15.1.13

Kelayakan Minimum Ke Program Ijazah Farmasi

[Update (30/6/2021)] 
[Maklumat dalam artikel ini telah luput. Untuk maklumat terkini, sila ke artikel ini : Kelayakan Minimum ke Program Farmasi]


Mesyuarat Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) ke- 100 pada 26 November 2012 telah membuat keputusan mengenai syarat-syarat baru bagi kelayakan masuk minimum ke program ijazah farmasi mulai 2013.

Syarat-syarat baru bagi kelayakan masuk minimum ini adalah bertujuan untuk memastikan kualiti pelajar yang akan mengikuti pengajian di peringkat program ijazah farmasi.

Syarat-syarat baru bagi kelayakan masuk minimum seperti di bawah akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2013.
Setiap pelajar perlu mematuhi syarat baru (A) DAN syarat tambahan baru (B) seperti dinyatakan dalam lampiran sebelum dibenarkan meneruskan pengajian ke peringkat ijazah farmasi.



1. STPM

Syarat  Baru (A)
CGPA 3 dan ke atas termasuk sekurang-kurangnya B dalam subjek Kimia

Syarat Tambahan Baru (B)
i)Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara
ii)Wajib lulus minimum band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum pelajar bergraduat




2. A - LEVEL 

Syarat  Baru (A)
3B ATAU 2A1C ATAU 1A1B1C dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik ATAU Matematik dengan sekurang-kurangnya B dalam subjek Kimia
(Dengan merujuk Sistem Skor Universities and Colleges Admission Service (UCAS) yang dilaksanakan di United Kingdom bagi keputusan A-Level iaitu dengan ketetapan skor  A+ = 140, A=120, B= 100 dan C=80)
 *   Keperluan 3B yang dicadangkan oleh LFM adalah menyamai jumlah skor 300 dengan B untuk matapelajaran Kimia

Syarat Tambahan Baru (B)
i) Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara
ii) Wajib lulus minimum band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum pelajar bergraduat




3. MATRIKULASI ATAU PRA-PENGAJIAN PERUBATAN DAN FARMASI ATAU FOUNDATION DALAM SAINS

Syarat  Baru (A)
Matrikulasi ATAU Pra-Pengajian Farmasi/ Perubatan dengan GPA 3.0 ke atas dengan sekurang - kurangnya B  bagi  Kimia
ATAU 
Foundation dalam Sains dengan GPA 3.5 ke atas dengan sekurang - kurangnya B  bagi  Kimia
DAN  
Program perlu di jalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun

Syarat Tambahan Baru (B)
i) Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara
ii) Wajib lulus minimum band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum pelajar bergraduat
iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5 B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara




4. DIPLOMA

Syarat  Baru (A)
Diploma Sains (Kimia atau Biologi atau Fizik) CGPA 3.75 dan ke atas termasuk B dalam subjek Kimia
ATAU
Diploma Farmasi CGPA 3.5 dan ke atas

Syarat Tambahan Baru (B)
i) Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara
ii) Wajib lulus minimum band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum pelajar bergraduat
iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5 B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara




5. IJAZAH PERTAMA DALAM SAINS

Syarat  Baru (A)
Ijazah Pertama dalam Sains CGPA 2.75 dan ke atas
(CGPA 2.75 = Gred C+)




NOTA: Setiap pelajar perlu mematuhi syarat baru (A) dan syarat tambahan baru (B) (jika ada) seperti di atas sebelum meneruskan pengajian di peringkat ijazah farmasi.


rujukan  :

MOH pharmaceutical services division. Syarat-Syarat Baru Bagi Kelayakan Masuk Minimum Ke Program Ijazah Farmasi Bagi Sesi Kemasukan Pelajar Tahun 2013. [online] 2013. [cited 2013 Jan 15]; Available from: URL:http://pharmacy.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=132&action=view&retrieveid=404&lang=EN





49 comments:

  1. nice info :)

    nurulnajihahadam.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. ak kije farmasi pn dah pening inikan puler nk pulun amek kos sedemikian..thniah kt hg pais.hg mmg tough! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha.. well.. aku mmg tough pun.. hehe

      Delete
    2. masalahnya, bukan aku yg kata.. tapi ko sendri yg tulih.. aku iakan je... hehehe

      Delete
  3. dulu tersalah pilih kos la..klu tak mmg dh ke sini la arah yer..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos apa2 pun, asalkan berusaha, pasti berjaya.. hehehe

      Delete
  4. pening tengok ubat, mak keje dokter, masuk klinik dia je dah pening. macam2 bau ubat ada..
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. la.. mak keje dokter rupanya.. bestnya... sakit demam boleh terus dapat "nasihat pakar".. hehe

      Delete
  5. Syarat B tu memang wajib ke ? haduuiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. tapi ini syarat minimum yg dikeluarkan lembaga farmasi malaysia... kalau syarat kemasukan bagi certain universiti, mungkin ada tambahan lagi, mgkin lebih ketat, bergantung kepda Universiti..

