31.8.13

Phobia | Hadapinya


Semua orang ada something yang di-phobia. Walaupun ada kalanya, benda tu tak masuk akal pun untuk digeruni. Sebagai contoh, aku ada seorang kawan yang phobia dengan badut.

Aku dapat tahu phobia beliau tersebut sebab pada suatu hari masa kami tengok tengok wayang, dia tutup mata bila keluar iklan twisties sebelum movie keluar. Iklan yang ada badut gempar tu.

Menurut beliau, semuanya bermula masa beliau masil kecil, beliau pernah “digempar” dengan seorang badut sehingga beliau menangis. phobia disebabkan trauma dari sejarah silam.

Pada kebanyakan kita, badut bukannya menakutkan sangat pun. tapi bagi sesetengah orang lain, benda yang simple dan adorable pun boleh jadi bahan phobia.

Sebagai contoh, aku sendiri agak banyak benda yang aku phobia. Jarum, tempat sempit, ketinggian, lipas, dan mana-mana serangga yang sekufu denga lipas dari segi saiz dan kebolehan untuk terbang. Contohnya lebah, kumbang, etc.

Tapi aku rasa phobia aku yang paling besar, labah-labah. mungkin kerana masa aku kecik-kecik, pernah sekali masa aku nak berak, seekor labah-labah keluar dari mangkuk tandas. Sampai sekarang setiap kali aku nak berak, aku terbayang ada labah-labah dalam mangkuk tandas.  

Pasal jarum pulak, aku pernah dihalang oleh seorang nurse masa form 3 dari diberikan suntikan kerana menurut nurse tu, muka aku masa tu pucat sangat walaupun aku buat-buat berani. (depan member2 beb..) Nurse tu suruh aku duduk dulu, dalam 15 minit kemudian, baru aku disuntik.

Semua phobia aku tu aku rasa tak de la severe sangat. Biasa-biasa je. Tak de la sampai sesak nafas ke, pengsan ke, apa.

Kata orang,  semua phobia tu akan berkurang bila kita hadapainya dan bukan lari darinya. Sebagai contoh, dulu aku phobia jarum. Tapi bila dah kerap diberikan suntikan masa aku menggelupur sakit batu karang aku tu, dah berkurang sikit phobia jarum aku.

Phobia yang mana yang agak mustahil untuk aku hadapai, aku cuba manage phobia tu. Contohnya masa aku phobia hantu. Boleh lihat entry ini : Hikayat budak penakut dan silat boleh lawan makhluk halus?

Pasal labah-labah, lipas, dan serangga yang sekufu dengannya, well, aku tak lari darinya. Tapi aku hadapinya dengan cara yang agak kejam.


Korang phobia apa plak? Ceciter ceciter...


maa'ssalamah,
Pha is

SEGMEN: JOM KLIK IKLAN BERSAMA FARAH SYAMIMI

segmen oleh farah syamimi. klik baner untuk join, sebelum 24 september 2013 jan 11.59 malam.

iklan dan promosi :



29.8.13

wishlist #5 | tongkat

Cuti semester ni, baru aku berkesempatan tengok cerita bersiri ‘House’. Cerita yang boleh tahan best-nya, dan sangat sesuai bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia perubatan macam aku ni.



Dalam cerita tu, aku rasa Dr. Gregory House (watak utama) sangat cool sebab 2 perkara. Pertama, walaupun dia cripple, dia naik superbike. Kedua, dia pakai tongkat.!

Bagi aku, semenjak aku kecik lagi, aku rasa pakai tongkat itu sangat cool. Konon macam orang-orang bangsawan kat eropah sekitar kurun ke-17 hingga kurun ke-18 la.


Dan memang kalau boleh, aku nak bertongkat bila dah tua nanti. Lagi best kalau ada ‘swordstick’. Tongkat yang dalamnya ada pedang. Sangat badass..


Tapi, tahukah korang, bertongkat juga merupakan salah satu sunnah nabi? Sepertimana kata Ibn Abbas Radhiallahu Anhu yang bermaksud:

"Bertumpu kepada tongkat termasuk akhlak para Nabi, dan adalah Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam sendiri bertumpu kepada tongkat.".


Sebab tu kalau korang perasan, ada ulama’ yang bertongkat. Diriwayatkan bahawa Imam Syafi’e Radhiallahu ‘Anhu setelah mencapai umur empat puluh tahun, beliaupun berjalan dengan tongkat sepotong kayu. Apabila ditanya sebab beliau berbuat demikian, beliau berkata:

"Biarlah aku senantiasa ingat bahawa aku ini kini sedang berjalan menuju ke akhirat".   


rujukan : 
1. Kasturi Puteh, (2009). BERTONGKAT sunnah para Nabi. dipetik dari http://kasturiputeh.blogspot.com/2009/04/bertongkat-sunnah-para-nabi.html
2. wikipedia : swordstick. dipetik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Cane_sword
3. wikipedia : walking stick. dipetik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Walking_stick

p/s : bagi yang belum baca, ini wishlist aku no.1, no. 2, no. 3, dan no. 4

maa'ssalamah,
Pha is

28.8.13

sudah habis puasa 6?

Alhamdulillah, baru je lepas habis puasa enam di bulan syawal. Aku habis lambat sebab start lambat. Tunggu habis exam dan tunggu habis jemputan rumah terbuka. Hehe..

Korang amacam? Dah habis? Kalau terlupa, masih sempat lagi nih. Tapi kena buat straight la. Sekarang ni, 28 ogos 2013 dah 21 syawal1434. Ada dalam 8-9 hari je lagi.

Bukannya apa, sekadar mengingatkan. Besar fadhilat puasa enam dibulan syawal ni. rugi kalau tak buat.

"Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.”
(HR. Muslim).

Renung-renungkan dan selamat beramal...

Maa’ssalamah,
Pha is

WW #56 | merdeka


gambar diambil menggunakan kamera henset biasa pada tahun 2006. so, gambar standard VGA je.

27.8.13

iklan blog

sejak aku mula berblog, terus aku letak iklan nuffnang. tak fikir sangat pun pasal banyak mana nak dapat. masa tu aku fikir, tak rugi pun kalau aku nak letak iklan. padahal visitor aku masa mula-mula berblog tu, beberapa je.

member aku ada yang sampai sekarang bertekad tak nak letak iklan kat blog. katanya, memang sah-sah beliau berblog sekadar nak melempiaskan kata semata-mata. bukan nk cari pembaca. 

tapi yang aku heran pasal iklan ni, orang lain macam senang-senang je dapat CPUV nuffnang. aku ni susah gila. kalau korang nak tahu, selama hampir 3 tahun aku berblog, tak pernah pun aku dapat CPUV. betol.! harapkan CPC je. dah la visitor tak banyak mana pun. so, memang tak banyak mana pon aku dapat. nak sebut pun malu. hehehe.. 

tapi, malas la aku nak fikir. so, buat-buat tak tahu je la. lagipun, duit bukan matlamat aku berblog. kan?

then, baru-baru ni aku cuba try test 8share. saja je cuba. macam mentaliti aku masa mula-mula letak iklan nuffnang dulu la. tak rugi pun kalau aku letak iklan.


pendapatan yang aku dapat selama 3 minggu dari 8share, lebih banyak dari yang aku dapat dari iklan nuffnang yang 3 tahun tu.. hahahaha...  serius tak tipu. nampak tak perbezaannya disitu.

so, saja je nak cerita. kot-kot la korang berminat. hehehe...

maa'ssalamah,
Pha is

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

sebuah segmen by ayuinsyirah. klik baner untuk join.

dalam segmen ni, ayuinsyirah minta sertakan sekali negeri kelahiran. aku lahir di negeri Kedah. tapi, lahir je kat kedah. lepas je lahir, terus menetap kat penang sebab hospital bersalin terdekat dengan rumah (masa tahun 1990) adalah di hospital sungai petani. so, tak sure status diri aku ni, orang kedah, atau orang penang. hehehe..  

24.8.13

15 Sebab Untuk Berkahwin Dengan Ahli Farmasi

reasonstodateapharmacist

tetiba terjumpa 1 artikel yang bertajuk "15 Reasons to Date a Pharmacist". fuh, sebagai bakal ahli farmasi, bangga siot. hehehe.. so, aku pun nak share kat sini.

artikel ni dalam english. malas nak translate. korang faham kot noh...

1. Pharmacists are trained to be very aware of your health needs – this makes them extremely good listeners.

2. Your date will have the ability to make decisions and offer advice on the spot.

3. Most pharmacists have strong people skills. They’re friendly, intuitive, gentle and reassuring.

4. The fun “drug dealer” jokes.

5. Pharmacists make great money – and have job security. We’ll always need people to dispense prescriptions and offer over-the-counter medical advice.

6. Pharmacists are in demand and can work almost anywhere. If your job transfers you across the country, your pharmacist partner will likely be able to transfer, too.

7. Pharmacists have great knowledge of human anatomy. Just sayin’.

8. That smart and sexy white lab coat.

9. Pharmacists are humble and wise enough to suggest seeking a doctor’s opinion when they don’t have the answers or diagnostic abilities.

10. Pharmacists play by the rules. People trust them to not take chances when it comes to potentially risky drug interactions.

11. They know exactly how to take care of your upset tummy or allergy attacks.

12. Sparks will fly. After all, pharmacists have a comprehensive knowledge of “chemistry.”

13. They have built up some great immune systems.

14. Obvious perk: free blood pressure checks!

15. Pharmacists make people feel better.


lai lai lai... kat sini ada sorang bakal ahli farmasi.. terhangat di pasaran. hehehehe

sumber : 
eHarmony. (2013). 15 Reasons to Date a Pharmacist. retrieved from http://www.eharmony.com/dating-advice/date-tips/15-reasons-to-date-a-pharmacist/

Segmen Semudah 1,2,3 by cik nieda

sebuah segmen by cik nieda. tarikh tutup pada hari merdeka.

kalau nk join, klik BANER

23.8.13

Persediaan Hidup

gambar perkahwinan maisarah dan suaminya baru-baru ini. 
Selalunya, asal ada member yang sama umur kahwin je, aku meroyan share kat blog. Kalau ada member sama umur yang bertunang je, aku share kat blog. Tapi, kali ni, aku nak cerita tentang member aku yang sama umur yang dah meninggal dunia, pagi kelmarin.

Arwah kembali ke rahmatullah disebabkan kemalangan jalan raya. Kemarin, aku sempat menziarahi arwah buat kali terakhir, sebelum solat jenazah dan seterusnya kebumikan dan bacaan talkin.

Betapa singkatnya hidup kita kan? Mati tak kira umur, walaupun baru 23 tahun. Tak kira la, mati sebab penyakit ke, mati accident naik kereta proton suprima s ke, mati sebab kena tikam ke...

Bila jadi macam ni, aku terfikir sejenak. Jangan asyik fikir bila umur dah menjangkat 20-an ni, umur persediaan untuk berkahwin je. Tapi, kena fikir juga, tak kira berapa pun umur kita, maut sentiasa menunggu. Bersediakah kita?

Bak kata hamka kereta mayat, “semua orang akan menjadi mayat. Anda tak mampu mengubahnya!”


Al-Fatihah buat mohd shahidzir....


22.8.13

Segmen : 1st Segmen Singgah Blog Saya 2013

sebuah segmen dari Kisah Si Diary. klik baner untuk join, sebelum 23 ogos 2013 jam 11.59 malam.

semenjak dua menjak ni, rajin pulak aku bersegmen. sebab sekarang ni, aku tengah ber-experiment dengan blog Hikayat Budak Pening ni. jangan risau, entry biasa tetap akan dipublish, cuma aku akan selit2 dengan segmen. buat sementara waktu je.. nanti akan back to normal balik.. hehehe..


