Saturday, May 25, 2013

jejak kerachut 1 : tempah bot

tarikh : 18 mei 2013
masa : jam 1030
lokasi :   taman negara pulau pinang (5°27'35.12"N, 100°12'23.46"E)


berbekalkan nasi kandar subaidah, kami bertolak ke taman negara pulau pinang dalam misi untuk hiking ke pantai kerachut. kali terakhir aku ke sana masa aku tingkatan 4, tikamana menghadiri kem kesedaran alam sekitar(KeKAS 2006) yang bertapak di pantai kerachut.

rancangannya, kami bertujuh (aku, izzat, izzah, ain, dila, majidah, dan yayat) nak hiking ke pantai kerachut, kemudian balik naik bot. kat situ ada beberapa perkhidmatan servis bot yang boleh disewa. antaranya, servis  "putra 2 racing" ni.


siap dengan sewa khemah semua cukup. untuk pertanyaan lanjut, boleh call nombor yang tertera. 


mereka bergambar sakan. aku tukang ambil gambar je. 
pic credit to : izzah syahmina

menurut anip (driver bot kami), perjalanan hiking dari tempat permulaan sampai ke pantai kerachut ambil masa kira-kira 1 jam setengah. tapi kami ambil masa lebih dari 2 jam (nanti aku cerita sebab apa lambat sangat).

bayaran masuk adalam percuma, tapi atas faktor keselamatan kena daftar di kaunter pendaftaran. kalau jadi apa-apa, nanti pihak bertanggung jawab boleh trace sapa yang still ada dalam hutan.

untuk bayaran bot pulak, kata anip, kalau dari pantai kerachut terus balik ke tempat permulaan, diorang charge RM 80 per bot. satu bot boleh naik dalam 10 orang macam tu la. tapi, kami nak singgah monkey beach kejap untuk mandi laut di situ (pantai kerachut tak sesuai mandi sebab pantai yang curam dan banyak obor-obor). so, kami kena RM 90.

maka, lebih kurang jam 1100 pagi, kami mulakan perjalanan hiking ke pantai kerachut. janji dengan anip (drebar bot) untuk pungut kami di pantai kerachut pukul 1330 tengah hari.


bersambung......

5 comments: