31.7.13

Awek Sumber Inspirasi

gambar hiasan

tadi aku berkesempatan berbuka puasa secara beramai-ramai dengan member di masjid USM. Alhamdulillah, sempat merasa "nasi arab" free tahun ni. dalam perjalanan pulang, aku bertembung dengan Ryuki, member aku yang masih lagi di usm sebab sambung ambik master. (bukan 1 kos dengan aku).


ryuki : hang ada hal apa kat sini?

aku : KSCP (kursus semasa cuti panjang - a.k.a short sem). biasala, aku tiap-tiap tahun ambik.

ryuki : tadi aku nampak juan. dia pun ada paper tak lepas ke?

aku : ha ah. tapi dia satu paper je. kalau lulus, lepas ni dia dah boleh grad dah. aku je yang tak boleh grad lagi. hmm..

ryuki : owh.. tu la hang, tara tak ada awek pun, belajar sangkut. kalau ada awek, tak tau la jadi lagu mana.

aku : amboi.! yer la, aku tak macam hang. kat usm saja awek dah ada 2-3 orang.

ryuki : agaknya sebab tak ada awek, hang kurang motivasi kot. tak dak sumber inspirasi.!

aku : ceh..

*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *

eh, tapi aku ada la sumber inspirasi. aku pun kalau boleh tak nak entend. nak cepat kerja. nak cepat angkat Yamaha XJ6. kan?

wait for me my love..!!!


maa'ssalamah,
Pha is



29.7.13

Marimo | Tumbuhan Belaan

pernah dengar pasal Marimo? baru-baru ni entah macam mana aku boleh terjumpa satu page pasal marimo. bila-godek-godek page tu, tengok macam best je marimo ni.


marimo ni adalah sejenis tumbuhan akuatik (spesis alga) yang orang jadikan sebagai "pet". bila aku baca pun, nak tergelak jugak. first time aku dengar orang buat pokok sebagai pet? seriusly, diorang memang guna ayat "bela" marimo.


tapi, tak tau kenapa aku rasa marimo ni cute. dalam pembacaan aku, macam senang je nak jaga bela marimo ni. harga pun tak mahal sangat. lifespan benda alah ni pun lama. rekod dunia sekarang ni, marimo paling tua berumur hampir 200 tahun. macam best je. at least, kalau mati pun, tak de la sadis sangat, tak macam bela haiwan peliharaan.


dulu, aku pernah gilakan sugar glider kejap. tapi setelah berfikir semasak-masaknya, aku tak jadi nak bela sugar glider, sebab diri aku sendiri pun tak terbela. hehehe.. tapi kali ni, entah la. hmm..

pssstt.. kalau ada orang nk hadiahkan pun okay gak.. hehhee



maa'ssalamah,
Pha is



26.7.13

Batu Karang

kelmarin, 1st appointment aku dengan klinik pakar urology di hospital pulau pinang. setelah merana sejak bulan march lalu, akhirnya aku mendapat jawapan untuk penyakit "misteri" yang kadang-kadang aku alami ni.

sebelum ni, bila buat ultrasound, doktor kata left kidney aku tak ada apa-apa, cuma right kidney aku je yang macam bengkak sikit. tapi hasil ultrasound semalam kata right kidney aku pulak yang tak ada apa-apa, tapi left kidney aku ada batu.

kejap sebelah kanan, kejap sebelah kiri. boleh pulak kidney-kidney aku ni main acilut dengan aku. tampor kang..!!! hehehe..

hmm... muda-muda lagi dah ada penyakit. bak kata mak sedara aku, nama je student farmasi, tapi banyak penyakit (of course, migraine salah satu darinya). tak serius pun. kecik je batu tu. kena minum air banyak, tapi bulan posa ni banyak mana sangat aku boleh minum. kan?

tak cukup dengan bad news pasal kidney aku, masa aku nak balik dari hospital, helmet aku pulak yang kena curi. cobaan. sabor je la.

nasib baik urologist tu cun. tak sabar nak tunggu next appointment.

p/s : Tips Penyimpanan Ubat yang betul


23.7.13

Meter Kelajuan Honda Wave 125x Ultimo

bila boring duduk kat rumah, aku buat mini-experiment sikit. saja nak kongsi kat sini hasil experiment tu.

objektif :
untuk mengenal pasti perbezaan kelajuan yang ditunjukkan oleh meter kelajuan motosikal honda wave 125x ultimo dengan kelajuan yang ditunjukkan melalui GPS.

introdustion :
dulu, seperti yang telah aku ceritakan dalam entry yang bertajuk wave 125x ultimo, aku perasan terdapat perbezaan ketara antara motosikal aku, honda wave 125x ultimo dengan motosikal kawan aku, antaranya yamaha legenda 115z dan yamaha LC 135. dalam pemerhatian aku, meter motosikal aku lebih "berat" berbanding motosikal kawan aku.[1]
sejak tu, aku mula mencari jalan untuk mengetahui ketepatan meter kelajuan motosikal aku. member aku si Jemey telah mencadangkan agar aku compare meter tu dengan aplikasi GPS kerana menurut beliau, meter GPS lebih tepat berbanding meter motosikal/kereta (Nikong, J., 2011)

apparatus :
motosikal honda wave 125x ultimo (mileage ± 22000)
aplikasi (app.) wisepilot

method :
motosikal honda wave 125x ultimo telah ditunggang dengan 3 kelajuan yang berbeza di atas lebuh raya utara selatan disekitar antara susur keluar sungai petani (s) kedah dan susur keluar bertam, kepala batas, pulau pinang, menghala ke arah selatan

result :
bila aku bawak 80km/j, 90km/j dan 100km/j, kelajuan GPS mencapai dalam aplikasi wisepilot tu masing-masing mencapai 75km/j, 84km/j, dan 93km/j.

meter moto               kelajuan GPS
80km/j                     75km/j
90km/j                     84km/j
100km/j                   93km/j

calculation :

graf kelajuan dari GPS melawan kelajuan dari meter motosikal

gradient
= (y2-y1) / (x2-x1)
= (93-75) / (100-80)
= 18/20
= 0.9

jadi, equation y = mx + c :
y = 0.9 x

discussion :

melalui hasil kajian ni, so, memang terbukti meter motsikal aku taklah "seberat" yang disangka. kelajuan yang ditunjukkan oleh meter motor aku lebih laju dari sepatutnya. ketepatannya adalah sebanyak 90%.

dulu, aku pernah try meter motosikal honda wave 125x ultimo aku dengan meter motosikal yamaha LC 135 dan Yamaha lagenda 115z dan hasilnya, meter motosikal honda wave 125x ultimo aku lebih berat berbanding meter mereka. jadi, kalau meter motosikal aku ni lebih ringan berbanding dengan kelajuan sebenar, berapa ringan meter motosikal mereka?

conclusion :
meter motosokal honda wave 125x ultimo aku lebih ringan jika dibandingkan dengan kelajuan yang sebenar.

rujukan :
1. Pha is. (2011). Hikayat Budak Pening: Wave 125x Ultimo. retrieved from : http://pening-pala.blogspot.com/2011/08/wave-125x-ultimo.html
2. Pha is. (2012). Hikayat Budak Pening: Komen Motosikal Wave 125x Ultimo. retrieved from: http://pening-pala.blogspot.com/2012/05/komen-motosikal-wave-125x-ultimo.html

21.7.13

kejutan cuti sem

Cuti semester ni penuh dengan kejutan dan khabar gembira. Pertamanya, rakan sekuliah aku dah nak kahwin. Jadi, beliau bergraduasi dengan title isteri orang. Tahniah untuk beliau dan tahniah juga untuk bakal suami beliau (bukan orang lain pun, senior kami jugak) – Nampak tak permainannya disitu.


Keduanya, juga member sekuliah aku yang sudahpun berkahwin tahun lepas (semasa belajar) telahpun menimang cahaya mata waktu cuti ni. Yang ni lagi advance. Jadi, bulan September ni beliau akan bergraduasi sebagai seorang bapa. Tahniah juga buat beliau dan isteri.

Yang ketiga, baru-baru ni aku baru dapat tahu yang member sekelas aku masa sekolah menengah dulu dah nak bertunang. Dulu, beliau terkenal dalam kalangan kami sebagai seorang yang mempunyai “baby face”. Sekarang, dah nak bertunang dah pun. Tahniah buat beliau.

Yang keempat dan yang terbaru, tetiba dapat mesej jemputan kenduri kahwin dari seorang member sekuliah.  sebelum ni diam-diam je diorang ni, tetiba terus dapat jemputan kahwin. Anyway, tahniah juga buat korang.



Apa yang aku nak sampaikan, nampak tak permainan diorang disitu..?

17.7.13

Segmen | kad raya 2013

tetiba terasa nak buat "mini segmen". dah nama pun mini kan, so senang je, tak perlu nak buat entri pun. bukan nak cari publisiti (ewwah). cuma saja nak mengembalikan zaman kegemilangan kad raya masa aku kecik-kecik dulu (tetiba terasa tua). orang muda zaman sekarang dah banyak lupakan kad raya. maklumlah, zaman dah canggih. tak main dah pos2 kad raya ni.

jadi, sapa yang teringin nak rasa feel masa nak nak buka sampul kad raya selepas dihantar abang posmen dengan moto ex-5 merah beliau sepertimana yang aku rasa masa kecik2 dulu, boleh la join segmen ni. cara-cara dan syarat penyertaan : 

1. hantarkan nama dan alamat rumah anda di inbox facebook page "Hikayat Budak Pening" di https://www.facebook.com/HikayatBudakPening


2. kalau belum like page tu, dah alang-alang tu, like la dulu. hehehe...
3. tarikh tutup hari ahad, 21 Julai 2013 jam 11.59 malam.
4. kalau nak bertukar kad raya pun boleh gak. yang ni tak de paksaan. suka sama suka je. kalau nak, nanti mintak alamat kat pha is masa nak send alamat kat inbox tu. 

okay. mudah je. 

salam ramadhan,
Pha is

10.7.13

Semoga Mak Cepat Sembuh

terasa nak update malam ni setelah rasa blog ni dah mula bersawang. (walaupun baru seminggu je tak update) sekarang aku sudahpun cuti panjang. cuti sidang. so, duk rumah tak ada internet. tak leh la nak online selalu. ni pun pinjam broadband adik.

tambah pulak, minggu ni aku agak sibok sikit. asyik ulang alik ke hospital. mak aku masuk ward mulai hari ahad lepas. hari selasa baru ni, mak aku jalani pembedahan buang ketumbuhan. Alhamdulillah, pembedahan berjalan lancar. sekarang cuma nak tunggu bagi stabil je.

sebagai student farmasi, tak banyak yang aku boleh tolong mak kat ward. tak macam adik aku yang student nurse. aku tengok dia dah macam nurse peribadi mak aku. alatan dalam ward tu semua dia tau. last2 aku yang banyak tanya dia.

sebagai seorang bakal ahli farmasi, pengajaran yang aku dapat dari adik aku ialah jangan pernah pandang rendah dekat nurse.!

aku fobia sebenarnya bila ada ahli keluarga aku yang masuk hospital, terutamanya masa bulan Ramadhan. ayah aku dulu pergi meninggalkan kami 12 tahun yang lalu masa bulan ramadhan. tahun lepas, tok wan aku pun pergi meninggalkan kami dalam bulan ramadhan.

tapi, Alhamdulillah, mak aku selamat. harap semuanya kembali seperti sedia kala. ameen...

p/s : panduan pengambilan ubat ketika berpuasa

salam Ramadhan,
Pha is

4.7.13

Jam Tangan Speedometer

kali ni saja nak buat promosi sikit. saja nak tolong member. lagipun, barang memang smart, terutamanya bagi mereka yang berjiwa kelajuan macam aku ni. so, nak promot kejap Jam Tangan Speedometer.

speedometer watch, rpm watch, jam tangan rpm

style kan? antara spesifikasi jam tangan speedometer ni termasuklah:

1. Masa: Jam RPM atas, minit RPM bawah. ada AM/PM
2. Tarikh hari bulan: bulan dalam bentuk nombor 1-12 (Jan-Dec)
3. Hari dalam bentuk nombor 1-7 (isnin-ahad)
4. Boleh adjust tahap keterangan LED
5. water resistant limit 10m
6. sekali dengan warranty dan 1 battery tambahan

Seutas Jam Tangan Speedometer ni berharga RM100 dan penghantaran adalah percuma

antara koleksi warna lain:

jam tangan rpm, rpm watch, speedometer watch

untuk sebarang pertanyaan dan tempahan berkenaan Jam Tangan Speedometer ni, boleh PM saudara Hatim Tarmizi (https://www.facebook.com/hatim.tarmizi) atau melalui hatim.tarmizi@facebook.com atau boleh terus SMS ke nombor ini:  017-5862527.

sebarang pertanyaan pasal jam tangan speedometer ni melalui kotak komen dibawah tidak digalakkan kerana aku tukang promot je. better tanya terus dengan beliau. aku dah tempah 1. korang bila lagi? hehehe


maa'ssalamah,
Pha is

3.7.13

Gambar | Kota Bharu

mula pagi ni, kami ada lawatan ke Pasar Siti Khadijah. (coordinate:   6° 7'48.49"N,102°14'21.43"E) aku tak tau sebenarnya nak buat apa kat sini, sebab aku ni bukannya jenis orang yang suka membeli-belah sangat. so, sekadar tengok-tengok dan ambil gambar je la.


lepas tu, lepak kat Menara Tinjau Tambatan Diraja Kota Bharu (coordinate : 6°7'54.59"N,102°14'3.96"E).  kat sini pun sekadar melepak-lepak dan bergambar.





2.7.13

Makan2 Klate 21 | Zaeman Nasi Kukus

heran tak? heran tak? sepatutnya siri jelajah makanan kelantan aku dah habis sebab aku dah 'tamat pengajian' di usm kelantan. tapi, sekarang sekali lagi aku di Kelantan sebab ada program baktisiswa. so, asal aku ke kelantan je, aku keluar makan. asal aku ke kelantan je, aku keluar makan. hahaha


okay, kali ni aku nak share tempat makan di Zaeman Nasi Kukus (cawangan 2) yang terletak di Jalan Raja Perempuan Zainab 1, bertentangan dengan hospital USM Kubang Kerian. (coordinate: 6° 6'4.34"N,102°16'48.23"E - lebih kurang)

kedai ni Zaeman Nasi Kukus ni bagi aku ala-ala macam nasi kak wook la. nasi yang sejenis lauk je, cuma bezanya, nasi disini dikukus dan ayam disini ayam goreng berempah. nasinya memang lembut dan saiz butir nasinya relatively agak besar berbanding saiz butir nasi biasa.


kuahnya pulak kuah gulai. agak pekat. tapi tak semanis nasi kak wok. sambalnya sedap. tapi bagi aku, ayam goreng rempahnya agak masin. mungkin masa aku pergi kali tu je yang terlebih masin sikit. mana la tahu. kita bersangka baik je la.

harga aku rasa okay je. dengan teh ais, aku kena RM 6.30. kalau nasi sahaja (lauk ayam) RM 4.50 kalau tak silap aku. agak puas hati. keseluruhannya, kira okay la. tak rugi la kalau nak try.



p/s : dah lama tak sebut "teh beng". dah rasa kekok nak sebut.

maa'ssalamah,
Pha is