26.6.12

cara elak dirogol

dalam saja-saja online di facebook, tiba-tiba ternampak gambar kat bawah ni. gambar cara-cara bagi wanita mempertahankan diri dari perogol, penjenayah, atau sesiapa sahaja yang berniat jahat.


cara ni sedikit sebanyak, boleh la digunakan bagi wanita-wanita jika terkena serangan. tapi, cara kat atas ni praktikel ke?

secara jujurnya, walaupon aku ni lelaki, tapi seriusly aku dah try buat step2 yang ditunjukkan dalam gambar ni. bukan sebab aku takut jadi mangsa rogol, tapi kerana aku kurang yakin akan keberkesanan teknik ni.

yang pertama sekali yang buat aku tak yakin, bila sampai step ke-3: menggunakan kekuatan otot kaki untuk menolak badan keatas supaya kepala 'mangsa' dapat menghantuk dagu 'pemangsa'. cuba korang try sendiri. bagi aku, ianya agak susah dan kurang efisyen sebab tujahan aku tak laju sangat, tapi sangat memerlukan banyak tenaga.

ok. mungkin sebab badan aku berat. sebab tu otot peha aku tak cukup kuat untuk hasilkan tujahan. tapi, aku rasa penyelesaian yang lebih efisyen, ialah sambil kaki kelonjak badan keatas, 'mangsa' boleh buat "uppercut".
sumber : google


daripada guna kepala, gunakan penumbuk. mudah, ringan, dan tak menyakitkan kepala. hehehe... kalau tak yakin, buat uppercut guna kedua-dua tangan. kalau nak lebih berkesan, aim dekat tengkuk atau halkum 'pemangsa'. biar sampai tenggelam halkum beliau. 

step ke-4 sangat-sangat digalakkan sebab itu antara kelemahan lelaki yang mudah diserang. hehehe

step2 yang selebihnya, terpulang la. rasanya kalau dah serang penyawa (istilah dalam silat yang merujuk kepada bahagian kemaluan lelaki), kalau nak lari pon dah boleh, sbb lelaki yang baru kena serang di penyawa ni selalunya nak berjalan pon dah tak betol dah. hehehe...

akhir kata, seelok-eloknya, prepare diri siap2. sekurang-kurangnya, kita berusaha menjaga diri. masuk je mana-mana kelas self defence. silat ke, tae kwan do ke, tak kisah la. sekurang-kurangnya ada ilmu didada. hehehe.

p/s : kalau nk mudah, untuk wanita terutamanya, boleh masuk silat cekak. tak perlu berkuda-kuda, tak perlu sepak-menyepak yang melebihi paras pinggang. tak ada lompat-melompat, guling-guling.


Pha is


segmen : bloglist julai-ogos 2012 by Mieya Atiera

sebuah segmen by Mieya Atiera. kalau nak jon, kelik baner atau kelik SINI 

p/s : rajin pulak aku join segmen hari ni..

SEGMEN : BLOGLIST JULAI 2012 NASZ

sebuag segmen dari bro Nasz. siapa yg nak joint, sila kelik banner atau klik SINI sebelum 27 jun 2012 jan 10.00 malam.

bagi menjawab soalan yang diminta tuan penganjur:
Mengapa saya suka terjah dan baca blog Nasz?
sebab cara penyampaian blog nasz simple, ringkas, dan mesej yang nak disampaikan mudah dan jelas.

24.6.12

akhirnya.. boleh mengundi...

setelah daftar mengundi pada bulan mac, aku buat semakan pada 29 april dia tulis "record not found"




semakan kali kedua pada 25 mei, dia tulih "permohonan sedang diproses"




semakan pada 24 jun, dia tulis "daftar pemilih yang telah disahkan"





bagi sesiapa yang nak buat semakan, boleh pergi ke laman web rasmi spr (www.spr.gov.my), lepas tu klik "semakan daftar pemilih"

atau

melalui SMS : 

taip  SPR [jarak] SEMAK [jarak] NOMBOR KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888


mari lah mari
pergi mengundi
jangan lupa kewajipan pada negara
lalalala~~~~
MySpace

22.6.12

Misteri cahaya biru terbongkar


Sebelum ni, aku ada tulis pasal misteri kelibat cahaya biru di sebuah kawasan dalam USM. Kelibat cahaya biru tu seringkali kelihatan dalam hutan atas bukit belakang blok desasiswa restu pada jam 3-4 pagi, pada minggu peperiksaan.

 misteri usm

Aku sedar akan kehadiran cahaya biru tu pon sebab masa tu, aku study untuk exam. Sesekali bila tengok, meremang jugak bulu roma.  Untuk mengetahui kisah selanjutnya, sila ke entry ini : Misteri Cahaya Biru di Desasiswa Restu

Kini, Setelah hampir enam bulan masa berlalu, misteri cahaya biru itu akhirnya dapat dibongkarkan. Bersama kru skuad budak farmasi, kami bawakan khas kepada anda paparan ekslusif mengenai pembongkaran misteri ini.

Kebetulan, sekarang musim durian. Dan berdasarkan pemerhatian, kami baru sedar akan kewujudan beberapa batang pokok durian di sekitar hutan tersebut. Kewujudan pokok durian ini hanya disedari apabila aku dan member2 mula mengidam nak makan durian.

Disebabkan mengidam yang amat, barulah salah seorang dari kami terperasan kehadiran beberapa biji buah durian yang masih berada di atas pokok, dalam hutan belakang blok desasiswa restu.

Maka, dipercayai bahawa kelibat cahaya biru tersebut adalah cahaya dari lampu suluh yang digunakan bagi mereka yang mencari buah durian yang luruh di waktu malam. 

sekali gus, pembongkaran ini dapat menangkis dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan cahaya biru tersebut datang dari lampu suluh yang digunakan oleh sesetengah pihak yang tak bertanggung jawab untuk  "menurun" [1] di balik hutan tersebut untuk mintak soalan spot yang keluar untuk exam.

rujukan:

menurun = 
1. agak miring (tanah, pantai, dll), landai ke bawah: gunung itu ~ dgn curamnya arah ke timur; 
2. pergi dr atas ke bawah (bukit dll), pergi melalui lereng bukit dll ke bawah: ia bergegas melangkah ~ bukit yg curam menjunam itu; 
3. menjadi kurang drpd biasa, beransur-ansur turun, menjadi reda (kemarah­an dll), berkurang, surut, susut: debar darahku ~ dan dadaku terasa lapang; mereka ditangkap kerana dituduh men-jalankan sabotaj yg menyebabkan peng-hasilan kilang itu ~; 
4. berpindah kpd (drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu, dll), turun kpd: ia benar-benar ~ kelakuan bapanya; 
5. kemasukan roh halus ke dlm tubuh (pawang, bomoh, dll), berada dlm keadaan tidak sedar dan seterusnya dapat menghubungi makhluk-makhluk halus (bkn bomoh, pawang, dll), bersawai: cara mengubat penyakit kadang-kadang dilaku­kan dgn cara ~; saya dapat menyaksikan bagaimana gayanya orang berpawang dan pawang ~ hantu;


Pha is


Segment : Team Follow Back by AmerCorner


sebuah segmen dari amer corner. kalau nak join, kelik SINI sebelum 30 jun 2012.

bilangan follower semasa entry ini ditaip : 729



21.6.12

Twilight untuk perempuan



persoalan yang selalu timbul dalam kepala otak aku setiap kali aku dengar pasai cerita Twilight, "lelaki tak boleh ke kalau nak minat cerita Twilight? cerita Twilight ni cuma untuk perempuan saja ke?" sebab selalunya, kalau sebut pasai cerita Twilight, mesti akan ada skeptical yang mengatakan cerita ni hanya untuk budak perempuan.

sama macam kes Justin Bieber yang dikatakan gay, atau seorang perempuan, atau lelaki yang belum baligh. personally, aku rasa ok je dengan Justin Bieber tuh. walaupon aku tak minat dia, tapi aku tetap tak faham kenapa ramai yang benci dia. 

berbalik kepada cerita Twiligh, aku ok je tengok cerita tu. aku layan je cerita tu dari dari mula sampailah ke 'Breaking Dawn' part 1. korang nak kata apa pon, katalah. tapi, aku rasa cerita ni tak ada la teruk sangat. 

memang la kadang-kadang, part romantiknya melampau-lampau. tapi aku rasa part action cerita ni pon boleh tahan bestnya. terutamanya bahagian yang ada werewolf. gempak seh. secara keseluruhannya, aku kira, boleh dikatakan seimbang la. part romantik ada, part action pon ada. ok la. kan?

so, sapa kata cerita Twilight ni tak sesuai untuk lelaki?

trailer the twilight saga : breaking dawn part 2

p/s : bulan november. lambat lagi... huh...


Pha is

19.6.12

tahniah penerima sijil rendah PSSCM

baru2 ni, telah dijalankan konvokesyen sijil rendah Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) zon tengah. tahniah buat mereka2 yang telah berjaya memperoleh sijil rendah. teringat pulak dulu2 masa aku berkonvo ambil sijil rendah PSSCM.

nak ambil sijil rendah ni pon bukannya senang. macam-macam dugaan dan ujian yang kena ambil. antaranya ujian fizikal dan ujian teori. ujian teori tu sejibik macam nak ambil exam kat U. kena study sejarah, matlamat, "syllabus" pelajaran silat, dan macam-macam lagi hal yang berkaitan dengan silat cekak.

ujian fizikal (praktikel) pulak, kena bersilat la. dalam ujian praktikel pulak ada macam2 katagori. katagori jatuh, potong, umum (menanti dan menyerang), dan tangkis serangan senjata. part senjata tu je la yang nak cuak sikit pon. hehehe..

apa2 pon, bagi yang dah "grad" sijil rendah, jangan tinggal terus silat. boleh lagi bergiat aktif. mana tau nanti boleh ambil sijil menengah pulak. untuk sijil tinggi, no komen. kalau ada "rezeki", dapat la.    



rakaman sekitar konvokesyen sijil rendah PSSCM zon tengah dalam Malaysia Hari Ini (MHI)



Pha is

17.6.12

Peristiwa Besar Bulan Sya'ban



1. pertukaran arah qiblat

Masa : sya’ban tahun ke-2 hijrah

Rasulullah SAW sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah swt pada bulan Sya’ban.

Ibnu Sa‘ad di dalam kitab al-Tabaqat meriwayatkan bahawa Rasulullah sedang melawat Ummu Bisyr bin al-Barra’ bin Mabrur di kawasan Bani Salamah. Beliau menyediakan jamuan untuk Rasulullah SAW dan sahabatnya.

Apabila tiba waktu solat Zuhur, Baginda bersolat di masjid perkampungan itu. Sedang Baginda berada dalam rakaat kedua solatnya, turun wahyu daripada Allah memerintahkannya menukar arah dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil Haram.

Baginda terus berpaling menghadap ke arah Kaabah ke sudut bertentangan dengan mizab (saluran emas) dengan pusingan 180 darjah dan terus menyambung baki solatnya. Oleh itu masjid berkenaan dinamakan Masjid Qiblatain.

2. Peperangan

a. Perang Zat Al-Riqa'
Masa : bulan sya’ban tahun ke-4 hijrah
Tempat  : Zat al-Riqa’

b. Perang badar yang terakhir
Masa : bulan sya’ban tahun ke-4 hijrah
Catatan : Abu Sufian telah pun mengarahkan tenteranya berpatah balik. Alasan mereka berpatah balik adalah disebabkan berlaku musim kemarau yang panjang, jadi tidak sesuai untuk berperang.Maka, tidak ada pertumpahan darah berlaku pada peperangan tersebut.

c. Perang Banu Al-Mustalaq Daripada Khuza'ah
Masa : bulan sya’ban tahun ke-5 hijrah
Tempat : al-Mari’

3. Nifsu Sya’ban

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata:

“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

4. kelahiran seorang hamba Allah

Masa : 28 Sya’ban 1410 Hijriah, bersamaan 26 Mac 1990 Masihi.

Pada jam 9.20 pagi di hospital sungai petani kedah, lahirnya seorang budak lelaki yang diberi nama Muhamad Faiz Bin Zakaria Bin Din Bin Saad Bin Hasyim. Beliau merupakan seorang penulis blog yang diberi nama Hikayat Budak Pening. Hehehehe...



Sumber :

filem pendek : GERAK

25 mei baru-baru ni, aku ada diner silat. jadi, kami geng penuntut silat tahun 3 saja nak buat satu filem pendek, untuk tayangan masa diner tu. sebuah filem pendek yang bertajuk "GERAK". kisah yang berkisar tentang cabaran seorang penuntut silat. 

so, sapa yang teringin nak tengok, boleh tengok video kat bawah ni. aku berlakon sebagai "Supir", watak jahat. sory kalau "muqaddimah" panjang sangat. cerita bermula selepas minit yang ke 1:13. dah pengarah yang edit macam tu. aku tak reti nak cut. hehehe.. 


jadi laa... kan? first time berlakon. hehehe


Pha is

15.6.12

ADAB MENDENGAR KHUTBAH JUMAAT


[sumber gambar]


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),


diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.a), bahawa Nabi saw bersabda : Jika anda berkata kata kepada teman anda [dengan perkataan] "dengar!" sementara Imam sedang membaca Khutbah, anda telah lagho" - Riwayat al-Bukhari #892, Muslim #851.


"Dari Abu Darda' berkata :"Nabi saw duduk diatas mimbar dan berkhutbah kepada manusia dan membacakan satu ayat. Ubai ibnu Ka'ab yang duduk disebelahku dan aku bertanya :'Ya Ubai, Bila diturunkan ayat tersebut? Beliau ENGGAN menjawab soalanku. Aku bertanyakan mengenai ayat tersebut lagi sekali dan dia tidak melayanku, dan aku bertanya lagi sekali kepadanya dan dia masih enggan bercakap denganku sehinggalah Nabi saw turun dari mimbar. Kemudian Ubai berkata kepadaku ,'Apa yang anda dapat pada hari Jumaat ialah melainkan lagho (cakap yang sia-sia)'. Setelah perginya Nabi saw, Aku pergi kepada beliau dan memberitahu apa yang berlaku, dan sabda beliau :'Ubai telah berkata Benar, Jika kamu mendengar Imam berkhutbah, maka dengarlah akan ia sehingga ia selesai"
(Riwayat Ibn Majah #1111, Ahmad #20780. Dikelaskan sebagai sahih oleh Al-Busayri dan Sheikh Al-Albani didalam Tamaam Al-Minnah, ms 338)."


Menurut Fatwa #4769 yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Buhuth Daa'imah (8/242) :

"Tidak dibenarkan menjawab Bersin dan memulangkan Salam, semasa Imam sedang berkhutbah, dan ia sahih dikalangan pendapat Ulama! Sesungguhnya kedua-duanya adalah percakapan, dan ia dilarang semasa Imam sedang berkhutbah"


Telah diriwayatkan bahawa Yahya ibnu Sa'ed Al-An asari berkata : "Adalah sunnah apabila Imam duduk diatas Mimbar pada hari Jumaat untuk semua hadirin memandang kearahnya"


Diriwayatkan oleh Naafi' bahawa Ibnu Umar menhabiskan tasbihnya sebelum Imam keluar, dan apabila Imam keluar, beliau akan memandang kearah Imam sebelum sempat Imam duduk.


Menurut Sheikh Abdul Aziz bin Baaz:

"Semasa solat Jumaat, orang yang Mu'min hendaklah mendengar Khutbah Jumaat dengan Khusyuk dan Senyap sunyi, dan ia ditegah dari bermain batu di atas tanah atau selainnya. Jika seseorang memberi salam kepadanya, hendaklah ia memberi isyarat dengan menggunakan isyarat tanpa bercakap. Jika ia meletakkan tangan untuk bersalam, tanpa bercakap, ia dibenarkan. Dia harus memberitahunya selepas Khutbah bahawa dia tidak boleh melakukan perkara tersebut, sesungguhnya dibolehkan kepada seseorang yang masuk masjid semasa Imam sedang berkhutbah untuk menunaikan 2 rakaat Tahiyat Al-Masjid, dan tidak memberi salam kepada sesiapa sehingga khutbah selesai., dan jika dia bersin, maka pujilah Allah (Alhamdulillah) untuk dirinya sendiri dan tidak menaikkan suaranya".


wallahu a'la wa a'lam

Facebook Security Tips




1. Know how to spot a scam
If an offer looks too good to be true, it probably is. Think twice before you click on a link for free airline tickets or other common scams.

2. Choose a one-of-a-kind password
Is your Facebook password different than your email password? If not, please reset your password today.

3. Confirm your mobile number
If you forget your password, we'll be able to text you a new one. To make sure we can reach you, confirm your mobile number.

[sumber]

12.6.12

aku dan fotografi.


Dulu aku ada la juga minat sikit-sikit dunia fotografi ni. tapi, tak la minat sangat. Sekadar ‘biasa-biasa’ je. Sebab tu, masa aku nak beli hand phone dulu, aku beli Sony Erricsson c901. Konon-nya sebab ada kamera so called “cyber-shot”.   

Dan Sekarang ni, dah ramai yang ada DSLR. Macam dah jadi trend. Dulu, masa aku first year kat kat usm ni, ada sorang member aku yang baru beli DSLR ni. beliau ajak aku beli sekali. Tapi, masa tu, aku ada priority lain dengan duit aku. Masa tu aku nak beli moto.

Lepas tu, lepas, seorang, seorang member aku beli DSLR. Masa tu, aku just cakap kat diri aku, “ah, pakai kamera henfon sudah.” dan kat bawah ni, antara gambar2 yang aku penah ambil pakai kamera henfon aku tuh.


 
sumber : blog 'Lensa Cikai', blog ke-2 aku

Tapi, sejak baru2 ni, roommate aku pon dah ada sebijik DSLR. So, semakin banyak la aku didedahkan dengan dengan dunia fotografi ni. kadang-kadang, kami keluar ‘outing’ bersama. Jadi, dari guna kamera henfon aku tu, aku mula menanam hasrat untuk memiliki sebuah kamera. So far, hasrat yang aku “tanam” tu tak tumbuh pon lagi pokoknya. Sekadar hasrat.

Tapi, aku tak minat sangat kamera jenis DSLR. Minat aku Lebih kepada kamera ‘hibrid’. Kecil, simple dan comel. Tak de la besar gedabak kalau nak bawak ke mana-mana. Antara yang Berjaya mencuri perhatian aku, Fujifilm X100.

Sekarang, tengah consider nak beli or tak. Hmm..  



Pha is

Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger


sebuah segmen yang dibawakan khas oleh bro hasrul hassan. kalau nak join, boleh klik baner sebelom 13 jun 2012 jam 5.00 petang.

nama blog : Hikayat Budak Pening
link blog : http://www.pening-pala.blogspot.com
bila mula berblogging : 24 november 2010
kenapa berblogging : saja-saja. sekadar suka-suka.
idola dan ikutan dalam dunia blog : asalnya blog ini diinspirasikan oleh blog seorang kawan, tapi, sekarang beliau dah deactivate blog, mungkin buat sementara waktu.

ok. siap.

11.6.12

Etika menyampaikan maklumat kesihatan

Mungkin ada sesetengah blog yang menulis tentang maklumat kesihatan atau promosi produk kesihatan. Bagi blog-blog yang berkenaan, Seelok-eloknya cuba patuhi criteria-criteria kat bawah ni.


PRINSIP-PRINSIP HONcode

1. Kewibawaan
Sebarang nasihat perubatan dan kesihatan yang disedia dan dihoskan di laman web tersebut diperolehi hanya dari para profesional perubatan yang terlatih dan berkelayakan, melainkan ianya dinyatakan dengan jelas yang nasihat tersebut datangnya dari sumber individu atau organisasi yang bukan berkelayakan di bidang perubatan.

(well, nak bagitau siap-siap, aku baru student farmasi. Belum bertauliah lagi untuk memberi sebarang maklumat kesihatan. So, sebarang maklumat berkaitan kesihatan dalam blog ni, sekadar perkongsian biasa. Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk doctor atau ahli farmasi yang bertauliah berdekatan anda. Hehe)

2. Ehsan
Maklumat yang disediakan di laman web tersebut dibentuk bertujuan untuk menyokong, bukannya mengganti hubungan yang telah sedia terjalin antara pesakit/pelawat laman web tersebut dengan doktor mereka.

3. Sulit
Data atau maklumat sulit termasuk identiti setiap pesakit dan pelawat laman web perubatan/kesihatan tersebut adalah dilindungi. Pemilik laman web berakujanji untukmematuhi atau memenuhi keperluan perundangan privasi maklumat perubatan/kesihatan yang digunapakai di negara tersebut dan menyatakan di mana laman web tersebut atau laman-laman web yang sama dengannya (mirror site) diletakkan.

(er, aku tak ada pesakit lagi. so, tak ada kaitan.)


4. Atribusi
Maklumat yang terkandung di dalam laman web tersebut, di mana yang sesuai, akan diperkuatkan dengan rujukan yang jelas mengenai sumber datanya dan dimana yang dirasakan perlu, akan disediakan pautan HTML tertentu ke data tersebut. Tarikh bila halaman klinikal tersebut dipinda atau diubahsuai akan dipamerkan dengan jelas (di bawah halaman berkenaan).

(contohnya, macam bahagian ‘sumber’ kat bawah tu)

5. Justifikasi
Sebarang dakwaan mengenai faedah/perlaksanaan usaha-usaha tertentu, produk atau khidmat dagangan, hendaklah disokong oleh bukti-bukti yang tepat dan munasabah sepertimana yang dihuraikan dalam Prinsip 4 di atas.

(Contohnya macam bahagian “rujukan” dalam entry “ubat gigi dan ulser mulut”)


6. Ketelusan Pengkaryaan
Para pereka laman web tersebut akan menyediakan maklumat yang jelas bersertakan alamat untuk dihubungi oleh pelawat-pelawat yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut atau bantuan tertentu. Pengelola laman web akan memaparkan dengan jelas alamat e-mailnya di seluruh laman web.

(contohnya, aku ada sertakan alamat email aku kat page “the boss”)

7. Ketelusan Penajaan
Sokongan terhadap laman web tersebut akan dimaklumkan dengan jelasnya termasuk identiti organisasi - organisasi dagangan atau bukan-dagangan yang turut menyumbang dana, khidmat atau bahan-bahan lain di laman web.

(blog ni ader iklan advertlets. Ini kira penaja jugak ke? Kalau kira sekalipon, rasanya tak ada kaitan sangat dengan produk kesihatan. So, insyaAlah, tak ada bias.)

8. Kejujuran pengiklanan/ Polisi Penyunting
Jika pengiklanan merupakan sumber dana yang diperolehi ia akan dinyatakan dengan jelas. Penerangan ringkas berhubung polisi pengiklanan yang diamalkan oleh pemilik-pemilik laman web akan dipaparkan pada laman web. Pengiklanan dan bahan-bahan promosi lain akan dimaklumkan kepada pengguna dengan cara atau dalam kontak yang dapat mempermudahkan perbezaan antara bahan tersebut dengan bahan asalnya yang dihasilkan oleh institusi pengendali laman web.

(so far rasanya aku tak de la promosi sebarang produk kesihatan.)



p/s : 8 kriteria ni budak farmasi kena hapal kot. Masuk exam. Harap2 kalau keluar soalan pasal ni, boleh aku jawab. Amen..



sumber dan rujukan

1. Health On The Net (HON) Code : PRINSIP-PRINSIP HONcode
(10 jun 2012)

2. nota kuliah FAR 251/2 - Pharmacoinformatic, (2011). Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia. 


Pha is

10.6.12

kisah cinta legendary...

Wait for it

p/s 1 : kalau tak paham, mesti tak pernah tengok cerita "How I Meet Your Mother"

p/s 2 : kalau sini ada 9gaggers, boleh la tolong "senyum" di SINI

Pha is

8.6.12

kenapa naik moto tunduk?


amaran : entry boring tension nak exam.

Pernah dengar tak orang cakap yang masa kita berak adalah masa yang paling banyak idea datang. Contohnya, baru2 ni, masa aku melepaskan hajat, tetiba aku terfikir, kenapa bila mat rempit bawa moto, diorang tundukkan kepala.

Lalu, ligat lah kepala hotak aku memikirkan soalan bodoh ini. Kalau nak tahu macam mana aku cari penyelesaian, korang tengok sendiri kat bawah ni:

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Bila halalaju motosikal constant,
v= constant
a = 0
∑F = ma = 0
Jadi,
∑F = Fm + G – R = 0
Where
Fm = force yang dikenakan oleh enjin moto
R = rintangan
G = factor gravity (bergantung kepada darjah kecerunan jalan)

G dapat dicari berdasarkan persamaa berikut:
G = mg cosec θ
Where
m = berat (moto + penunggang)
g = gravitational acceleration (9.81 ms-2)
θ = darjah kecerunan jalan

ada banyak factor yang boleh menyumbang kepada R. Antaranya rintangan angin, rintangan dari geseran rantai moto, rintangan dari geseran antara tayar dan jalan dan banyak lagi. fakto2 lain mungkin tak banyak significant.
R = Ra + Rr + Rj +......
Where
Ra = rintangan angin
Rr = rintangan dari geseran rantai
Rj = rintangan dari geseran antara jalan dan tayar.

Ra berkadar terus dengan halalaju motosikal, halalaju angin yang bertiup dan luas permukaan hadapan
Ra α v A
Ra = k(vm + va)A
Where
k = constant
vm= halalaju moto i.e “topspeed”
va = halalaju angin yang bertuip(kalau arah bertentangan, jadi ‘-ve’)
A = luas permukaan hadapan

Theory :
Jika R dapat dikurangkan, dalam Fm yang sama (andaikan jalan landai, G = 0), ∑F ≠0. Jadi, moto akan accelerate dan halalaju moto,v  akan meningkat. Bila v meningkat, R akan meningkat, sehinggalah moto mencapai sesuatu halalaju dimana R kembali menyamai Fm  dan ∑F kembali menjadi kosong serta halalaju kembali constant. Secara kasar, dalam Fm yang sama tapi v dapat ditingkatkan

Jadi, factor yang boleh mengurangkan R yang paling mudah dan significant adalah dengan mengurangkan A

 A ada 2 bahagian iaitu luas permukaan hadapan moto dan luas permukaan hadapan penunggang
Jadi :

A = Am + Ap
Where
Am =  luas moto (tetap. Bergantung kepada bentuk (aerodinamik) moto)
Ap =  luas permukaan hadapan penunggang (bergantung kepada penunggang, sama ada duduk menegak atau tunduk i.e. meroket)


Secara kasar, Ap dapat ditentukan dengan persamaan berikut

Ap = T sinθ x L

Where
T = panjang dari kepala hingga ke pinggang penunggang
L = lebar bahu penunggang
θ = darjah ketundukan penunggang (semakin tunduk penunggang, semakin kecil θ )
            julat θ  = (0o< θ <90o)

kesimpulannya, semakin tunduk penunggangà semakin kecil nilai θà semakin kecil nilai Ap àsemakin kecil nilai A à semakin kecil nilai Ra à semakin kecil nilai R à semakin meningkat nilai vm.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Lebih kurang macam tu la yang aku pikir. Cuma part calculation je yang aku fikirkan lepas habis berak. ni jalan kira yang aku conteng2. Hehehe...



p/s 1 : wei faiz, ko nak amik exam FARMASI. bukannya exam FIZIK..!!! yg ko buat bnde tak berpekdah ni apehal? study farmasi la..!!!!

p/s 2 : aku rindu fizik...

Pha is

majalah manggis keluaran jun

cretaz production membawakan kepada anda : 


hampeh ko arip..!!! pandai2 je ko edit. sejak bila pulak aku bangga tayang perut nih..??? hahahahaha


Pha is

6.6.12

PERAK


di suatu petang yang indah, dua orang sahabat sedang bersembang di laman sesawang muka buku. seorang budak penang dan seorang lagi orang selangor. antara yang dibualkan adalah seperti berikut.


Pha Is : dulu, Suri dan yang lain-lain ada singgah rumah aku. Diorang pi bergambar kat tengah bendang. bila diorang dah balik, adik aku tnya aku : "abang, awat yang depa tu dok perak jakun mcm tak pnah tengok bendang ja..." hahahahhahahaha

Cik Ain : hahahha ngek lah kau. meh aku tag sorang2 kat sini. haha. errr dorg tu bukan dari perak. mcm suri kan selangor.

Pha Is : ish... ni lagi satu salah tafsir. "perak" yang aku maksudkan disini bukan berbunyi "perak" nama negeri dan bukan juga bermaksud negeri. suku kata "pe" dalam perkataan "perak" tu sama bunyi dengan suku kata "pe" dalam perkataan "pecal". dalam loghat utara, "perak" (dengan suku kata -pe- berbunyi seperti suku kata -pe- dalam sebutan -pecal- ) bermaksud "Tercengang-cengang kehairanan". bak kata pepatah, "Seperti rusa masuk kampung." mcm tu la lebih kurang...

Cik Ain : hahahahhahahahahahahahahahah weyh!!! AKU SUKA EXPLANATION KAU!..ouhhh. mana la nak taw........huuuuuuuuuuuuu aku tak penah dengar ayat tuuu

Pha Is : tu la.. kalau nak menikah dengan orang utagha, kena la tau.. hahaha.. nnti baru ngam ngan mak mentua.. hahaha

Cik Ain : MISCOMUNICATION. payah. haha. aku speaking jep lah nnti

Pha Is : loklaq sangat aih.. hahaha

Cik Ain : loglaq tu mcm "sengal" kan?

Pha Is : hmm.. lebih kurang. tapi sengal tu mcm "lembut" sangat. ni sengal yg hard core.

Cik Ain : oh buleh ditukar dengan ayat "bongok" kot kalau hardcore. haha

Pha Is : ha... lebih kurang la.. hahaha

Cik Ain : hiaq hiaq hiaq. (hihihi)

Pha Is ‎: (-_-')...



Pha is

wordless wednesday #WW33 : penasihat cinta

I know some of you are like this, too.



wordless wednesday yang lepas :

wordless wednesday #WW32 : KIPS 2012

pergh.. terliur aku.. KAWASAKI NINJA KIPS 150RR tahun 2012. banyak tiru bentuk kawasaki ninja 250r. bila la nak sampai malaysia.


wordless wednesday yang lepas :

5.6.12

meghela


di suatu malam yang hening, beberapa orang sahabat sedang ber-chating di laman sesawang muka buku


(sumber)

Zahra : ‎Pha Is, meh nak cerita sikit.. si Pika ni memang dah tahap tak sabar sangat2 dah.. selalu mengadu yang dia jeles tengok orang2 sekeliling kawen dulu sebelum dia..hahah..

Pika :  eeeeee...=_=' pecah rahsia la plakkk adehh! huhuhu

Pha Is ‎: Zahra, lorh... ye ke.. hmm.. elok la tuh... dua2 meghela... hahahha

Zahra : ‎Pha Is, meghela tu apa??

Pha Is ‎: Zahra, buka kamus dewan edisi ke-4, cari perkataan "merela"... hehehe

Pika : mksudnya 'gatai'. hehehe kan?

Zahra : oo0oooo..gatai2..! hahaha

Pika :  ‎Pha Is, lain kali tulis mcam nie...”meqela”..baru la paham. huhu

Pha Is :  huruf ‎"Q" lebih sesuai jika jadi gantian kepada huruf "ain" atau "qauf". tapi, dalam konteks "meghela" huruf ditengah-tengah tu ialah huruf "ghein". so, lebih sesuai jika guna gantian "gh"...

Pika : yelaaa...baru ja kena bebel ngan cik Zahra ni haa...kita BM fail. huhu mna la taww :P

* * * * * * * * * * * * * * * * *
Rujukan :
Merela = Kd gatal (perempuan), biang.
( Kamus Dewan Edisi Empat)


Pha is


3.6.12

botak : kelebihan dan kekurangan


Dah dua sem berturut-turut, bila lepas exam, aku botakkan kepala. Tak ada tujuan yang jelas pon sebenarnya. Saja-saja. Mungkin sekadar “bertahallul” lepas exam, atau mungkin juga sebagai nazar. Dan semester ni, sedang difikirkan sama ada aku nak botak jugak atau tak.

Jadi, berdasarkan pengalaman aku berbotak, saja nak list-kan kelebihan dan kekurangan botak.

Kelebihan botak

1. kepala sentiasa sejuk, terutama bila lepas mandi, duduk bawah kipas angin. Pergh.. memang ni’mat. Hehehe

2. Tak perlu fikir pasai sikat or minyak rambut.

3. Bila turun dari moto, tak perlu nak perbetul atau check rambut kat cermin sisi.

4. suatu hari, aku dan member pi keluar makan kat ABU. Masa tu orang memang ramai kat kedai tu. Kami semua order sekali, tapi makanan aku yang sampai dulu. Bila aku dah habis makan, baru makanan diorang semua sampai. pelayan tu ingat aku ni gangster kot. Hehee..

5. pi mana-mana pon, orang akan puji. “ pha is, lawa rambut!” hehehe

6. masa yang diambil untuk mandi akan kurang. badan cepat je basah sebab Air dari kepala cepat je turun ke badan. Tak perlu nak amik banyak masa untuk bilas rambut..

7.  orang kata, botak itu sexy. Teeett~~~

 
Kekurangan botak

1. helmet cepat rosak. Sebab bila rambut mula nak tumbuh, kepala akan sedikit “tajam” dan kasar(macam jari peter parker dalam citer spiderman). So, kulit kepala akan melekat kat bahagian dalam helmet. Bila nak keluarkan helmet, agak susah dan akan buat bahagian dalam helmet tu terkeluar sekali. (helmet murah. Kalau yg mahal tak pe)

2. mana saja korang pi, akan rasa diperhatikan, terutamanya oleh budak-budak. Tapi, tak pe, buat muka ganaz sikit, lepas tu jegil diorang. Troll yang tak pernah menghampakan. Hehehe...

3. kulit kepala lebih cepat berdaki. Ye la, kalau ada rambut, ada halangan untuk daki melekat. Jadi, walaupon tak berambut, tetap kena shampoo.




Hmm.. nak botak ke, tak...


Pha is

2.6.12

berhibur sambil berselawat

semenjak dua menjak ni , terngiang-ngian lagu ni dalam kepala hotak aku. lagu yang bertajuk "binnabil huda". lagi layan kalau dengar versi acapella punya. pergh.. syahdu je.... 

memang mantap kumpulan UNIC ni. 3 orang je pon, tapi dah sedap giler. kalau nyanyi lagu ni, at least sambil menyanyi, boleh jugak berselawat. dapat gak pahala. hehehe...


"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Al-Ahzaab 33:56)

Daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a, Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (S.W.T) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. 
[Hadith riwayat Imam Muslim ]




Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa aalihi Muhammad
Allahummasholi wassallim 'ala sayyidina Muhammad
wa shohbihi Muhammad





p/s : semalam aku bermimpi, aku bersilat dengan bro ben ashaari. huh, apa kes?

Pha is

rehat sebentar, bersama NFS

aku ni, kalau study tak boleh lama-lama. nanti muntah. kalau tak caya, tengok SINI. paling lama aku boleh bertahan pon, dalam 30 minit. lepas tu, kena jalan2 jap, bergosip ziarah jiran bilik sebelah.

kebetulan, wallpaper laptop aku sekarang ni bertemakan game Need For Speed (NFS). bila aku tengok skrin laptop aku, tiba2 rasa teringin pulak aku nak main. huh, dah lama dah aku tinggal. seingat aku, sem ni tak pernah lagi main.

last-last, aku selongkar bilik cari controler. nasib baik jumpa. pastu,  main game NSF : carbon "se-round". bagi aku, kalau takat nak main kejap-kejap, NFS:carbon la best, sebab ada drift. baru puas.

hasilnya :


tunggang langgang aku main. asyik langgar dinding je.. hehehe.. ni game je. kalau nak race betul2, kena lalu jalan teluk bahang la. tengok la nanti, lepas exam... hehehe..

dah2. sambung study.



Pha is

1.6.12

bloger student farmasi usm

tetiba rasa nak buat list blog-blog budak farmasi usm batch aku. blog dari blogger yang aku rasa sekarang ni tengah tension study untuk exam yang dah nak dekat. kalau korang rajin, terjah la diorang ni. tapi, maklum saja lah, budak farmasi ni sibok sikit. so, ada yang aktif, ada yang kurang aktif.

tapi, bak kata blogger medic terkenal, si fatin liyana dalam Malaysia hari ini, "masa tu ada, tapi kena pandai cari.." hehehe...
(au kama qaal)[1]

proses n' dreams

:: s -II h II y II- m ! e m Y ::
by syamimi

...CeRiTera SpaNa... 
by 'ana spana'






by daus

KISAH SANG PUTERI


coretan aku 





bagi sesiapa yang dah nak dekat exam macam kami jugak, gud luck.! semoga exam kali ini dipermudahkanNya... ok. dah.. sambung tengok dragon ball study balik. 

daftar kata:
[1] au kama qaal
bermaksud "atau seperti yang disebut"
selalunya disertakan sekali dengan sesuatu hadis jika orang yang 'quote' hadis tersebut kurang pasti akan matan hadis tersebut.

matan ii
Ar 1. naskhah asli, teks (utk syarahan dll); 2. nas yg terdapat pd akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat.
(kamus dewan edisi 4)



Pha is