Skip to main content

jejak kerachut 8 : batu kepala buaya dan penyu


perjalanan menaiki bot dari pantai kerachut ke teluk duyung (a.k.a monkey beach) memang layan. dengan desiran angin kuat menepis, ditambah tujahan ombak yang tanpa henti. cukup mengujakan.


dalam perjalanan, beberapa ketika kemudian, anip si drebar bot kami memperlahankan bot (sekitar 5°28'42.85"N, 100°10'54.78"E). setelah bunyi deraman enjin mula reda, dia bersuara.

"on our right, there, we can see a turtle rock", sambil menuding jari beliau ke arah satu longgokan batu di gigi laut. amboi, speaking pulak si anip ni. tak de la. dia speaking sebab dalam bot yang kami naik, ada foreigner.  maka foreigner tu (dan termasuklah dengan kami) pakat pulun ambil gambar batu tu.. 


memang batu tu ada mirip-mirip seekor penyu, walaupaun tak sama 100%. gambar yang aku ambil ni jauh. pakai kamera henset je. tak boleh zoom sangat.

lepas tu, anip bersuara lagi. "and there, we can se a crocodile head rock." sambil menunjuk ke atas sebuah batu yang berbentuk segi tiga, lebih kurang 100 meter dari batu penyu tadi.


nampak tak? memang macam kepala buaya kan? 

sebelum ni, aku pernah dengar dah cerita pasal 2 batu ni. cuma kali ni, baru berkesempatan tengok depan mata. 

kalau nak tengok, datang la sini...




bersambung...


Comments

  1. betullah, yg itu memang nampak mcm buaya...

    ReplyDelete
  2. best wooo...

    entry terbaru:http://duniakita94.blogspot.com/2013/05/seteguh-karang.html

    ReplyDelete
  3. Seronoknya berjalan Pha Is . Ini dekat pulau mana ni ?

    ReplyDelete
  4. hahhaa, anna pon anak penang tapi masih blm sampai lg ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk.. *fail*.. hehehehe

      mlawak je...

      Delete
  5. membayangkan ada buaya sebesar itu..

    ReplyDelete
  6. subhanallah.. penciptaan allah yang cantik2 :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi