Skip to main content

Meter Kelajuan Honda Wave 125x Ultimo

bila boring duduk kat rumah, aku buat mini-experiment sikit. saja nak kongsi kat sini hasil experiment tu.

objektif :
untuk mengenal pasti perbezaan kelajuan yang ditunjukkan oleh meter kelajuan motosikal honda wave 125x ultimo dengan kelajuan yang ditunjukkan melalui GPS.

introdustion :
dulu, seperti yang telah aku ceritakan dalam entry yang bertajuk wave 125x ultimo, aku perasan terdapat perbezaan ketara antara motosikal aku, honda wave 125x ultimo dengan motosikal kawan aku, antaranya yamaha legenda 115z dan yamaha LC 135. dalam pemerhatian aku, meter motosikal aku lebih "berat" berbanding motosikal kawan aku.[1]
sejak tu, aku mula mencari jalan untuk mengetahui ketepatan meter kelajuan motosikal aku. member aku si Jemey telah mencadangkan agar aku compare meter tu dengan aplikasi GPS kerana menurut beliau, meter GPS lebih tepat berbanding meter motosikal/kereta (Nikong, J., 2011)

apparatus :
motosikal honda wave 125x ultimo (mileage ± 22000)
aplikasi (app.) wisepilot

method :
motosikal honda wave 125x ultimo telah ditunggang dengan 3 kelajuan yang berbeza di atas lebuh raya utara selatan disekitar antara susur keluar sungai petani (s) kedah dan susur keluar bertam, kepala batas, pulau pinang, menghala ke arah selatan

result :
bila aku bawak 80km/j, 90km/j dan 100km/j, kelajuan GPS mencapai dalam aplikasi wisepilot tu masing-masing mencapai 75km/j, 84km/j, dan 93km/j.

meter moto               kelajuan GPS
80km/j                     75km/j
90km/j                     84km/j
100km/j                   93km/j

calculation :

graf kelajuan dari GPS melawan kelajuan dari meter motosikal

gradient
= (y2-y1) / (x2-x1)
= (93-75) / (100-80)
= 18/20
= 0.9

jadi, equation y = mx + c :
y = 0.9 x

discussion :

melalui hasil kajian ni, so, memang terbukti meter motsikal aku taklah "seberat" yang disangka. kelajuan yang ditunjukkan oleh meter motor aku lebih laju dari sepatutnya. ketepatannya adalah sebanyak 90%.

dulu, aku pernah try meter motosikal honda wave 125x ultimo aku dengan meter motosikal yamaha LC 135 dan Yamaha lagenda 115z dan hasilnya, meter motosikal honda wave 125x ultimo aku lebih berat berbanding meter mereka. jadi, kalau meter motosikal aku ni lebih ringan berbanding dengan kelajuan sebenar, berapa ringan meter motosikal mereka?

conclusion :
meter motosokal honda wave 125x ultimo aku lebih ringan jika dibandingkan dengan kelajuan yang sebenar.

rujukan :
1. Pha is. (2011). Hikayat Budak Pening: Wave 125x Ultimo. retrieved from : http://pening-pala.blogspot.com/2011/08/wave-125x-ultimo.html
2. Pha is. (2012). Hikayat Budak Pening: Komen Motosikal Wave 125x Ultimo. retrieved from: http://pening-pala.blogspot.com/2012/05/komen-motosikal-wave-125x-ultimo.html

Comments

  1. ni apahal kemain mengkaji motor ni??? haha. siap graph bagai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la.. that's my passion. heheh

      Delete
  2. rajinnya pha is buat eksperimen.. :D

    ReplyDelete
  3. rajinnye research...tpi laju tu....

    ReplyDelete
  4. eksperimen yang menarik tapi sayang kat umah honda wave tu dah jual pulak.. ;)

    ReplyDelete
  5. wahh memang menarik buat eksperimen dekat benda yang kita minat . terbaekk huhu :)

    ReplyDelete
  6. amboi bab motor ni rajin dia buat kajian ek.. :)

    ReplyDelete
  7. Maknanya kelajuan sebenar adalah kurang dari apa yg tercatat pd speedometer lah... Menarik kaedah ini, boleh apply...tapi betul ke kelajuan pd GPS tu lebih tepat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pasti jugak.. tapi dari segi teorinya, rasanya gps lagi tepat.

      Delete
  8. Pha Is,

    Teringat pula aku pernah ternampak signboard tepi jalan kat kampung mana tah ;

    "DI MANA ADA KELAJUAN
    DI SITU ADA KEMATIAN"

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu x pe lagi.. ada signboard kat jalan kulim ke grik tulih:

      AWAS
      JALAN GILA BABI

      hahahaha

      Delete
  9. amboi siap buat resrach lagi. ni mmg btol peminat moto ni

    ReplyDelete
  10. kalau nk ukur dgn gps, mmg takkan dpt accurate reading. bukan motor je, kereta pun sama gak. tak sama.

    ReplyDelete
  11. membuatkan hamba rindu dengan "kuda putih" kat umah tu... dekat setahun x ditunggang... bab gps tu bergantung pada sensitiviti gps gak... tpi mmg meter wave x ikut kelajuan sebenar... tak tau la nape...

    ReplyDelete
  12. wt la test gps dgn kelajuan 120kmh meter wave nie..nk compare..same x dengan 120kmh lcv2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nk dapat 120km/j kalau moto wave ni... standard full throttle pun dalam 110-115 km/j... kalau turun bukit, baru bleh dapat..

      Delete
    2. Kalau guna spoket 15-34 dan ejas angin ekzoz cam mne...

      Delete
    3. macam mna? macam tu la. hahaha

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi