24.3.13

Wishlist #2 | Kerambit

bagi yang belum tahu, kerambit (atau karambit) adalah sejenis senjata tradisional melayu (atau yang serumpun dengannya).


sebab kenapa aku minat senjata ni:
1. kecik, ringan, mudah nak bawak kemana-mana.
2. closed range.
3. kurang possibility senjata dirampas pihak lawan masa tengah fight, sebab ada 'lock' dengan jari telunjuk.
4. agak praktikel dengan buah silat yang sedang aku belajar sekarang.

apa yang aku terbaca, kerambit ni dulu-dulu, merupakan senjata feveret orang perempuan. sebabnya, boleh disembunyikan dalam sanggul rambut. so, orang tak tau. contohnya, dalam filem "hang tuah" yang P. Ramlee berlakon tu, ada scene melor (kekasih hang tuah dari gunung ledang) bunuh Patih Karma Wijaya dengan kerambit.

lagi satu, kalau korang pernah tengok cerita "merantau worrior", sebuah filem silat dari indon, ada ditunjuk scene hero cerita tu praktis silat guna kerambit. style kot.


tapi, sekarang ni, kerambit dah banyak yang dimodenkan. dah macam-macam design aku tengok. semua lawa-lawa. kalau dapat sebijik dua, buat bergaduh sedap nih. hehehe.. (kalau nak tengok lebih banyak design, google je "karambit knife")









yang ni siap boleh lipat lagi. macam pisau lipat. boleh buh dalam poket je. sangat praktikel. 



sumber gambar : google

34 comments:

  1. Tak tau pulak aku benda ni dah ada modern design.

    ReplyDelete
  2. Is it allowed to be carried around? kalau kat sini, less than 7cm jer boleh. Tapi part sembunyi dalam sanggul tu, pergghhh I pun nak satu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah.. ni just angan2 je... kalau ada pun, nanti simpan dlm rumah buat koleksi rasanya... sbb jurulatih silat dah penah pesan, jgn bawak senjata kemana-mana. nanti, kalau jadi apa-apa yg melibatkan kes polis, susah...

      Delete
  3. cantik la design2 yang baru tu.
    best jugak kalau blh bawak benda2 gini letak dalam beg kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. pergh. giler hard core kalau perempuan bawak buh dlm handbag. org lain bawak paper spray je.. hehehe...

      Delete
  4. Replies
    1. yup... kebanyakan yg jual online tu pun kebanyakannya dari barat sedangkan ianya sejata nusantara..

      Delete
  5. dah lamer xtgk ataw dengar org bercerita sal kerambit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang.. skrg ni pun x ramai yg tahu pasal kerambit.. kalau senjata tradisional, asyik2 keris.. sedangkan kita rumpun melayu banyak lagi jenis senjata zaman dulu..

      Delete
  6. wah..macam2 dah design kerambit zaman sekarang..hehehe..tapi zaman sekarang bahaya kalau bawak kerambit utk jalan2 sebab tak silap aku dia masuk bwh akta senjata merbahaya..hehehe..tapi memang style guna kerambit nie..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. kalau simpan kat kawasan rumah x pe. tapi kalau bawak jalan2, kalau jadi pergaduhan apa, kalau kita jadi mangsa keadaan, masuk pulak kes polis, kalau kerambit ada kat kita, susah nanti..

      Delete
  7. oh ni ke namanya kerambit? tak suka pisau ni sebab ianya menggerunkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. senjata nmpak je menggerunkan, tapi sebenarnya senjata tak bahaya. yang bahayanya orang yg pegang senjata tuh.. hehehe

      Delete
  8. Kerambit memang sesuai untuk Silat, terutama Silat Harimau, itu aliran pesilat & aktor Indonesia, Iko Uwais.. beliau lebih dulu aktif dalam Silat (Pencak) sebelum jadi aktor filem 'Merantau", filem yang lebih nampak silatnya berbanding "The Raid : Redemption"..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. ada tengok logo silat tu dalam cerita merantau warrior tu, logo silat harimau. tapi x pernah tengok lagi cerita the raid: redemption... cerita indon or english..?

      Delete
    2. Cerita Indon.. tapi dalam Bahasa Inggeris.. ye lah, supaya senang dipasarkan ke peringkat Internationale.. :)

      Delete
    3. owh.. mcm kita punya cerita "hikayat merong mahawangsa" la...

      Delete
  9. huhu kerambit...kalau buleh ltk dlm sanggul mmg sesuai dibawa oleh wanita sekarang..maklumlah byk la kes2 yg menakutkan~ :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. tu dulu2.. skrg ni, bawak paper spray je.. hehehe

      Delete
  10. takut je pegang barang2 tajam ni. tapi boleh digunakan waktu kecemasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut nanti jadi "sejata makan tuan" ke..? hehehe

      Delete
  11. jatuh cinta dgn kerambit trus you..haha..anyway just blogwalking..
    then tersangkut dgn blog yang tak memeningkan pun nie..hehe..
    sudi2 visit i plak and follow me back yea..erm..satu lagi..now blajar silat ape yea?
    rindu sungguh dunia persilatan nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. saya belajar silat cekak. dulu pernah belajar silt jugak yer.?

      Delete
  12. Pha Is,

    Hang minat cerita mistik terutama kena hempap masa tidoq kan?
    Cuba baca ni ; http://mediasiber.blogspot.com/2013/03/dihempap-ketika-tidur.html

    ReplyDelete
  13. Pantang kerambit di tangan.manusia sentiasa di goda syaitan.silapnya kita salah gunakan.ada pun cam member lain cakap simpan di rumah sebagai koleksi
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. macam kes budak kena tangkap sebab bawak pedang samurai, dan buku lima.. kerambit ni pun kalau x silap termasuk dalam senarai senjata yang salah kalau dibawa kenama-mana. kalau simpan kat rumah x pe..

      Delete
    2. Kerambit tak boleh dibawa ditempat umum kerana ia adalah senjata pertempuran.satu satunya senjata berbahaya yg mudah dibawa ketempat awam dan masih boleh diberi alasan untuk kegunaan lain ialah wali jantan.sedangkan seni permainannya lagilah merbahaya dari kerambit.

      Delete
    3. betol2.. jurulatih silat saya pun kata macam tu.. kerambit tak boleh bawa keman-mana.. tapi bab wali jantan tu, saya tak pandai main..

      Delete
  14. Wali jantan ni permainannya nak cakap mcm mana ya.lagi rahsia dari kerambit sebab saiz pun kecil juga.Digunakan untuk menyekat serangan dengan membaham tangan yg memegang senjata.contohnya penyerang berkerambit .Lagi laju gerakan menyerang lagi dalam luka yg akan dialami oleh anggota(tangan) penyerang.Malah seni wali jantan pun tidak menggalakkan pandai wali menyerang lawan dulu kerana mereka tak mahu menjadi mangsa lawan.mana tahu lawan pun guna kaedah macam diorang juga.

    ReplyDelete
  15. Wali jantan ni permainannya nak cakap mcm mana ya.lagi rahsia dari kerambit sebab saiz pun kecil juga.Digunakan untuk menyekat serangan dengan membaham tangan yg memegang senjata.contohnya penyerang berkerambit .Lagi laju gerakan menyerang lagi dalam luka yg akan dialami oleh anggota(tangan) penyerang.Malah seni wali jantan pun tidak menggalakkan pandai wali menyerang lawan dulu kerana mereka tak mahu menjadi mangsa lawan.mana tahu lawan pun guna kaedah macam diorang juga.

    ReplyDelete