28.2.13

Harga Minyak : Sebuah Janji Ditepati


tertarik dengan sebuah gambar yang disebarkan di facebook, aku pun buat sedikit "homework". hasilnya, memang terbukti benar. pada 26 Febuari 2008, sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (8 Mac 2008), keluar kenyataan jika BN menang, harga minyak tidak akan naik.[1]


kemudian, selepas PRU-12, dalam beberapa bulan kemudian (4 Jun 2008), keluar pula berita harga minyak naik 78 sen.[2]


sumber dari utusan tau! bukan dipetik dari harakah. maklumlah, Utusan kan akhbar paling telus dalam menyampaikan berita politik negara. *tangan dibahu, mata keatas*

"Those who cannot remember the past are condemned to repeat it."[3]



sumber :

1. Asli, Y.(2008, February 26). Harga minyak tidak naik – Najib. Utusan Online.
(Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0226&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm#ixzz2M69oopId
© Utusan Melayu (M) Bhd)

2. Petrol naik 78 sen kepada RM2.70 seliter, diesel naik RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa tengah malam ini. (2008, June 4). Utusan Online.
(Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0604&sec=Terkini&pg=bt_10.htm#ixzz2M6956800
© Utusan Melayu (M) Bhd )

3. Santayana, G. (1905). The Life of Reason (Reason in Common Sense: vol 1)

p/s : sebelum ni aku try vancouver. tapi kali ni nk try belajar pakai APA style plak. mcm pelik sikit je rasanya.


maa'ssalamah,

Pha is

27.2.13

#WW 47 | Survive


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

23.2.13

Disambar Kilat


Jumaat, 15 Feb 2013
Jam 1700

Petang itu, aku dalam perjalanan balik dari usm ke rumah. Saat aku mula keluar dari jambatan Pulau Pinang, hujan mulai turun renyai. Penunggang motosikal yang lain sibuk berhenti di bahu jalan, menyarung baju hujan.

Aku redah sahaja hujan tanpa sebarang perlindungan, sebab baju hujan aku tertinggal di rumah. Nasib baik hujan hanya seriat. Tak terlalu lebat.

Sedang aku melalui lebuhraya utara-selatan dari arah jambatan menghala ke utara, anak mata aku sempat menangkap pancaran cahaya putih yang jatuh membenam dari langit. Terang-benderang, diikuti dengan dentuman bunyi yang garang.

gambar sekadar hiasan. ehsan pakcik google.

Subhanallah...!!!

Cantik, dan dalam masa yang sama, menggerunkan!



Sabtu, 16 Feb 2013
Jam 1800

“Assalamua’laikum. Mak long! Oh mak long!” sapa seseorang di laman rumah. Bingkas aku bangun untuk melihat siapa. Rupanya jiran sebelah rumah.

“waa’laikumussalam. Mak tak ada. Mak pi hantar adik balik kolej.”

“oh, tak pa la kalau lagu tu. Ni kami mai nak bagi pisang sikit. Dapat dari rumah mak tok.” Kata jiran aku sambil menghulurkan setandan pisang kuning. Besar.

“terima kasih,” sambil tangan aku laju menyambut pisang.

“ni, kami nak bagitau, ada orang kena sambar kilat kat Kampung Permatang Pak Elong.” Kata jiran aku membuka cerita.

“bila tu?”

“petang kelmarin. Sekarang dah ada kat hospital. Tak sedar.”

Kemudian aku terfikir. Mungkinkah kilat yang aku Nampak semalam?  




maa'ssalamah,

Pha is

22.2.13

Tutorial Unfollow Blog

tiba-tiba, aku dapat satu soalan dari kotak komen. soalannya berbunyi begini:

"Hang tau tak cara nak "unfollow" blog lain? Bukan blog hang, blog lain. Kalau tau, tolong ajaq nooo"

well, rasanya senang je. langkah pertama, pergi ke blog yang nak di-unfollow tu. pergi ke bahagian follower.

klik "option."

lepas tu, klik "site settings"

kemudian, akan keluar new window, klik "stop following this site"
 

dan siap.!!

perhataian :
aku tak galakkan aktiviti unfollow ni. aku sendiri pun tak pernah buat. tapi, mungkin untuk certain case yang dirasakan unfollow ini suatu keperluan, ikut suka hati korang lah.. that's your choice. aku cuma tolong tunjuk cara je.. hehehe..

daaa...


maa'ssalamah,

Pha is

20.2.13

#WW 46 | Al-Tahi


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.



18.2.13

Flash.gif

time cuti kali ni, aku baru install photoshop cs6. sebelum ni aku pakai cs4 je. agak exited tapi pening sikit dengan workspace dan function2 terbaru dari photoshop. apa yang aku perasan, dalam photoshop cs6 bleh edit gambar flash .gif

so, aku pun try la. sebelum ni aku memang tak de langsung software untuk edit flash. lepas ni, boleh main-main ngan flash plak. antara yang aku sempat try,

gambar kami tengah berbincang masa lawatan ke makam mahsuri


arief sedang bergelek sambil menikmati permandangan di puncak gunung mat cincang.





17.2.13

Nationwide Express | Penghantaran Motosikal


servis penghantaran motosikal

Kali ni, aku nak share plak pengalaman menggunakan servis penghantaran motosikal dengan menggunakan nationwide express. Actually, member aku yang guna servise ni untuk hantar motosikal beliau dari Kelantan ke perlis.

Aku tak buat penghantaran moto, sebab aku merempit balik penang dari Kelantan naik moto aku sendiri. Cuma masa member aku ni hantar moto dia, aku tolong temankan, sebab lepas tu aku hantar dia balik.

Moto member aku tu jenis Honda Wave 125 S. Dia kena charge RM 132.50. harga ikut cc, tak ikut jarak penghantaran. Tapi, aku rasa kalau penghantaran yang melibatkan semenanjung dan sabah-sarawak, mungkin pakai harga lain kot.

Untuk senarai charge yang dikenakan mengikut cc moto, boleh tengok kat bawah ni. tapi, kalau nak diorang balutkan moto, kena tambah lagi RM 10. (balut motosikal kalau pakai KTM ialah RM 15)

nationwide express motorcycle currier


Untuk nak guna servis nationwide express untuk hantar motosikal, kena ada salinan IC dan geran motosikal. Yang lain, aku rasa macam biasa la. side mirror, semua tu dinasihatkan untuk dibuka (standard procedure).

Untuk pertanyaan berkenaan berkenaan servis penghantaran nationwide express ni, boleh call motocycle handling branches kat bawah ni.


Komen member aku sebagai pengguna service ni :

nationwide servis terbaik dalam banyak delivery yang aku penah guna. tempoh lebih kurang seminggu sampai kat perlis (dari Kelantan). moto pun ok, depa balut betul2.. plus caj lbih murah daripada pos laju.  caj nationwide rm 142 (ikut cc) termasuk balut, klu pos laju rm 190, xdak balut. moto pun calar habis. so pilihlah natiowide untuk delivery moto anda. Haha


[edited]
kat bawah ni aku share satu komen yang aku dapat dalam entri ni. ada seorang bro ni tawarkan servis penghantaran moto antara kelantan-penang. ini kata beliau:

saya ada sedia servis pos motosikal...kelantan-penang penang-kelantan...saya akan terima kalau saya tak sibuk(biasanya xsibuk)..hanya menerima motor yg bersaiz mcm ex5,kriss dan lain2...sbb saya guna pikap@4x4...harga insyaAllah lebih murah sebab bukan nk berniaga tp untuk caj isi minyak sbb slalu ulang alik..pape hal...kol dulu,if saya xsmpt agkt tgglkan mesej dan sy akn kol balik..-wan:0134361569-....trima kasih tuan empunya blog

sapa nak try boleh try call. aku just nak share benda baik je. tapi diingatkan, kalau nak try, risiko tanggung sendiri yer.

entri yang berkaitan  : KTMD | service penghantaran motosikal

maa'ssalamah,

Pha is

14.2.13

Gadis Palembang




Oh Fatimah
gadis Palembang
Pinggangnya ramping 
leher jinjang
Pakainya cantik 
istimewa
Budi bahasa sungguh indah
-Oh Fatimah (A. Ramlie)



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

“Hang ingat tak lagi kawan sekolah rendah hang dulu, si Ca-un tu.” Soal mak tiba-tiba apabila dia melangkah masuk ke dalam rumah. Sebentar tadi, mak di luar, bersembang dengan jiran sebelah. Entah apa yang dibualkan, aku tak tahu. Mungkin sekadar  ‘bermenyuarat tingkap’.

“ingat. Kenapa dengan dia, mak?” soal aku kembali. Hairan dengan soalan mak, tiba-tiba je mak bangkitkan nama ca-un, member sekolah rendah aku dulu. sebaya umurnya dengan aku. tapi, dah lama aku tak jumpa dia. Tak tau macam mana keadaan dia sekarang.

