Skip to main content

Umur dan Usia

usia, age, peringkat hidup
hari ini, tanggal 26 Mac 2013 masihi, bersamaan 14 jamadil awwal 1434 Hijriah,  genaplah sudah 23 tahun umur aku cukup-cukup kalau mengikut kalendar masihi. tapi, kalau mengikut kalendar hijriah, umur aku sudahpun mencapai 23 tahun 8 bulan 16 hari.

itu baru umur dari segi "chronological age", umur yang dikira berdasarkan kalendar dan masa sejak saat dilahirkan. belum lagi kira "biological age", umur mengikut fungsi organ dalam badan. biological age aku yang aku check tadi ialah 32 tahun. so, dah agak 'tua' sebenarnya.

anyway, umur hanyalah sekadar angka. langsung tak melambangkan apa-apa.

umur tak melambangkan kematangan seseorang. ada orang yang berumur belasan tahun tapi mempunyai tahap kematangan berfikir yang mengalahkan orang yang berumur 40 tahun. malah, semakin kita tua, 'kematangan' kadang-kadang boleh semakin menurun, bila nyanyuk menjelma.

umur tak melambangkan masa kematian. bila-bila boleh mati, tak perlu mencapai umur tua. maut tak kenal usia. jadi, kena sentiasa bersedia. cuma yang pasti, semakin kita tua, semakin kita menghampiri mati.

tambah pula, tak guna kalau berumur panjang, tapi umur tersebut disia-siakan tanpa mengabdikan diri kepada-Nya. seperti sabda nabi :

"sebaik-baik kamu adalah yang panjang umurnya serta baik amalannya, dan seburuk-buruk kamu adalah yang panjang umurnya dan buruk amalannya"
(H.R. At-Tirmidzi dan Al-Hakim)

lagipun, bak kata orang cerdik pandai:

"age is strictly a case of mind over matter. if you don't mind, it doesn't matter."
-Jack Benny 

jadi, buat apa nak dikisahkan dengan usia, selagi kita berjiwa muda remaja. ye dok?


maa'ssalamah,
Pha is

Comments

  1. huishh kalau ikut biological age, dah berabad dah kot aku ni.
    yang fenting, jiwa harus remaja, perangai harus matang. hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol..!!! yg penting kita enjoy..!!! (ala2 nora danish dalam citer puteri)..hehehe

      Delete
  2. sanah helwahhhhh :) semoga Allah meredhai setiap langkah mu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran ya ukhti... ameen... wa a'laiki aidhon..
      (n_n)

      Delete
  3. sanah helwah ^^
    maut tak mengira umur..bersedialah :)

    ReplyDelete
  4. YEAHH , tua di luar , hati berjiwa muda remaja . HUHU .

    ReplyDelete
  5. dari kampung hingga ke pekan,
    hendak membeli si buah duku,
    ku tak bisa memberimu apa-apa teman,
    hanya ucapan selamat ulangtahun for u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ewwah..


      tiada kata yang ku tinta
      hanya nota sekadar catitan
      tiada apa yang ku pinta
      hanya doa dalam ingatan

      syukran ya ukhti...(n_n)

      Delete
  6. Selamat Hari Lahir Sahabat
    Semoga Umur meningkat membawa Rahmat
    Rezeki berganda membawa Berkat
    Iman naik semakin Kuat
    Bertambah pula Amal Ibadat
    Supaya Insya Allah Selamat Dunia Akhirat
    Kasih-sayang sekeluarga bertambah Erat
    Luar Dalam bertambah Sihat
    Tenaga belajar, bekerja & berjasa semakin Hebat!
    Amin Ya Rabbal Alamin!
    Oh, lupa ~ Semoga Semakin Cekap Bersilat! :)

    ReplyDelete
  7. Pha Is,

    Jack Benny tu buat lawak lah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... entah, cilok kat wikiquote je.. hehe

      Delete
  8. umur saya tua tapi muka tak tua, awet muda katanya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. hmm.. muda, still muka baby face.. Muhammad Tariq Iman pun kalah.. hahaha

      Delete
  9. laa...sama birthday dgn sepupu km ja la...esok petang baru nak celebrate dgn dia dekat satu tempat yg dirahsiakan...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..? well, sampaikan salam dan ucapan happy besday dari saya kepada beliau, dari org yg sama besday.. heheh

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal