Skip to main content

laksa negeri

tetiba aku kempunan nak merasa laksa. kemudian aku terfikir. dalam banyak-banyak masakan, aku rasa laksa ni special, sebab ada macam-macam jenis ikut negeri.


kat penang ni, yang popular laksa jangguih (janggus) kat balik pulau. tapi personally bagi aku, tak sedap mana pun laksa kat situ. tapi tak tau kenapa ramai pakat dok pi.

kat kedah pun ada laksa. tapi disebabkan mak aku orang kedah, mungkin selama ni apa yang aku makan kat rumah adalah laksa kedah. tapi macam tak de banyak beza pun dengan laksa penang.

kat perlis pun ada laksa jugak. semua negeri pakat nak buat laksa sendiri ni. yang popular laksa kuala pegheleih (perlis). still aku makan selamba badak je. tak rasa beza sangat.

orang kata, laksa johor lain sikit. dan disebabkan aku tak pernah lagi jejak kaki kat johor, tak tau la aku rasa dia macam mana.

tapi yang pasti, aku heran bila makan laksa masa aku kat kelantan dulu. letak laksa dalam mangkuk, letak daun apa semua tu, letak kuah, kemudian TABUR BELACAN atas kuah. okay, kat kelantan ni baru aku nampak beza sikit.

bila aku search kat wikipedia, rupanya laksa ni ada macam2 jenis lagi. yang paling aku heran, wujudnya laksa ipoh dan laksa kuala kangsar. korang ni satu negeri pun nak berebut laksa ka? sumber : Laksa (wikipedia)

antara lainnya :

laksa lemak a.k.a laksa nyonya
laksam
laksa katong
asam laksa
laksa penang
laksa kedah
laksa perlis
laksa ipoh
laksa kuala kangsar
laksa johor
laksa sarawak
laksa kelantan
laksa bogor
laksa betawi
laksan palembang
lakso palembang
laksa banjar

ada lagi jenis laksa yang aku tak tau? ada orang yang tau beza tak? ceciter...

rujukan : 
Wikipedia : Laksa. Retrieved from http://en.wikipedia.org/wiki/Laksa

Comments

  1. Kalau kat Perak ni biasa makan laksa Kuala Kangsar. Laksa Ipoh ni aku tak pernah try lagi sebab selalu aku nampak Laksa Ipoh ni kat food court-food court Cina dalam town Ipoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. boleh jadi la.. kat ipoh kan banyak cina.. mungkin ala2 cina sikit..

      Delete
    2. kalau di kuala kangsar tu ada laksa makan dengan telur.. sedqap juga rasanya..

      Delete
    3. pernah study kat perak so tau la sikit... laksa kuala kangsar beza pada jenis mee laksa dia, home made warna kuning. laksa ipoh boh paste otak udang, ni la dikatakan style cina kot.

      ape pun... laksa perak ke penang ke kedah ke... actually sama je, bahan nyer berbeza sikit je ...

      tapi kalau laksa johor ke, laksam ke, laksa nyonya ke laksa sarawak ke... rasa memang lain la.

      yang penting semua laksa sedap.. erm ngidam la pulak

      Delete
    4. owh.. so, laksa kualer ni kaler kuning la yer..

      Delete
  2. rindunya laska penang...haha..klo laksa johor mmg suka sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. khabarnya laksa johor pakai spaghetti.. giler advance orang johor..

      Delete
  3. Laksa penang gan laksa kelantan aje akak pernah makan...laksa negeri lain tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. so betol la kan, ada tabur belacan atas kuah laksa tu..

      Delete
  4. n9 je tak buat laksa sbb byk sgt dah laksa ngri lain buat :)
    tp pepon laksa MG makan as long die punya kuah sedap n rasa ikan yg banyak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. n9 boleh je buat laksa tapi kuah masak lemak cili padi.. hehehe

      Delete
  5. sedar ada mcm2 jenis laksa tapi still dok makan yg kedah punya jaa..hahaha.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni esti orang kedah sejati nih.. hehe

      Delete
  6. laksa kedah jer saya suka.. biasa laksa yang jual kat kl ni banyak laksa kedah kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, yer..? kira laksa utama rakyat malaysia ni kira laksa kedah la..

      Delete
  7. Replies
    1. owh.. tapi tengok rupa tak macam laksa dah pun.. mcm spaghetti je..

      Delete
  8. errr... asal laksa makan je semua.. hihi :-)

    ReplyDelete
  9. kurang minat.. laksa sarawak pon jarang makan heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. laksam beza dekat kuah masak lemak dan laksa dia yg leper kan..?

      Delete
  10. okey....paling best laksa penang ngan laksa kelantan tu. sedapp kalau letak banyak ikan. aummmm. pha is buat gua mengidam deh. kejam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sory, hehehe.. rilex2.. orang pregnant x bleh marah2.. hehehe.. suruh ler en. suami carikan.. hehehe.. kesian baby tu nk makan.. hehehe

      Delete
  11. Akak bukan penggemar tegar laksa tapi sesekali bila layan laksa mesti nak kena ada nenas baru akak layan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. macam laksa penang style je.. hehehe

      Delete
  12. Pernah dulu try laksa kat kedai atas bukit bendera... sedapppp..!

    Laksa johor suka.. suka.. suka... shedapp.. andai diberi pilihan laksa utara dengan laksa johor.. idah prefer laksa johor lagi... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yer.. blum pernah lagi try laksa kat atas tu.. selalu try ais kacang je..

      Delete
  13. kalau laksam tu nana panggil laksa lemak,sedap!tapi paling feveret laksa penang buatan mak!:)

    ReplyDelete
  14. adik akak suka sangat makan laksa.. apa je jenis laksa dia makan asalkan halal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. tapi so far cuma pernah makan laksa uatara dan kat kelantan je.. x pernah lagi makan laksa yg lain..

      Delete
  15. pergh berderer list laksa tu ha... Tp KA minat laksa penang hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun saya org penang, tapi lagi prefer laksa kedah plak.. hehehe

      Delete
  16. wow nmpak menarik la plak laksa kelantan, hehe nanti boleh cuba kalau ada rezeki p sana..huhu

    ReplyDelete
  17. ooo....rietta pernah rasa tga jenis jerr...laksa penang...yang utara lebih kurang sama...laksa kelanatan yang kuah lemak cam laksam tu,laksa jogor, kuah pedas sket, laksa pkai sphageti...hmmm....lksa sarawak xtaw....dan yang pling xtaw adalah asam laksa...xsama ek ngan laksa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain rasanya.. asam laksa kuah tak pakai ikan kan..? (saya pun x beberapa nk sure. hehe)

      Delete
  18. Wahh. Tabur belacan. Tak pernah makan lg laksa kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x sure itu memang style kelantan or tak, tapi mmg pernah makan macam tu masa kenduri kat rumah kawan kat kelantan.. hehe

      Delete
  19. Replies
    1. laksa bahagian utara x beza banyak pun..

      Delete
  20. laksa utara lebih kurang sama je semuanya.. tapi laksa penang, yang aku tau diorang letak nenas, laksa kedah tak letak.. and setuju! laksa janggus takde laa best pun bagi aku, kuah dia macam manis sikit..

    laksa johor pakai spaghetti.. muehehe. laksa sarawak makan pakai tangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betol2.. laksa jangus tu x de la special mana pun..
      ko pernah makan laksa sarawak ke..?

      Delete
  21. amboi.. dasyatnya dia komen :) haha .. xpa3.. kita tengok la nanti

    ReplyDelete
  22. Saya makan jer tahu. Tak tau lah apa rasa laksa kat lain2 tempat. Main belasah jer. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... kena ambil tahu jugak.. hehe

      Delete
  23. huh?? tabur belacan atas laksa kat kelantan? eh I orang kelantan tapi tak pernah tau pun. hehhe laksa mmg pelbagai, setiap kampung kot ada style masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol al.. saya pernah makan laksa style mcm tu katkenduri rumah kawan kat KB.. hehehe

      Delete
  24. laksa negeri sy x senarai ye...sedey..LAKSA PAHANG kuah lemak pakai lada hitam..sedap hingga mjilat jari ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, pahang pun ader yer.. sory.. heheh
      macam menarik.. ada lada hitam lagi...

      Delete
  25. Laksa mmg best, yg sy kenal cuma laksa, johor, kedah & penang je.. yg lain x tau sgt, tp ttp boleh makan selagi laksa.. tp kdg2 ada yg buat laksa apa tah terlampau pedas pun jadi x syok.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pernah lagi makan laksa yg terlampau pedas.. heheh

      Delete
  26. hana memang suka laksa. semua jenis la katakan. ada jugak laksa pakai bihun. laksa sarawak kalau tak silap. hahah tp kesedapan tu ikut orang yang masak jugak. ada tu laksa letak isi ikan ciput je. tp ibu hana masak laksa terbaik. isi ikan banyak. hahah dekat rumah la katakan. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. betol2... pandai masak, sedap la jadinya..

      Delete
  27. perut tengah lapar tengok gambar laksa makin lapa la....... suka makan laksa tapi tak tahu nak bezakan. hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni mesti sbb pernah makan laksa yg sejenis je..

      Delete
  28. Kita suka laksa penang..sedap..kalau makan kuah dulu habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk? selalunya org makan laksa dulu, kuah kemudiah.. heheh

      Delete
  29. Laksa utara, sama ada penang, kedah atau perlis, basically lebih kurang sama kan. Akak tak dapat bezakan. Samalah dengan Kuala Kangsar. Kat kelantan, ada laksa Kelantan, ada laksam and ada laksa siam. Semua 3 jenis guna mee yang berlainan dan kuah juga sedikit lain. Laksa Johor, guna spaghetti boleh, guna mee kuning pun boleh. Tapi yang special ialah kuah dan sambalnya.

    ReplyDelete
  30. suka laksa penang.. walaupun tak byk beza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. x banyak beza dgn kedah dan perlis..

      Delete
  31. fuh febret ni laksa.. hari2 duk makan beli kat pakcik jual laksa.. hihihihi

    ReplyDelete
  32. laksa kat stesen KTM Bukit Mertajam pun best juga... tapi x tahu ada jual ke x lg... berniaga bawah pokok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa.. nk kena pi cari ni..

      Delete
    2. kadang-kadang makanan sedap tak perlu pergi ke restoran besar. gerai tepi jalan pun hebat juga

      Delete
    3. betol2.. makanan kat tempat besar2 lawa2 x semestinya sedap..

      Delete
  33. bab ini aku susah nak komen skit sebab aku bukan seorang yang makan laksa..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  34. Laksa memang feberet saya ^_^ paling suka laksa yg di buat sniri.. asam laksa pon sedap gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat sendiri..? mean laksa buat sendiri dari beras..? wa.. hebat..

      Delete
  35. Assalammualaikum...mselim3,

    suka raksa johor dan laksa penang,

    mselim3

    pls: laksa negeri lain pun sedap gak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..
      semua sedap, kalau tukang masaknya pandai buat.. hehehe

      Delete
  36. semua negeri laksanya sedap..... nak2 lagi kalau makan tepi laut macam laksa kedah ngan laksa penang.. hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. peena laksa penang tepi laut, pekena laksa kedah kat kola kedah, pekena laksa perlis kat kola pegheleih.. heheh

      Delete
  37. kalau laksa perlis tu sbb laksanya dibuat sendiri guna tepung beras, klau kat penang tu ada yg letak nenas, kelantan kuahnya lemak mcam nak ada gulai cket... apa2 pon laksa kedah tetap sedap di lidah dan kenyang di perut... ishh lapa pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa.. terrer nih.. hehe
      betol2.. laksa kuala perlis tu laksa beras..

      Delete
    2. baca saja dah rasa terliur dengan laksa perlis

      Delete
  38. laksa...bermacam laksa...ewah...ni betul2 pengetahuan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de la.. pernah laksa jenis 2-3 je... yg lain tengok wiki.. heheh

      Delete
  39. dulu saya ingat, beza laksa hanya pada kuah tapi ada macam2 perbezaan rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi yg paling sempoi rasanya laksa johor la kot, sampai pakai spageti...

      Delete
  40. ramai betul yang berminat dengan entri laksa ni..

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi