Saturday, March 23, 2013

Makan2 Penang 5 | Nurul Ikan Bakar

untuk makanan ala-ala ikan bakar or tomyam, banyak juga sebenarnya pilihan kat penang nih. kali, ni, aku nak tunjukkan Nurul Ikan Bakar ni dulu. nanti, baru aku tunjuk yang lain-lain.


kedai makan ni terletak di No. 4, Polis Marin, Batu Uban. dekat dengan jambatan pulau pinang dari sebelah pulau. (coordinate :   5°21'13.08"N 100°18'40.89"E). jalan masuk pun agak susah sikit bagi yang tak biasa. sama ada kena masuk dari susur keluar jambatan, atau masuk dari Quens Bay.

kalau nak tahu, first time aku makan kat situ, masa buka puasa ramai-ramai dengan budak farmasi batch aku. malangnya, kami sesat cari jalan masuk tak jumpa. last-last, nasib baik jumpa sebelum masuk waktu berbuka (kami dah call order siap-siap dah).

yang best pasal restoran ni, tempat makan dia ala-ala garden gitu. boleh duduk atas pondok, sama ada tingkat bawah atau tingkah atas, dan boleh duduk bersila (makan atas meja jepun).

ala-ala garden gitu

lagipun, restoran ni tak jauh mana dengan laut. so, merasa la jugak bayu laut, terutamanya bila makan kat atas pondok. kalau nak duduk atas kerusi macam biasa pun boleh, jangan risau. kalau atas kerusi pulak, dari kerusi batu, kerusi yg macam vip sikit tu, sampai la ke kerusi biasa. macam-macam jenis tempat duduk pun ada.


pondok tingkat atas, tempat aku dan member2 duduk makan.


pondok bawah

ha, tu baru cerita pasal tempat makan, menunya pulak, boleh tahan. kat situ macam-macam ada. nak goreng-goreng ada, tomyam ada, ikan siakap dan seafood ada, western pun ada. untuk side dish pun banyak. nak listkan semua, takut ada yang terlepas. datang la tengok sendiri.

satay. menu tambahan yang kami order sementara menunggu makanana utama sampai. satay ayam secucuk RM 0.70, satay daging secucuk RM 0.60. satay bagi aku memang sedap. kuah pun sedap jugak.


kami order biasa2 je. tu, ikan siakap bakar (serius aku rasa sedap. dijamin sedap!) kami makan dengan tomyam campur dan telur dadar. (order asing-asing). kalau nak makan ikut set pon ada rasanya. 


sebelum dan selepas makan. kami duduk kat pondok yang atas. situ tak ada orang. satu pondok kami 10 orang conquer. buat macam rumah sendiri plak tuh. hehehe... 

hakim terbaring kekenyangan selepas makan. jarang orang makan kat atas. so, memang best la makan kat situ kalau nak makan ramai-ramai dengan member. kalau nak buat apa-apa event makan-makan pun senang. 

dari segi harga, aku rasa mungkin mahal sikit jika nak dibandingkan dengan kedai tepi-tepi jalan tu. tapi bagi aku masih lagi dalam harga standard. tak de la mahal sangat.

so, kalau sampai penang, tak tau nak makan kat mana, boleh la try pekena kat sini. hehe..

maa'ssalamah,

Pha is

16 comments:

  1. selesanya tempat
    mmg pernah perasan restoren ni
    tp tak pernah pi
    ni dah ada review kata best
    insyaAllah balik penang nnt nak try. :D

    ReplyDelete
  2. pha..try ana ikan bakar petai sebelah balai bomba bandar baru bangi.terbaek,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. bangi..? alahai, bila la nak sampai sana.. hehehe..

      anyway, thanks for the recomendation.. kalau berkesempatan, boleh la.. hehehe

      Delete
  3. suka tempat makan ala2 taman gini.mcm kat istana bambu kat ampang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh... mesti kat situ best jugak.. hehe

      Delete
  4. wah, ni dah promoted, kena singgah ni kalau pergi penang nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. singgah jgn x singgah...

      Delete
  5. Saya suka suasana menarik, kalau makanan taste so-so pun takpe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg ni kalau kedai makan, sedap mcm mna pun, still x de la beza sangat dengan kedai lain.. so, bab sedap tu boleh jadi faktor no. 2..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...