1.3.13

Aku Dan Seni Bela Diri


Masa aku masih di bangku sekolah rendah, aku tak ada la minat sangat dengan mana-mana seni bela diri. Walaupun kat sekolah rendah aku dulu ada kelas Tae Kwan Do, aku tak teringin nak masuk pun. Tapi, masa aku darjah 6, aku cuba masuk kelas Tae Kwan Do tu. Sebab my first Crush aku budak Tae Kwan Do.

Tapi tak lama aku bertahan. Aku rasa, ada la dalam 3 kali turun kelas, aku cabut. Mungkin sebab belajar dengan hati tak ikhlas kot. Hehehe.. lagipun, aku malas sebab nak kena jerit kuat2, walaupun hanya ‘tumbuk angin’.

Di bangku sekolah menengah, masa tingkatan 1, aku masih lagi tak pandang kelas seni bela diri, walaupun ada ko-k silat gayung dan Tae Kwan Do.

Masa aku tingkatan 2, (2004) kalau tak silap aku masa tu top dengan filem ‘ong-bak’. Masa tu aku tak tau pun apa dia cerita ‘ong-bak’ tu. Nama cerita tu pun mati-mati aku ingat ‘ombak’. Aktiviti petang aku bersama ahli dorm (bilik asrama) aku masa tu, kami berlawan, ala-ala macam cerita ong-bak.

Pengalaman paling best, masa aku Berjaya kalahkan senior aku budak tingkatan 3, sampai dia kena ‘mengurut’. Nasib baik dia tak ambik hati, sebab masa tu kami memang lawan untuk seronok-seronok je.

Mula saat tu, baru aku ada minat sikit dalam seni bela diri. Tapi, nak masuk kelas silat gayung, aku segan sikit, sebab baru masuk, kena masuk kelas sekali dengan budak form 1. Tae Kwan Do memang aku malas dah, disebabkan sejarah silam.

Kemudian, aku baru dapat tahu yang sekolah aku juga ada kelas kok-k silat cekak, tapi hanya untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. So, aku pun pi la ‘mengendap’ kelas silat cekak tu, sebab tempat latihannya agak terpencil. Macam saja nak main nyorok-nyorok plak.

Bila aku tengok, macam best. Kelas pertama saja, dah boleh tumbuk orang. Bukan lagi tumbuk angin. Malangnya, aku masa tu baru form 2. So, tak boleh masuk. maka, aku pun tunggulah sampai masanya sesuai, sampai aku form 4.

Sebab tu lah aku tak pindah sekolah lepas PMR, walaupun result aku agak okay. Sebab aku target nak masuk kelas silat tu. 2 tahun aku tunggu tau!

Lepas habis sekolah, lepas habis matrikulasi, masa interview untuk masuk USM, interviewer tu Tanya aku, kenapa aku nak masuk USM. Aku bagi kat dia 3 sebab, dan sebab yang ke-3, adalah kerana aku nak sambung pelajaran silat aku kat USM, kerana aku tau USM ada silat cekak.

nasib baik lepas.




maa'ssalamah,

Pha is

26 comments:

  1. nik lagi la tak pernah join mana2 kelas bina diri. adik2 ada join. siap ada yg masuk pertandingan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. try ajak berlawan ngan adik tengok, sapa yg menang.. hehehe

      Delete
  2. setia pada taekwondo ja sampai sekarang...^_^

    dlm kelas taekwondo km dulu,jarang nak tumbuk angin tapi selalu tumbuk org...hahahaha..orang pegang 'punch bag'..budak2 yg belt putih selalu tumbuk angin..senior2 belt kuning sampai hitam buat aktiviti lasak sikit..^_^

    ReplyDelete
  3. hidup cekaakkk....!!!!!!!!
    Aduhh....rindu laarh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rindu, datang la turun kelas.. hehehe

      Delete
  4. wahh semangatnya belajar silat . saya pulak dekat sekolah dah bayar yuran , belajar sekali lepas tu boleh pulak cancel sebab ramai cikgu fikir silat ada ilmu batin . ni dah masuk poli SEM 2 baru tahu ada silat gayong . seronoknya dapat join apalagi 8hb PM datang poli kitaorg kat sabak bernam . HUHU

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak semua ilmu kebatinan itu khurafat. dari segi bahasa sekalipun, kebatina merujuk kepada perkara batin (dalaman). kalau diikutkan, ilmu aqidah juga ilmu batin, sebab merujuk kepada pegangan dan i'tiqad hati (unsur dalaman).

      memang ada sesetengah silat ada ilmu batin. silat yg sedang saya pelajari pun sekarang ada bahagian kebatinan. tapi ilmu kebatinan yg dimaksudkan, bukan ilmu kebal, ilmu "khadam", dan sebagainya. tetapi ilmu dalam mentauhidkan Allah.

      wallahu a'lam.

      anyway, tahniah...

      Delete
  5. abang aku-silat harimau..
    akak aku-cekak hanafi (retired)
    aku-hg sendiri tau la..diverse tak ktorg.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik aku silat gayong. pastu dia ajak lawan.. hahaha

      Delete
  6. pernah belajar silat lintau masa form 1...... sekarang dah lupa bunga2 nya ... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaa... jarang nk jumpa org belajar silat lintau..

      Delete
  7. Bagus Pha Is,

    Teruskan bersilat.. baik untuk senaman dan bela diri.

    ReplyDelete
  8. wuishh memang pertahanan diri jawapan interview tu. Bagus...bertahun menunggu tak sia2.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. ha ah.. aku abang seguru, tapi ko lebih tua dari aku.. hehe

      Delete
    2. eh,ak kan adik seguru ko..otomatiknye aku jdik mude dri ko la~haha

      Delete
    3. ah, x de x de... yg tua ttp tua, yg muda ttp muda. hehehe

      Delete
  10. wow..camtu je bagi sebab..USM memang universiti terbaik malaysia-bertaraf 6 bintang..memang hebat..patut bangga jadi warga USM..dulu masa sekolah saya ada belajar silat jugak..hehe..ada sape2 nak berlawan dgn saya..hehe..:-)

    ReplyDelete
  11. ayut klu cite pasal seni pertahanankan diri mmg zero...akak ayut blhla cite...hihi

    ReplyDelete
  12. silat, takewondo semua saya join tapi tak pernah ingat pun diorang punya step.. balik2 lawan koboi aje.. hehe

    ReplyDelete