23.2.13

Disambar Kilat


Jumaat, 15 Feb 2013
Jam 1700

Petang itu, aku dalam perjalanan balik dari usm ke rumah. Saat aku mula keluar dari jambatan Pulau Pinang, hujan mulai turun renyai. Penunggang motosikal yang lain sibuk berhenti di bahu jalan, menyarung baju hujan.

Aku redah sahaja hujan tanpa sebarang perlindungan, sebab baju hujan aku tertinggal di rumah. Nasib baik hujan hanya seriat. Tak terlalu lebat.

Sedang aku melalui lebuhraya utara-selatan dari arah jambatan menghala ke utara, anak mata aku sempat menangkap pancaran cahaya putih yang jatuh membenam dari langit. Terang-benderang, diikuti dengan dentuman bunyi yang garang.

gambar sekadar hiasan. ehsan pakcik google.

Subhanallah...!!!

Cantik, dan dalam masa yang sama, menggerunkan!



Sabtu, 16 Feb 2013
Jam 1800

“Assalamua’laikum. Mak long! Oh mak long!” sapa seseorang di laman rumah. Bingkas aku bangun untuk melihat siapa. Rupanya jiran sebelah rumah.

“waa’laikumussalam. Mak tak ada. Mak pi hantar adik balik kolej.”

“oh, tak pa la kalau lagu tu. Ni kami mai nak bagi pisang sikit. Dapat dari rumah mak tok.” Kata jiran aku sambil menghulurkan setandan pisang kuning. Besar.

“terima kasih,” sambil tangan aku laju menyambut pisang.

“ni, kami nak bagitau, ada orang kena sambar kilat kat Kampung Permatang Pak Elong.” Kata jiran aku membuka cerita.

“bila tu?”

“petang kelmarin. Sekarang dah ada kat hospital. Tak sedar.”

Kemudian aku terfikir. Mungkinkah kilat yang aku Nampak semalam?  




maa'ssalamah,

Pha is

23 comments:

  1. dr jauh mmg cantik
    tp bila dekat mmg menakutkan

    ReplyDelete
  2. ya Allah..kesiannya..
    aa dah jd kat mangsa tuh??

    org ckp kalau kilat sambar, sebab kat situ ada jin..
    Wallahualam..=)

    ReplyDelete
  3. adoi... buatnya kilat tu sambar kamu. mmg cantik, dan menggernkan.

    ReplyDelete
  4. bahaya kilat ni, kita tak tau area mana nak ditujunya.

    ReplyDelete
  5. bahaya kilat ni kan.kesiannya kat dia.
    mmg cantik tapi takut la bila dgr bunyi.gerun

    ReplyDelete
  6. nak pisang tu boleh..saya memang suka makan pisang..:-)
    kilat memang cantik klu tengok dlm gambar..tapi klu depan mata tak mau..takuttt..huhuu

    ReplyDelete
  7. Allahu Rabbi, semoga jiran tu cepat sembuh :(

    ReplyDelete
  8. mungkinkah...?tp tak mustahil kan....mcmne org yg kena sambar petir tu?ok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la.. hari tu hari last ada kat rumah.. skrg dah kat U.. x tau apa dah jadi.

      Delete
  9. haih.. seram dgr cite pasal kilat ni, kte pun suka tengok, tapi bunyi dia memang menakutkan.. :)

    ReplyDelete
  10. ttbe trgat video org yg kne kilat tu.2x kot!

    ReplyDelete
  11. Adoii... semoga mangsa cepat sembuh!

    ReplyDelete