31.12.13

Attention Seekers

cuma nak share sebuah status FB member aku tentang kelahiran attention seekers melalui youtube di Malaysia semenjak-dua-menjak ni. ditambah pula dengan kewujudan anugerah seperti Aksi di Youtube Paling Popular oleh ABPBH kali ni, makin gedik la orang upload video picisan di Youtube.

attention seekers


ahmad syafiq, pharmacist, attention seekers

"I'm a pharmacist. I provide my service to the people, heck, to the country even. so why should people like you and I be intimidated by stupid videos made by people who have too much time on their hands (Syasya,Bobo)? Focus on what you are supposed to do. Focus on the present to make way for your future. Don't make people like these two more popular. They don't deserve the attention."(Syafiq A, 2013)

dipetik dari : Syafiq A.(2013 Dec 29). Facebook Status. retrieved from https://www.facebook.com/syafiqalfonso/posts/785614964786653


apa pula kata anda?

30.12.13

Sudah Cukup Sudah..

tajuk entri entah apa-apa... kan?

apa yang cukup? apa yang sudah? ha.. ni yang nak cerita ni.

hampir 2 minggu lepas aku publish entri aku cash out 8Share buat kali yang kedua, minggu ni dah cukup duit untuk cash out lagi..!!!! okay, ni so far paling pantas aku kumpul duit melalui online. tapi tak de la sampai tahap jadi jutawan. hehe..


kalau nak merasa seronok seperti apa yang aku rasa sekarang, jom la join 8Share ni. daftar secara percuma. lepas tu, cuma share-kan iklan 8Share dekat laman sosial dan blog. senang je. klik baner bawah ni untuk daftar.


kalau tak tau lepas dah daftar nak buat macam mana, boleh tengok tips kat bawah ni :

tips share special 8share di laman sosial
cara ambil link iklan di 8Share
cara share iklan guna text
cara share iklan menggunakan gambar 


 semoga bermanfaat...

maa'ssalamah,
Pha is

Aduan harga barang naik

pening aku. hahaha.. kata "jangan asyik mengadu je". tapi lepas tu plak kata "tiada sebarang aduan". mana satu yang betul ni?

Jangan adu harga naik sahaja, sumbangkan idea juga



sumber : 
malaysiakini.(2013 Dec 27). 'Jangan adu harga naik sahaja, sumbangkan idea juga'. Youtube. retrieved from http://www.youtube.com/watch?v=t7EsV-jHpQA

Tiada Aduan Bukti Rakyat Malaysia Sokong Kenaikan Harga



KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia menyokong kenaikan harga berikutan kurangnya aduan yang dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kata Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek pada Jumaat.

"Kita tidak menerima apa-apa aduan. Rakyat tidak mengadu, ini bermakna terdapat sokongan. Kita tidak mengawal harga, tetapi pengguna yang mengawalnya," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen 'Kembali Ke Sekolah' AEON.

dipetik dari : 
Ssukumaran T.(2013 Dec 27). Berita: Tiada Aduan Bukti Rakyat Malaysia Sokong Kenaikan Harga - Hasan Malek. Mstar Online. retrieved from http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/12/27/mstar_berita/20131227173802&sec=mstar_berita


29.12.13

Segmen Azam Blog 2014 by HBP

klik baner untuk join sebelum 2 Januari 2014 jam 12.00 tgh hari

eh, apehal aku join segmen anjuran sendiri nih? ah, suka hati aku lah... segmen aku.. hehehe.. so, back to the segmen, jom tengok azam aku plak untuk blog ni.

azam blog tahun 2013

nak mencapai 1k follower -alhamdulillah
nak minimum 10 orang komen untuk setiap entri - alhamdulillah
nak dapat cpuv nuffnang- alhamdulillah
nak anjurkan minimum 1 segmen - alhamdulillah

azam blog tahun 2014

apply adsense sampai dapat (dah 2 kali dah apply tak dapat)
domain sendiri (masih difikirkan nama URL yang sesuai sebab "pening-pala" tu macam tak best je)
follower mencapai 3k google friend connect dan 2k untuk G+
unique visitor minimum 300

cukup dulu kot stakat tu.. mungkin akan ditambah dari masa ke semasa, bergantung kepada keadaan nanti..

so, sapa yang belum join, jom sama2 memeriahkan lagi segmen ni. selain dapat tambah kenalan dengan ber BW, dapat jugak kita tingkatkan tahap pencapaian blog dengan azam dan semangat untuk blog masing-masing. insyaAllah..

maa'ssalamah,
Pha is

28.12.13

Allah Tak Makan Rasuah


Most commonly happen in every exam week :

