26.1.13

Bancian Jantina

toilet symbol
lelaki dan wanita

berdasarkan entri aku sebelum ni yang bertajuk "Mereka Rajin Komen Episod 2", ramai perasan yang semua top 10 pengomen blog aku adalah dari kalangan wanita. aku sendiri pun sebenarnya baru terperasan.

so, kalau betul blog aku ni majoriti pengunjungnya adalah dari golongan hawa, aku nak check plak berapa peratus perbezaan antara pengunjung lelaki dan perempuan.

bukannya apa, kalau dah memnag ramai sangat pengunjung perempuan, mungkin aku perlu tukar sikit pendekatan blog aku ni.

so, kepada semua pengunjung blog ini, aku nak mintak tolong sikit untuk klik kat ruangan poll kat atas entri ni. poll yang bertajuk "Bancian : Apakah Jantina Anda?". klik jantina anda, kemudian tekan button "vote".

thanks.. segala kerjasama anda amatlah dihargai...


maa'ssalamah,

Pha is

24.1.13

Mereka Rajin Komen Episod 2

dulu, aku dah buat entri "mereka rajin komen" sebelum ni. entri penghargaan buat top 10 blogger yang rajin komen dalam blog ni. tapi, tu dah agak lama dah. bila aku tengok balik senarai top 10  "pengomen yang pening" kat side bar tu, aku tengok list tu dah banyak berubah. dah banyak ada nama-nama baru.

so, aku decide nk buat penghargaan buat mereka yang rajin komen (episod 2). macam yang aku cakap dalam entri "mereka rajin komen" sebelum ni, aku lebih puas kalau entri aku dikomen, sebab aku suka 2 ways communication. sebab tu, seboleh-bolehnya, aku akan balas komen korang, walaupun lambat.

so, kali ni, aku list-kan top 10 pengomen tegar blog Hikayat Budak Pening setakat ini. mereka rajin komen. so, kalau korang terjah, tak rugi. mana tau mereka jadi 'pengomen tetap' blog korang pulak nanti.

maka, mereka yang dimaksudkan adalah :

1. Sayidah Nafisah Ruslan
b e l o g k a y a n g a n 

B e l o g k a y a n g a n


2. nik ros 
❤ Journal of my life ❤
❤ Journal of my life ❤


3. NORSHAHFEZA HAMSAN 
paheet manees hidup sapeeja
paheet manees hidup sapeeja


4. iima ❥
iiMARAzAK
http://imahotmail.blogspot.com


5. vidalsisah
Diari Maya
Diari Maya


6. Awan Nina
Awan Nina
Nurlina Nordin


7. Cik Syida
cyda yusof
http://www.cydasite.my
Syida Rasyidah


8. Syazana Zainn
SYAZANA STORY GLORY
SYAZANA STORY GLORY


9. KY
Ilhamku Disini
Ilhamku Disini

10. Jna marcello
..NaHandsomeGirl...


kepada yang tak tersenarai, jangan berkecik hati yer.. aku tetap menghargai korang. 

maa'ssalamah,
Pha is 

22.1.13

Forever Alone Brother



Pagi tu, aku naik moto pergi ambil adik aku yang baru balik dari cuti semester dari UM. Sampai je beliau depan aku, mungkin tatkala melihatkan kepala aku yang licin tanpa rambut, dia bersuara.

“ni pasai apa plak dok cukuq kepala plak nih?” soal adik aku.

“biasa la.. baru habis exam. Saja”

“ingatkan nazar sebab tak ada awek.”

“cis.”



Di rumah, sedang kami sekeluarga rancak bersembang, tiba-tiba henset berbunyi. Kemudian, laju adik aku mencapai henset beliau di atas cabinet, membaca mesej yang masuk.

“sapa tu? Balak ka?” soal aku.

“ha ah.. boyfriend. Hang ada?”

(-_-‘)


Pedas. As always..




maa'ssalamah,

Pha is


20.1.13

Kelantan - Penang | Sebuah Perjalanan

akhirnya, Alhamdulillah, aku berjaya menunggang Motosikal dari kelantan ke Pulau Pinang bersama seorang member. pengalman yang tak mungkin akan dilupakan. insyaAllah.. dalam perjalanan tu, aku sangat bernasib baik kerana :

1. tak hujan di sepanjang perjalanan, walaupun kelantan masih lagi dalam musim tengkujuh
2. tiada apa yang rosak pada motosikal, kecuali meter kelajuan yang tiba-tiba 'mati'. so, aku tak tau berapa laju aku bawak.

secara ringkasnya,

A - 0700 - bertolak dari USM kampus kesihatan, ke stesyen minyak untuk isi minyak dalam bekas air mineral 6 Liter (minyak ~ RM10), sarapan, dan bertolak.
B - 0800 - tiba di bulatan pasir mas
C - 0830 - berhenti di tanah merah, top-up minyak dalam tangki (RM3)
D dan E - 0915 - berhenti di Jeli, top-up minyak dalam tangki. (minyak RM2)
F - 1015 - berhenti di hentian puncak titiwangsa. ambil gambar sebagai bukti. hehehe...


G - 1045 - berhenti di tasik banding untuk isi minyak dari bekas tadi.
H - 1130 - berhenti minum di hentian grik.
J - 1230 - isi minyak di baling
K - 1330 - sampai di USM kampus induk

bila sampai, tak rasa apa-apa lagi, tapi keesokannya, bila bangun tidur, aku sakit bahu, sakit belakang, dan sakit pinggang. adeh..

tak pe, sakit-sakit pun, memang berbaloi. hehehe...

maa'ssalamah,

Pha is

18.1.13

Kenangan | Exam Sem 7

gambar-gambar kenangan sepanjang exam di bumi cik siti wan kembang.

sepanjang minggu exam, inilah katil aku. nasib baik apartment ni ada sofa. dan nasib baik sofa ni KERAS. kalau lembut, susah sikit nak bangun. heheh

biasa la, student dan caffein tak dapat nak dipisahkan, terutamanya masa exam.

ni untuk malam terakhir. hari terakhir aku ada 2 paper. so, kena double dose. hehehe..

loading dose : coffee 2 tin
maintenance dose  : coffee 1 cup every 6 hour.
monitor for : headache

last but not least, rumate aku yang tengah tension. hehehe...


sebelum ni, si syafiq ni pernah masuk blog aku, bagi yang perasan.
masih ingatkah korang akan wajah beliau?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
V



maa'ssalamah,

Pha is

16.1.13

Segmen | Jom tingkatkan followers sampai lebam

sebuah segmen dari Cil Lisa. sila klik banner untuk join

seperti yg diminta oleh pihak penganjur, kat bawah ni print skrin follower setakat entri ini ditaip..
so. jom sama2 meramaikan segmen ni..

maa'ssalamah,

Pha is




#WW 44 | Kelantan - Penang


maa'ssalamah,

Pha is

15.1.13

Kelayakan Minimum Ke Program Ijazah Farmasi

[Update (30/6/2021)] 
[Maklumat dalam artikel ini telah luput. Untuk maklumat terkini, sila ke artikel ini : Kelayakan Minimum ke Program Farmasi]


Mesyuarat Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) ke- 100 pada 26 November 2012 telah membuat keputusan mengenai syarat-syarat baru bagi kelayakan masuk minimum ke program ijazah farmasi mulai 2013.

Syarat-syarat baru bagi kelayakan masuk minimum ini adalah bertujuan untuk memastikan kualiti pelajar yang akan mengikuti pengajian di peringkat program ijazah farmasi.

Syarat-syarat baru bagi kelayakan masuk minimum seperti di bawah akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2013.
Setiap pelajar perlu mematuhi syarat baru (A) DAN syarat tambahan baru (B) seperti dinyatakan dalam lampiran sebelum dibenarkan meneruskan pengajian ke peringkat ijazah farmasi.



1. STPM

Syarat  Baru (A)
CGPA 3 dan ke atas termasuk sekurang-kurangnya B dalam subjek Kimia

Syarat Tambahan Baru (B)
i)Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara
ii)Wajib lulus minimum band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum pelajar bergraduat




2. A - LEVEL 

Syarat  Baru (A)
3B ATAU 2A1C ATAU 1A1B1C dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik ATAU Matematik dengan sekurang-kurangnya B dalam subjek Kimia
(Dengan merujuk Sistem Skor Universities and Colleges Admission Service (UCAS) yang dilaksanakan di United Kingdom bagi keputusan A-Level iaitu dengan ketetapan skor  A+ = 140, A=120, B= 100 dan C=80)
 *   Keperluan 3B yang dicadangkan oleh LFM adalah menyamai jumlah skor 300 dengan B untuk matapelajaran Kimia

Syarat Tambahan Baru (B)
i) Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara
ii) Wajib lulus minimum band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum pelajar bergraduat




3. MATRIKULASI ATAU PRA-PENGAJIAN PERUBATAN DAN FARMASI ATAU FOUNDATION DALAM SAINS

Syarat  Baru (A)
Matrikulasi ATAU Pra-Pengajian Farmasi/ Perubatan dengan GPA 3.0 ke atas dengan sekurang - kurangnya B  bagi  Kimia
ATAU 
Foundation dalam Sains dengan GPA 3.5 ke atas dengan sekurang - kurangnya B  bagi  Kimia
DAN  
Program perlu di jalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun

Syarat Tambahan Baru (B)
i) Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara
ii) Wajib lulus minimum band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum pelajar bergraduat
iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5 B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara




4. DIPLOMA

Syarat  Baru (A)
Diploma Sains (Kimia atau Biologi atau Fizik) CGPA 3.75 dan ke atas termasuk B dalam subjek Kimia
ATAU
Diploma Farmasi CGPA 3.5 dan ke atas

Syarat Tambahan Baru (B)
i) Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara
ii) Wajib lulus minimum band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum pelajar bergraduat
iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5 B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara




5. IJAZAH PERTAMA DALAM SAINS

Syarat  Baru (A)
Ijazah Pertama dalam Sains CGPA 2.75 dan ke atas
(CGPA 2.75 = Gred C+)




NOTA: Setiap pelajar perlu mematuhi syarat baru (A) dan syarat tambahan baru (B) (jika ada) seperti di atas sebelum meneruskan pengajian di peringkat ijazah farmasi.


rujukan  :

MOH pharmaceutical services division. Syarat-Syarat Baru Bagi Kelayakan Masuk Minimum Ke Program Ijazah Farmasi Bagi Sesi Kemasukan Pelajar Tahun 2013. [online] 2013. [cited 2013 Jan 15]; Available from: URL:http://pharmacy.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=132&action=view&retrieveid=404&lang=EN





14.1.13

Makan2 Klate | Rumusan

akhirnya, selesai sudah siri jelajah makanan kelantan aku. sekarang, aku dah balik Penang. semester depan, aku kembali belajar kat USM induk Penang.

jadi kat bawah ni aku senaraikan tempat-tempat makan yang aku dah pergi sepanjang aku berada kat USM kampus kesihatan di Kelantan.

dokumentasi itu penting.
(klik untuk tumbesaran sempurna)

1. Sri Paduka Burger 
2. Restoran Alstonia 
3. Restoran Khaleel Nasi Kandar 
4. Selera Cik Siti 
5. Nasi Lemak Kopi O 
6. Dlah Maggi Ketam Corner 
7. Mak Su Nab Nasi Air
8. Ice Cream Baba 
9. Nasi Ulam Cikgu 
10. New Horizon Garden Restaurant 
11. Chim Chum Food Village 
12. KB Burger Bakar
13. Mr. Cook Western Food
14. Ajihs Nasi Lemak 80sen
15. Satay Malaysia Pengkalan Chepa 
16. Nasi Kak Wook 
17. WAU 
18. D' Village Food Court
19. Yati Ayam Percik
20. Zaeman Nasi Kukus

kat bawah ni pulak senarai kedai makan yang aku dah listkan untuk pergi tapi tak sempat pergi, disebabkan kekangan masa dsb. antaranya : 

1. Kengsom -  6° 8'12.54"N 102°14'42.04"E
2. Four Season -  6° 7'51.22"N 102°14'51.56"E
3. Hayaki -  6° 7'57.12"N 102°14'39.01"E (kalau tak silap)
4. Abe Long Nasi Lemak Gasing -  6° 8'12.35"N 102°16'33.89"E
5. Ukir Seri Anjung Restauran -  6° 7'3.57"N 102°17'45.83"E
6. Restoran Cempaka Rembulan -  6° 7'8.95"N 102°17'35.54"E  (kalau tak silap)

selain tu, ada kedai makan yang aku dah pergi, tapi tak sempat nak review dalam blog. sebab lupa nak ambil gambar, dan tak ingat banyak pasal detail kat kedai tu (menu, harga, dsb) antaranya : 

1. Nasi Kerabu Golok -  6° 5'52.66"N 102°16'8.40"E
2. Restoran Pinang Seribu -  6° 5'22.43"N 102°16'40.35"E
3. Restoran Pakistan (roti naan) -  6° 7'28.97"N 102°14'8.60"E

kat bawah ni aku nak share sikit tips terutamanya bagi "ore luar" (bukan orang kelantan) macam aku ni, kalau nak keluar makan kat mana-mana kedai makan kat kelantan, dan termasuk juga kedai-kedai biasa (baju, tudung, dsb) ini just berdasarkan pengalaman peribadi aku je. so, mungkin betul dan mungkin silap.

1. sesetengah kedai di kelantan (tak kira kedai makan atau tak) kalau korang tak kecek klate, ada high chance untuk korang dikenakan harga yang tinggi. tapi tak de la sampai tahap kena tipu. cuma, kalau nak tawar harga tu, susah sikit la nak dapat murah. 

pendapat ini disokong sendiri oleh member aku yang merupakan orang kelantan. so, ilmu 'kecek klate' tu sangat-sangat crucial untuk survive disini.

2. kalau boleh, keluar makan atau beli belah dengan kawan atau ahli keluarga yang tinggal di kelantan(jika ada). serahkan urusan pembayaran atau tawar menawar kepada mereka. 

3. seelok-eloknya sebelum ke mana-mana tempat makan yang agak special, "google" dahulu tempat tu. lihat komen-komen orang berdasarkan tempat tu. so, kalau komen untuk tempat tu agak negative, kalau korang pergi jugak, tak de la nak frust sangat kalau betul pun tempat tu tak best. contohnya macam kat Selera Cik Siti   

4. dont judge a book by its cover. kadang-kadang kedai biasa-biasa je, tapi sedap, servis pun okay. kadang-kadang kedai nampak okay, tapi servis hampeh, rasa tak sedap mana pun. contohnya macam kat kedai ini.  

so, cukup dulu kot setakat tu... lepas ni, boleh aku sambung balik jelajah makanan penang aku sebelum ini yang tertunda disebabkan aku ke kelantan. hehehe..

maa'ssalamah, 
Pha is

13.1.13

Jodoh Datang Bergolek

dalam sebuah perbincangan santai antara aku dan member-member, entah macam mana, soal jodoh jadi antara topic yang dibincangkan.



"well, kalau soal jodoh, kalau perempuan ni susah sikit." kata miss H.

 "tak apa. aku ingat lagi muallimah* aku cakap, jodoh ni tak payah cari. tunggu je, nanti dia datang bergolek-golek. betol!" respon cik tot dengan lantang dan penuh bersemangat. antara kami, suara cik tot yang paling lantang. mengalahkan lelaki.

"setakat ni, dah berapa orang dah yang datang bergolek kat ko..?" soal Ian, disusuri dengan gelak tawa kami.

*muallimah : dari segi bahasa bermaksud guru perempuan. selalunya merujuk kepada guru yang mengajar pendidikan islam atau bahasa arab, selain panggilan "ustazah".  tapi, ada sesetengah sekolah beraliran agama yang menggunakan panggilan ini walaupun untuk guru biasa (yang mengajar BM, sejarah, dsb.)

 * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

rezeki, jodoh, ajal dan maut, semuanya ditangan Allah, semuanya ketentuan Allah. tapi rezeki kena usaha cari, jodoh pun kena usaha cari. cuma maut je tak payah dicari, nanti dia datang sendiri, tak kira bergolek atau tak. hehehe...

maa'ssalamah,

Pha is

11.1.13

Exam Lebih Scary

malam sebelum exam paper TDM (therapeutic drug monitoring), aku terjumpa video bawah ni kat laman facebook. video pasal seorang pemandu yang "ditumpang" oleh seekor makhluk halus. betul atau tak kesahihan video tu, wallahu a'lam.

then, aku share di facebook tengah-tengah malam. motif? nak bergurau dengan member aku yang nak stay up study untuk paper keesokan harinya. aku post dengan caption :


"pembakar semangat untuk stay up malam ni...
esok TDM.. 
yosh..!!!"

[amaran : video ini mungkin kurang sesuai untuk mereka yang kurus semangat]

antara komen yang aku dapat : 


Wan      : dah la aku dok sorang-sorang je ni phais... hadoii.. silap gi tgk! haha
Pha Is    : amacam semalam? best study..? hahaha [pagi sebelum exam]
Wan      : haha.. TDM lagi scary la dari video hang... haha
Pha Is    : yeargh.. itulah semangat yang kita nak..!!! hahaha




p/s1 : ini entry auto publish. semasa entri ni di-autopublish-kan, aku sedang mengambil exam paper terakhir untuk sem ni.  

p/s2 : miss, jangan marah yer..

maa'ssalamah,

Pha is

9.1.13

GEMPAR | Bayi 18 Bulan Exercise.


pagi tadi exam applied therapeutic 1. semalam, ramai yang mula resah dan gelisah. terpampang jelas di timeline twitter. takut-takut tersilap bagi ubat. agaknya, kalaualah pesakit dalam soalan exam tu pesakit betul-betul, dan kami kena rawat diorang, mesti diorang dah mati.


itu satu hal. lepas tu soalan exam pulak buat gila. baby yang berumur 18 bulan ada penyakit asma. baby tu kena serangan asma selepas dia exercise. (exercise induced asthma). persoalan yang timbul dalam kepala otak aku, baby umur 18 bulan, dia nak exercise apa? hahaha..


then, bila keluar exam hall,

"aku rasa, baby tadi dah mati dah..!" 


maa'ssalamah,
Pha is

#WW 43 | Exam Hall


8.1.13

Cabaran Ultimo | Kelantan - Penang

dulu, masa cuti raya haji, aku menyampaikan hasrat hatiku kepada mak yang aku nak menunggang moto ke kelantan (dari pulau pinang) secara solo, persis dato' azhar mansor yang mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layar beliau.

tapi, mak agak keberatan untuk merelakan anak sulongnya ini ke kelantan dengan menaiki motosikal. ibu mana yang tak risaukan anaknya. kan?


kemudian, aku cuba pujuk mak untuk melepaskan aku pergi. aku nekad. bila mak mula melihat kesungguhan dan kedegilan aku, mak pun "angkat geng". tak cukup dengan bebelan mak, mak panggil pula mak lang sekali, untuk "nasihatkan aku". akhirnya, setelah aku dihentam bertubi-tubi, aku kalah. mana mungkin aku boleh menang. 2 lawan 1!

so, akhirnya, tak jadi aku nak menunggang ultimo biru aku dari penang ke kelantan.

tapi baru-baru ni, member aku ajak aku berkonvoi balik ke penang. hah..!!! yes..!! ada geng..!!! dulu, antara sebab mak aku tak bagi kerana aku nak buat 'perjalanan solo'. tapi kali ni, berkonvoi. so, boleh la. kan?

jarak anggaran lebih kurang 319 km. .Aku tahu, perjalanan ni Nampak macam "scary". Tapi, kata orang, pengalaman itu, priceless. I know my ultimo can do it. I know I can do it..!!!

harap-harap aku dan member selamat sampai penang.



maa'ssalamah,
Pha is

7.1.13

Segmen | Tambah Trafik Tambah Follower 2013

sebuah segmen oleh +hasrul hassan melalui blognya, hasrulhassan.com sila klik baner kalau nak join sebelum 9 Januari 2013

blog Hikayat Budak Pening ini ditubuhkan pada akhir tahun 2010, mulanya bertujuan untuk berkongsi kepeningan penulis terhadap dunia. namun, sejajar dengan peredaran masa, blog ini telah berubah genre kepada penulisan yang lebih berbentuk perkongsian yang lebih santai, tanpa memeningkan pembacanya. penulis banyak belajar dan contohi beberapa blog pendidikan buat blogger, antaranya dari blog hasrulhassan.com yang sememangnya terkenal sebagai blog pendidikan buat blogger.     

p/s : sekarang aku exam week, so, tak dapat nk terjah korang lagi. insyaAllah, minggu depan aku free yang teramat sebab exam dah habis. so, boleh la terjah.

maa'ssalamah,

Pha is

6.1.13

Reply | Calon Fanatik KPOP

selepas je entri aku yang lepas (Calon Fanatik KPOP) dipublish, agak banyak maklum balas yang aku dapat sama ada dari laman twitter mahupun dari ruangan komen entri tu sendiri.

dalam entri tu, aku cuba kongsi pendapat rumate aku yang kurang berkenan dengan perempuan yang gila kpop.




jadi, tak aci lah kalau kiranya aku hanya kongsikan pendapat dan pandangan dari satu pihak sahaja. nanti jadi berat sebelah. lantas, aku kongsikan jugak pandangan dari pihak perempuan, sama ada mereka peminat kpop ataupun tak.

antara komentar yang terpilih, yang pertama :


tapi, ada betolnya. manusia boleh berubah. contohnya, seperti yang telah aku bangkitkan dalam entri yang bertajuk "Tudung | 'Cukup Makan' dan Labuh", bila-bila masa ja manusia boleh berubah.

cuma untuk part last sekali tu je aku tak sure. sebab aku rasa, mungkin lepas aku kahwin pun, aku tetap akan minat naruto. woha..!!!

boys will always be boys...

okay. dah melalut dah. berbalik kepada topik asal, KPOP. setrusnya, kita ke maklum balas yang ke-2, dari seorang sahabat aku yang berstatus peminat kpop.

klik untuk tumbesaran sempurna. TAK PERLU baca dari bawah ke atas.


huh, semakin hangat pulak perbincangan kali ni. hehehe... tapi, komen kat atas ini juga suatu kenyataan. semua orang ada minat masing-masing. hak individu. dan betul, tak semua peminat kpop sama.

mungkin yang rumate aku maksudkan dalam entri lepas yang betul-betul minat yang melampau. yang fanatik sampai tak nak mengaku rakyat malaysia sebaliknya dengan bangganya mengisytiharkan diri sebagai rakyat korea. teeettt~

anyway, pandai ko erk, bangkitkan pasal minat aku terhadap moto .. heheheh...

seterusnya, komen yang terakhir, komen yang paling ringkas. komen dari seorang sahabat yang status kpopnya tak dapat nak dikenal pasti. hehehe...


okay.. aku sengal.. end of story...

so, aku dah tunjukkan pandangan dari kedua-dua belah. (untuk maklumat lanjut mengenai pandangan dari syafiq tu, boleh tengok di SINI). so, korang boleh menilai sendiri. mana yang baik, dan mana yang kurang baik.

dan segala yang baik itu, datangnya dari Allah, dan yang buruk itu, juga datang dari Allah, tetapi disandarkan atas kelemahan dan kekhilafan diri aku sendiri.

maa'ssalamah,
Pha is 

5.1.13

Calon Fanatik KPOP?



“pergh...”

“kenapa?” soal roomate aku apabila tiba-tiba terdengar aku bersuara.

Sebelum tu, suasana bilik aku lengang. Kami masing-masing tengah study memandangkan sekarang exam week. Setelah mata aku mula muak menatap nota, aku buka sekejap laman sesawang facebook. Sampailah aku ternampak sesuatu yang agak ‘menarik’ di dinding facebook aku.

“member aku ni. perempuan. Nak kata cun tu, tak de la. tapi manisnya ada. Tiba-tiba je beliau tukar profil picture facebook kepada muka lelaki korea mana entah.” Balas aku.

“hmm..  kpop lettew” balas roommate aku. “aku kalau perempuan macam ni, yang fanatic sangat kpop ni, aku ‘tolak’ siap-siap. Hahaha” sambung roommate aku lagi.


“ek, kenapa?”

“Ye la, aku nak cari calon isteri, dalam masa yang sama aku nak cari calon ibu kepada bakal anak-anak aku. kalau dok asyik-asyik kpop, karang tak pasal-pasal dia ajar anak aku menari gangnam style nanti, sapa susah?” jawab roommate aku.

“hahaha.. betol jugak.”

Lantas, roommate aku kembali ke meja study beliau. Mula menyelak kembali helaian nota-nota ringkasnya. Aku? well, aku taip entry ni dulu, lepas tu, baru sambung study balik.



Maa’ssalamah,
Pha is

3.1.13

Makan2 Klate 20 | Sri Paduka Burger

kalau dulu, aku dah cerita pasal KB Burger Bakar (kelantan) dan Hero Burger Bakar (penang). kali ni aku nak cerita pasal burger biasa. kalau kat kelantan ni, kedai burger bercambah. so, banyak pilihan la. tapi dalam banyak-banyak gerai burger, Sri Paduka Burger ni bagi aku special sikit.


"gerai" burger ni terletak di Jalan Kubang Kerian-Bachok, tak jauh dari istana. (coordinate :  6° 4'55.78"N 102°17'11.56"E - lebuh kurang). dalam banyak-banyak gerai burger, bagi aku, apa yang special kat gerai burger sri paduka ni, diorang masak cepat giler, tapi dalam masa yang sama tak menjejaskan rasa burger.

aku pernah tengok, sekali diorang masak, nak dekat 20 burger boleh siap. maksud aku, standard aku tengok kat gerai burger biasa, paling banyak pun dalam 6-8 biji burger diorang susun, tu pun lambat. yang ni, hampir 20 biji burger tersusun, tinggal nak letak daging burger dan bungkus je. cepat pulak tu.

memang diorang sibok bebenor. buat keje macam robot dah aku tengok. laju je. dah tu, orang yang datang pun ramai. sebab tu, masa aku pergi, kalau tengok ramai yang order, aku tak risau dah. sebab diorang masak cepat.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

selain burger sri paduka ni, kalau nak rasa burger yang unik sikit, boleh try burger kat Ajihs nasi lemak 80sen. kat situ ada burger gak, tapi burger dia special sikit sebab ada buah epal. betol! dalam burger ada buah epal. kalau tak percaya, korang pergi try. hehehe

maa'ssalamah,

Pha is

1.1.13

why?

setiap perkara yang berlaku ada hikmah, ada sebab dan musabbab. bak kata lecturer aku, Miss H, kalau nak lebih faham tentang sesuatu (pelajaran terutamanya) "always ask WHY..?"

why this drug have these side effects?
why this drug need to take with plain water only, not mineral water?
why GI bleeding can increased protein breakdown? 
why...? why..? why....? 

dahulu, masa zaman matrikulasi, aku selalu amalkan prinsip "Why?" masa aku di zaman budak Fizik. sungguh, bagi aku, Physics is really fascinating. at least you can see what you learn. everywhere.!

contohnya, yang sempat aku share dalam blog ni:

kenapa masa naik motor, kalau nak laju kena tunduk?
kenapa berat penunggang moto itu penting? 
(yes, aku apply konsep fizik masa setiap kali naik moto)

tu dalam bidang fizik. dalam bidang farmasi? mungkin curiosity aku kurang. sebab tu aku jarang tanya "why?". mungkin sebab farmasi kurang daya tarikan, kurang menarik bagi aku.. mungkin..

tak macam kawan aku si cik Tot, setiap kali dapat info yang baru mengenai ubat, she said, "hmmm... menarik..!!"


maa'ssalamah,

Pha is

Makan2 Klate 19 | Restoran Alstonia


kali ni, kita terjah restoran Alstonia plak. nama dah sempoi dah. dari luar nampak macam kedai biasa je, tapi menu dia agak sempoi. kedai ni terletak di Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan. (coordinate:  6° 6'31.69"N 102°16'58.00"E).

aku rasa, so far, kedai ni yang menunya yang paling banyak variasi. macam-macam ada. untuk masakan panas, ada goreng-goreng (nasi, mee, dsb), tomyam, paprik, goreng kunyit, telur bistik, dan seangkatan dengannya.

masakan western, chicken chop, fries, burger, semua ada. masakan kampung pun ada, contohnya, keropok lekor. dan yang bestnya, ada menu "masakan penang". contohnya, char kway teow, kway teow kerang, dan sebagainya. untuk makanan pencuci mulut, ada ice cream, ABC, ice blended, dan seangkatan dengannya. senang cerita, banyak variasi la. style kan? everything under one roof.

kalau ikut sign board ni, ada wifi. tapi aku tak pernah try pun.

bagi yang kaki bola, tempat ni pun antara port lepak orang tengok bola, sebab ada LCD projector. boleh tengok dengan puas. time ada bola, tempat ni full. hari restoran ni beroperasi aku tak sure. yang aku tau, jumaat tutup. (sebab dulu kami ingat nak pi tengok cerita maharaja lawak kat situ, tapi tutup.)

dah banyak kali aku ke situ. tapi gambar makanan lupa nak ambil. hehe..  setakat yang aku pernah rasa, nasi goreng okay, tomyam pun okay, ABC memang layan, ais blended boleh tahan, ice cream nampak macam sedap (member aku yang order), char kway teow pun tak rugi kalau try. (aku selera besar. kalau makan nasi goreng tak kenyang lagi, selalunya aku pekena char kway teow pulak. hehe..) harga semua aku rasa lebih kurang standard je dengan kedai biasa.

so, jom..!!!

maa'ssalamah,

Pha is



Muqaddimah 2013

orang lain, sambut tahun baru 2013 dengan bunga api, riang gembira dengan sahabat handai mahupun family, tapi aku hanya terperuk dalam bilik. aku raikan tahun baru 2013 dengan sajian nota-nota yang maha memualkan.

sebermulanya tirai 2013, maka bermulalah minggu exam bagi aku dan sahabat-sahabat.

nervous? entah. rasanya aku ni dah tak ada emosi dah. tatkala orang lain dengan rakusnya, mempamerkan kegusaran hati saat exam menjelang di dinding-dinding facebook dan laman twitter. terpampang indah. aku? hmm...

pasrah....

 study sambil berselimut persis tok sami. bumi kelantan masih menangis tanpa henti. sejuk. ibarat di oversea.

maa'ssalamah,

Pha is