Thursday, March 7, 2013

Sekeping Kertas Dan Sebatang Pen



-sekeping kertas dan sebatang pen-

permasalahannya, bukan banyak makna sumber yang kamu ada, tapi bagaimana kamu menggunakan sumber yang sedia ada.

sekeping kertas dan sebatang pen. serahkannya pada seorang penulis, dia mampu menghasilkan tulisan yang hebat, serahkannya pada seorang pelukis, lukisannya memukau mata yang melihat. namun serahkannya kepada seseorang yg bodoh, tekalah sendiri apa yang dia akan buat.

ramai orang inginkan itu dan ini,sedangkan barang yg telah pun sedia dimiliki belum habis diperhalusi. bnyak lagi fungsi dan kelebihan yang belum diterokai. akhirnya terbiarlah ia tersedai dibaziri...

kita inginkan seseuatu yang lebih baik, namun apa yang kita miliki pun tak digunakan dengan cukup baik. jadi apa sebenarnya yang kita mahukan?

APA SEBENARNYA YANG KITA PERLUKAN?

-Firdaus Rahim (2013 March 7)

14 comments:

  1. indahnya ayat.. manusia memang tak pernah puas sebab itu kita tak tahu apa yang kita nak.. lama tak singgah sini.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. bila nmpak si penulis tulis kat fb, terus minta izin nk share... hehehe

      Delete
  2. menusia selalu tak tau menghargai apa yg ada..tak reti nak menggunakan apa yg dimiliki..memang tak tau nak bersyukur dgn apa yg diberikan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... smoga kita sama2 amik iktibar..

      Delete
  3. bila ada depan mata, buat tak endah..
    bila takde, baru nak menyesal.. tak guna dah..

    ReplyDelete
  4. biasa la tu.kdg2 nik pun cmm tu. benda yg ada depan mata tak hargai. yg susah nak dapat tu la kita kejarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol.. sampai la bnda yg kita pernah ada, dah tak ada. masa tu baru rasa rugi...

      Delete
  5. Minggu lepas, masa penghujung kelas taekwondo, jurulatih pesan ; "Minggu depan, semua orang kena bawa kertas 4 helai!"
    Ada yang berani tanya, "Nak buat apa Sir?"
    "Buat ROKET kertas!" jawab Sir...
    Kita tunggu...

    ReplyDelete
  6. serahkan sekeping kertas dan sebatang oen,confirm aku conteng ntah pape lukisan dgn ayat2..haha

    ReplyDelete
  7. mantop! ringkas tp menyengat! menyentap!
    serius,,sangat menyedarkan. :) terima kasih!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...