13.8.13

Hantaran Tinggi Haram?


mulanya, keluar berita yang bertajuk "Ramai Membujang Lantaran Hantaran Mahal". lepas tu keluar berita "Hantaran Tinggi Haram" pulak. dan tak kurang juga member aku yang mula menulis entri berkenaan hantaran ni, antaranya soal hantaran dan majlis kahwin


bila sembang bab kahwin ni memang seronok. tak kira bujang mahupun yang dah kahwin. kan?


bila aku share gambar berita pasal Hantaran Tinggi Haram ni di facebook, antara maklum balas yang aku dapat adalah macam mana pulak kalau kes yang pihak lelaki mampu walaupun hantaran tinggi?








well, terpulang la. kalau dah kaya sangat, nak buat besar-besaran, hantaran tinggi-tinggi pun tak pe, kalau pihak lelaki mampu. tapi, kena ingat, orang yang membazir saudara syaitan. (lihat surah Al-Israa' 17:27)

dan bila dah hantaran tinggi-tinggi tu, kena berbalik kepada niat la. untk apa buat besar-besaran? kalau niat menunjuk-nunjuk, untuk pujian manusia, kan dah bertukar kebergantungan dari mengharap redha Allah kepada mengharapkan pujian manusia.

mungkin sebab tu mufti kata "perbuatan menunjuk-nunjuk dalam perkahwinan adalah syirik kecil"...

renung-renungkan dan selamat beramal..!!!


p/s : dah la hantaran makin mahal. mana dengan belanja kenduri lagi, mana nak simpan duit nak beli yamaha xj6 lagi.. hmm...

maa'ssalamah,
Pha is





22 comments:

  1. haha..nak jugakkk yamaha dia. aiyaa.

    sng citer, before serius dlm relationship tu better kenal dulu taste si dia dan keluargany camana. high class ke or low class. kalu high class, cek poket sendiri, mampu ke nak layan taste orang macam ni. hantaran mesti nak macam retiss punya. cari yang bersederhana dah.

    mula2 kenal, tanya dulu mk ayah dia, hantaran berapa. kalau depa kata kamu bincang la sesama kamu. ON terusss. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... tudia.. ni mesti based on experience.. heheh

      Delete
  2. memang ada yang akan ckp macam tu tapi bila kita refer balik pada ajaran Islam "Sebaik – baik perempuan adalah yang paling murah maharnya ” ( HR. ibnu Hibban, Hakim, Baihaqi, Ahmad )

    http://www.cikyaya.my/2013/02/mahar-wanita.html

    ReplyDelete
  3. Hantaran saya tak tau lah. Tapi dulu penah buat research pasal mas kahwin a.k.a mahar. Ada hadis yang mengatakan lebih rendah mahar tu, lebih mulia perempuan tu . Correct me if I am wrong. Orang kita selalu salah paham beza mahar dan hantaran. Lepas saya buat research tu (Untuk assignment ye, bukan sebab gatal sangat nak kahwin, kih kih kih) baru faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. x pe.. bkn sbb gatal, tapi sebagai preparation...

      Delete
  4. kalau hantaran tinggi adakah selepas kahwin betul2 bahagia anak tersebut?
    ada tak ibu bapa tau dari mana sumber duit tu..? duit simpanan? hutang?
    jangan terlalu nak menunjuk2 walhal takdelah mewah mana pun..
    tapi kalau dah memang mampu itu hak dia nak tetapkan berapa banyak..
    jangan pulak sampai jadi buah mulut orang.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. islam mengajar spaya kita bersederhana...

      Delete
  5. Tu la...klu nk menunjuk mmg xelok...klu utk keprluan contohnya nk biaya kenduri ke...xpe larr...sebab kenduri perempuan adalah perlu utk hebahan dan elakkan fitnah...

    ReplyDelete
  6. eceeceehhhh , tak sabar nak buat kenduri ya abg pha is ? huhu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. x de la.. saja je.. x de mksud apa2 pon.. hehehe

      Delete
  7. tak semua macam tu.. yang penting beserderhana paling baik.. tak membebankan kedua-dua pihak samaada lelaki atau perempuan..

    ReplyDelete
  8. kakakaka... nak jugak XJ6 diaa...

    ReplyDelete
  9. kahwin,kahwin dan kahwin..lepas kahwin,si suami kena tanggung segalanya pasal isteri..makan minum,pakaian,perubatan,sara mak ayah bg yang anak sulung,adik2 lagi kalau ada..dan kalau rezeki lebih,dapat anak..

    dekat tmpat km,hantaran tinggi sangat penting kot even dia lulus PMR ja..kalau ijzah apatah lagi..tapi kalau dah berkawan,boleh bincang rasanya...emmm...

    kahwin susah,tak kahwin pun susah..hehehehe

    ReplyDelete
  10. hahaha.. btol... nk khwin pun susah...

    ReplyDelete
  11. kalo hantara berlupuh2 ribu..kawen 6 bulan cerai..agak2 depan nak return balik duit hantaran tu?hahahahah.... sian kot kat kita2 nak kawen ni...takkan nak meggi hari2?elok2 time tu tough..dah nak kawen..jadi kering kotang..hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. no money back guaranty kot.. hehehe
      tu la.. skrg kalau nk kahwin, pakai meggi la hari2 kalau mcm ni. ;-(

      Delete