21.8.13

Kaunter Pertanyaan


Kadang-kadang, aku selalu jadi tempat rujukan pada satu hal yang bukan bidang kepakaran aku. Bidang yang kadang-kadang aku tak tahu-menahu langsung. Tapi, bila orang dah berharap dan berhajatkan pandangan atau pertolongan aku, aku pun buat-buat pandai cuba sedaya upaya untuk membantu kawan-kawan aku mana yang termampu.

Antaranya, bidang seni suara. Kadang-kadang, ada beberapa kawan aku selalu mintak pendapat aku berkenaan seni suara, vocal, dan sebagainya. Mungkin kerana dimata mereka, aku ni pernah join team nasyid (matrikulasi dan university).

Padahal, aku masuk nasyid main perkusi (alat muzik) je pon. Aku tak pernah bernyanyi dalam mana-mana pertandingan nasyid. So, Bab-bab harmoni suara ni, aku bukannya tahu sangat.

Yang kedua, dulu kat sekolah ada beberapa orang kawan yang minta pandangan aku berkenaan dilemma kisah cinta mereka. Sampai kat U ni pun still ada. Padahal, aku couple pun tak pernah. (hampeh!)

Kadang-kadang juga, aku jadi tempat rujukan hal-hal agama. Padahal aku belajar agama tak tinggi pun, sekadar SPM je. Tak de pun sambung pengajian islam dengan lebih khusus. Pastu belajar ‘ilmu dunia’, belajar ilmu syirik.

Termasuk juga la bahagian farmasi. Sudah ada beberapa orang Tanya aku pasal ubat. Walaupun aku ni student farmasi, tapi aku ni fail je memanjang.

ada jugak yang tanya aku pasal moto, walaupun aku ni bukannya seorang mekanik, bukannya seorang yang otai, dan bukannya mat rempit.

so, korang pernah jadi kaunter pertanyaan tak?


maa'ssalamah,
Pha is

WW #55 | Sembunyi

sembunyi, cameron highland, tea,
soon....


20.8.13

Kempen Positively Malaysia

pertamanya, korang pernah tengok tak video kat bawah ni? video ni asalnya sebuah iklan raya yang dilakonkan oleh pelajar USM. video berkisarkan perkara positif yang boleh kita lakukan, bukan untuk menunjuk-nunjuk, tapi sebagai inspirasi dan contoh teladan yang baik, supaya orang lain dapat sama-sama lakukan perkara positif dalam hidup.  


Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
- Senyum (Malique ft. Najwa) -

lebih kurang macam tu la. bila kita buat baik, lakukan perkara yang positif, tak salah kalau kita sebarkan, dengan harapan orang lain turut sama terpanggil untuk lakukan perkara yang positif.

#PositivelyMalaysia

jadi, jom sama-sama kita sebarkan perkara positif dalam kempen #PositivelyMalaysia. sebarkan kisah positif korang dengan hashtag #PositivelyMalaysia

untuk keterangan dan maklumat lanjut, lihat sini : Malaysia.my - Positively Malaysia

Segmen | Salam Ukhuwah dari Blogger Madrasahkehidupan

sebuah segmen oleh Ms. AFAR. klik baner untuk join sebelum 23 ogos 2013. ada hadiah tau!

jom sama-sama join dengan penuh senyuman. senyum. tak perlu kata apa-apa :)




19.8.13

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2

Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...

Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1.   10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2.   Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

18.8.13

Reunoin Raya 2013

cuti sem kali ni banyak betol reunion. mula-mula, majlis berbuka puasa di Seoul Garden, quensbay mall.. makan selepas solat maghrib, dalam pukul 8 macam tu, sampailah kami kena halau dari kedai tu sebab kedai dah nak tutup. seriusly.! hahaha..



kemudian, ada reunion beraya di rumah2 member dalam pulau. malangnya, masa tu aku tengah tension nak exam. tak dapat la nak join.

kemudian, tadi "orang kaya" aiman ada ajak pi rumah dia. ada makan-makan sikit katanya. aku pun baru je lepas exam. memang konfom pi la. akhirnya, sampai jugak di teratak "Villa Alhamdulillah" ni.. (yup, memang nama rumah tu "villa alhamdulillah". bukan aku saja2 main reka.)

ada garden

ada kolam ikan

hiasan dalaman pun lawa.

alhamdulillah, mee kuah.




sebelum ni, aku beraya dengan exam. sekarang baru lepas exam. baru boleh beraya dengan puas.. heheh. minggu depan musim kenduri kahwin pulak. ada yang sampai ke negeri sembilan. nak pergi, transport x de.

maa'ssalamah,
Pha is

Proton Suprima S


dah ramai yang mula cakap pasal kereta proton Suprima S ni, a.k.a proton preve hatchback. secara jujurnya, aku agak tak berkenan dengan design proton preve dulu. tapi proton Suprima S kali ni, boleh tahan la jugak.tapi aku still tak berkenan dengan design bahagian depan dia. sama macam proton preve dulu tu.

walaupun banyak kelebihan kereta proton, tapi bak kata member aku, proton ni jenama kroni. hehehe..

bawah ni korang boleh tengok spesifikasi proton Suprima S :

Powertrain

Engine : CamPro 1.6 Turbo
Total Displacement (cc) : 1561
Bore x Stroke (mm x mm) : 76.0 x 86.0
Maximum Output (kW/rpm) : 103/140/5000
Maximum Torque (Nm/rpm) : 205/2000-4000
Fuel tank capacity (L) : 50

Performance

Maximum Speed (km/h) : 190
Acceleration (sec) : 9.9
Fuel Consumption @ 90km/h : 9.1 L/100km
Minimum Turning Radius (m) : 5.3

untuk lihat spesifikasi-spesifikasi lain dan design-design proton Suprima S ni, boleh tengok kat sini : Proton Edar - Proton Suprima S.

artikel lain yang berkaitan : 15 fakta menarik tentang proton 


p/s : proton suprima S topspeed 190km/h. topspeed yahama xj6 around 230km/h. bye-bye suprima..!!!

maa'ssalamah,
Pha is

17.8.13

statistik visitor menjelang raya

bila aku check statistik visitor menjelang hari raya aidilfitri 2013, sama ada dari histat ataupun nuffnang, aku terperasan satu polar yang sangat menarik. cuba tengok kat bawah ni :



nampak tak persamaannya disitu. bilangan visitor blog aku menurun secara berkala dari 5 ogos sampai 8 ogos. lepas 8 ogos, baru naik balik, walaupaun aku dah autopublishkan 1 entri setiap hari pada 7 hari tersebut.

hypothesis yang dapat aku fikirkan, mungkin bermula dari 5 ogos, bilangan orang yang online berkurangan sebab masing-masing sibuk untuk persiapan raya. see..!!! hari kemuncak visitor paling rendah adalah pada 8 ogos, hari raya pertama!

lepas hari raya pertama, orang ramai mula memeriahkan kembali laman blog. sebab tu mula ada peningkatan sikit. aku agak la..

cuba tengok korang punya statistik pulak, kot-kot sama.

16.8.13

Segmen Follow Mengfollow Sampai Pengsan by Cik Hawa

segmen oleh Hawa Syazana SD. klik baner untuk join sebelum 20/8/2013

seperti yang diminta tuan segmen, mangsa taging :
Edo Hayra


segmen | Saya nak duit raya Cik Misya!!!

segmen oleh Cik Misya (Aimi Syahirah). klik baner untuk join, sebelum 20 ogos 2013 jam 12 malam.

atas permintaan tuan puan segmen, aku nak story sikit pasal duit raya yang pernah aku dapat seumur hidup.

masa kecik tiap-tiap tahun aku dapat duit raya dari Tun Pak Lah, mantan perdana menteri malaysia yang ke-5 (ko hado?). maklumlah, aku ni anak yatim dan miskin dalam parlimen kepala batas. so, dapat la tiap2 tahun salam pak lah. duit raya dari pak lah saja, konfom tiap2 tahun RM100. best woo... sekarang dah besar, dah tak dapat dah.