      Delete
  6. saya dapat diterima masuk ke cucms..saya dapat B+ untuk chemistry foundation tapi CGPA saya 3.44..sekarang saya berada di semester 1..apa pendapat tuan?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Sy nak masuk matriks this coming jun. And sy nak sambung degree farmasi. Cuma yg sy tak faham is muet tu? Kena ambik ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. muet mmg perlu ambil.. berkenaan dengan muet ni, nnti kat matrik lecturer akan terang detail ttg muet ni.. so, far yg saya tahu, kalau nk aply farmasi degree, mmg kena ambik muet dan dapat minimun band 3..

      Delete
  9. Aslmkm. Saya nak tanya. Saya sedang mengambil asasi sains hayat di unimas. Bolehkah saya memohon untuk jurusan farmasi melalui keputusan semester saya? Ataupun saya perlu menggunakan keputusan spm (2013) dan mula dari bawah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab ini saya kurang pasti. tapi rasanya boleh terus aply farmasi lepas dah tamat asasi, kalau x silap la..

      Delete
  10. Sy lepasan asasi dan mendapat cgpa 3.67 ..sy dgr saingan bidang ni sengit.encik rase dgn keputusan sy tu boleh ke lepas

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kepada U yg mintak jugak rasanya.. yg penting bila dah dapat interview, kna excel kat situ..

      Delete
  11. Salam...saya akan hadapi spm tahun ini dan saya memang berminat dalam bidang farmasi ini..boleh tak ceritakan dan tunjukkan laluan untuk tros ke bidang farmasi ini??
    and satu lagi camna nk ke luar negara menerusi bidang farmasi ini???

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam...

      pertamanya, saya doakan semoga saudara excel dalam spm tahun ni.

      kalau nak saya ceritakan pasal laluan dalam bidang farmasi, saya cuma dapat cerita tentang "laluan" yg saya lalui je la, sebab banyak juga laluan2 lain yang boleh saudara ambil. contohnya, untuk program dalam negara untuk sampai ke tahap degree, dari spm boleh melalui matrikulasi, asasi sains, asasi farmasi, stpm, diploma farmasi, dan sebagainya.

      tapi saya tak pasti kalau sekarang dah wujud laluan baru dalam bidang ni. tapi kalau saudara lebih berminat untuk program luar negara, saya kurang arif tentang program tu.

      cuma, saya boleh cadangkan saudara tanya sahabat saya, seorang blogger yg juga merupakan graduan degree farmasi dari luar negara. link ke blog beliau saya sertakan kat bawah ini:

      http://orenkopi.blogspot.com/

      Delete
  12. Salam, nak sambung ijazah farmasi wajib ada subjek biologi tak time foundation?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu kt matrik ambik sains fizik. X blajar bio boleh je masuk. Tp tu dulu la, 6 tahun yg lepas. Skrg xsure

      Delete
  13. Salam,saya dh ade diploma farmasi n bt mse nie dh keje 4thun nk smbung degree farmasi di IPTA. kelayakan untk degree farmasi mmg memerlukan subjek kimia bio tu ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kimia bio fizik tu kalau dari diploma sains. kalau mmg dari diploma farmasi, dia pandang CGPA je.

      Delete
    2. ooo ye ke?? okay2 risau jgk.. n Uni mne skrg ye yg yg okay skit pengambilan degree nie? mcm USM,UIA,UKM n UITM..

      Delete
    3. saya tak pasti.. tapi uitm sekali intake, macam ramai je.. nk yg okay, IPTS la.. kalau nk banding dengan IPTA

      Delete
  14. oh, kalau sdh ada diploma farmasi, mau sambung ke degree farmasi, result spm tu x perlu lah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya macam x perlu, kecuali BM.. BM kena lulus. tu je

      Delete
  15. Assalam..Nak Tanya Dip Farmasi ada bab pengiraan ker?Susah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti... saya tak masuk melalui diploma.. kalau degreee, memang ada pengiraan..

      Delete
  16. Replies
    1. dik, ni untuk DEGREE farmasi.. bukan DIPLOMA.. ada beza disitu.. hehehe

      Delete
  17. Assalam nak tanya,kalau result spm bio ngan fizik c+ spm ada pluang x nak ambk course ni waktu degree nanti even 4 flat kat matrik

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      kalau berjaya masuk matrik dah boleh skor 4flat, rasanya x ada masalah..

      Delete
  18. masih bolehkan saya menjadi ahli farmasi sekiranya biologi spm saya C+ walaupun saya sudah mempunyai degree farmasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nak jawab soalan nih.. kalau dah sampai ada degree farmasi, buat apa nak tengok spm? degree kot..

      Delete
  19. Maknanya kalau kita dah ada Diploma Pharmacy, dia dah x pandang result spm kita yg dulu2 tu... spm saya Biology Je C+, yang lain D,E... atau kena ambik exam balik bos 😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya bukan penilai. saya share info je. so, x tau a pasal spm tu.. kalau ikutkan info atas tu, macam tengok jugak spm..

      Delete
  20. hi saya nak tnye kalau tkde subjek fizik masa spm boleh apply tak ?

    ReplyDelete
  21. Kalau masa f4 dan f5 kita tak amik bio tapi amik kimia boleh ke jadi ahli farmasi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la saya pun nak tahu juga

      Delete
    2. boleh sekadar diploma sahaja mungkin..

      Delete