Thursday, June 20, 2013

Make-up Berlebihan

aku faham, perempuan dan kecantikan memang tak dapat nak dipisahkan. itu fitrah, itu sunnatullah. tapi, ada satu perkara yang aku aku tak paham. make-up yang berlebihan. cantik ke?

ada 2 situasi yang selalu buat aku fikir pasal perkara ni. pertamanya, bila ada majlis makan malam besar-besaran (diner). keduanya, bila bersanding. masa ni la aku rasa paling banyak pencemaran muka berlaku.

kadang-kadang, sampai aku tak cam muka. berlainan sangat.

mungkin sebab definisi kecantikan bagi aku tak sama dengan kebanyakan perempuan lain. secara jujurnya kalau korang nak tahu, apabila aku nampak orang perempuan yang make-up berlebihan, aku terbayang muka joker dalam cerita The Dark Knight.

the dark knight, batman

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas
(Al-A'raaf 7:31)

"eh, mana ada tebal, kami pakai make-up biasa-biasa je..."

hmm.. yer la tu.. asalkan korang bahagia. aku nak mengingatkan je..


p/s1 : aku agak menempah maut kerana majoriti pembaca aku adalah wanita. tapi tak pe la, baru mesej tu sampai.

p/s2 : Ya Allah, permudahkanlah Exam petang ni.

maa'ssalamah,
Pha is

45 comments:

  1. KY juga tak berapa minat dlm make-up ni, rimas, kalau tengok org make-up, rasa mcm mereka tu tak nak basuh muka dah, sayang make-up penat2 nanti kena basuh, pastu make-up lagi, alahaiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha... terutamanya masa nk amik wudhu'... laps solat, nk kena make up balik..

      Delete
  2. hihi menempah maut? x semua ppuan suka mekap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kot la.. takut nnti ada yg terasa.. hehehe

      Delete
  3. klu dah cantik tu, buat macam mana pun cantik gak.

    klu dah tak berapa nak cantik tu, make up tebal2 pun sama je... huhu

    ReplyDelete
  4. make-up simple je

    kadang2 bila malas pakai bedak dgn lipgloss je hihi

    ReplyDelete
  5. make up berlebihan bukan apa. nak lagi lagi cantik mungkin hihi

    iolls tak suka make up. malu lahh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi x perlu tebal2 sangat, klau nk cantik pun... :)

      Delete
  6. Gud luck for ur exam...

    Make up berlebihan mmg xcomei...tapi make up simple, sgt sweet....

    ReplyDelete
  7. huhu...tu pkai tpung gomak kot tepek kt muke..hihi...

    ReplyDelete
  8. akka tak reti make-up ni.. selalu belasah je.. good luck untuk exam nanti ya.. :D

    ReplyDelete
  9. jenis yang tak suka mekap, tetapi dipaksa mekap di hari kahwin dan tak dibenarkan tengok cermin (dah gaya kena susuk pulak), tetiba tengok gambar kahwen sendiri rasa nak meroyan bunuh mekap artis tu ko tahuk?

    Your truely. Hahhaha

    ReplyDelete
  10. Sometimes saya berani je pergi kampus dengan muka tak pakai ape2. Hahaha. Memang tak pernah lah buat painting kat muka semata pergi kelas. :3

    ReplyDelete
  11. edo tak marah seebab edo tak mekap hoho
    kadang2 edo pon rasa macam tu jugak bila tengok orang yang mekap melampau2 neh huhu

    ReplyDelete
  12. Hehe nampaknya bersanding nnti kena nipiskan mekap . Asalkan nampak manis dan seri pun okay :)

    ReplyDelete
  13. opss..masalahnya kalau mak andam kawen tu, kita cakap nak simple2 pun segedung bedak dia tabur. adess.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... susah la kalau mcm tu..

      Delete
  14. ala, anna pon x suka mekap.. barang mekap yang beli masa majlis pon x hbs pakai lg..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. membazir la kalau mcm tu.. heheh

      Delete
  15. make up berlebihan..hmm sy suka make up..tapi jgn over...just nk kasi muka nmpk fresh...that its..hehe:)

    ReplyDelete
  16. setuju, better make-up biasa2 je :D

    ReplyDelete
  17. pakai ja bedak sejuk...hehehe..mekap2 tebal nie buat jerawat singgah muka ja..

    * tak suka mekap jugak..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. pkai bdak sejuk, kelaur pi shopping tengok.. hahaha

      Delete
  18. maintainance akak tak tinggi sebab akak tak suka pakai make up hehehe.. tapi part lain pulak yang tingginye.. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. that's the word.. "maintainance".. hahahaha...
      ada sorg member kta, bila nmpak awek cun, "perempuan mcm ni, buat cuci mata boleh la. nk buat awek/bini x mampu. maintainance tinggi sangat." hehehe

      Delete
  19. keturunan tok Din xperlukan make-up bagai, dh memang syantek meletop sejak azali lg :) sbb kita ada wudu' .. eceeeewah!

    ReplyDelete
  20. Nurul memang suka mekap.. "mekap berlebihan" tu agak subjektif bagi Nurul.. bergantung pada 'arah' mekap seseorang.. macam Nurul, lebih kearah natural.. tak suka yg berwarna-warni.. kalau sebut 'make-up', bedak je or lipgloss je pun dah masuk kategori :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. sbb tu saya tambah "berlebihan"...

      Delete
  21. kadang-kadang...kuman di sebarang boleh nampak tapi gajah depan mata tak perasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.. faizal berfalsafah... heheh

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...