23.8.13

Persediaan Hidup

gambar perkahwinan maisarah dan suaminya baru-baru ini. 
Selalunya, asal ada member yang sama umur kahwin je, aku meroyan share kat blog. Kalau ada member sama umur yang bertunang je, aku share kat blog. Tapi, kali ni, aku nak cerita tentang member aku yang sama umur yang dah meninggal dunia, pagi kelmarin.

Arwah kembali ke rahmatullah disebabkan kemalangan jalan raya. Kemarin, aku sempat menziarahi arwah buat kali terakhir, sebelum solat jenazah dan seterusnya kebumikan dan bacaan talkin.

Betapa singkatnya hidup kita kan? Mati tak kira umur, walaupun baru 23 tahun. Tak kira la, mati sebab penyakit ke, mati accident naik kereta proton suprima s ke, mati sebab kena tikam ke...

Bila jadi macam ni, aku terfikir sejenak. Jangan asyik fikir bila umur dah menjangkat 20-an ni, umur persediaan untuk berkahwin je. Tapi, kena fikir juga, tak kira berapa pun umur kita, maut sentiasa menunggu. Bersediakah kita?

Bak kata hamka kereta mayat, “semua orang akan menjadi mayat. Anda tak mampu mengubahnya!”


Al-Fatihah buat mohd shahidzir....


27 comments:

  1. salam berjaga di Hari Jumaat yang berkat... :)

    Usah peningakan fikiran dengan hal ini, kerana kita sudah maklumkan yang jodoh rezei dan maut ituditangan Allah swt....samapi masa suatu dan ketika pasti kita akan rasa....cuma buat oersediaan, jangan leka naa....kak Ummi pun kena juga....salam Syawal buat adik akak ni...

    Nak hilangkan pening jom kita pantun kat blog kak Ummi... ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. *peningkan, sampai, persediaan, rezeki (typing error, kan dah pening...hehe)

      Delete
  2. Kita semua akan kembali padaNYA.. jangan persiakan masa yang ada.
    Al-Fatihah buat arwah.

    ReplyDelete
  3. sampai masa semua datang sendiri. jodoh, maut, rezeki. jadi tak yah pening2. asal cukup kita usaha, tawakal. Allah Maha Besar. :)

    nnti dah sampai jodoh jangan lupa jemput. haha

    ReplyDelete
  4. takziah diucapkan.. sedekahkan al-fatihah.. semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh..

    ReplyDelete
  5. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya . untung meninggal pd usia muda sbb x byk lagi dosanya terutama yg blm kawin ...

    ReplyDelete
  6. ingat hang nak cerita pasal kawin ima turut sama nak meroyan hehe

    al-fatihah.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman :)

    ReplyDelete
  7. dari-Nya kita dtg, kepada-Nya kita kembali...tnpa mngenal usia...Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  8. Al fatihah buat arwah....

    salam, tengs drop by my blog n drop ur comment, saya follow sini terus yer...

    ReplyDelete
  9. btl tu..ajal maut jdoh smua rahsia Allah,..apa pn kita kna bersedia..

    ReplyDelete
  10. al fatihah.....semoga rohnya dicucuri rahmat.....

    ReplyDelete
  11. tertarik dgn falsafah sdra ttg usia 20an bkn shj fikir soal jodoh, persediaan ajal maut juga perlu difikirkan..terima kasih kongsi pndgn..:)

    ReplyDelete
  12. Al fatihah untuk arwah..ajal tidak mengira usia..semoga kita semua mampu bersedia..

    ReplyDelete
  13. Al-Fatihah buat sahabat ye.
    Memang betul apa yg dikatakan. Kadang2 kita dok sibuk fikir nak kahwin la bagai. semuanya dunia belaka. Memang tak salah.Itu fitrah tapi kadang2 ia menyebabkan kita lupakan bahawa setiap makhluk akan bertemu dengan Pencipta sama ada melalui musibah penyakit, kemalangan dan sebagainya. So, moh le kita sama2 membuat persiapan untuk alam barzakh nanti. Kita sendiri pun tak tahu sama ada usia kita pendek atau panjang. Peace!

    ReplyDelete