 "Oh Tuhanku aku dah solat lima waktu awal waktu, buat semua solat sunat yang ada setiap dalam buku setiap hari even solat sunat wuduk, derma banyak2 kat tabung2 masjid, tutup aurat, stop mengumpat , puasa tiap2 hari, tahajud tak pernah tinggal, baca quran hari2, etc dan aku akan stop buat benda2 nie lepas habis exam dan akan buat balik bila lagi seminggu nak keluar result. 
So in exchange please me give a good and excellent result in my exam, Amin."

ps: Allah tak makan rasuah... (WN Muhamad, 2013).




dipetik dari:
Wan Nashrullah Muhamad. (2013 Dec 27). Facebook Status. retrieved from https://www.facebook.com/WanTaiping92/posts/625485630831821

27.12.13

Digi Prepaid Mobile Internet | Promosi Akhir Tahun

Di akhir tahun 2013 ni, bersempena dengan kedatangan tahun baru, Digi Prepaid Mobile Internet ada buat promosi tahun baru. diorang ada tambah quota internet dari plan Prepaid Mobile Internet yang asal. so, lets cekidaut...

Digi Prepaid Mobile Internet



untuk maklumat lanjut lawati : Digi Prepaid Mobile Internet

p/s : sekarang, aku masih lagi mengharapkan wifi percuma U. dah keje nati baru igt mula nak cari plan untuk Mobile Internet...

Pandangan Tokoh Bukan Islam Terhadap Rasulullah

salam Jumaat. di pagi jumaat yang barakah ini, mari sama-sama kita berselawat keatas Nabi Muhammad SAW dan keatas ahli keluarga baginda serta para sahabat.

Allahumma solli wa sallim a'la saiyidina Muhammad wa a'la alihi wa sohbihi wa sallam

Pandangan Tokoh Bukan Islam Terhadap Rasulullah




1. Mahatma Gandhi : 

Muhammad adalah yang terbaik dan kisahnya tidak dipertikai langsung bagi jutaan manusia, dan Muhammad membawa Islam dengan Kezuhudan dan berkasih sayang sesama sahabat sahabatnya, keberaniannya dan kepercayaan yang Tulus dan Ikhlasnya kepada ALLAH dan kata akhirnya tidak ada yang lebih dari ini melainkan Kehidupan Muhammad S.A.W.

2. Sir George Bernard : 

Aku selalu memandang tinggi agama Muhammad S.A.W disebabkan ianya satu tenaga (semangat) yang terbaik dan ia membawa satu agama yang boleh memukau seluruh alam dan dapat di terima pada mana-mana zaman pun, dan sekiranya mengikut pandangan aku yang berfahaman Anti-Christ, Muhammad S.A.W adalah Penyelamat kami.

3. Thomas Carlyle : 

Penipuan yang sebenar-benarnya yang telah tertimbun pada Muhammad S.A.W (disebabkan tuduhan tuduhan jahat mereka) hanya memalukan kita sahaja.

4. W.M. Watt : 

Muhammad S.A.W adalah seorang yang berakhlak mulia dan ramai yang mengikutinya dan meletakkannya sebagai Ketua di sebabkan akhlaknya yang mulia.

dipetik dari : 
Gempak.Org. (2013 Dec 26). PANDANGAN TOKOH BUKAN ISLAM BERKENAAN RASULULLAH S.A.W. Facebook Picture. retrieved from https://www.facebook.com/Gempak.Org/posts/619030781480001

25.12.13

WW #74 | Study Week

*   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *   *

dulu : 



kini : 

24.12.13

Penempatan Selepas Grad

sedang asyik sembang dengan mak aku, antara yang menjadi topic perbualan kali ni ialah pasal member aku yang dah grad yang dah dapat penempatan posting masing-masing.


aku : mak, kawan2 cek yang dah grad dah dapat dah posting. paling ramai dekat selangor. no. 2 dekat sarawak, no.3 dekat sabah.

mak : amboi, ramai pulak yang dapat sabah sarawak. yang dah kahwin hari tu?

aku : yang anak menakan pak lang 'ad tu dapat perak. laki dia pun sebelum ni dapat perak. ada lagi sorang yang dah kahwin pun dapat perak jugak. nasib baik, sebab laki dia tu orang perak.

mak : hmm.. hang pun nanti kalau dapat perak pun baguih jugak.

aku : paseipa mak?

mak : ha la. tak dak la jauh sangat...

aku : owh..  (dalam hati : ingatkan sebab ni)

maa''salamah,
Pha is

Segmen : Jom Blogwalking by Deno

klik baner untuk join sebelum 10 Januari 2014, 11.59 pm

23.12.13

tips share special 8share di laman sosial

baru-baru ni akau ada post pasal aku berjaya cash out 8share buat kali yang kedua. so kali ni aku nak try share kepada korang tip2 yang boleh korang lakukan untuk dapat duit dengan share special dari 8share di laman sosial.



