29.10.13

NRIC BERKUALITI: TIGA PRODUK EMAS CEMERLANG DI LONDON



PULAU PINANG, 29 Okt. 2013  - Tiga produk terbaik Novel Research & Innovation Competition (NRIC) terbukti cemerlang apabila turut meraih tiga emas dan satu anugerah khas dalam pertandingan peringkat antarabangsa British Invention Show (BIS) yang berlangsung di London baru-baru ini.

Moringa Oleifera Seeds (M.O.S) Natural Biodegradable Coagulant



Produk emas tersebut merangkumi Moringa Oleifera Seeds (M.O.S) Natural Biodegradable Coagulant- tumbuhan yang kebiasaannya digunakan dalam masakan (buah remunggai) yang dikaji berkesan sebagai bahan untuk merawat air tercemar.

Produk tersebut dihasilkan oleh dua penyelidik dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Meor Muhammad Hafiz Shah Budin dan Muhammad Razif Abd. Razak di bawah bimbingan penyelia, Profesor Dr. Abdul Latif Ahmad.

Produk tersebut yang turut berupaya merawat air sisa sehingga selamat digunakan untuk kegunaan seharian turut meraih anugerah khas Diamond Award.

The Eyes: Car Security System



Selain itu, satu lagi pingat emas diraih oleh penyelidik muda dari Pusat Pengajian Sains Komputer, Ng Poh Sing melalui hasil kajiannya, The Eyes: Car Security System. Kajian ini dibimbing oleh Mohd Azam Osman sebagi penyelia.

The Eyes: Car Security System ini bertindak sebagai sistem keselamatan yang berupaya memaklumkan kepada pemandu/pemilik kenderaan jika berlakunya perlanggaran dan cubaan mencuri kenderaan melalui sistem pesanan ringkas (SMS/MMS) di telefon mengikut masa sebenar.

Oil Palm Syrup in Production of Toffee



Hasil kajian ketiga yang berjaya meraih pingat emas adalah melalui inovasi Oil Palm Syrup in Production of Toffee, hasil kajian Syuhairah Ahmad (Pusat Pengajian Teknologi Industri). Kajian ini dibimbing penyelia Profesor Madya Fazilah Arifin.

Oil Palm Syrup in Production of Toffee adalah inovasi berkonsepkan dari bahan buangan, menggunakan sisa batang kelapa sawit, diekstrak menjadi sirap yang boleh ditambahbaik dan digunakan sebagai bahan pemanis dalam pembuatan gula-gula (toffee).

 Kemampuan penyelidik muda USM terbukti cemerlang



Menurut Pemangku Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. See Ching Mey, kemampuan penyelidik muda USM memungut emas secara keseluruhan membuktikan prestasi penyelidikan mereka amat cemerlang, seiring pencapaian para penyelidik berpengalaman.

``Kita telah menyertai BIS sejak tahun 2009 dan daripada 17 produk yang dihantar, kesemuanya meraih pingat emas dan pelbagai anugerah khas. Kecemerlangan ini amat membanggakan Universiti,’’ ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan sidang media BIS 2013 di sini hari ini, dengan disertai oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar, Profesor Dr. Adnan Hussein.

Adnan pula berkata, kejayaan tersebut juga turut membuktikan penganjuran NRIC yang dirintis oleh siswa-siswi USM telah mencapai satu mutu dan kualiti yang tinggi, setanding dengan hasrat Universiti untuk memacu kecemerlangan penyelidikan.

Katanya, pertandingan NRIC telah membuka minda para pelajar untuk cemerlang bukan hanya dalam akademik, malah turut menghasilkan inovasi yang dapat dimanfaatkan oleh komuniti secara keseluruhan.

``USM memilih kelompok tiga teratas yang cemerlang di NRIC untuk bertanding di London dan hasilnya mereka juga cemerlang dengan membawa pulang pingat emas.

``Kita akan meneruskan tradisi kecemerlangan ini pada masa depan dan berharap para pelajar akan lebih dinamik dalam menghasilkan lebih banyak penyelidikan khususnya yang berasaskan teknologi hijau dan sebagainya,’’ ujar beliau.

dipetik dari : 
Marziana Mohamed Alias. (2013 Oct. 29). NRIC BERKUALITI: TIGA PRODUK EMAS CEMERLANG DI LONDON. USM Official Web Portal. retrieved from http://www.usm.my/index.php/ms/admin/news-article-bahasa/1061-nric-berkualiti-tiga-produk-emas-cemerlang-di-london

maa'ssalamah,
Pha is


anda mungkin juga meminati :
kenali bahasa rojak rakyat malaysia
anda rasa anda cukup sihat? sertai cabaran ni dan menangi hadiang sehingga RM 30k
kereta polo sedan 2014 baru! dengan ciri2 tambahan pada harga yang lebih murah

27 comments:

  1. Tahniah.....moga anda juga seorang graduan farmasi yang cemeralng.

    ReplyDelete
  2. tahniah buat pemenang ...

    ReplyDelete
  3. belum ada entri baru...buat blogwalking je....klik untuk anda juga.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Penyelidik Muda USM.. :D Bangga jadi anak malaysia..!

    ReplyDelete
  5. wah tahniah & terbaik ni... tq sudi mendoakan kesihatan Adik yer !

    ReplyDelete
  6. semoga lbh cemerlang selepas ni ...

    ReplyDelete
  7. wahhh hebat ! trbaik. tahniah ! :D :D

    ReplyDelete
  8. Moga mereka dan semua berjaya dalam bidang yang diceburi hendakNYA.

    ReplyDelete