29.5.13

jejak kerachut 9 : monkey beach

lokasi : monkey beach
coordinate :   5°28'14.58"N, 100°11'17.15"E

setibanya kami di monkey beach (a.k.a teluk duyung) lebih kurang pada jam 1430 petang. janji dengan anip untuk ambil kami pada jam 1700 petang. monkey beach ni sama macam pantai kerachut. untuk kesana perlu hiking ataupun naik bot.

kat sini, banyak juga aktiviti yang kami buat, dan banyak lagi aktiviti yang boleh dibuat. antaranya :

1. aktiviti minum air kelapa di tepi pantai. eh, minum pun kira aktiviti ke..? ah, tak kisah la. tapi air kelapa (a.k.a air nyok) kat sini sangat best. lepas kami order, baru diorang panjat pokok kelapa, dan tebuk lubang. kira memang freash la. hehehe..


sila jangan terpengaruh dengan muka aku yer.. nampak je muka buat macam tu, tapi sedap. muka macam tu sebab tengah pening kepala sikit. apa-apa pun, minum air kelapa di tepi pantai memang layan. 

2. tangkap anak ikan. kat situ, ada satu muara sungai tapi 'halus' je aliran sungai dia. kat situ ada banyak anak ikan bermain-main. so, kami pun join bermain-main dengan anak-anak ikan tu. 



nampak tak anak ikan tu? kecik je..

3. aktiviti mandi laut dan main swinger. nak tau apa itu swinger, tengok gambar kat bawah ni



bila sampai kat hujung, lompat masuk dalam laut. malangnya, kat hujung tu, laut masih cetek. so, kalau tersilap landing, agak sakit sikit.

4. main buaian. naik buaian tepi pantai ditemani deru angin bertiup dan bisikan ombak menampar pantai. pergh. 



pisture of the year. ini yayat. beliau naik buaian sebab nak kahwin dengn anak raja. hahahah..

aktiviti lain yang boleh dibuat dan kami tak buat, antaranya banana boat dengan naik jet skit. boleh agak kan kenapa kamai tak naik bnde tu. lari bajet. hehehe..


bersambung....


14 comments:

  1. baru tau ada monkey beach..nmpak macam cantik je tpt nie...

    ReplyDelete
  2. wahh...bestnya...cuti2 ni ok juga jalan2 kan?

    ReplyDelete
  3. betsnye...rietta xsinggah monkey beach tu hr...sebab nak kejar masa....

    semalam ada gak bdk farmasi trun cni....ramai gak alumni semalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ruginya.. hehehehe

      bdk farmasi? turun mna?

      Delete
  4. hahahaha muka minum air kelapa takleyblah -,-

    ReplyDelete
  5. Phais,

    Masa hang naik swinger tu, mat saleh kat belakang tu macam jelez nak naik sama kot? hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. mula2 dia tengok je.. lepas tu dia try naik, tapi silap teknik, tak jadi.. hehehe

      Delete
  6. swinger tu nampak best.. ;)
    rasa nak join sekali.. ;)

    ReplyDelete
  7. wah.. bestnya tempat ni.. lamanya tak pergi pantai. nak tau emoticon yang sama dengan muka pha is buat tu? macam ni -_-

    hahaha

    ReplyDelete