“hang tau dak, dia dah nak kahwin. Hang tau dengan orang mana?”

“Entah.” Jawabku ringkas.

“Dengan orang Palembang!” jawab mak.

“amboi. Jauhnya. Mana dia dapat?” tiba-tiba adik aku menyampuk.

“dengar kata, masa perempuan tu mai kerja kat Malaysia, depa kerja sekali.” jawab mak. Aku rasa, mesti mak dapat berita ni dari ‘ahli dewan menyuarat tingkap’ kampung aku.

“Abang, Nampak tak point mak disitu?” soal adik aku secara tiba-tiba.

“apa dia?”

“kawan hang yang sama umur dah nak kahwin!” jawab adik aku, sinis.

“ceh. Hang budak-budak tau apa!”



maa'ssalamah,

Pha is

13.2.13

Misteri Pokok Pisang


Cuti kali ini, member satu sekolah, si farid berkesempatan datang ziarah aku. sekadar bertanya khabar dan datang copy movie dari external hard disk aku. masing-masing dalam cuti semester. Bila dah tak tau nak buat apa, layan movie kat laptop pun dah cukup best.

Sementara menunggu movie habis di-copy, banyak yang sempat kami bualkan. Lagi pula, waktu tu hujan turun mencurah tak henti.  Terperangkap beliau dalam rumah aku.

gambar hiasan. ehsan pakcik google.

“banyak jugak pokok pisang kat rumah hang ni.” kata beliau sambil matanya menjengah jauh melalui tingkap.

“ha ah. Mak aku yang tanam.” Jawab aku

“tak takut ka?” soal beliau sekadar mengusik.

Bagi budak-budak kampung macam aku dan beliau, zaman kanak-kanank kami selalu digembar-gemburkan akan kisah mistik berkenaan pokok pisang. Kononnya pokok pisang antara pokok yang digemari oleh makhluk-makhluk halus.

Masa aku masih kecil, acapkali kedengaran cerita ada orang ternampak jelmaan makhluk halus yang termangu di tepi pokok pisang. Baju putih rambut panjang, toyol, hantu raya, dan sebagainya. Cliché.

Kononnya, antara factor yang menyebabkan makhluk species ini suka pokok pisang, sebab di pokok pisang, ada katak pisang, yang khabarnya antara makanan fevered hantu raya, (or toyol. tak ingat mana satu).  Tak cukup dengan tu, ditambah lagi dengan “procedure” lengkap kalau nak tengok hantu raya. Tangkap katak pisang, ikat kat pokok pisang, dan sebagainya. Perinciannya aku tak ingat sangat, sebab aku tak pernah terfikir pun nak try.

Selain tu, masa kami kecik-kecik, pantang kalau kami Nampak pucuk pokok pisang (daun pisang yang masih muda, masih lagi bergulung). Cepat-cepat kami tutup lubang di atas pucuk pokok pisang tu, dan tekan perlahan-lahan, dengan harapan kami dapat tangkap anak kelawar. 

Masa tu, sapa yang dapat tangkap anak kelawar, dah dikira habis “legend” la. aku belum pernah dapat tangkap, tapi pernah Nampak kawan aku tangkap. Serius exited.

Dan bermacan-macam lagi kisah dan perihal pokok pisang yang mungkin aku dah lupa. Pendek kata, bagi budak-budak kampung macam aku dahulu, pokok pisang tak boleh nak dibuat main-main, sama macam busut, tanah perkuburan, dan sebagainya.

Berbalik kepada soalan member aku tadi, aku kata kepada beliau, “pokok pisang tak apa lagi. tak seram sangat. aku lebih risaukan pokok buluh.!” Jawab aku.

“ha.. betoi, betoi.”


*pokok buluh lagi dahsyat cerita dia. Hehehe...





maa’ssalamah,

Pha is

#WW 45 | Jalan Kaki




11.2.13

Sorry Pak Cik

pagi itu, aku ke jeti untuk beli tiket bas untuk adik aku. setelah urusan pembelian tiket selesai, masa aku nak balik, entah macam mana, aku hampir-hampir nak langgar sebiji motosikal yang tiba-tiba muncul depan aku secara mengejut.

tapi, nasib baik aku sempat brek. kalau tak, memang dah kena langgar dah. moto tu ditunggang seorang perempuan yang aku kira, umurnya dalam lingkungan awal 20-an. baya-baya aku jugak.

selepas aku buka visor helmet aku untuk tengok situasi dengan lebih jelas, belum sempat aku bersuara, dia berkata :

"sorry, pak cik.."





aku ni nampak tua sangat ke..?

6.2.13

What You Want To Do?


aku terjumpa video kat bawah ni dari wall facebook member aku. just nak share di sini, video berkenaan kerjaya ni. sangat berguna terutamanya yang masih belum pasti bila dah grad nanti, nak kerja apa.



lepas aku tengok video ni, aku cuba tanya diri aku balik seperti yang disebut dalam video ni. Apa yang aku nak jadi jika wang bukan lagi menjadi suatu faktor? tahu jawapan aku apa?

jawapan pertama sekali yang terlintas dalam kepala otak aku, aku nak jadi cikgu.! seriusly, aku sendiri pun tak sangka yang aku akan fikirkan jawapan tu. hahaha..

tapi, sekarang ni, rasanya dah terlambat untuk aku nak fikir perkara ni. faham-faham je la, kalau dah ambil kos farmasi, memang jadi ahli farmasi la. dah tak boleh nak buat apa-apa dah. hmmm...

korang plak, nak jadi apa?



maa'ssalamah,

Pha is

3.2.13

Malam Minggu

malam itu malam minggu. malam yang penuh dengan budak-budak moto berkonvoi. tak kurang juga dengan sambutan road block dari pihak polis. sama naik, tak nak kalah. "kiasu", bak kata member cina aku. kat mana-mana pun aku tengok sama ja. di penang ada, di kelantan pun lebih kurang saja.

malam tu, aku ke jeti (seberang perai) untuk beli tiket bas melalui Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth, lebuh raya tepi laut. aku tunggang ultimo biru dengan penuh ni'mat bila disambut mesra dengan bayu angin yang lalu.

beberapa gerombolan motosikal melewati aku. meriah. kemudian, muncul pula dua anak muda berjiwa remaja dengan moto EX5 mereka. lagak gaya macam sedang berlumba. dengan badan menunduk, kepala merapat ke handle. 'meroket' kata orang.


aku ikut belakang. mencucuk rapat sambil mengorek hidung. saja nak tengok kelajuan mereka.

dan tak beberapa lama kemudian, meluncur laju sebiji moto skuter memotong meninggalkan kami. skuter ditunggang pak cik yang macam baru balik dari masjid.

aku hanya mampu tersenyum.


p/s : motif..? saja nak update. tak de idea...

maa'ssalamah,

Pha is

Outing | sunrise masjid terapung

tarikh : 15 Jan 2013
jam : 0500-0730
lokasi : masjid terapung tanjung bungah

tepat jam 5 pagi, aku, wan dan jemey bertolak ke tanjung bungah, untuk ambil gambar matahati terbit di masjid terapung tanjung bungah. malam sebelum tu, aku dan wan langsung tak tidor sebab main game killing floor. jemey pun tak tidor lagi sebab main game PES. (biasa la, exam baru habis)

bila sampai, kami solat subuh kat masjid terapung tu dulu, lepas tu baru cari port untuk shoot.

subuh



camera


dan hasilnya, tadaa...!!

tanjung bungah, sunrise, subuh, penang, langit merah
ni wan punya. pakai kamera Nikon D90.


masjid terapung penang, awan merah,
ni aku punya. pakai kamera henset Sony Ericsson je.. (nak letak jugak) hehehe
aku tau, 'noise' banyak sangat. tapi ni je la yang termampu.

sepatutnya, kami bertiga. aku, jemey, dan wan. tapi pada mulanya jemey (paling otai / sifu  antara kami) malu nak tunjuk gambar dia. katanya gambar yang dia ambil tak jadi. maklumlah, bila dah pro, reputasi kena jaga. so, gambar amatur je la yg ada.

tapi, akhirnya beliau bersetuju jugak untuk tunjukkan hasil karya beliau. hasilnya :

matahari terbit, tanjuang bungah, pulau pinang, masjid terapung
gambar by jemey (gambar yang tak jadi menurut beliau). juga diambil menggunakan kamera Nikon D90

aku masih lagi tak ada DSLR. aku rasa, minat aku dalam bidang fotografi ni masih belum cukup kuat. belum cukup 'passion', tak macam jemey dan wan. sebab tu aku rasa macam masih lagi tak berbaloi utnuk beli sebijik. lagipun, aku ni bukannya berada sangat.

p/s  : untuk nk tengok koleksi gambar si jemey ni, boleh tengok kat SINI


maa'ssalamah

Pha is