Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2012

Motif Turunkan Berat Badan

Aku tahu BMI (Body Mass Index) aku sekarang pada tahap overweight. Tapi, macam yang aku dah cakap dalam entry “Anda Rasa Anda Berat”, aku tak kisah sangat pun pasal berat badan aku. berat hanya sekadar nombor.
Tapi, sekarang, aku mula rasa nak turunkan berat badan sikit. Tapi bukan sebab aku nak sihat atau ‘fit’, or what so ever. Tujuan aku nak turunkan berat badan sebenarnya sebab moto.

Sebab yang pertama, aku kesian kat motor aku si Ultimo tu. Kalau aku berat sangat, kesian kat dia nak bawak aku merata-rata. Kesian kat absorber dan tayar belakang Timo aku, terpaksa tanggung pressure yang tinggi. Bila jadi macam tu, performance pun kurang la.
Sebab yang kedua, just because simple physics. Newton’s 2nd Law of motion state that force is equal to the rate of change of momentum. senang kata, kita ambil equation F=ma.
Andaikata berat aku sekarang 80kg dan berat motor aku 100kg (berat sebenar = 99.3kg berdasarkan spesifikasi dari internet). jadi a1 (acceleration) yang aku dapat adalah

Disclaimer Hikayat Budak Pening

setelah terbaca beberapa kepentingan untuk menyatakan "penafian" (disclaimer) dalam blog dari beberapa blog otai yang lain, lantas, aku pun buat je la. tak rugi apa-apa pun. 

style disclaimer ni pon aku  ambil "inspirasi" dari beberapa blog lain. lepastu, aku gabung-gabungkan mengikut kesesuaian. hasilnya, tadaa...!


©Hak cipta terpelihara. Blog ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat dan cerita yang diluahkan di sini adalah dari diri penulis sendiri, tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika dinyatakan sebaliknya. 

Setiap entri yang tersiar di blog Hikayat Budak Pening ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun harus dikreditkan kepada Hikayat Budak Pening untuk memudahkan proses rujukan.
Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersial, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama …

Besan Emak

Saat aku dan mak berada di dapur buat ketupat daun palas untuk sajian Raya Aidil Adha esok hari, tiba-tiba mak menyampaikan berita yang agak mengejutkan aku.
“mak nak bagitau ni, ada orang sungai petani ajak mak berbesan dengan depa.”  Kata mak sambil tangan sibuk menyumbat pulut ke dalam lipatan-lipatan daun palas.
“hah..! sapa?”
“kawan mak. kira adik-beradik jauh jugak la.” jawab mak. “tu la. mak dah cakap kat depa, “anak-anak aku semua belajar lagi”. tapi depa cakap, tak pa, depa sanggup tunggu.!” sambung mak lagi.
“Habis tu? mak nak terima ka?” soal aku.
“tak tau la. depa cakap esok depa nak mai.” Jawab mak.
“eh, sat. Anak dia tu laki ka perempuan?” soal aku kembali.
“lelaki la.” balas mak. “kawan mak tu cakap, anak lelaki dia tu dah tak sabar nak merasa makan nasi kat sini.”
Fuh..  selamat aku.!!! Takut gak aku kot-kot anak orang sungai petani tu, perempuan. Tapi lepas ni, tak tau la nasib adik perempuan aku ni. pandai-pandai la diorang nak hidup. hahaha..  



Maa’ssalamah,Pha …

PRK | Suara Mahasiswa

Sebuah perbualan yang dibincangkan antara aku dan kawan-kawan bila kami berada dalam kereta dalam perjalanan nak ke restoran ”Nasi Kerabu Golok” di Kelantan. (nanti aku cerita)
“Aku heran la. dari dulu sampai sekarang air kat dalam kampus ni dok kuning macam tu jugak. Kat luar kampus ni, air okay je.” Kata Hakim, selaku pelajar yang paling lama menetap di kampus kesihatan ini antara kami.  
gambar sekadar hiasan (sumber : google)
“tu la pasal. Kalau kat luar air kuning jugak tak pe. Tapi ni kat dalam kampus ni je yang air kuning. Maknanya, ada problem kat sini je la.” balas Zul.
“ha ah. Aku masa mula-mula nak gosok gigi dulu pun nak fikir 3-4 kali. Takut nanti gigi jadi lagi kuning.” Tambah aku.
“tak ada ke student yang nak masukkan dalam manifesto  masa PRK (Pilihan Raya Kampus) nak tuntut supaya air dalam kampus ni jadi jernih? Kalau ada, konfom aku sokong.!” Kata Hakim lagi.
“eh, tapi semalam masa taklimat, BHEPP (Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar) cakap kampus ni tak a…

makan2 klate 3 | D' Village Food Court

kali ni, aku tak jalan jauh. setakat depan USM kampus kesihatan ni je. sebelom ni, ada cik uci ulala (pemilik blog "Jalanan Pelangi") menyarankan kepada aku untuk ke kedai makan D' Village Food Court ni. katanya betul-betul depan USM kampus kesihatan. so, aku pon pi la try.


lokasinya, di jalan Jalan Raja Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, Kelantan. (coordinate : 6° 5'48.03"N 102°16'43.08"E). kat sini, aku tengok macam-macam ada. ada pizza, ada western food, ada burger grill, ada satay, dan yang paling menarik perhatian aku, ada belut (sup, paprik, pakpek, dan goreng).

kali ni, aku pekena nasi putih dan tomyam campur je dulu. kedai dekat je. nanti boleh try makanan lain pulak. member aku si Syafiq order mee rebus dan Husni order mee goreng.


bila dah rasa, pergh... kat sini aku nak buat satu pengakuan. tomyam kat kedai tu yang paling sedap yang pernah aku rasa. kuah cukup pekat, cukup masam (my feveret), dan pedas secukup rasa. memang "kaw" la.…

makan2 klate 2 | Yati Ayam Percik

Kali ni, member bawak aku pekena ayam percik pulak. Nama kedai ni “Yati Ayam Percik”. Lokasinya di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan. (coordinate : 6° 7'41.58"N 102°15'23.77"E) kedainya okay. Siap ada pendingin hawa lagi.

Ayam percik dia boleh tahan. lembut. Cma personally bagi aku, agak manis dan kurang pedas. kalau pedas lagi sikit, mesti sedap. (biasa la, selera orang penang. sebab tu aku tak valid kalau nak 'judge' makanan Kelantan sebab akan bias.)
nasi putih + nasi kerabu + ayam percik + gulai kawah + sambal + keropok
Jadi, dari korang dengar cakap aku kata sedap or tak, baik korang datang rasa sendiri. Baru puas. Tapi yang pasti, gulai kawah dia memang sedap. Dagingnya lembut, pekatnya cukup. memang layan. selain tu, ada jugak kuih2, dan makanan sampingan yang lain.
maa'ssalamah,Pha is

Dugaan Hari Pertama

Alhamdulilah, selamat sampai di bumi Kelantan. Bila sampai je, setelah kemas barang sikit, kami keluar makan. Lapar kot. Bila tak tau nak makan kat mana, kami hentam je kedai mana yang kami Nampak dulu.
Hasilnya, sampai lah kami di kedai Ani Sup Utara, depan USM kampus kesihatan. Wow! Ada perkataan “utara”. Mengingatkan aku tentang penang yang aku tinggalkan. Hehe..
coordinate :   6° 5'51.23"N 102°16'43.74"E
Masuk kedai dalam pukul  6.40 petang. aku order nasi goreng ikan masin dan air bandung. Tapi, makanan sampai pada jam 7.40 malam. nak dekat sejam aku tunggu. Member aku si syafiq ni, around  7.50 malam baru bihun bandung beliau sampai.

Okay. Tak pe, aku sabar. Dugaan hari pertama. Nasib baik aku boleh buat solat jama’. Kalau tak, maghrib entah kemana. Nasi nak kata sedap pon, biasa je. Boleh la masuk tekak aku.
Time nak bayar plak, aku kena RM9.10 untuk nasi goreng ikan masin dan air bandung. hmm.. kalau cepat tak pe, ni, dah la lambat. Tak pe la, aku keluarkan…

Makan2 Penang 3 | Mee Sotong Padang Kota Lama

penang memang terkenal dengan mee goreng mamak. rasanya kat mana-mana restoran nasi kandar pon akan ada menu mee goreng mamak. tapi kali ini, aku nak memperkenalkan kat korang Mee Sotong Padang Kota Lama.

kalau pi kat Padang Kota Lama, kat situ ada dua food court. satu yang baru dan satu lagi yang lama sikit. tempat yang baru tu makanannya mahal sikit (ekceli, mahal banyak) jika nak dibandingkan dengan food court yang lama ni. Mee Sotong yang aku maksudkan ni adalah Mee Sotong kat food court lama.

coodinate : 5°25'15.01"N 100°20'35.33"E
mee sotong ni, orang kata (bukan aku yang kata), kalau nk makan, mesti pekena sekali dengan coconut shake kat kedai sebelah tu. baru layan. keseluruhan, mee sotong RM 4.00, coconut shake RM 2.50.   

kalau singgah penang, memang tak rugi la kalau nak try. aku masa first time pekena, memang terangkat beb.. sampai kesudah aku kempunan. tadi pun, dah pekena sepinggan, aku bungkus tambah bawa balik sbb tak puas makan. sedap sangat. hehehe..…

Majlis Silaturrahim Ummah

baru tadi, sambil makan bersama kawan-kawan kat restoran nasi kandar subaidah, kami didatangi seorang pemuda. dia bagi satu flyers mengenai sebuah program yang bakal dijalankan 28 Oktober ini.

malangnya, masa tu aku sudah di kelantan. jadi, dah aku tak dapat pergi, apa salahnya aku sebarkan benda ni. so, sapa orang penang yang free, boleh la pergi.


program : Majlis Silaturrahim Ummah,
Anjuran : Penang Muslim Network
Tarikh : 28 Oktober 2012
Hari : Ahad
Masa : 6.30 ptg - 11.00 mlm
Tempat : Speaker Corner Padang Kota Lama (Esplanade)

maa'ssalamah, 
Pha is


Penang | Ikan Lumba-Lumba Dan Penyu

masih ramai yang tak tahu bahawa Pulau Pinang ada ikan lumba-lumba dan pantai tempat penyu bertelur, walaupun orang penang sendiri. bila aku cakap, ramai yang buat muka pelik. macam susah nak percaya kan?

untuk tempat penyu bertelur, korang boleh tengok di Taman Negara Pantai Kerachut.(coordinate : 5°27'3.89"N 100°10'56.67"E). dulu masa aku tingkatan 4 (2006), aku pernah pergi Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS) kat situ yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang.

malangnya, masa tu tak ada penyu yang turun bertelur. so, tak merasa la tengok penyu bertelur depan mata. tapi, kami berpeluang tengok anak penyu menetas. jadi la.


untuk ikan lumba-lumba (dolphin), kalau korang bernasib baik, masa lalu atas jambatan Pulau Pinang, korang akan nampak sekumpulan ikan lumba-lumba tengah berenang di perairan antara Pulau Pinang dan seberang perai. 
macam yang aku kata tadi, tu pon kalau korang bernasib baik la. aku baru pernah nampak sekali depan mata. kalau susah nak…

#WW 41 | setting him free

If you don't love him, let him go. you'll not lose him, you're just setting him free
p/s : I know that you can do it..

Nasyid | Kenapa Mesti Berpecah?

Dalam perbualan antara aku dan kawan-kawan lepas balik dari pekena nasi briyani kapitan baru-baru ni, tiba-tiba perbualan kami menyentuh isu era kejatuhan kumpulan nasyid di Malaysia.
Sayang kan? apabila kumpulan nasyid ni perpecah. Dah macam trend la pulak. Susah nak cari kumpulan nasyid yang bertahan lama.
Raihan yang dahulunya top pun boleh berpecah. Seingat aku, album kumpulan ni masuk the Malaysian book of record sebagai “Fastest Selling Album” (Jan 1997). Dato’ Siti Nurhaliza pon kalah tau! Kumpulan ni legend kot. Tapi last-last senyap macam tu je, terutamanya bila nazrey johari keluar.
kumpulan Brothers pun, dahsyat juga. Tapi kemudian, sorang-sorang keluar buat solo. Mulanya yasin, lepas tu akbar.
In-Team pula, Hisyam Ahmad keluar dan tubuhkan kumpulan Dehearty. (Dehearty pon tak dengar cerita dah sekrang ni) Suhaimi keluar buat solo.
Kumpulan UNIC yang paling aku sedih. Sebab aku minat gila kot masa sekolah menengah dulu. hafiz hamidun keluar buat solo. Lepas tu, sorang-sorang…

Makan2 Penang 2 | Sup Hameed

kat penang ni, ada banyak jugak pilihan makanan untuk penggemar sup. antaranya Sup Tanduk Bukit Jambul, gerai sup di Padang Broom, dan banyak lagi. tapi kali ni, aku nak fokuskan kepada kedai Sup Hameed.

Kedai ni terletak di Penang Road, Georgetown. (coordinate :  5°25'18.35"N 100°20'1.41"E ). tepi jalan je. senang nak nampak. cuma kereta kalau nak parking susah sikit la.


kat sini, macam-macam jenis sup ada. sup daging, sup ayam, sup kambing, sup urat, sup perut, sup ekor, even sup torpedo pun ada.

kalau order sup, automatic akan dapat roti. nak makan atau tak roti tu, terpulang. kalau tak nak, jangan sentuh. (harga lain-lain). kalau nak makan dengan nasi pon boleh. kalau rasa tak cukup, sup boleh refill, tapi sekali je la.

kenangan yang tak boleh dilupakan, dulu aku ada ajak kawan aku makan kat situ. kami tanya sup apa yang ada. waiter tu pon list-kan semua jenis sup yang diorang ada. bila dia sebut sup torpedo, member aku ni tak tahu torpedo tu bahagian apa. last m…

Mengidam Makanan Penang

minggu depan, aku akan bermusafir ke kelantan, untuk sambung belajar di hospital USM, kubang kerian. so, tak lama lagi la aku nak tinggalkan penang tercinta ni. nanti, akan ada banyak perkara kat penang yang akan aku rindui. yang paling utama, makanan.

well, penang ni kan syurga makanan. tambah pulak, yang bestnya, banyak kedai makan kat sini 24 jam. orang penang memang jenis makan tak kira masa. macam aku la. contoh paling mudah, the famous "nasi kandaq beghatoq". walaupon kedai nasi kandaq (makanan berat) tapi tengah malam baru nak buka.

jadi, aku target, sebelum aku ke kelantan, ada beberapa list makanan kat penang ni yang aku nak makan. sekadar merasa buat kali terakhir sebelum berangkat ke kelantan. antaranya:


1. briyani tandoori dan susu badam kapitan, georgetown -  5°24'58.42"N 100°20'19.02"E (done)
2. sup hameed, georgetown -  5°25'18.35"N 100°20'1.41"E (done)
3. mee sotong, padang kota lama -  5°25'15.01"N 100°20'35.3…

Joran, Gitar, dan DSLR

semalam, rancang nak pergi memancing. cadangan asalnya, nak ber-BBQ sekali sambil tunggu dapat ikan. tapi tak jadi sebab arang tak de. so, kami memancing sambil kedarah nasi kandar je la.

lokasinya, di bawah jambatan Pulau Pinang dari arah pulau. (5°21'34.69"N 100°18'59.40"E). kat situ tak ramai sangat orang memancing. tapi ada la juga 3-4 kumpulan.

sambil-sambil memancing, main gitar. boleh jugak menghilangkan rasa boring menunggu sementara nak dapat ikan. layan...


sambil-sambil tu juga, blajar main camera. bukan camera aku, tapi rumate punya. nak beli sebiji, rasanya passion aku dalam bidang fotografi ni masih suam-suam kuku. so, belajar dulu sikit-sikit. objektif aku malam tu, belajar cara nak buat spike. hasilnya, tadaaa...!!!


boleh la.. baru mula nak belajar. ye dok?


sapa cakap tak cantik, aku tumbuk..!!! hehee.. gurau je..

eh, lari tajuk pulak. okay, berbalik kepada aktiviti memancing tadi, Alhamdulillah, dapat jugak rezeki seekor ikan. (sekor je..??) jadi la …

Rukun Solat | 13, 14, atau 15 Perkara?

Kalau ada orang Tanya aku, “rukun solat ada berapa perkara?” aku susah sikit nak jawab. Sebabnya, jawapan aku ada 3 versi.
Dahulu, masa aku berumur 5 tahun, aku mula belajar mengaji Al-Quran dengan Allahyarhamah Long Teh, seorang guru mengaji di kampung aku.  Sambil mengajar mengaji, beliau juga mengajar asa-asas fardhu ain. Antara yang aku belajar dari beliau, rukun solat ada 14 perkara*.
1. niat 2. takbiratul ihram 3. berdiri bagi yang mampu 4. membaca surah Al-Fatihah 5. ruku’ 6. i’tidal 7. sujud 8. duduk antara dua sujud 9. thoma’ninah 10. tasyahud akhir 11. selawat keatas nabi 12. duduk bagi keduanya (tasyahud akhir dan selawat) 13. memberi salam pertama 14. tertib
Masa sekolah rendah, dalam mata pelajaran pendidikan islam pula, sepertimana yang kita semua belajar, rukun solat ada 13 perkara* iaitu:
1. Niat 2. Takbiratul Ihram 3. Berdiri tegak bagi yang mampu. 4. Membaca surah al-Fatihah. 5. Rukuk dengan thoma`ninah. 6. I`tidal dengan thoma`ninah 7. Sujud dua kali dengan thoma`…

Guitar chord | Anti Gravity by Faizal Tahir

sebelum ni, aku tak pernah pon share guitar chord untuk mana-mana lagu. tapi tadi member aku si Wan ni cakap kat aku, semalam dia cari kat internet chord lagu anti graviti Faizal Tahir ni, tapi tak jumpa. last2, dia buat sendiri. lepas tu, dia dia suruh aku upload kat blog aku.
so, bagi menyempurnakan hasrat beliau, maka, buat julung kalinya, aku share gitar kord lagu.   

Anti Gravity by Faizal Tahir
           G                   Bm Saat gravity lepaskan kupergi              D                    G      Dsus     G       Bm Meninggalkan semua terbang kutinggi                 D Ku mula semua baru
G    Bm   D   A              G Bebas berlari Bm Waktu tak kan menunggu D                                  A Walau jauh ku tetap milikmu
             G Mahu ku satu Bm Mahu kau senyum selalu D                                          A Memikirkan diriku yang memikirkanmu selalu
G                 Bm *Anti gravity aku G       Bm    D    A Graviti aku kamu G                                 Bm Saat g…

Seni Khat

Masa kat sekolah dulu, kami ada dua subjek pendidikan seni. Satu seni visual, satu lagi seni khat. Rasanya, kelas seni khat ni antara kelas yang boring waktu tu. Ye la, belajar tulis alif ba ta macam budak-budak tadika. Yang membezakannya Cuma kami pakai pen khat, atau pensel yang diasah macam pen khat.
Masa tingkatan 1, kami belajar tulisan khat nasakh.
sumber [3]
sumber [4]
Khat ni dinamakan Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain. Ciri-cirinya ialah mudah dibentuk, praktikal dan mudah dibaca. Ia sesuai digunakan dalam penulisan al-Quran, akhbar dan majalah. [1]
Masa tingkatan 2, kami belajar khat rak’ah.
sumber [3]
sumber [5]
Rak'ah dari segi bahasa bermaksud cebisan kertas yang ditulis. ciri-ciri khat ni antaranya, huruf yang kecil dan dapat ditulis dengan cepat. Penggunaannya lebih tertumpu kepada tulisan nota ringkas.[2] Khat yang paling simple, nampak macam senang, tapi susah jugak nak buat.
Ma…

#WW 40 | Final Year Pharmacy

Tips | Kulit Terbakar Atau Melecur

Kalau dulu, aku geli-geleman bila masuk topic IO (Intra osseous– suntikan kedalam tulang), tapi tadi lagi teruk. Baru je tadi kami belajar pasal Burn. Sadis je bila tengok gambar kulit yang terbakar. Ngeri.  
Bagi yang belum tahu, burn terbahagi kepada 4 tahap.
First degree burn Contoh : sunburn, melecur kena air panas. Cuma kulit Nampak kemerah-merahan.

Second degree burn Contoh  : kaki terkena ekzos moto (pengalaman sendiri) Kulit menggelembung dan ada air.

Third degree burn Contoh : terbakar api

Fourth degree burn Contoh : hangus Dah tak boleh nak buat apa dah.
Untuk third dan fourth degree, memang kena bawa pi hospital la. tapi untuk first dan second degree, antara rawatan awal yang boleh dilakukan ialah :
Sejukkan dengan air paip 5 – 10 minit.Jangan letak minyak, mentega, kicap, atau ais.
Kalau nak lagi elok, boleh guna madu, Sapu kat kawasan lecur. Lagi satu, lecturer aku kata, banyak kajian yang menunjukkan ikan haruan elok untuk melecur. So, kalau dapat haruan spray, lagi bagu…

Terjemahan | Kisah Orang Munafiq

sumber : google Firman Allah Taa'la :

Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".
Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Beri…

Jaga Hati jaga Pergaulan

saja nak share sebuah video dari Mahasiswa Berfikir Production yang bertajuk Jaga Hati Jaga Pergaulan. pergaulan kena jaga, terutamanya untuk berlainan jantina. so, lets check this out..


dah tengok? kalau kat dalam tu ada terangkan 5 tips dalam menjaga batas pergaulan, kat sini aku nak up sikit, kasi 6 tips. hehehe..

so, 6 tips dalam menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah :

1. menundukkan pandangan.

firman Allah :

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya..... "
(an- Nuur, 24 : 30)

"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya....."
(an- Nuur, 24 : 31)

tapi tak perlu la tunduk sampai berjalan berlaga tiang. kalau tengok sampai rasa 'syok' tu, cepat2 la kalih pandangan. sebab nabi kata, pandangan pertama dimaafkan.

Rasulullah juga pernah berpesan kepada Saidina Ali r.a. “Wahai Ali, janganlah kamu ikuti pandangan (p…

Musafir di perantauan.

Lagi dua minggu,aku akan berangkat dari Pulau Pinang ke Kelantan, bagi meneruskan perguruan aku dalam bidang farmasi. Kalau sebelum ini, aku bergurukan pensyarah, kali ini aku akan mula bergurukan doctor dan ahli farmasi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Tanah Tok Janggut, tanah Tok Guru.!
Jika diikutkan tahap pencapaian akademik aku yg agak kurang cemerlang, aku boleh pilih untuk tidak ke sana. Namun, kata orang, jauh perjalanan, luas pandangan.
Sebelum in aku Cuma terperuk dalam daerah utara sahaja. Dari sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi, sehinggalah ke university. Semuanya dalam daerah utara. Zon utara ni dah macam ‘zon selesa’ aku.
Kata orang, kalau asyik berada dalam zon selesa, tak kan kemana. Sebab tu lah kali ini, aku bertekad untuk pergi jugak ke kelantan. Aku nak keluar dari zon utara. Keluar dari zon selesa aku. Timba pengalaman dengan merantau ke tempat orang. (dalam Malaysia je pon. Cakap macam hebat sangat.)
Jadi, sebe…