Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Harga Minyak : Sebuah Janji Ditepati

tertarik dengan sebuah gambar yang disebarkan di facebook, aku pun buat sedikit "homework". hasilnya, memang terbukti benar. pada 26 Febuari 2008, sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (8 Mac 2008), keluar kenyataan jika BN menang, harga minyak tidak akan naik.[1]


kemudian, selepas PRU-12, dalam beberapa bulan kemudian (4 Jun 2008), keluar pula berita harga minyak naik 78 sen.[2]


sumber dari utusan tau! bukan dipetik dari harakah. maklumlah, Utusan kan akhbar paling telus dalam menyampaikan berita politik negara. *tangan dibahu, mata keatas*

"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it."[3]


sumber :

1. Asli, Y.(2008, February 26). Harga minyak tidak naik – Najib. Utusan Online.
(Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm#ixzz2M69oopId
© Utusan Melayu (M) Bhd)

2. Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tenga…

#WW 47 | Survive

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Disambar Kilat

Jumaat, 15 Feb 2013
Jam 1700

Petang itu, aku dalam perjalanan balik dari usm ke rumah. Saat aku mula keluar dari jambatan Pulau Pinang, hujan mulai turun renyai. Penunggang motosikal yang lain sibuk berhenti di bahu jalan, menyarung baju hujan.

Aku redah sahaja hujan tanpa sebarang perlindungan, sebab baju hujan aku tertinggal di rumah. Nasib baik hujan hanya seriat. Tak terlalu lebat.

Sedang aku melalui lebuhraya utara-selatan dari arah jambatan menghala ke utara, anak mata aku sempat menangkap pancaran cahaya putih yang jatuh membenam dari langit. Terang-benderang, diikuti dengan dentuman bunyi yang garang.


Subhanallah...!!!

Cantik, dan dalam masa yang sama, menggerunkan!



Sabtu, 16 Feb 2013
Jam 1800

“Assalamua’laikum. Mak long! Oh mak long!” sapa seseorang di laman rumah. Bingkas aku bangun untuk melihat siapa. Rupanya jiran sebelah rumah.

“waa’laikumussalam. Mak tak ada. Mak pi hantar adik balik kolej.”

“oh, tak pa la kalau lagu tu. Ni kami mai nak bagi pisang sikit. Dapat dari r…

Tutorial Unfollow Blog

tiba-tiba, aku dapat satu soalan dari kotak komen. soalannya berbunyi begini:

"Hang tau tak cara nak "unfollow" blog lain? Bukan blog hang, blog lain. Kalau tau, tolong ajaq nooo"
well, rasanya senang je. langkah pertama, pergi ke blog yang nak di-unfollow tu. pergi ke bahagian follower.

klik "option."
lepas tu, klik "site settings"
kemudian, akan keluar new window, klik "stop following this site"
dan siap.!!

perhataian :
aku tak galakkan aktiviti unfollow ni. aku sendiri pun tak pernah buat. tapi, mungkin untuk certain case yang dirasakan unfollow ini suatu keperluan, ikut suka hati korang lah.. that's your choice. aku cuma tolong tunjuk cara je.. hehehe..

daaa...


maa'ssalamah,

Pha is

#WW 46 | Al-Tahi

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.



Flash.gif

time cuti kali ni, aku baru install photoshop cs6. sebelum ni aku pakai cs4 je. agak exited tapi pening sikit dengan workspace dan function2 terbaru dari photoshop. apa yang aku perasan, dalam photoshop cs6 bleh edit gambar flash .gif

so, aku pun try la. sebelum ni aku memang tak de langsung software untuk edit flash. lepas ni, boleh main-main ngan flash plak. antara yang aku sempat try,

gambar kami tengah berbincang masa lawatan ke makam mahsuri

arief sedang bergelek sambil menikmati permandangan di puncak gunung mat cincang.




Gadis Palembang

Oh Fatimah gadis Palembang Pinggangnya ramping  leher jinjang Pakainya cantik  istimewa Budi bahasa sungguh indah -Oh Fatimah (A. Ramlie)


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
“Hang ingat tak lagi kawan sekolah rendah hang dulu, si Ca-un tu.” Soal mak tiba-tiba apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah. Sebentar tadi, mak di luar, bersembang dengan jiran sebelah. Entah apa yang dibualkan, aku tak tahu. Mungkin sekadar  ‘bermenyuarat tingkap’.

“ingat. Kenapa dengan dia, mak?” soal aku kembali. Hairan dengan soalan mak, tiba-tiba je mak bangkitkan nama ca-un, member sekolah rendah aku dulu. sebaya umurnya dengan aku. tapi, dah lama aku tak jumpa dia. Tak tau macam mana keadaan dia sekarang.

“hang tau dak, dia dah nak kahwin. Hang tau dengan orang mana?”

“Entah.” Jawabku ringkas.

“Dengan orang Palembang!” jawab mak.

“amboi. Jauhnya. Mana dia dapat?” tiba-tiba adik aku menyampuk.

“dengar kata, masa perempuan tu mai kerja kat Malaysia, depa kerja sekali.” jawab mak. Aku rasa, me…

Misteri Pokok Pisang

Cuti kali ini, member satu sekolah, si farid berkesempatan datang ziarah aku. sekadar bertanya khabar dan datang copy movie dari external hard disk aku. masing-masing dalam cuti semester. Bila dah tak tau nak buat apa, layan movie kat laptop pun dah cukup best.

Sementara menunggu movie habis di-copy, banyak yang sempat kami bualkan. Lagi pula, waktu tu hujan turun mencurah tak henti.  Terperangkap beliau dalam rumah aku.

gambar hiasan. ehsan pakcik google.
“banyak jugak pokok pisang kat rumah hang ni.” kata beliau sambil matanya menjengah jauh melalui tingkap.

“ha ah. Mak aku yang tanam.” Jawab aku

“tak takut ka?” soal beliau sekadar mengusik.

Bagi budak-budak kampung macam aku dan beliau, zaman kanak-kanank kami selalu digembar-gemburkan akan kisah mistik berkenaan pokok pisang. Kononnya pokok pisang antara pokok yang digemari oleh makhluk-makhluk halus.

Masa aku masih kecil, acapkali kedengaran cerita ada orang ternampak jelmaan makhluk halus yang termangu di tepi pokok pisang. Baj…

#WW 45 | Jalan Kaki

Sorry Pak Cik

pagi itu, aku ke jeti untuk beli tiket bas untuk adik aku. setelah urusan pembelian tiket selesai, masa aku nak balik, entah macam mana, aku hampir-hampir nak langgar sebiji motosikal yang tiba-tiba muncul depan aku secara mengejut.

tapi, nasib baik aku sempat brek. kalau tak, memang dah kena langgar dah. moto tu ditunggang seorang perempuan yang aku kira, umurnya dalam lingkungan awal 20-an. baya-baya aku jugak.

selepas aku buka visor helmet aku untuk tengok situasi dengan lebih jelas, belum sempat aku bersuara, dia berkata :

"sorry, pak cik.."




aku ni nampak tua sangat ke..?

What You Want To Do?

aku terjumpa video kat bawah ni dari wall facebook member aku. just nak share di sini, video berkenaan kerjaya ni. sangat berguna terutamanya yang masih belum pasti bila dah grad nanti, nak kerja apa.



lepas aku tengok video ni, aku cuba tanya diri aku balik seperti yang disebut dalam video ni. Apa yang aku nak jadi jika wang bukan lagi menjadi suatu faktor? tahu jawapan aku apa?

jawapan pertama sekali yang terlintas dalam kepala otak aku, aku nak jadi cikgu.! seriusly, aku sendiri pun tak sangka yang aku akan fikirkan jawapan tu. hahaha..

tapi, sekarang ni, rasanya dah terlambat untuk aku nak fikir perkara ni. faham-faham je la, kalau dah ambil kos farmasi, memang jadi ahli farmasi la. dah tak boleh nak buat apa-apa dah. hmmm...

korang plak, nak jadi apa?



maa'ssalamah,

Pha is

Malam Minggu

malam itu malam minggu. malam yang penuh dengan budak-budak moto berkonvoi. tak kurang juga dengan sambutan road block dari pihak polis. sama naik, tak nak kalah. "kiasu", bak kata member cina aku. kat mana-mana pun aku tengok sama ja. di penang ada, di kelantan pun lebih kurang saja.

malam tu, aku ke jeti (seberang perai) untuk beli tiket bas melalui Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth, lebuh raya tepi laut. aku tunggang ultimo biru dengan penuh ni'mat bila disambut mesra dengan bayu angin yang lalu.

beberapa gerombolan motosikal melewati aku. meriah. kemudian, muncul pula dua anak muda berjiwa remaja dengan moto EX5 mereka. lagak gaya macam sedang berlumba. dengan badan menunduk, kepala merapat ke handle. 'meroket' kata orang.

Outing | sunrise masjid terapung

tarikh : 15 Jan 2013
jam : 0500-0730
lokasi : masjid terapung tanjung bungah

tepat jam 5 pagi, aku, wan dan jemey bertolak ke tanjung bungah, untuk ambil gambar matahati terbit di masjid terapung tanjung bungah. malam sebelum tu, aku dan wan langsung tak tidor sebab main game killing floor. jemey pun tak tidor lagi sebab main game PES. (biasa la, exam baru habis)

bila sampai, kami solat subuh kat masjid terapung tu dulu, lepas tu baru cari port untuk shoot.






dan hasilnya, tadaa...!!

ni wan punya. pakai kamera Nikon D90.

ni aku punya. pakai kamera henset Sony Ericsson je.. (nak letak jugak) hehehe aku tau, 'noise' banyak sangat. tapi ni je la yang termampu.
sepatutnya, kami bertiga. aku, jemey, dan wan. tapi pada mulanya jemey (paling otai / sifu  antara kami) malu nak tunjuk gambar dia. katanya gambar yang dia ambil tak jadi. maklumlah, bila dah pro, reputasi kena jaga. so, gambar amatur je la yg ada.

tapi, akhirnya beliau bersetuju jugak untuk tunjukkan hasil karya beliau. has…