28.3.13

Makan2 Penang 6 | Seoul Garden

seoul garden. *sumber google

kali ni,aku nak cerita makan ala-ala steamboat kat Seoul Garden plak. restoran ni terletak dalam gurney plaza, penang. alamatnya  : 170-B1-32A, Basement 1, Gurney Plaza, Persiaran Gurney, 10250, Penang. (coordinate Gurney Plaza : 5°26'14.62"N 100°18'33.55"E) no tel : 04-229 8559. ‎

tempat ni budak USM selalu singgah makan terutamanya saat duit biasiswa JPA or pinjaman PTPTN baru masuk. celebrate la katakan. kalau hujung-hujung sem, memang tak pergi dah. 

pharmacy student, final year, usm penang, handsome boys
geng lelaki melayu farmasi tahun 4 usm 2013 (kehadiran : 95% )

sebenarnya, kalau kat penang, setahu aku ada lagi dua seoul garden. satu dekat dengan area gurney jugak, tapi kat luar gurney plaza, bukan kat dalam (coordinate :   5°26'22.43"N 100°18'29.16"E). lagi satu, dalam quens bay mall, (coordinate Quens Bay mall :   5°19'58.28"N 100°18'24.41"E). tapi, aku dengar cerita, yang kat dalam gurney plaza tu je yang ada sijil halal. yang lain wallahu a'lam.

premis seoul garden 3 ni je yang aku nampak ada kat direktori halal jakim.
sumber : direktori halal malaysia (http://www.halal.gov.my)
tarikh dirujuk : 27 mac 2013

okay, berbalik pasal seoul garden ni, tempat ni merupakan syurga makanan bagi mereka yang kuat makan macam aku. bayaran perkepala sekali masuk, lepas tu makan je lah banyak mana yang korang sanggup makan. ala-ala chim chum food village kat kelantan ari tu.

tapi agak mahal sikit. aku pergi hari tu pun kena RM 27.85, termasuk cukai. tu pun setelah diskaun untuk student price, dan pergi pada hari weekdays. kalau weekend lagi mahal. tapi, makan memang puas hati la.


makan time..

macam-macam jenis makanan jugak la yang ada. dari jenis fishball semua tu, daging-daging mentah, sayur, sampailah  ke desert seperti cendol, ais kacang, dan ice cream pelbagai perasa. nak tulis semua pun takut ada yang tertinggal.

gambar makanan aku tak sempat nak snap, sebab asyik sangat makan. dah tak ingat benda lain dah.

tempat2 macam ni, sekali sekala, boleh la merasa, setakat nak berjimba-jimba dengan member. kalau selalu, mau botak kepala. sekali pergi je, habis bajet makanan aku untuk 2 hari. hmm..


p/s : hari kejadian adalah hari birthday aku. so, kira sambut bithday kat seoul garden la, cma tak de orang nak belanja je.. hmm...


maa'ssalamah,

Pha is

31 comments:

  1. pernah pergi sekali, tp kat KL la...kat KL Festival City... :)

    ReplyDelete
  2. pergghhh..mmg blh msuk record meja terpanjang ni.... :)

    ReplyDelete
  3. pernah pg makan seoul garden.
    tapi xsedap!
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk.. ikut selera lidah sendiri la.. hehehe..

      Delete
  4. betul tu, tempat mcm tu sesekali blh lah...heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kecuali la kalau kaya raya, tak tau nk belanja duit kat mana.. hehe

      Delete
  5. Org kuat makan brbaloi la pegi sana.kan kan kannn?hepi belated bday yawww!haha

    ReplyDelete
  6. saya teringin nak makan sini tapi tah bile pun xtaulah.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti bila berkesempatan, boleh la try.. hehehe

      Delete
  7. ouch..cian dia..happy belated bday pha is...nxt year kita celebrate k..jgn sedih2 xde org blanje..hehe..nxt year ramai nk blanja haa..

    ReplyDelete
  8. anyway..follow my blog puhleees...ngee:D

    ReplyDelete
  9. Dh lamer xlaypark gurney...mls nk cr parking.....rmai jga geng farmasi erk.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pi ngan motor. so parking kurg sikit bermasalah.. hehehe

      Delete
  10. suka....
    da selalu pegi
    dekat Midvalley..
    terbaikkk =)

    ReplyDelete
  11. dah byk kali plan nak pegi seoul garden yg depan federal highway tu tapi asyik cancel je... huhu

    ReplyDelete
  12. tak pernah pi makan sana. wah..ramai kot sekali pi.seronoknya

    ReplyDelete
  13. Mau jugak lari pergi seoul garden dekat kerinchi tu.. Huhu.. Kempunan..

    ReplyDelete
  14. best2 .. terima kasih atas info nie ... mmg dok cari tempat yg ada steamboat ... :)

    ReplyDelete
  15. Dulu ada lalu.. masa keluar ngan rakan.. tapi tak masuk :3

    ReplyDelete