sebalum tu, kalau belum lagi daftar dengan 8Share, boleh daftar disini : Daftar 8Share. senang je, sampai aku rasa tak berbaloi kalau nk buat tutorial cara nak daftar 8share. simple sangat. hehehe..


dulu aku pernah share cara nak share special 8share di blog. kalau nak tengok tips tu, boleh tengok kat entri-entri kat bawah ini :

cara ambil link iklan di 8Share
cara share iklan guna text
cara share iklan menggunakan gambar

tips share special 8share di laman sosial


untuk nak share special 8share di laman sosial sebenarnay lebih mudah. dan kalau letak link 'special' di blog kurang masyuk, mungkin kalau letak di laman sosial akan lebih masyuk kalau kena dengan gayanya, isnyaAllah..

1. jangan share special kosong tanpa kata-kata 'penarik'


selalu aku tengok orang share special 8share di laman fb terutamanya, diorang cuma share 'kosong' tanpa sebarang ulasan atau kata-kata yang boleh menarik perhatian orang untuk klik special tu.

contoh :

nampak kot noh beza 2 gambar ats bawah tu..


2. anggap ianya bukan iklan


jangan buat special yang korang share tu nampak macam iklan (wapaupun hakikatnya begitu). buat macam special tu benda yang korang sendiri nak share kepada rakan-rakan sebab korang rasa ianya menarik untuk di kongsi, bukan sekadar korang nak orang klik semat-mata.

buat ayat yang menunjukkan ianya berbaloi untuk orang klik disebabkan isi special tu, dan bukan nak orang lain klik supaya korang dapat duit. contohnya, ayat seperti "klik la... klik la.. please..." nmpak sangat yang korang nk orang klik semata, bukan sebab isi kandungan special tu. kan?

contoh, kalau special tu berkaitan sebuah video. tulis tentang apa yang menarik pasal video tu. mungkin orang lain tahu yang ianya iklan, tapi disebabkan 'ulasan' korang yang menarik tentang special tu, boleh jadi orang tersebut teringin jugak nak klik dan tengok apa yang best sangat dengan apa yang korang share tu.

contoh

ada orang yang terlalu kreatif sampai special yang biasa dia boleh olah sampai berbau lucah. maklumlah, benda macam tu lagi ramai orang klik. tapi aku tak galakkan buat macam ni. tepuk dada tanya diri.. paham kot noh..?

3. jangan menipu.


jangan share special pasal benda lain, tapi tulis pasal benda lain. korang nak ke duit yang korang dapat tu hasil dari klik orang lain yang tak redha atas klik tersebut? again, tepuk dada lagi sekali, tanya diri.

semoga bermanfaat..


maa'ssalamah,
Pha is

Pencarian Bloglist 2014 By BBL

klik baner untuk join sebelum 31 disember 2013

20.12.13

belakang kamera

Jika diberi pilihan, aku lebih suka berada di "belakang" kamera berbanding di "depan" kamera. Contohnya bila dalam 1 majlis atau event, selalunya aku akan jadi volunteer untuk jadi tukang ambil gambar secara tak bertauliah.

Ada sesetengah orang hanya suka beli kamera mahal-mahal tapi malas nak ambil gambar. Sebab lumrah tukang ambil gambar selalunya gambar beliau dalam photo mesti tak banyak. Gambar orang lain je lebih.

So, jalan penyelesaian bagi mereka yang ada DSLR tapi tetap nak muka diorang ada banyak dalam gambar, diorang pass kamera mahal diorang tu kat aku. Win-win situation. Aku dapat pengalaman 'main' kamera yang pelbagai, diorang plak dapat masuk dalam gambar banyak-banyak walaupun tu kamera diorang sendiri.

kamera orang. aku tukang shoot je.

Aku tak kisah sangat kalau gambar aku tak de. Bajet low profil la kononnya. hehehe... Walaupun aku tak ada DSLR lagi, sekurang-kurangnya boleh jugak asah bakat sambil belajar dulu basic dalam ilmu mengambil gambar.

bak kata pepatah, belakang kamera diasah lagikan tajam. #eh... Tapi kadang-kadang, tukang ambik gambar pun nak jugak masuk dalam gambar. Yer dok..?

picture credit to Saddam Shariff Gallery  

belajar dahulu asas fotografi


selain tu, walaupun aku tak ada DSLR lagi, tapi aku suka join mereka yang ada DSLR keluar 'outing' shooting gambar. dari situ la aku belajar dari diorang.

shooting gambar sunrise di masjid terapung tanjung bungah, penang. 
untuk keterangan janjut, lihat sini : outing sunrise masjid terapung

shooting sunrise di jelutong
untuk keterangan lanjut, lihat sini : photo | jetty jelutong express-way 

walaupun aku tak ada DSLR lagi, tapi aku dah ada anak murid yang berguru dengan aku pasal kamera. hehehe.. tak de la sampai tahap berguru, cuma aku share pengetahuan yang aku ada kat beliau. ini petikan kata2 beliau:

"aku tak pernah berguru secara formal, ie masuk kelas or kursus. 80% self-taught, yang lain tu ada laa aku tanya kawan2 (okay faiz sorang je yang aku pernah tanya, kawan perempuan aku kebanyakannya tak berminat untuk duduk di belakang kamera, diorang lagi suka duduk depan kamera)."

so, korang suka berada di bahagian mana? depan atau belakang kamera?

maa'ssalamah,
Pha is

19.12.13

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

18.12.13

Cash Out 8Share #2

Alhamdulillah, dah cukup duit 8Share aku untuk cash out. ini dah kali kedua aku cash out 8Share. baru tadi dapat payment advice. kali ni aku ambik masa lama sikit untuk kumpul duit, tak macam masa mula join dulu. Sebab aku dah macam malas nak promot iklan sikit. Tapi, malas-malas pun, dapat la jugak. hehe..

payment advice

Duit nuffnang pun baru je semalam aku tekan button cash out. Tapi nuffnang nak kena proses lambat sikit. lebih dari sebulan. Yang 8share ni memang cepat diorang proses, bergantung kepada tarikh korang tekan button cash out.

daftar 8Share


so, bagi yang belum daftar dengan 8share lagi dan teringin nak cuba, boleh klik kat baner bawah ni. simple je cara nak daftar, semudah ABC..

invite 8share

lepas dah daftar, korang boleh terus pergi ke bahagian "special" dan share iklan tu di laman sosial yang korang ada sama ada facebook, twitter, google+, dan sebagainya. Step nak share semua ada dalam tu.

dan kalau korang nak share iklan di blog, boleh tengok tutorial kat bawah ni :
cara ambil link iklan di 8Share
cara share iklan guna text
cara share iklan menggunakan gambar

selamat mencuba!


maa'ssalamah,
Pha is

WW #73 | PLKN 2008


16.12.13

bila ibu menjadi blogger

Dalam dunia blog ni, ada macam-macam ragam. Ada jenis kaki review filem, ada jenis review tempat makan (termasuk aku), suka post gambar-gambar emo, gambar-gambar permandangan yang mendamaikan, dan sebagainya.

tapi aku perasan, kalau blogger tu seorang yang bergelar ibu, mesti dalam blog beliau akan ada gambar-gambar telatah anak-anak mereka. contoh :

kak aizamia3. dalam entri selalunya akan ada cerita dan gambar dak kakak, dak adik, dan dak nuha.

pinjam gambar ye kak.. heheh
sumber asal : aizamia3.blogspot.com

kak  Nastyna. hampir setiap entri beliau ada cerita tentang telatah comel anak beliau si JJ.

 
pinjam gambar ye kak...

Dan beberapa lagi blogger ibu yang lain. sampai ada blog otai hanya dengan kisah anak-anak dia saja. contoh yang aku tahu, blog Barely Supermommy

Saya Anak 5 Power anjuran Dumex Dugro



kalau ada diantara pembaca blog ni yang rajin ambil gambar anak-anak macam kak aizamia3 dan kak Nastyna ni, try masuk peraduan "Saya Anak 5 Power" anjuran Dumex Dugro ni. Dah alang-alang ambil gambar, mana tahu boleh dapat hadiah. hehe..

Yup, aku join BE lagi

Dalam entri yang lepas, saja aku tinggalkan sedikit klu yang aku kena masuk wad, tapi tak bagi tau sebab apa. Saja... Sekadar nak tengok siapa yang tahu kenapa aku masuk wad.

Harapan aku tu tak mengecewakan kerana ada beberapa rakan blogger yang tahu kenapa aku kena masuk wad. yup, bukan sebab sakit, tapi sebab jadi bahan experiment a.k.a tikus makmal. Aku join BE study. kalau nak tahu apa itu BE study, boleh lihat entri ini : Apa itu bio-equivalence (BE) study

terharu aku sebab ada yang ingat pasal kes aku masuk wad join BE study dulu. mereka2 yang perasan di entri lepas dan di instagram antaranya:




1. HeNRieTTa JoSe
2. fatin wawa
3. ma 
4. husna zahidi
5. asha hana
6. Sally Samsaiman
7. Lilynn Wifey Sham

terharu nih.. heheh..

p/s : just short update. x dpt nk BW puas2 lagi. petang ni kuiz.. lepas tu baru bleh nk balas kunjungan puas2..


maa'ssalamah,
Pha is

13.12.13

segmen: saya sayang blog saya

segmen anjuran Ayu Insyirah. klik baner untuk join

p/s :
-salam jumaat
-malam ni nk kena masuk wad lagi. isnin plak ada quiz. hmm... study atas katil dalam wad je la.

12.12.13

Pengomen Bermusim

dulu, ada seorang blogger ni yang rajin komen tapi komennya bermusim. paham tak maksud aku. dia jarang singgah blog aku, tapi sekali singgah, hampir 20-30 entry sekali komen. tapi sekarang beliau dah kurang aktif berbloging.

beliau yang aku maksudkan ialah cik +Sayidah Nafisah Ruslan



sekarang ni, ada pulak blogger lain yang se'spesis' macam ni. beliau yang dimaksudkan adalah +munirah rahman. sekali beliau naik 'syeikh', sampai nk dekat 30 entri dia komen berturut-turut.. hahaha..



ada lagi blogger yang lain yg jenis macam ni tapi so far yang aku jumpa, ini yang paling hard core yang sampai lebih dari 20 entri sekali komen.. hehehe..




9.12.13

kursus kahwin

Alhamdulillah, selesai sudah aku ikuti kursus praperkahwinan. gejoloh gelojoh betol aku ni kan, calon tak de lagi, dok kalut nak ambil sijil praperkahwinan. hehehe.. bukannya apa, persediaan untuk masa depan la katakan..


ambil peluang sementara kursus pra perkahwinan ni pun tak naik harga lagi macam semua barang2 sekarang..  masa aku ambil ni, cuma RM70 je. kursus selama dua hari. dengar cerita nanti nak naik sampai RM300 la, nak buat sampai seminggu la.  kesahihan, wallahu a'lam.

so, baik buat cepat2. adik perempuan aku pun dah buat. tak kan abang dia nak tunggu lagi kan? tak nak kalah la jugak. hehehe..

sijil pra perkahwina untuk menikah dengan orang dah setel. next, sijil pra perkahwinan untuk menikah dengan superbike plak. 'sijil' lesen motosikal B full (lesen motosikal melebihi 500cc). insyaAllah.

superbike didahulukan, bini diutamakan.! (sebab calon moto dah nampak dah, calon bini tak nampak lagi).


maa'ssalamah,
Pha is

6.12.13

CPUV #12

tetiba je aku terasa nak buat entri pasal cpuv ni. sebelum ni aku tak pernah langsung buat entri 'isytihar' cpuv yang aku dapat. aku diam-diam je. tup tap, terus keluar no. 12 punya. hehe..

sedih hati


dulu, aku tak nak buat entri isytihar dapat cpuv baru ni. sebabnya aku pernah rasa sepertimana blogger yang tak dapat cpuv rasa, bila tengok blogger lain dengan riang gembiranya publish entri isytiharkan yang diaorang dapat cpuv baru.

sedih tau.! bayangkan la, selama 2 tahun 8 bulan aku letak iklan nuff tapi langsung tak dipandang untuk dapat cpuv. lepas tu baca plak entri blogger lain tengah seronok dapat cpuv baru. jeles pun ada masa tu.

kalau korang buat entri isytihar cpuv macam ni dan kemudian dapat komen seperti "untonglaa.....", tahukah korang yang kemungkinan besar pengomen tu sedih hati sebenarnya bila baca entri tu. (based on experience) 
 
sampailah akhirnya aku merajuk dan hantar tiket ke nuffnang. lepas tu, baru dapat merasa ni'mat cpuv buat pertama kalinya. sedih tak? hehehe...

cpuv #12



hijau : cpuv pertama pada 30 Julai 2013. selama 3 tahun aku berblog, baru 4 bulan lebih je aku merasa ni'mat cpuv.

merah : so far hanya 3 je cpuv yang on going. aku pernah tengok ada seorang blogger ni yang dapat sampai 9 cpuv on going (lihat entri :  9 cpuv on going) okay, aku jeles balik. hehe.. tapi x pe, rezeki masing-masing. tak boleh nak dengki.

biru : cpuv terbaru. Watsons 

jalan penyelesaian



so, kali ni aku tak nak 'isytihar' dapat cpuv saja tapi nak kongsikan sekali cara dan jalan penyelesaian kepada mereka yang pernah senasib dengan aku dulu. bagi mereka yang belum pernah dapat cpuv lagi walaupun dah lama mendaftar dengan nuffnang, try hantar tiket. kalau tak tau caranya, boleh tengok sini : cpuv - cara hantar tiket nuffnang

Watsons


cpuv terbaru yang aku dapat dari Watsons. Alhamdulillah.. rezeki di hari jumaat yang mulia ni. korang pun kalau nak dapat pahala lebih, boleh la klik iklan aku sambil niat sedekah di hari jumaat ni. (just saying). hehehe.. nanti aku balas isi tabung..



p/s : hujung minggu ni sibuk sikit sebab hadiri kursus kahwin. teeettt..  nmpak tak permainan aku disitu?


maa'ssalamah,
Pha is

5.12.13

First GA Arra Ahmad

sebuah GA by Arra Ahmad. klik baner untuk join.

Bersediakah Aku?

pagi tadi seluruh warga USM dikejutkan dengan berita kematian seorang bekas pelajar akibat kemalangan. walaupun aku agak kurang mengenali arwah, aku doakan semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. ameen..

macam yang aku pernah cerita sebelum ni dalam entri Persediaan Hidup, tika mana umur lingkungan 20-an ni tak bermakna hanya memikirkan soal persediaan untuk bekerja dan berkahwin semata. fikir sama soal persediaan menghadapi maut kerana ajal tak mengenal usia.

arwah sama umur dengan aku. tapi beliau pergi dulu menghadap Dia. bila-bila masa sahaja aku boleh menyusul. bersediakah aku? bersediakah anda?


Mohamad Iswandi bin Ishak
Dilahirkan pada 5/12/1990
Meninggal pada 5/12/2013
pernah menjadi Timbalan Bendahari PMI USM
pernah menjadi MPP USM
pernah menjadi MPP Pusat Pengajian Teknologi Industri USM
mohon sahabat-sahabat yang mengenali arwah untuk menghalalkan segala amanah yang telah arwah pikul secara rasmi
semoga arwah dalam kalangan orang yang beriman
al-Fatihah..



maa'ssalamah,
Pha is

Selamat kau bersemadi Ya Hanana...

tadi aku terbaca sebuah cerpen berdasarkan kisah benar yang melanda si penulis cerpen ni, seorang student USM.. sebuah kisah yang sangat menyayat dan meruntun hati.

sedih aku baca. harap kejadian yg menimpa Ya Hanana penulis ini tidak terjadi kepada Timo aku. hmm..

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  * *  * *  *  *  *  *  *  *  *

Selamat kau bersemadi Ya Hanana...............

13 Nov 2013

Seperti biasa aku dan Ya Hanana pergi ke kelas bersama-sama.
Aku mengelap embun yang nakal mengusiknya.
Pagi itu tenang, lebih tenang dari hari-hari biasa.

Lembu hijau itu memecut membelah rintangan angin yang datang menggangguku, seolah-olah dia berkata, " aku tetap setia bersama tuan! aku akan melindungi tuan dari setiap marabahaya! " . aku tersenyum mendengar khayalan itu.

Jam 11 pagi, kami ke kelas seterusnya, kuliah Ekonometrik. Selama 2 jam kelas itu berjalan.
Sampainya aku di G27, berhadapan kiosk siswa, aku ternampak seorg sahabat sdg menelaah di sebuah meja dihadapan parkir itu. Aku kagum dgn kerajinannya. Dia tersenyum melihat aku dan Ya Hanana sampai sebelum bermulanya kelas itu.

Sebelum melangkah ke dewan kuliah, aku meninggalkan kain pelikat baharu dibeli di atas tank minyak Ya Hanana. Kain itulah yang aku gunakan utk melindunginya daripada gangguan embun-embun pagi yang mengusik. Agar dia dapat mengurangkan kesejukan pagi yang mencengkam!

Jam 1.30 ptg, seusai kuliah, aku berkejaran utk mendapatkan dia.

Selalunya kami akan ke tempat yang plg kami rindui, iaitu Masjid al-Malik Khalid utk solat berjemaah walaupun dia tidak pernah melangkah ke dalam utk bersamaku.
Dia meredai kerana dia tahu siapa dirinya yang sebenar. Hanya dengan mendengar suara azan Ust Razin pun sudah cukup baginya utk menghilangkan kerinduannya kepada Tuhannya.

Namun, aku berasakan satu suasana yang kosong walaupun dikelilingi sahabat-sahabat dan junior-junior yang memberikan aku seteguk air utk dikongsi bersama
sambil berbual.

Aku rasa bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Tetapi apa?

ASTAGHFIRULLAH!
Ya Hanana mana??

Mundar-mandir aku mencarinya.
Mengelilingi parkir G27 hingga ke G03.

Hampa....
Dia tetap tiada....

Aku menelefon sahabat yang menelaah sebentar tadi kerana dia adalah saksi utama yang melihat aku memang betul-betul parking di hadapannya.

"Ya. Hang memang parking kat situ. Awat wey?"

"Takpa2. Aku cuma nak pastikan saja. Satg aku kol hang balik"

Memang sah Ya Hanana sudah tiada.......
Aku redha, kerana apa yang ALLAH beri adalah yang terbaik bagi kita.
Aku cuba bertahan dari merungut.
Kerana aku tahu bahawa jika aku merungut, aku seolah-olah mencabar kuasa Ilahi dalam mentarbiyah diri ini.

"Alhamdulillah".
Aku ucapkan kerana masih lagi diberi iman dan kewarasan dalam saat-saat begitu.

---------------------------------------------------------

3 Dec 2013

"Shukran! Hang ada kat mana? Saspek curi moto hang dah kena tangkap! Mai JK (JabatanKeselamat) sekarang!"

Panggilan dari Wan Nashrullah, sahabat dari PP Sains Farmasi. Beliau sentiasa mengikuti perkembangan Ya Hanana bermula dari dia hilang, laporan polis, insurans hingga ke penangkapan penjenayah itu.

3 orang di cekup. 2 dari org luar dan seorg bdk USM.
Ketiga-tiga datang dari kampung yang sama, Baling Kedah.

"Motor PJN 950 dah dijual" kata student USM yang terlibat.

Aku sudah jangka sejak dari mula...

Jika aku belasah mereka, bermakna tawakkalku hanya pada permulaan.
Jika aku bersabar, maka aku benar-benar rela dgn tarbiyahNYA.

Maka aku memilih utk bersabar.

Aku menyerahkan urusan itu kepada pihak polis dan JK.
Aku pasrah kepada ALLAH.
Dan aku semakin yakin dengan tawakkal kepada ALLAH.

"Jika aku bersabar ketika hari pertama diuji, maka ALLAH akan permudahkan urusanku"

Aku tak tahu apa yang akan aku dapat jika aku merungut pada hari pertama Ya Hanana hilang.

Mungkin ALLAH akan mengujiku dengan ujian yang lebih berat.
Wallahu`alam.
-----------------------------------------------------

Mungkin aku dapat memiliki RR150 yang baharu, atau Z800 yang memukau nafsu.
Tetapi, kenangan aku bersama hang tidak mungkin akan berulang kembali seperti mana aku pernah gembira dan menangis bersama-sama hang dulu.

Ingat lagi kita pernah menangis bersama-sama dekat Highway Sungai Petani Selatan dalam pukul 12.30 malam?
Aku berqasidah sambil kita bergembira utk pulang ke rumah? :')
Ingat tak Ya Hanana?
Ingat tak!

Ya ALLAH. Kuatkanlah kami dalam ditarbiyah olehMU.
Jangan Engkau biarkan kami merungut ketika diuji dan emosi ketika diasak dgn ujianMU.

Semoga engkau tenang bersemadi Ya Hanana...........
Aku sentiasa merinduimu.....

::Ikhlas dari sahabatmu::

Kepada "sahabat-sahabat baruku" dari Baling, aku sedia memaafkan kalian.

Kepada sahabat baruku yang merupakan pelajar USM, aku minta maaf jika dengan peristiwa ini akan membantutkan perjalananmu utk mengejar ilmu di sini.

Mungkin peristiwa ini akan menjadi titik perubahan bagimu.
Kau masih muda. Masih muda dariku.

Ingin sahaja aku upload gambar kalian di FB atas permintaan JK supaya mahasiswa USM lain lebih berhati-hati, namun aku meminta pandangn dari Murobbiku Ziyad, beliau tidak mengizinkan kerana aib kalian.

Kalian patut berterima kasih pada beliau.

Semoga Ya Hanana menjadi barang terakhir yang kalian zalimi.

Aku sentiasa merinduimu Lembu Hijau yang suka merajuk.......
Aku merinduimu....


3.12.13

Singa Popeye

masa raya haji dulu, aku memang langkah kanan sebab masa aku pergi ziarah rumah sedara belah ayah aku, diorang jamu kami dengan kambing salai. fuh, memang habis ni'mat hidup la masa tu.

selain tu ada juadah lain lagi. antaranya singa popeye ( popeye = kartun yg kelasi jadi kuat lepas makan spinach dalam tin tuuu).. fuh fist time aku dengar nama juadah tu.

sedara : ha pait, makan la tuh, singa popeye. kami buat sendiri tu. tengok resepi kat internet.

aku : singa popeye?

sedara : ha ah. singa popeye...

aku : tak tau plak katun popeye ada singa...?

sedara : bukan popeye la... tapi "PIE".... SINGAPORE PIE...

aku : owh.. singapore pie.. lain kali kalau nak cakap, kena ada saktah* sikit lepas perkataan singapore tu. baru faham. hehehe

singa popeye. I mean, singapore pie. heheheh

anyway, bila cakap pasal singapore, kalau ada orang pergi singapore, mesti pergi ke universal studios singapore kan? kalau korang teringin nak ke sana, boleh tengok kat SINI. ada peraduan dari maxis. hadiah utama percutian 3 hari 2 malam kat singapore sekali dengan 1-day pass ke universal studios...

adios..

*saktah :
-istilah tajwid dalam bacaan Al-Quran.
-berhenti sekejap bacaan tanpa menukar nafas


maa'ssalamah,
Pha is

2.12.13

Anniversary | kenapa lelaki mudah lupa?

kalau korang nak tahu, sebenarnya entri ni adalah entri yang ke-1000 dalam blog Hikayat Budak Pening ni. fuh, dah 1k entri dah aku tulis dalam masa 3 tahun ni. nasib baik aku perasan. kebetulan, 24 november lalu adalah hari anniversary blog aku yang ke-3. aku je yang terlupa masa tarikh tu berlalu.

lagi 1, bulan november lepas juga adalah hari anniversary aku beli moto aku. dan yang tu pun aku terlupa nak 'sambut'. jangan merajuk yer Timo (panggilan manja). nanti dapat duit BE kita tukar rantai ngan sproket baru yer.. hehehe..

ni gambar tahun lepas. 'kami' sambut anniversary dengan dating berdua-duaan kat PCB. #foreveralone

bab ingat tarikh ni aku fail sikit. biasa la. orang kata yang lelaki ni kalau bab2 tarikh anniversary, tarikh birthday, memang tak ambil berat sangat. tak macam perempuan. ye ke?

harap bakal bini aku nanti tak marah kalau aku lupa tarikh anniversary kami..

verangan kejap. calon pun tak de lagi...  hehehe...


maa'ssalamah,
Pha is

Kisah Hantu Kapchai Tak Ada kepala

kat penang ni ada beberapa jalan lereng bukit yang agak bahaya. antaranya jalan dari teluk bahang menghala ke balik pulau. aku pernah cerita pasal jalan ni dalan entri Jalan Teluk Bahang : "Canyon" NFS Carbon.

jalan ni memang feveret aku. kalau naik moto kat jalan ni, badan memang tak akan straight. kejap senget kekiri, kejap sengat kekanan. 'layan korner'. tapi orang kata jalan tu memang keras.

member aku kata, kalau lalu jalan tu malam-malam dengan moto, sila 'kepak' (terbalikkan) side mirror. pertamanya sebab memang korang tak akan guna pun side mirror tu nak tengok kat belakang sbb tak ramai orang lalu.

sebab kedua kenapa kena terbalikkan side mirror, sebab takut nanti masa tengok kat belakang, takut ternampak ada 'benda' kejar.. hehehe..

aku ingat member aku tu bergurau je. kemudian aku terbaca kisah hantu kapcai tak ada kepala ni kat jalan tu.


Kisah Hantu Kapchai Tak Ada kepala


Pada tahun 90 an heboh sebuah cerita kononnya ada hantu bawa moto tak ada kepala di jalan Balik pulau-Teluk bahang (penang) membabitkan sebuah motosikal dan jenis motosikal yang ditunggangi ialah honda C70 atau moto Kapchai ,

Kisah moto Kapchai ini bermula apabila ada mat moto a.k.a Abg tanjung sedang berlumba dan tiba-tiba hantu mat Kapchai ini akan berada di depan mereka dengan berpura-pura menuju lurus tapi sebenarnya jalan conner dan mereka yang sedang berlumba itu turut menekori motosikal Kapchai itu di belakang namun sebernanya telah ditipu oleh hantu kapchai itu dan mereka yang mengejar mat kapchai itu terus terjunam ke dalam gaung. mungkin ada yang mati wallahu a'lam..

Sebenarnya Hantu Mat kapchai ini mati terbunuh sewaktu berlumba di situ pada masa dulu apabila kawannya yang berdendam telah menolak dia ke dalam gaung dan kemungkinan mat kapchai ingin membuat perkara yang sama seperti yang dia alami dulu yakni membalas dendam pada mat moto yang lain terutama yang sedang berlumba di jalan itu.

Cerita hantu Kapchai ini tersebar apabila beberapa orang mengalami pengalaman seperti ada orang menolak moto dan bila ingin menhulurkan bantuan tiada wajah kelihatan hanya helmet saja, ada setengah penduduk di situ berkata bahwa cerita itu sengaja direka kerana mahu takutkan mat moto supaya tidak berlumba lagi, walaubagaimanapun cerita ini memang wujud sebab dari pengalaman mat moto yang berlumba dan buah mulut orang ramai bahwa mereka yakin memang penah ada mat moto kapchai tanpa kepala di kawasan terbabit.

sumber : 
Kelab Melayu Pulau Pinang. (2013 Nov. 21). Kisah Hantu Kapchai Tak Ada kepala. Facebook Timeline Photo. Dipetik dari : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151849152327408