurney Plaza, Persiaran Gurney, 10250, Penang. (coordinate Gurney Plaza : 5°26'14.62"N 100°18'33.55"E) no tel : 04-229 8559. ‎

tempat ni budak USM selalu singgah makan terutamanya saat duit biasiswa JPA or pinjaman PTPTN baru masuk. celebrate la katakan. kalau hujung-hujung sem, memang tak pergi dah. 

pharmacy student, final year, usm penang, handsome boys
geng lelaki melayu farmasi tahun 4 usm 2013 (kehadiran : 95% )

sebenarnya, kalau kat penang, setahu aku ada lagi dua seoul garden. satu dekat dengan area gurney jugak, tapi kat luar gurney plaza, bukan kat dalam (coordinate :   5°26'22.43"N 100°18'29.16"E). lagi satu, dalam quens bay mall, (coordinate Quens Bay mall :   5°19'58.28"N 100°18'24.41"E). tapi, aku dengar cerita, yang kat dalam gurney plaza tu je yang ada sijil halal. yang lain wallahu a'lam.

premis seoul garden 3 ni je yang aku nampak ada kat direktori halal jakim.
sumber : direktori halal malaysia (http://www.halal.gov.my)
tarikh dirujuk : 27 mac 2013

okay, berbalik pasal seoul garden ni, tempat ni merupakan syurga makanan bagi mereka yang kuat makan macam aku. bayaran perkepala sekali masuk, lepas tu makan je lah banyak mana yang korang sanggup makan. ala-ala chim chum food village kat kelantan ari tu.

tapi agak mahal sikit. aku pergi hari tu pun kena RM 27.85, termasuk cukai. tu pun setelah diskaun untuk student price, dan pergi pada hari weekdays. kalau weekend lagi mahal. tapi, makan memang puas hati la.


makan time..

macam-macam jenis makanan jugak la yang ada. dari jenis fishball semua tu, daging-daging mentah, sayur, sampailah  ke desert seperti cendol, ais kacang, dan ice cream pelbagai perasa. nak tulis semua pun takut ada yang tertinggal.

gambar makanan aku tak sempat nak snap, sebab asyik sangat makan. dah tak ingat benda lain dah.

tempat2 macam ni, sekali sekala, boleh la merasa, setakat nak berjimba-jimba dengan member. kalau selalu, mau botak kepala. sekali pergi je, habis bajet makanan aku untuk 2 hari. hmm..


p/s : hari kejadian adalah hari birthday aku. so, kira sambut bithday kat seoul garden la, cma tak de orang nak belanja je.. hmm...


maa'ssalamah,

Pha is

27.3.13

Pharmiliday 2013 | Escape Theme Park

amaran : entri banyak gambar


escape theme park penang malaysia
antara pelajar farmasi usm tahun empat yang join 

baru-baru ni, aku ada join pharmiliday (family day versi budak PHArmasi) yang diadakan di Escape Theme Park, teluk bahang, Pulau Pinang. first time aku sampai situ. lagipun, tempat ni baru je buka. boleh tahan juga la bestnya tempat ni. sebuah taman tema yang berasaskan adventure dalam hutan (panjat pokok, bergayut, dan sebagainya).
harga per kepala

sekali masuk, kena bayar dalam RM 48 per kepala. bila dah masuk, boleh main semua benda dalam tu. best. macam-macam yang boleh main. 

sebelah pagi, aktiviti untuk lawan antara kumpulan. sebelah petang, kami bebas nak try mana-mana aktiviti yang ada dalam tu. 
farmasi usm 2013

ni kumpulan aku, group 7. keseluruhan, kami dapat tempat no. 2. ntah macam mana boleh menang, aku sendiri pun heran. 

antara aktiviti yang sempat aku try : 

escape theme park penang malaysia
balance beam. kena berjalan atas batang besi.

escape theme park penang malaysia

ni apa nama entah. panjat rumah. best jugak la..

escape theme park penang malaysia
panjat pokok kelapa a.k.a pokok nyok. yang ni aku tak lepas. hehhe..

escape theme park penang malaysia
monkey business. ni acara utama sebenarnya. kalau ke situ, mesti try benda alah ni. ada 3 level, tapi aku terus try yang level 2. boleh tahan jugak la susah nya.. hehehe... banyak kena pakai stamina, energy, dan sangat sesuai untuk melawan rasa gayat.  

escape theme park penang malaysia
yang ni aku tak sempat try. jungle swinger. dah beratur dah, tapi last-last tak jadi naik sebab dah kena kumpul untuk penyampaian hadiah.

escape theme park penang malaysia, pha is

escape theme park penang malaysia, luqman nulhakim said

go ape. panjat pokok yang dah ada "batu-batu" yg macam kat rock climbing tu. yang ni pun tak sempat try, sebab tak cukup masa masa aktiviti pagi. sebelah petang, aku tak try sebab tangan dah sakit main monkey business. 

afiq bajet cute plak.. hehe

aku suka ayat ni.


kat bawah ni, video promo tempat ni.. try la tengok.


untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi escape theme park ni di www.escape.my/ atau ke facebook page www.facebook.com/escape.my


maa'ssalamah,

Pha is

26.3.13

Umur dan Usia

usia, age, peringkat hidup
hari ini, tanggal 26 Mac 2013 masihi, bersamaan 14 jamadil awwal 1434 Hijriah,  genaplah sudah 23 tahun umur aku cukup-cukup kalau mengikut kalendar masihi. tapi, kalau mengikut kalendar hijriah, umur aku sudahpun mencapai 23 tahun 8 bulan 16 hari.

itu baru umur dari segi "chronological age", umur yang dikira berdasarkan kalendar dan masa sejak saat dilahirkan. belum lagi kira "biological age", umur mengikut fungsi organ dalam badan. biological age aku yang aku check tadi ialah 32 tahun. so, dah agak 'tua' sebenarnya.

anyway, umur hanyalah sekadar angka. langsung tak melambangkan apa-apa.

umur tak melambangkan kematangan seseorang. ada orang yang berumur belasan tahun tapi mempunyai tahap kematangan berfikir yang mengalahkan orang yang berumur 40 tahun. malah, semakin kita tua, 'kematangan' kadang-kadang boleh semakin menurun, bila nyanyuk menjelma.

umur tak melambangkan masa kematian. bila-bila boleh mati, tak perlu mencapai umur tua. maut tak kenal usia. jadi, kena sentiasa bersedia. cuma yang pasti, semakin kita tua, semakin kita menghampiri mati.

tambah pula, tak guna kalau berumur panjang, tapi umur tersebut disia-siakan tanpa mengabdikan diri kepada-Nya. seperti sabda nabi :

"sebaik-baik kamu adalah yang panjang umurnya serta baik amalannya, dan seburuk-buruk kamu adalah yang panjang umurnya dan buruk amalannya"
(H.R. At-Tirmidzi dan Al-Hakim)

lagipun, bak kata orang cerdik pandai:

"age is strictly a case of mind over matter. if you don't mind, it doesn't matter."
-Jack Benny 

jadi, buat apa nak dikisahkan dengan usia, selagi kita berjiwa muda remaja. ye dok?


maa'ssalamah,
Pha is

24.3.13

Wishlist #2 | Kerambit

bagi yang belum tahu, kerambit (atau karambit) adalah sejenis senjata tradisional melayu (atau yang serumpun dengannya).


sebab kenapa aku minat senjata ni:
1. kecik, ringan, mudah nak bawak kemana-mana.
2. closed range.
3. kurang possibility senjata dirampas pihak lawan masa tengah fight, sebab ada 'lock' dengan jari telunjuk.
4. agak praktikel dengan buah silat yang sedang aku belajar sekarang.

apa yang aku terbaca, kerambit ni dulu-dulu, merupakan senjata feveret orang perempuan. sebabnya, boleh disembunyikan dalam sanggul rambut. so, orang tak tau. contohnya, dalam filem "hang tuah" yang P. Ramlee berlakon tu, ada scene melor (kekasih hang tuah dari gunung ledang) bunuh Patih Karma Wijaya dengan kerambit.

lagi satu, kalau korang pernah tengok cerita "merantau worrior", sebuah filem silat dari indon, ada ditunjuk scene hero cerita tu praktis silat guna kerambit. style kot.


tapi, sekarang ni, kerambit dah banyak yang dimodenkan. dah macam-macam design aku tengok. semua lawa-lawa. kalau dapat sebijik dua, buat bergaduh sedap nih. hehehe.. (kalau nak tengok lebih banyak design, google je "karambit knife")









yang ni siap boleh lipat lagi. macam pisau lipat. boleh buh dalam poket je. sangat praktikel. 



sumber gambar : google

23.3.13

Makan2 Penang 5 | Nurul Ikan Bakar

untuk makanan ala-ala ikan bakar or tomyam, banyak juga sebenarnya pilihan kat penang nih. kali, ni, aku nak tunjukkan Nurul Ikan Bakar ni dulu. nanti, baru aku tunjuk yang lain-lain.


kedai makan ni terletak di No. 4, Polis Marin, Batu Uban. dekat dengan jambatan pulau pinang dari sebelah pulau. (coordinate :   5°21'13.08"N 100°18'40.89"E). jalan masuk pun agak susah sikit bagi yang tak biasa. sama ada kena masuk dari susur keluar jambatan, atau masuk dari Quens Bay.

kalau nak tahu, first time aku makan kat situ, masa buka puasa ramai-ramai dengan budak farmasi batch aku. malangnya, kami sesat cari jalan masuk tak jumpa. last-last, nasib baik jumpa sebelum masuk waktu berbuka (kami dah call order siap-siap dah).

yang best pasal restoran ni, tempat makan dia ala-ala garden gitu. boleh duduk atas pondok, sama ada tingkat bawah atau tingkah atas, dan boleh duduk bersila (makan atas meja jepun).

ala-ala garden gitu

lagipun, restoran ni tak jauh mana dengan laut. so, merasa la jugak bayu laut, terutamanya bila makan kat atas pondok. kalau nak duduk atas kerusi macam biasa pun boleh, jangan risau. kalau atas kerusi pulak, dari kerusi batu, kerusi yg macam vip sikit tu, sampai la ke kerusi biasa. macam-macam jenis tempat duduk pun ada.


pondok tingkat atas, tempat aku dan member2 duduk makan.


pondok bawah

ha, tu baru cerita pasal tempat makan, menunya pulak, boleh tahan. kat situ macam-macam ada. nak goreng-goreng ada, tomyam ada, ikan siakap dan seafood ada, western pun ada. untuk side dish pun banyak. nak listkan semua, takut ada yang terlepas. datang la tengok sendiri.

satay. menu tambahan yang kami order sementara menunggu makanana utama sampai. satay ayam secucuk RM 0.70, satay daging secucuk RM 0.60. satay bagi aku memang sedap. kuah pun sedap jugak.


kami order biasa2 je. tu, ikan siakap bakar (serius aku rasa sedap. dijamin sedap!) kami makan dengan tomyam campur dan telur dadar. (order asing-asing). kalau nak makan ikut set pon ada rasanya. 


sebelum dan selepas makan. kami duduk kat pondok yang atas. situ tak ada orang. satu pondok kami 10 orang conquer. buat macam rumah sendiri plak tuh. hehehe... 

hakim terbaring kekenyangan selepas makan. jarang orang makan kat atas. so, memang best la makan kat situ kalau nak makan ramai-ramai dengan member. kalau nak buat apa-apa event makan-makan pun senang. 

dari segi harga, aku rasa mungkin mahal sikit jika nak dibandingkan dengan kedai tepi-tepi jalan tu. tapi bagi aku masih lagi dalam harga standard. tak de la mahal sangat.

so, kalau sampai penang, tak tau nak makan kat mana, boleh la try pekena kat sini. hehe..

maa'ssalamah,

Pha is

9 Jenis Pembaziran

just nak share apa yang aku dapat pada khutbah ke-2 untuk khutbah jumaat kelmarin di masjid USM. selalunya, jarang khutbah ke-2 terisi dengan pesanan selain bertaqwa kepada Allah. kan?

masjid almalik khalik, USM
(sumber google)


firman Allah Azza wa Jalla,

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."
(Al-Israa' 17:27) 

adapun, yg aku dgr masa khutbah tersebut, pembaziran ada 9 jenis. iaitu:

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.
2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas
3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.
4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.
5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.
6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.
8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.
9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

wallahu a'la wa a'lam..

maa'ssalamah,

Pha is

22.3.13

Wishlist #1 | Kamera

dalam banyak-banyak blog yang aku BW, banyak yang sertakan sekali 'wishlist' kat side bar. dan antara yang selalu disenaraikan, DSLR. so, kali ni aku nk cerita pasal wishlist aku plak, yang ada bau-bau macang dengan DSLR.

kalau orang lain nak DSLR, aku pulak macam kurang sikit. aku lebih suka kamera hibrid. DSLR yang besar gedabak tu "is too mainstream" bagi aku. (bajet hipster).

dan antara yang telah berjaya menarik perhatian aku dari tahun lepas lagi, ialah fujifilm finepix x100. kecik, comel, dan lawa. malangnya, tahun lepas aku tengok harga dia around RM3500. tahun ni aku tengok dah turun dalam RM2600.

fujifilm finepix x100 *

agak mahal. lepas tu, aku ushar pulak fujifilm finepix x10, 'adik' sikit kepada fujifilm finepix x100. harga masa aku tengok tahun lepas dalam RM2000 macam tu la. tahun ni, dah turun sikit, dalam RM 1400. spesifikasi memang low sikt la dari fujifilm finepix x100.

fujifilm finepix x10 *

kat bawah ni plak antara perbezaan 'adik-beradik' dua jenis ni.


fujifilm x100 vs fujifilm x10 **

so, fujifilm finepix x100 tetap menjadi pojaan hatiku. cuma harga je yang still mahal. kemudian, baru-baru ni fujifilm keluar pulak beberapa model baru. antaranya fujifilm finepix x100s (lagi power dan lagi mahal dari fujifilm finepix x100) dan fujifilm finepix x20.

fujifilm finepix x100s *

fujifilm finepix x20 *

fujifilm finepix x20 ni aku tengok harga dalam range RM2000 jugak la. kat bawah ni compare antara fujifilm finepix x20 dengan fujifilm finepix x100 dan fujifilm finepix x10.

fujifilm x20 vs fujifilm x10 **

fujifilm x20 vs fujifilm x100 **

fujifilm finepix x20 ni pun nampak macam dah menarik dah. dok tengah pikir ni. nak beli atau tak. hmm... tapi, walaupun aku ada minat sikit-sikit ala-ala suam-suam kuku dalam dunia fotografi, bagi aku, kamera ni masih lagi suatu 'kehendak', dan bukan 'keperluan'.

jadi, aku ingat, nak tahan nafsu dulu dari membeli benda-benda yang tak perlu. tumpukan dulu kepada perkara yang lebih penting. nanti dah ada gaji sendiri, kalau tak tau nak habiskan kemana, baru la aku cekau sebijik dua.

tapi, kalau TERbeli tu, nak buat macam mana. yer dok? tak pun, kalau ada orang sudi nak hadiahkan, okay jugak. hehehe


*sumber gambar kamera: google
**sumber perbandingan kamera : snapsort.com



maa'ssalamah,

Pha is

20.3.13

#WW 49 | dari kerana mata

you only see what you want to see, cat's eye. the all seeing eye. illuminati, one eye.

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

video | Bersatu

18.3.13

pharmnight 2013

pharmnight (malam farmasi) merupakan majlis makan malam tahunan yang dikelolakan oleh persatuan sains farmasi USM yang antara lainnya bertujuan meraikan pelajar final year yang akan bergraduasi.

kronologi

masa aku first year, aku tak pergi pharmnight. sebabnya, masa tu aku dimomok-momokkan oleh geng usrah senior farmasi aku yang majlis ni hanyalah maksiat semata. hehehe... lebih kurang macam tu la. 

masa aku second year, aku terpaksa pergi sebab aku salah seorang exco Persatuan Sains Farmasi masa tu. so, aku pun pergi je la. bukan sahaja aku kena pergi, tapi aku siap dijemput untuk memimpin bacaan doa. untuk keterangan lanjut, lihat ENTRI INI 

pharmnight 2011
dari kiri: arief, pha is, dan shahir.

masa aku third year, aku kena pi jugak, sebab aku AJK pharmnight. aku exco bahagan teknikel dan fizikal, masa tu, aku sangat-sangat sibuk sebab aku incharge bahagian pentas. keluar masuk pentas, tirai tutup-buka,  pencahayaan, antara kerja aku malam tu. so, memang sangat-sangat meletihkan. nak bergambar pun tak sempat. untuk keterangan lanjut, lihat ENTRI INI.

pharmnight 2012
dari kiri : shahir, azman, dan pha is.

kali ni, masa ku fourth year, aku pergi, saja seronok-seronok. sepatutnya, ini pharmnight aku yang terakhir, sepertimana member-member aku yang lain. tapi, well, kemungkinan besar tahun depan, aku masih lagi belum grad. so, hmm...

pharmnight 2013
atas dari kiri : zul, wan, husni, pha is, arief, dan ce
bawah dari kiri: firdaus dan baq

anyway,

kira enjoy la jugak pharmnight kali ni jika nak dibandingkan yang tahun lepas. ada jugak secebis kenangan yang boleh aku simpan. 

aku si tukang bawa lilin

lilin tu sebenarnya untuk persembahan dari pelajar tahun akhir. kami nyanyi lagu "kau ilhamku" yang dipopularkan oleh mambai, khas buat para lecturer kami.  

syafiq si photo boom 

aku dan Ze Chien. baju kami hampir sama, cuma aku tak pakai bow tie je...

sebagai selingan, member aku si Aqmar ada buat video kenangan sepanjang 4 tahun kami di usm. video biasa-biasa. tak tengok pun x pe. hehe..



lagi cerita mengenai pharmnight 2013 : 



maa'ssalamah,
Pha is