Monday, March 4, 2013

Lahad Datu | Pray For Sabah


ramai dah yang cakap pasal kejadian yang berlaku kat Lahad Datu. ramai dah yang ulas. sebolehnya, aku malas nak jadi "nasi tambah." lagipun, aku bukannya ahli untuk membicarakan pasal peristiwa ni. tapi, tiba-tiba member aku si sarah ada komen dalam entri yang sebelum ni, bertanya kepada aku :

"hg tak mo tulis psl lahad datu?"
-sarah

kalau aku nak tulis pasal sejarah, dah banyak blog yang share. kalau aku nk tulis pasal berapa pejuang negara kita yang dah meninggal, dah ramai orang sedia maklum.

aku cuma nak tulis, bila berlakunya peristiwa ni, aku sedih. sedih sangat, apabila sesama umat islam terpaksa berperang sesama sendiri, sampai mengakibatkan pertumpahan darah.

dah la orang melayu islam dalam negara kita sendiri dah berpecah, berbalah dan "berperang" kerana politik. Sekarang, ada pulak pertempuran sesama orang islam, sampai melibatkan kematian.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu."
(An-Nisaa' 4:29)

Doa aku, agar kejadian ni cepat setel. harap tak ada lagi orang islam yang dibunuh, atau membunuh.

untuk info tambahan, boleh rujuk disini : http://tausug-global.blogspot.com/

sumber gambar : 
Ismi Aisah. facebook cover photo. (2013 March 4). retrieve from http://www.facebook.com/photo.php?fbid=528580700520422&set=a.447208001991026.105228.100001054893371&type=1&relevant_count=1

maa'ssalamah,

Pha is


29 comments:

  1. setuju.kedua2 pihak islam.moga Allah lembutkan hati pemberontak untuk menyerah diri atau berundur. tak nak ada lagi yg terkorban.

    ReplyDelete
  2. yang hot nya, kes ini dipolitikkan lagi. banyak betul penambah perasa. eh ke betul? jeng jeng jeng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeng3... wallahu a'lam... yg penting, bagi setel dulu perkara ni.. jgn caci salah siapa dahulu.. kalau asyik nk berbalah, sampai bila tak habis.. bila dah selamat, nk cari salah siapa, carilah....

      Delete
  3. sama2 kita doakan keselamatan malaysia...

    ReplyDelete
  4. moga keadaan di sana cepat kembali pulih dan semua selamat hendakNYA..

    ReplyDelete
  5. sesame Islam...memang sedih... moga dptlah selesai dgn cara baik...amin

    ReplyDelete
  6. semoga rakyat sabah dalam keadaan selamat dan berakhir dgn segera

    ReplyDelete
  7. exactly, nak tulis lebih2 kang takut tersalah info jugak, merata dah pun menulisnya. Hanya doa dan sokongan dapat kita hulurkan buat masa ni.

    ReplyDelete
  8. semoga pejuang kita selamat dan semua kembali baik...aminnn

    ReplyDelete
  9. setuju, semoga semua ni cepat berakhir..

    ReplyDelete
  10. tiada apa yg mampu kita lakukan disini melainkan berdoa buat mereka disana dan pejuang2 gagah kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. doa senjata mukmin.. semoga sgalanya selamat...

      Delete
  11. semua sebab kuasa - tamak

    keadaan ni sama mcm kat syria skrg

    semua sebab TAMAK. noktah

    #Pray4Sabah #Pray4LahadDatu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. manusia tak pernah rasa cukup dgn apa yg ada..

      Delete
  12. sama2 kita doakan semuanya berakhir dengan selamat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...