Pesan Senior


sekarang, aku masih lagi dalam short sem. dah la exam mula pada hari raya yang ke-6. memang duk rumah tak semangat nak beraya la. badan pergi beraya, otak fikir exam. tension dowh..!!!

dalam keserabutan nak dekat exam ni, ada senior aku yang dah grad memberikan sedikit tips untuk short sem, terutamanya kepada pelajar akhir tahun ni. antara pesan beliau:

1.jangan cuak sangat dan jangan bebankn perasaan dengan perkataan nak grad, kahwin, dan kerja

yang ni memang bertepatan dengan budak final year. maklumlah, bila repeat paper di tahun akhir, memang harap2 sangat lulus supaya dapat grad on time. so, tension berkali ganda.

tambah pulak ada yang dah pasang niat nak kahwin cepat-cepat lepas grad. yang ni lagi la tension. dengan berita kawan dah nak kahwin sini sana, kita masih lagi repeat paper. tension woo...

2.doakan untuk diri dan orang lain

yang ni memang betul la. tak boleh nak selfish, walaupun masa nak berdoa. kalau kita doakan untuk orang lain, nanti malaikat akan tambah tolong doakan untuk kita. tak ke lebih untung.

"Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ r.a. bahwasanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."
(Shahih Muslim no. 2733)*

3.ikhlaskan diri beriman pada qada dan qadar Allah 

yang ni penting. bila dah dapat result, kena redha. mungkin itu yang terbaik Allah dah susun untuk hidup kita. berlapang dada lah sama ada lulus ataupun gagal. pendek kata, jangan tension-tension lah..




*Pnut. (Feb. 2012). Sharing Is caring: Doa lah untuk orang lain.. kerana malaikat aminkan doa kita. retrieved from http://ceritapnut.blogspot.com/2012/02/doa-lah-untuk-orang-lain-kerana.html


maa'ssalamah,
Pha is

Comments

  1. goodluck bro exam..ok la 2.aku penah merasa mcm ko gak

    ReplyDelete
  2. salam. masa final year exam x le tension sgt sbb dah nak abis pun..cuma sem sebelum tu abe tension tul sbb ada teaching practice kat SMK Vivekananda Brickfields...slps makan terus nak muntah...bulimia kot? sampai jumpa doc minta ubat penenang. abis teaching practice kembali normal pun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah rasa gak... study smpai muntah.. ni anxiety attack ni....

      Delete
  3. Memberi seikhlas hati pasti kita mendapat ganjaran berlipat ganda...
    Semoga berjaya dgn exam. Buat yang terbaik!

    ReplyDelete
  4. good luck untuk exam tu pha is.. jangan stress sangat ya.. semoga semua urusan dipermudahkan oleh Allah..

    ReplyDelete
  5. Moga berjaya.. rileks je.. ;)
    Moga dipermudahkanNYA..

    ReplyDelete
  6. bittaufiq wannajah, cayok2 hee :D

    ReplyDelete
  7. xpe...ALLAH lebih tahu apa yang terbaik utk kita...

    ReplyDelete

Post a Comment