cukup dulu kot cerita pasal duit raya takat tu. cerita banyak-banyak pun bukan boleh pergi melancong luar negara pun. *eh, tetiba pulak. hehehe*

so, disini aku nk tag :
1. Edo Hayra
2.  Mizz Aiza
3.  Syazana Zainn 



15.8.13

15 Fakta Menarik Tentang Proton

just nak share fakta yang mungkin korang tak tahu tentang proton. apa korang ingat kereta proton tu lekeh sangat ke? banyak tau kelebihan dan kehebatan kereta proton ni. kalau tak percaya, tengok 15 fakta menarik tentang proton kat bawah ni


15 fakta menarik tentang proton


1. Proton Berjaya melepasi ujian panas dan sejuk melampau di padang pasir dan kutub utara serta selatan.

2. Proton tanjung malim tersenarai sebagai "most advanced modern car plant" oleh Discovery Channel

3. Proton satu-satunya pembuat kereta ASEAN yang Berjaya melepasi rating Australian ANCAP dengan 5 bintang

4. Kini, proton boleh didapati di 25 buah Negara seluruh dunia

5. Kelab peminat proton persona terbesar terdapat di Mesir

6. Antara duta Proton termasuklah Miss Olivia Wells, Miss Universe Australia 2013.


7. Proton mencatatkan masa terpantas dalam perlumbaan “Malaysian Touring Car Class” (MTC), mengalahkan Mazda dengan rekod 2:39 minit.

8. Proton satu-satunya pasukan yang memenangi 7 anugerah kejohanan dalam setahun di Asia Pacific Rally Championship.


9. Proton impian digunakan sebagai kereta peronda oleh pasukan polis UK di Humberside.

10. Proton mengguna pakai pelbagai teknologi dari LOTUS.

11. Proton satu-satunya jenis kereta yang dibangunkan dan dihasilkan oleh Negara orang islam.

12. Harga kereta proton luar Negara lebih murah berbanding harga dalam Malaysia.

13. Proton Berjaya mendapat tempat pertama dan kedua dalam Sepang 1000km Endurance Race 2012

14. Proton mengguna teknologi “Hot Press Forming” dari jerman yang meningkatkan intergriti struktur kereta sebanyak 3 kali ganda.

15. Enjin turbo proton dengan kuasa sebanyak 205 NM torque boleh memecut 0-100km/h dalam masa kurang dari 10 saat.

Tak percaya? Lihat sini : 15 Things You Didn't Know About Proton

misi bantuan Lifebuoy terhadap pelarian Myanmar


misi bantuan Lifebuoy terhadap pelarian Myanmar


saja nak share sebuah video berkenaan rancangan Suci Berseri, mengisahkan misi bantuan lifebuoy terhadap pelarian Myanmar di Malaysia. boleh tengok rancangan Suci Berseri ni kat TV3 setiap Khamis jam 5 petang.

untuk maklumat lanjut, boleh lihat SINI  

14.8.13

Pesan Senior


sekarang, aku masih lagi dalam short sem. dah la exam mula pada hari raya yang ke-6. memang duk rumah tak semangat nak beraya la. badan pergi beraya, otak fikir exam. tension dowh..!!!

dalam keserabutan nak dekat exam ni, ada senior aku yang dah grad memberikan sedikit tips untuk short sem, terutamanya kepada pelajar akhir tahun ni. antara pesan beliau:

1.jangan cuak sangat dan jangan bebankn perasaan dengan perkataan nak grad, kahwin, dan kerja

yang ni memang bertepatan dengan budak final year. maklumlah, bila repeat paper di tahun akhir, memang harap2 sangat lulus supaya dapat grad on time. so, tension berkali ganda.

tambah pulak ada yang dah pasang niat nak kahwin cepat-cepat lepas grad. yang ni lagi la tension. dengan berita kawan dah nak kahwin sini sana, kita masih lagi repeat paper. tension woo...

2.doakan untuk diri dan orang lain

yang ni memang betul la. tak boleh nak selfish, walaupun masa nak berdoa. kalau kita doakan untuk orang lain, nanti malaikat akan tambah tolong doakan untuk kita. tak ke lebih untung.

"Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ r.a. bahwasanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan."
(Shahih Muslim no. 2733)*

3.ikhlaskan diri beriman pada qada dan qadar Allah 

yang ni penting. bila dah dapat result, kena redha. mungkin itu yang terbaik Allah dah susun untuk hidup kita. berlapang dada lah sama ada lulus ataupun gagal. pendek kata, jangan tension-tension lah..




*Pnut. (Feb. 2012). Sharing Is caring: Doa lah untuk orang lain.. kerana malaikat aminkan doa kita. retrieved from http://ceritapnut.blogspot.com/2012/02/doa-lah-untuk-orang-lain-kerana.html


maa'ssalamah,
Pha is

13.8.13

Orang Kita Memang Sensitif

Orang kita memang sensitif… 


Orang kita memang sensitif dengan berita surau diguna oleh non-muslim baru-baru ini, Tak sedar ke selama ini rumah-rumah Allah banyak yang sunyi?


Orang kita memang sensitif dengan berita tokoh agama poligami, tak sedar ke ramai rupanya selama ini anak-anak kita berpacaran tanpa nikah tapi sudah seperti laki bini?


Orang kita memang sensitif dengan video menyambut raya sambil pegang anjing atau babi, tak sedar ke selama ini banyak adegan lelaki perempuan bukan muhrim berpegang tangan berpeluk-pelukan setiap hari disiarkan di TV?


Orang kita memang sensitif dengan berita tulisan selamat hari raya dicetak terbalik dalam tulisan jawi, tak sedar ke selama ini AlQuran yang dicetak betul hanya hiasan almari?

Orang kita memang sensitif dengan isu gadis Melayu menyertai pertandingan ratu cantik tidak menutup aurat nampak body, tak sedar ke selama ini ramai gadis Melayu tanpa masuk pertandingan ratu cantik pun berpakaian begini?


Orang kita memang sensitif dengan berita makanan yang disyaki ada DNA babi, tak perasan ke sebenarnya rokok yang ramai hisap memang sudah difatwakan haram selama ini?


Teguran dan muhasabah ini untuk kebaikkan bersama ....


sumber : facebook kawan

SEGMEN KUNJUNG-MENGUNJUNG BERSAMA AYUINSYIRAH

sebuah segmen oleh AYUINSYIRAH. kelik baner untuk join.

tetiba rajin pulak aku nak join segmen. hmm.. tak dapat kunjung rumah orang, kunjung blog orang pun jadi la. kira ziarah jugak la tu, kan?


anyway, selagi syawal masih ada, selamat hari raya.!!!

Hantaran Tinggi Haram?


mulanya, keluar berita yang bertajuk "Ramai Membujang Lantaran Hantaran Mahal". lepas tu keluar berita "Hantaran Tinggi Haram" pulak. dan tak kurang juga member aku yang mula menulis entri berkenaan hantaran ni, antaranya soal hantaran dan majlis kahwin


bila sembang bab kahwin ni memang seronok. tak kira bujang mahupun yang dah kahwin. kan?


bila aku share gambar berita pasal Hantaran Tinggi Haram ni di facebook, antara maklum balas yang aku dapat adalah macam mana pulak kalau kes yang pihak lelaki mampu walaupun hantaran tinggi?








well, terpulang la. kalau dah kaya sangat, nak buat besar-besaran, hantaran tinggi-tinggi pun tak pe, kalau pihak lelaki mampu. tapi, kena ingat, orang yang membazir saudara syaitan. (lihat surah Al-Israa' 17:27)

dan bila dah hantaran tinggi-tinggi tu, kena berbalik kepada niat la. untk apa buat besar-besaran? kalau niat menunjuk-nunjuk, untuk pujian manusia, kan dah bertukar kebergantungan dari mengharap redha Allah kepada mengharapkan pujian manusia.

mungkin sebab tu mufti kata "perbuatan menunjuk-nunjuk dalam perkahwinan adalah syirik kecil"...

renung-renungkan dan selamat beramal..!!!


p/s : dah la hantaran makin mahal. mana dengan belanja kenduri lagi, mana nak simpan duit nak beli yamaha xj6 lagi.. hmm...

maa'ssalamah,
Pha is