31.8.12

Allah Balas


Dalam banyak-banyak budak yang mak aku mengasuh, ada la jugak sorang dua yang nakal. Budak-budak. Biasa la tu kalau nakal sikit-sikit. Tapi, sorang budak ni, (umur 6 tahun) agak nakal banyak la. memang agak susah nak control.

Mak aku cakap, kalau aku tak ada kat rumah, lagi la dia suka buat hal. Tak boleh duduk diam langsung. Ada saja hal. Nak itu, nak ini. sikit-sikit gaduh dengan budak lain. Dengan adik sendiri pon dia nak gaduh.

Baru-baru ni, cuti raya, seminggu jugak la beliau tak datang rumah. Cuti sakan. Bila dah habis cuti, beliau datang dengan parut dimuka. Kata ibubapanya, beliau kemalangan. Jatuh bukit katanya.

Sejak itu, perangai beliau pon dah mula berubah sikit. Dah kurang sikit nakalnya. Bila ditanya bagaimana beliau dapat parut di muka tu, mula-mula beliau senyap je.

Lepas tu, beliau cakap dengan suara yang agak sayu dan dengan nada yang penuh hiba :

“Allah balas.”




Pha is

29.8.12

cornflake madu (PG13)


 PG13
Untuk bacaan umum. Sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun


Jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang. Sedang kami sekeluarga sedang asyik menonton cerita Mara Clara, tiba-tiba datang adik aku dengan sepinggan cornflake madu, juadah yang kami sekeluarga sama-sama sediakan untuk tetamu datang beraya. Setelah diambilnya sebiji, diletakkan selebihnya di tengah-tengah antara kami.

“aik? Ada lagi? ingatkan dah habis dah.” soal aku.

“Ada sikit je lagi. tahun ni tak ramai yang mai rumah. Lambat la habis.” Jawab adik aku.

Cornflake madu itu tak lama bersendirian. Seketika kemudian, seorang demi seorang mula menghulurkan tangan menyambar. Laju betul. Macam lalat kerumun tahi.

Aku pun tak terkecuali. Masakan dapat kutahan godaan cornflake madu. Setelah kusambar sebiji, perlahan-lahan kulucutkan kertas acuan ungu agar tak terkoyak. Bagai menarik rambut dalam tepung. Kertas tak koyak, cornflake madu tak relai.

Setelah cornflake madu berjaya aku bogelkan, kuambil baunya dahulu buat pembuka selera. harum dan menggairahkan. Lantas, perlahan-lahan kudekatkan ia di bibirku dengan penuh berahi. Semakin lama, semakin hampir. tak tertahan rasanya gelora nafsu makanku.

Namun, belum sempat kumasukkan cornflake madu itu kedalam mulut melepasi bibirku yang mungil, tiba-tiba emak bersuara.

“Pait..!!!  Tadi hang kata hari ni hang nak puasa 6!”

“Alamak..! terlupa.!” 



Pha is

Pharmacists' Fees


With reference to the report entitled “Pharmacists seek RM5 per visit” (New Straits Times, 28 July 2012), the Ministry of Health is cognizant of the integral role played by pharmacists in the provision of healthcare in this country. Previously, pharmacists were mainly involved in the manufacturing, quality control and supply of medicines.

Today, this has changed and pharmacists are actively involved in patient focused services and it is not uncommon for community pharmacists to provide services such as advice on the management of minor ailments, medication counselling, smoking cessation and weight management programs.

In most countries, pharmacists are paid a professional fee based on the services provided and the types of drugs dispensed.

Currently, there is no standardised fee schedule in Malaysia for pharmacists unlike for doctors and dentists.

For this to happen, there are several things which need to be put in place such as a fair drug pricing system, standardisation of service provision and a monitoring system by the government and the professional body itself.

Accreditation of community pharmacies against benchmarking standards has already been initiated through collaboration between the Ministry of Health, the Malaysian Pharmaceutical Society and the Malaysian Society for Quality in Health to ensure that they consistently deliver a high standard of care.

The Ministry is also in the process of developing a medicines pricing system through which there will be uniformity in medicine charges.

The introduction of mandatory continuing professional education will also help to ensure that practising pharmacists are equipped with up-to-date knowledge and that they provide the best standards of care to their clients.

The Ministry of Health will ensure that the public is not burdened when they seek professional help at the pharmacy and any form of remuneration is in line with fair medicines pricing and the provision of quality pharmaceutical services.


Dato’ Eisah Binti A. Rahman
Senior Director of Pharmaceutical Services
Ministry of Health Malaysia


sumber
Malaysian Pharmacy student's Association (MyPSA)

28.8.12

Hadith | Doa Pengantin Untuk Dirinya




Bagi pasangan yang baru berkahwin, adalah sunnah suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :
" Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya"
(Riwayat Abu Daud) 

Adalah juga disunnahkan juga suami berbuat demikian sebelum meniduri isteri.. semoga amalan yang dikerjakan dirahmati dan diberkati Allah s.w.t.

Kitab Hadis : Sunan Abi Daud
Bab : Nikah (Fi Jami' an-Nikah)
Nombor Hadis : 1849/2160

Perawi Hadis :
1) Usman bin Abi Syaibah
2) Abdullah bin Sa'id
3) Abu Khalid [Sulaiman bin Hayyan]
4) Ibn. 'Ajlan [Muhammad bin 'Ajlan]
5) 'Amru bin Syu'aib
6) Syu'aib bin Muhammad bin 'Abdullah
7) 'Abdullah bin 'Amru bin Al-'Ash bin Wail - terus kepada Nabi s.a.w

Jenis Hadis : Marfuk
Kedudukan Hadis : Shoheh. Boleh beramal dengannya kerana para perawi kebanyakkan bertaraf kedudukan pertama dan kedua dalam senarai Jarh wa Ta'dil dan mereka diterima baik oleh para ulama' muhaddithin.. Insya-Allah..[1]

Juga doa ini boleh digunakan apabila membeli unta (haiwan untuk kenderaan). Hendaklah memegang bonggolnya dan membaca doa seperti di atas.[2]

wallahu a'la wa a'lam...

Sumber

27.8.12

Hobi | Kumpul Kad



Kali ni, aku nak cerita pasal hobi yang pernah aku buat dulu. Hobi mengumpul kadfon. Korang tau kan kadfon tu apa? Ala, kad yang ada microchip yang untuk guna public phone tu. Dulu-dulu popular la juga. sekarang dah kurang.

macam ni la rupa kadfon tu. kad fon yang ni sempena persidangan negara-negara OIC ke-10 (16-18 oktober 2003) kat KL. 57 buah negara yang terlibat. well, setiap kadfon ada cerita disebaliknya tau. hehehe...

Semuanya bermula pada tahun 2003, bila aku pertama kali masuk ke asrama masa tingkatan 1. Masa tu, biasalah, ramai yang pakat rindukan rumah, rindukan emak dan ayah, rindukan family.

Sebab tu ramai kawan-kawan aku yang beli kadfon tu. Nak guna syiling leceh. Bila kawan-kawan aku dah habis guna kadfon tu, aku pon minta la kat diorang. Daripada diorang buang kadfon tu macam tu je, baik diorang bagi kat aku.

antara koleksi kadfon yang aku ada

Ada yang bagi free. Ada yang jual kat aku. Sekeping dalam RM0.20-RM1.00, bergantung kepada betapa pandai diorang tawar-menawar. Masa tu, hobi punya pasal, aku sanggup beli tau. hehehe  

Tapi, hobi ni bertahan dalam 2 tahun gitu je. Sebab bila dah tingkatan tiga, semua pakat dah matang. Dah ‘immune’ dari penyakit rindu kat family. Lagipon, masa tu dah ramai berani bawa hand phone ke asrama senyap-senyap. So, memang masa tu, susah la aku nak dapat stok kadfon baru. Last2, hobi aku tu terkubur macam tu je.

Kad top-up ada juga aku kumpul, walaupon masa tu aku tak ada hand phone pon. Semua dari kawan-kawan. tapi, bagi aku, kad top-up macam tak best sangat. Sebab tak banyak ‘diversity’.   

Selain kadfon, ada juga aku kumpul kad nama. Dulu masa kecik-kecik, aku pernah jadi ‘taukey’ kad nama tau. Yang satu set 12 keping RM3.00 tu. Kalau dapat banyak customer, aku dapat kad nama free. Untung la jugak masa tu.

contoh kad nama aku. memang bunga-bunga macam ni. kad nama untuk budak-budak je, bukan untuk kerja.


antara koleksi name card customer-customer aku. hampir satu perempat daripadanya aku punya. dalam satu perempat tu, rasanya dalam 2 set je yang aku beli, yang lain dapat free.

Selain kad nama, company yang aku jadi agent tu ada jugak jual kad gambar artist. Aku tak beli pon, tapi dapat free, sebab dapat cari ramai customer.

westlife. well, aku agak minat westlife. dulu, kini, dan selamanya. hehehe


arvil pon aku agak minat jugak.


kad siti nurhaliza. masa tu muka dia pon muda lagi. sekarang dah jadi bini orang dah pon. hehehe... yang kiri sekali tu kad top-up yang ada gambar dia. aku simpan woo...

Aku tak tau kenapa dulu aku gila kad. Sekarang, minat tu masih ada, Cuma malas, tak de commitment (macam la hobi ni susah sangat). Sedar tak sedar, dah hampir 8 tahun aku tinggalkan ‘dunia kad’ ni.

aku ada 3 name card holder. satu boleh isi 80 keping. semua sekali, cincai kira dalam 240 keping kad yang aku ada.

Baru-baru ni, bila aku buka balik koleksi kadfon aku tu, teringat nostalgia lama. Rasa macam diri aku ni dah tua la pulak. Hehehe...

hobi korang pulak?


Pha is

24.8.12

Stuck | antara pergaduhan dan kehidupan.


Bila kita minat sesuatu, secara tak langsung akan banyak perkara atau benda dalam kehidupan kita akan dipengaruhi oleh minat tersebut. Sebagai contoh, aku ni ada la minat sikit-sikit tentang martial art. Tapi minat sikit je la. Tak fanatic sangat.
 
Sebab tu aku belajar silat. Dan sebab tu juga la aku lebih suka tonton filem-filem aksi. Dalam koleksi filem yang aku ada pon, ada la juga genre filem-filem aksi/fighting. Sampai aku pon pernah “berlakon” dalam filem silat. Kalau nak tengok aku berlakon, boleh tengok kat SINI.

Bagi aku, dalam setiap filem gaduh, ada pengajaran yang boleh diambil. Tak semestinya sekadar seronok-seronok tengok orang jahat kena belasah, atau sekadar nak tengok kehebatan skill si hero.

Sebagai contoh, self control bila ‘terperangkap’ dalam satu masalah. Bila semua ‘pergerakan’ dirasakan seolah-olah dah ‘terkunci’. Dah tak boleh nak tukar ‘position’ dan ‘lepaskan diri’. Dah tak boleh nak buat apa-apa. Stuck!


Walau apa pun yang terjadi, always control the outcome! sama ada stuck dalam pergaduhan, ataupun stuck dalam kehidupan.





p/s : aku tak suruh korang cari gaduh... pandai gaduh, pandai2 la setel sendiri yer.. hehehehe. 

Rujukan : Never Back Down [2008]


Pha is

22.8.12

Teori Konspirasi | Nama Malaysia Dalam Filem Hollywood




Dalam keboringan cuti semester di rumah, bila tak tau nak buat apa, aku lebih suka tonton cerita-cerita dalam external hard disk aku. Bila dah banyak masa yang ada, ada kalanya satu movie tu aku tengok sampai beberapa kali. Bila dah tengok banyak kali, aku mula perasan detail-detail yang sebelum ni aku tak perasan bila tengok buat pertama kali.

Antaranya, penggunaan nama Malaysia dalam filem dan tv series barat.  

1. filem : I am number four


Dalam filem ni, kononnya seorang makhluk asing yang digelar ‘number one’ telah ‘diturunkan’ di Malaysia.

2. series : How I Meet Your Mother

Dalam season 2 episod 9, Barney telah menjumpai video klip sebuah lagu nyanyian ‘Robin Saprkles’ yang bertajuk ‘lets go to the mall’ dari seorang ‘gentleman in Malaysia.’

3. filem: Batman Forever
 
Seorang doctor psychologist dalam filem tersebut memiliki sebuah patung dari Malaysia yang dipercayai dapat menghalang dari mimpi buruk. Bagaimanapun, patung tersebut dipercayai diukir oleh orang asli di Malaysia yang berbangsa Mahmeri, salah satu suku kaum orang senoi. untuk keterangan lanjut, lihat "Malaysia Dalam Batman Forever"

4. series : burn notice



Pha is

21.8.12

Aku Tumpang Gembira.


Hari ini, dan kelmarin, aku dikejutkan dengan tiga berita.  

Pertamanya, kelmarin, aku dapat jemputan kenduri kahwin member satu sekolah, bulan 12 ni. dekat dengan hari krismas katanya. Senang orang nak datang. Alhamdulillah. Seorang lagi member sama umur yang bakal melengkapkan iman beliau.

Yang kedua, tadi, buka sahaja facebook, ada event jemputan ke majlis perkahwinan senior satu sekolah, yang bakal berlangsung bulan depan. Alhamdulillah, seorang lagi member yang akan mendirikan masjid.

Dan berita yang ketiga, hmm... tak pe lah.. mungkin kurang sesuai kalau dia ceritakan disini. Cuma, aku harap semoga beliau tenang dalam membuat keputusan.

Back to the story, Bagai Bertubi-tubi aku dicuit oleh seruan perkahwinan. Orang lain yang nak kahwin, aku pulak yang exited. Tapi, sejak dua menjak ni, aku mula rasa apa yang Ted Mosby rasa.


Cuma aku masih berpegang dengan prinsip aku, “jangan mulakan apa-apa hubungan selagi ianya tak ada harapan ke jinjang pelamin dalam masa terdekat.” (dipetik dari buku “aku terima nikahnya” karya Hasrizal Abd Jamil - saifulislam.com)

Aku ni belajar pon terkontang-kanting. Dari tinggal lagi setahun, terpaksa ditunda hingga dua tahun. Cincai-cincai kira, paling awal pon lagi 4-5 tahun jugak la baru boleh menikah. Jadi, tak nak la mulakan apa-apa hubungan awal-awal.

Susah nak jaga hati selagi ianya tak halal.

Bagi sahabat-sahabat aku yang sudah dan bakal ke jinjang pelamin, tahniah buat korang. Semoga berbahagia hingga ke syurga.

Aku tumpang gembira...




Pha is
    

20.8.12

Beraya, Ziarah dan Rumah Terbuka

sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalallah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 5, ms. 270-271.
(Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.) [1]

Jadi dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan, “taqabbalallah minna waminkum”. Semoga setiap amalan kita diterima Allah SWT terutamanya amalan-amalan di bulan ramadhan yang baru sahaja beransur pergi.

Setelah ramadhan, sekarang dah masuk bulan syawal. Rasanya, dalam bulan ni la yang paling penuh dengan rumah terbuka. Kata orang, puasa sebulan, raya pon kena la sebulan. Ye dok? Lagipon, benda baik. Kita nak saling  menziarahi dan mengeratkan ukhwah silaturahim.


bersama ibubapa saudara dan sepupu sepapat belah mak.


Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(An-Nisa’, 4:1)

esok khabarnya aku ada reunion dengan kawan sekolah rendah. Last jumpa masa darjah enam tahun 2002. Maknanya dah 10 tahun tak jumpa. Tak tau la macam mana. Lusa reunion member sekolah menengah pulak. Harap-harap semuanya berjalan lancar.

Apa-apa pon, reunion ka, rumah terbuka ka, Ziarah ka, puasa 6 di bulan syawal jangan lupa.! (pesan untuk diri sendiri dan korang semua)

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun"

Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.[1]


Sumber :
[1] IslamGRID : Amalan Sunnah Sempena Aidilfitri 

17.8.12

Salam Aidilfitri 1433



raya dah nak dekat. jadi, disini, Pha Is ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

sebagai selingan, terimalah video lagu raya ni. hehehe...




p/s : gambar pelita tu ambil sendiri kat laman rumah. raya tahun ni first time pasang pelita.


Pha is

13.8.12

tak minat farmasi?


Tiba-tiba dapat satu mesej yang dihantar memalui inbox page facebook Hikayat Budak Pening (http://www.facebook.com/HikayatBudakPening). Soalan dari seorang bakal student farmasi berkenaan pilihan beliau untuk meneruskan pelajaran ke jurusan farmasi.

Mungkin beliau banyak baca keluhan aku sebagai budak farmasi dalam blog ni kot, sebab tu beliau Tanya aku. Kat bawah ni adalah soalan beliau dan jawapan yang cuba aku jawab.

Soalan:

hikayat..saya da bca blog awak..best..congratez best blog 2..sebenarnya saya bakal budak frmasi...em n saya pun xminat sgt la farmasi..so saya nak tanya ptut x saya teruskan??

Jawapan :

ish, susah nak jawab tu. dulu masa mula2 isi kat upu, saya sebnarnya memang minat farmasi, walaupon kat matrikulasi saya budak fizik, tak belajar bio. memang saya minat sejak spm lagi, sbb saya minat kimia.

tapi, bila dah belajar, saya dah mula rasa tak minat. dan sekarang, walaupon dah hilang rasa minat, saya tetap bertahan jugak belajar farmasi sampai habis.

apa yg nk saya sampaikan, rasanya "minat" ni soal hati. hati manusia boleh berubah-rubah. mungkin sekarang Fatimah (bukan nama sebenar) tak minat, tapi bila dah belajar nanti, mana tahu kot2 minat fatimah mula berputik.

sebab tu rasanya masih awal untuk tentukan kos farmasi ni sesuai atau tak untuk fatimah. kalau nak ikutkan susah, tak ada kos yang senang. kos lain susah cara lain. kos farmasi susah cara farmasi.

jadi, saya tak berani nak kata apa2. banyakkan istikharah, tanya balik diri sendiri, betol atau tak fatimah nak ceburi bidang farmasi.

apa yg penting, bila dah buat keputusan, tak kira apa pon keputusan tu, don’t look back.


 Soalan tambahan

apa yg membuatkan awak bertahan??
and sebenarnya saya minat engineer..tpi mak xkasi..so ambik la frmasi nie...

jawapan tambahan

mulanya, sebab mak saya tak bagi tukar kos.. hehehe
tapi, lama2, ntah. dah tak kisah dah. minat atau tak, belajar jugak. benda dah jadi. dah alang2 dapat kos farmasi, belajar je la sampai dapat grad.

soal mak tak kasi tu, saya tak berani kata apa2. walaupon memang betul, kita kena patuh perintah ibupaba, walaupon mereka buat semua tu semata-mata untuk kebaikan kita, tapi, bagi saya, sekarang ni sepatutnya fatimah dah cukup matang untuk buat keputusan sendiri, untuk masa depan fatimah.

kalau betol fatimah minat engineer, cuba bincang dengan mak elok2. bagi alasan dan sebab kenapa fatimah nk engineer. buktikan kat mak fatimah yang fatimah dah cukup matang untuk buat keputusan sendiri.

sekali lagi, apa yg saya nak sampaikan, ibubapa memang kita kena taat, tapi tak semestinya kita hilang hak menentukan masa depan kita sendiri.

jadi, berbincang lah dengan elok. bila dah masuk U nnti, kalau betol dah tekad nak tukar kos, tukar cepat2. kalau masih nak stay farmasi, tak ada masalah.

* * * * * * * * * ** * * * * * * * * * * * * *

so, setakat ini dulu kot jawapan aku. bagi sesiapa yang ada sebarang persoalan dan musykilah ataupon komen dan sebagainya, boleh lah mesejkan ke inbox page facebook Hikayat Budak Pening. mana yang boleh dijawab, aku cuba jawab.

p/s : dah macam pakar motivasi pulak aku nih.. hehehe

Pha is  


12.8.12

Balik rumah mentua.



Alhamdulillah, sekarang ni baru selesai short sem. Untuk result short sem kali ni, apa nak jadi, jadilah. aku dah usaha yang termampu. Selebihnya, aku tawakkal.

“dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
-terjemahan ayat 1000 dinar (Surah At-Talaaq, 65 : 2-3)

Short sem dah selesai. Sekarang boleh la nak buat “pecutan terakhir” untuk ramadhan. Dah masuk fasa penghujung dah pon. Fasa pembebasan dari api neraka, walaupon hadis 3 fasa ramadhan tersebut diragui.[1] .

Apa yang penting, ramadhan yang masih tersisa ni, janganlah disia-siakan. Sekejap je, ramadhan dah nak meninggalkan kita. Di akhir ramadhan ni, kejarlah lailatul qadar, jangan terlalu mengejar lailatul kamdar.

Bila dah sampai ke kampung halaman, saat menjejakkan kaki di surau setelah 10 hari aku di USM, aku ditegur pak imam.

“ha! Al-mashoor! (gelaran pak imam untuk aku) lama tak Nampak. Hang pi mana? Balik rumah mentua ka?”  

“ada hal sikit kat USM tu..”

“owh. Malam ni kita ada ustaz mai jadi imam. Esok hang pulak naik.”

“hmm..” hanya mampu tersenyum.




Rujukan :

[1] berdasarkan hadis :
“Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, pertengahnya pengampunan dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka.”
Status hadis : diragui



Pha is

4.8.12

kisah Ramadhan | quran melayu

Sepertimana yang diceritakan oleh kawan saya, Zul, bahawa kawannya Ali (bukan nama sebenar) pernah didatangi oleh seorang “pak cik” dalam bulan Ramadhan. Berikut antara perbualan yang berlaku.



Pak cik : Asssalamualaikum.

Ali : waalaikumussalam.

Pak cik : saya nak Tanya, adik ni puasa tak

Ali : puasa. Kenapa?

Pak cik : adik tau tak kenapa adik kena puasa?

Ali : err.... sebab agama suruh? (dengan ragu-ragu)

Pak cik : tu la... adik tau tak yang sebenarnya adik ni tak perlu puasa.

Ali : betol ke pak cik?

Pak cik : betol. Kita ni orang melayu. Buat apa nak ikut Al-quran yang dalam bahasa arab? Alquran tu untuk orang arab. Ni dia alquran bahasa melayu, untuk orang melayu. (sambil mengeluarkan sebuah buku yang dibalut dengan kertas mickey mouse – kata empunya cerita) Dalam “alquran” ni dah cakap dah yang orang melayu tak perlu puasa.



Mulanya, Ali seakan-akan hampir percaya dengan kata-kata pak cik tu. Mungkin sebab kekurangan pengetahuan asas dalam islam. Tapi, nasib baik dia cepat-cepat Tanya kawan saya si Zul ni. Sempat Zul menjelaskan perkara ini, berdasarkan ilmu yang dia pelajari.



Firman Allah Taala : 



Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Al-Baqarah, 2 : 183)

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
(Al-Baqarah, 2 : 185)

Pha is