Skip to main content

Hantaran Periuk Belanga

mula-mula, keluar berita ni:



pasal hantaran ni, aku ada seorang member (lelaki). katanya, dia sudah ada calon (of course la perempuan). calon beliau sebenarnya tak kisah sangat pasal hantaran ni. so, itu kira berita baik.

tambahan pula, mak dan bapak kepada calon juga tak kisah soal hantaran. maksudnya, tak nak demand tinggi-tinggi la. cukup sekadar yang termampu. so, lagi berita baik kepada member aku tu.


malangnya, mak saudara kepada calon pulak yang melebih, suruh emak kepada calon untuk letak hantaran tinggi sikit. "nanti apa pulak orang kata...." katanya.

Belanga kurang, periuk yang melebih-lebih!*

anak dara dah okay, mak bapak anak dara pun dah okay, tapi mak sedara anak dara pulak yang buat hal. hmm.. nasib, nasib. maka, bermuram durjalah si member aku tu mengenangkan masa depan beliau.

sabor je la..


*Belanga kurang, periuk yang melebih-lebih
maksud : Orang yang berhak tidak mengambil berat, sebaliknya orang lain pula yang bersusah payah.
sumber : Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Comments

  1. kalau ramai bujang terlajak, pasti ramai gak yg andartu kan... huhu

    ReplyDelete
  2. Hm , betul tu . saya seorang pmpn. dulu , mmg pikiran saya nak hantaran atas 10 ribu , tp lepas sy dah kenal erti cinta sebenarnya2 .. saya tak kisah. bagi saya ,, cukup la dia mmpu jaga saya dengan baik, dia mmpu imamkan saya solat ,, dan dengan antaran murah tu , saya mampu jd isteri terbaik buat dia dah cukup. now , saya ckp dengan mak saya.. jumlah pertama yang keluar dri mulut belah lelaki ,, yg tu la saya akan terima ... saya takkan naikkan .. terima kasih . jemput singgah blog saya .. http://alia-ali-ahmad.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. moga masyarakat skrang x la letak harga mahal2 kan..
    yelah, macam nak jual anak pon ada jugak..

    ReplyDelete
  4. setuju dengan Alia Ali Ahmad.. hantaran tinggi2 pun kalau tujuannya untuk pembaziran buat apa kan.. kan elok duik yg lebih tu disimpan untuk kegunaan masa depan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju.. mna dengan rumah, barangan rumah, kereta lagi... masa depan nnti banak nk pakai duit..

      Delete
  5. bila 'Belanga kurang, periuk yang melebih-lebih' tu yang boleh bermasam muka sedara mara jadinya..
    kalau letak hantaran tinggi tapi akhirnya putus ditengah jalan kan ke dah rugi.. :(

    ReplyDelete
  6. Ssah la klu org len ikut cmpur....hrap tuan bdan dptlah bersabar...

    ReplyDelete
  7. ada juga yang suka sangat masuk campur hal rumah tangga orang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. menyibok je.. kan..? hehehe

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal