Thursday, June 6, 2013

kenangan israk mi'raj 2007

hari ini, 27 rejab 1434 H. tarikh dimana Nabi di-israk dan mi'rajkan. aku rasa hampir semua orang tahu cerita perjalanana ni. banyak cerita-cerita yang kalau nak cerita, tak akan habis. aku bukan nak cerita pasal israj mi'raj Nabi, tapi nk cerita pasal "israk mi'raj" yang terjadi kat asraman sekolah aku, pada tahun 2007.

kisah 1 : naik buraq

alkisah, ada seorang member aku ni yang bernama Al-bayani, telah excident motosikal, di lokasi yang tak beberapa jauh dari asrama sekolah aku beberapa hari sebelum 27 rejab pada tahun tu. beliau dipercayai naik moto dengan laju ibarat buraq. teruk jugak la, sampai bersimen kaki.

kisah 2 : naik ke langit


pada malam 27 rejab tahun tersebut, asrama aku ada sikit sambutan israk mi'raj. biasa la. ada ceramah sikit, makan-makan sikit. so, malam tu prep (waktu study) cancel. memang seronok la.

dalam pukul 12 malam macam tu, tiba-tiba, satu asrama sekolah aku dikejutkan dengan kemalangan yang melibatkan Al-Usyer jatuh dari dari tingkat 3. dipercayai beliau sedang berdiri di atas tembok kaki lima asrama di tingkat 3, lagak seperti naik ke langit. entah macam mana, beliau terjatuh.

malam tu, agak kalut jugak la. siap ada polis yang datang. sekadar nak check sama ada ini kes kemalangan akibat kecuaian sendiri atau kes buli.

kisah 3 : diperjalankan dimalam hari


adapun dua orang member aku, Al-loban dan Al-Akh Men memang selalu 'fly' asrama saban malam ke CC 24jam yang terdekat. memang diorang selalu 'berjalan malam', dan tak pernah kantoi. hebat diorang.

tapi, malam tersebut, ustaz (warden asrama) terserempak dengan diorang masa ustaz dalam perjalanan balik dari hantar Al-Usyer ke hospital. tapi diorang sempat lari. sampai je ustaz kat asrama, malam tu jugak ustaz buat 'road call' untuk pelajar form 5. so, memang kantoi.

apa yang jadi kat diorang malam tu, aku tak pasti. aku tak termasuk golongan yang dibukakan 'hijab' untuk mengetahui kisah lanjut diorang.

p/s :
1. nama yang ditulis bukanlah nama sebenar
2. fly : keluar dari asrama di malam hari tanpa kebenaran.
3. kaki Al-bayani sekarang dah sembuh. beliau sekarang sudahpun bergelar 'Al-hafiz'. Alhamdulillah..
4. al-Usyer pun dah selamat.  
5. Al-Loban, yang dahulu kaki fly asrama, sekarang ni dah ada anak dah pun. hehehe...

18 comments:

  1. tediaaa eyh...haha fly sbb nk p cc..terbaik²..haha kenangan betul kan ms dok asrama...mcm² cite..:P

    ReplyDelete
  2. he he he... kenangan terindah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... kenangan menusuk kalbu..

      Delete
  3. hahaha..nasib baik nama aku tak dak dalam kisah hg...Al-Akh Men apa cita?hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. kantoi plak hg perasan entri ni...
      Al-akh Men dengar citer semakin hensem, semakin kurus.. hehehe

      Delete
  4. bukan nama sebenar tu yang penting bukan abg saya kan ? :) *korek resia*

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. jgn risau. hafiz x de kaitan daam cerita ni.. walaupun nama gelaran dia nk dekat sama dengan salah satu nama dalam cerita ni... hehhe

      Delete
  5. Semua tu dah jd kenangan manis sekarang nie...

    Psss...xsabar nk pkai face mask lg mlm nie...cpat skit tdonye...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. dah tinggal kenangan dah pun...

      Delete
  6. eemmmmm...mcm mana pulak dengan kisah tukang cerita? ada perkembangan terbaru ? heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukang cerita..? hmm.. masih seperti dulu.. heheheh

      Delete
  7. yang mana dulu nampak nakal sekarang dah jadi bapak orang.. ;)
    rugi lak tak ngorat dulu.. hahaha..

    ReplyDelete
  8. tak pernah duduk asrama masa sekolah dulu.. hehe.. memang kenangan terindah la ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. kenangan menusuk kalbu.. hehe

      Delete
  9. byk kenangan tu. imbas balik kenangan lama best jugak kan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. skali skala imbas kenangan lama...

      Delete