Makan2 Klate 21 | Zaeman Nasi Kukus

heran tak? heran tak? sepatutnya siri jelajah makanan kelantan aku dah habis sebab aku dah 'tamat pengajian' di usm kelantan. tapi, sekarang sekali lagi aku di Kelantan sebab ada program baktisiswa. so, asal aku ke kelantan je, aku keluar makan. asal aku ke kelantan je, aku keluar makan. hahaha


okay, kali ni aku nak share tempat makan di Zaeman Nasi Kukus (cawangan 2) yang terletak di Jalan Raja Perempuan Zainab 1, bertentangan dengan hospital USM Kubang Kerian. (coordinate: 6° 6'4.34"N,102°16'48.23"E - lebih kurang)

kedai ni Zaeman Nasi Kukus ni bagi aku ala-ala macam nasi kak wook la. nasi yang sejenis lauk je, cuma bezanya, nasi disini dikukus dan ayam disini ayam goreng berempah. nasinya memang lembut dan saiz butir nasinya relatively agak besar berbanding saiz butir nasi biasa.


kuahnya pulak kuah gulai. agak pekat. tapi tak semanis nasi kak wok. sambalnya sedap. tapi bagi aku, ayam goreng rempahnya agak masin. mungkin masa aku pergi kali tu je yang terlebih masin sikit. mana la tahu. kita bersangka baik je la.

harga aku rasa okay je. dengan teh ais, aku kena RM 6.30. kalau nasi sahaja (lauk ayam) RM 4.50 kalau tak silap aku. agak puas hati. keseluruhannya, kira okay la. tak rugi la kalau nak try.



p/s : dah lama tak sebut "teh beng". dah rasa kekok nak sebut.

maa'ssalamah,
Pha is

Comments

  1. sedap tak? sedap tak? malam ni tak makan lagi...

    ReplyDelete
  2. husnuzon itu penting...hehehehe..

    ayam masin tak apa,jangan nasi mentah..sudah la...huhuhuhuhu

    kelantan mari ka? jauhnya...bila la nak pi kelantan lagi nie..rindu nak tengok sunset dekat laut...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk.? pantai kelantan kan menghadap ke timur. so, boleh tengok matahari terbit je la.. hehehe

      Delete
  3. wah.. nampak macam sedap tu pha is.. akak tak suka sangat nasi kukus.. kalau nasi kerabu memang kesukaan akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi kerabu kat kelantan memang bercambah.. hehee

      Delete
  4. zaeman nasi kukus memang best...
    kedai pun bersih...
    bebas dari lalat and langgau...
    dah try nasi kukus bonda?
    dah dekat dgn zaeman nasi kukus gak...
    sebelah kedai basuh keta.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada nmpak, tapi x pernah try lagi..

      Delete
  5. tenguk memang mari, kalau masin darah tinggi brooo

    ReplyDelete
  6. Bab makan di boleh bikin terliur :(

    ReplyDelete
  7. kalau duduk sana memang gemok2 la kita hehe

    ReplyDelete
  8. Amboi , dah lama tak kecek kelate hihi >_<

    ReplyDelete
  9. ntah la...rietta pown kebelakangan nie...asik rasa masin jerr makanan...huhuhu...

    ReplyDelete
  10. nyum²...sedapnya nmpk...wahaha

    ReplyDelete
  11. sedap nampak tu.lama dah tak makan nasi kukus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnti balik kelantan, boleh la gi try.. banyak pilihan kat kelantan...

      Delete
  12. ayam tu menarik perhatian.. ;)

    ReplyDelete
  13. dah lame xmkn nasi kukus nie. teringin la pulak. aishh.

    ReplyDelete

Post a Comment