30.4.12

Berblog dalam dewan kuliah

Saat aku dalam dewan kuliah, tapi fikiran terlontr jauh entah kemana. Bila lecturer mendodoi manja, dengan alunan-alunan nota dari bait-bait lirik slide power point. Sesekali diselit ceritera-ceritera kisah muda remajanya, yang tak kurang hypnotic effectnya.

Ah, salah aku jugak. Pemalas..!!! Lihat kiri, kawan bermain game temple run.. Rancak tanpa henti. Kejap calit ke kiri, kejap calit ke kanan. Meluncur laju jarinya di skrin samsung galaxy s2.

Lihat kanan pulak, kawan leka bertwitter. Malah, bukan dia seorang. Saat kubuka laman pencicit, penuh dengan cicitan-cicitan sahabat sekuliah aku. Masing-masing dengan rungutan mereka.

Sudah-sudah la tu faiz ooii... Sudah...!!! Aku nak belajar...!!!

daus, firdaus mat yudof, firdaus, rambut hensem,
Model sambilan

posted from Bloggeroid

29.4.12

the avengers : antara iron man dan the hulk.


Semalam, baru lepas tengok movie the avengers. Tengok pukul 12.50 pagi. Waktu lain semua dah penuh dekat quens bay ni. lambat pon lambat la, janji dapat tengok.



iron man, the avengers, marvel, tony stark
Asalnya, tujuan utama aku nak tengok cerita ni just sebab ada iron man. Bagi aku, dalam banyak-banyak hero, iron man la yang paling versetail. tapi malangnya, dalam cerita ni, aku rasa iron man kurang menyerlah. Secara peribadi, aku lebih suka watak iron man dalam cerita “iron man” dan “iron man 2” berbanding dalam the avengers.



the hulk, the incredible hulk, marvel, the avengers
Si Hulk ni pulak, masa dalam cerita “the incredible hulk”, macam pathetic giler. Tak boleh control, asyik marah je,  tak de sense of humor, dan kurang ciri2 heroic. Tapi, dalam cerita the avengers, Hulk ni awesome gila..!!!! seriously! aku rasa, dalam the avenger, dia yang paling best. Terutamanya bila dia “buli” loki. Hahahaha..



aku rasa, yang lain-lain  tu, biasa2 je. Keseluruhannya, cerita the avengers ni kira ok la. walaupon tak mencapai expectation aku, tapi berbaloi la untuk tengok. 


Pha is

daftar mengundi.

sedih, sayu, geram, hairan, tak puas hati, semua ada.

umur aku dah menjangkau 22 tahun. jadi, secara tak langsungnya, dah kira layak untuk daftar sebagai pengundi. dengan semangat patriotiknya, demi negara dan ibu pertiwi, maka aku pon pi la daftar mengundi. tapi, sampai sekarang, bila buat semakan, dibilangnya "record not found".

apesal erk? ke, memang lambat detect?


27.4.12

demonstrasi v3.0 (beta)


semenjak dua menjak ni, aku mula perasan yang rakyat malaysia sudah mula kerap berdemonstrasi. dengan landasan hak kebebasan bersuara, sikit-sikit, nak buat demonstrasi. salah sikit, demonstrasi. marah sikit, demonstrasi. tak puas hati sikit, demonstrasi.

malah, ada yang sampai di-upgrade-kan hingga version ke-3. agaknya version yang lepas dah outdated kot. hehehe... bila jadi macam ni, pihak kerajaan pulak, terus buat "fatwa" kaum kera. masuk keluar berita, "rakyat dinasihatkan agar tidak menyertai perhimpunan HARAM."

Tapi, kalau dah rajin nak berdemonstrasi sangat, senang je. masuk silat. tiap-tiap bulan, ader je jemputan buat persembahan demonstrasi silat. boleh buat demonstrasi puas-puas. tak ada sapa nak larang, tak ada sapa nak marah.

heheheh



silat cekak malaysia, demonstrasi, seni bela diri


p/s : masih lagi berpeluang untuk ke london. tak nak try?



Pha is

tips turunkan berat badan dengan cepat


A guy calls the company and orders their 5 day - 5kg weight loss program. The next day, there's a knock on the door and standing before him a voluptuous, athletic, 21 year old babe from J.C. dressed in nothing but a G-string and a pair of Nike running shoes and a sign around her neck.The sign reads, 'If you can catch me, you can have me.' 

Without a second thought, he takes off after her. A few miles later huffing and puffing, he finally gives up. The same girl shows up the next four days and the same thing happens. On the fifth day, he weighs himself and is delighted to find he has lost 5kgs as promised.

He calls the company and orders their 5day - 10kg program. The next day there's a knock at the door and standing before him is the most stunning, beautiful, sexy woman he has ever seen in his life. She is wearing nothing but Reebok running shoes , a G-string and a sign around her neck that reads, 'If you catch me, you can have me'.

Well, he's out the door after her like a shot. This girl is in excellent shape and despite his best efforts, but no such luck. So for the next four days, the same routine happens with him gradually getting in better and better shape.

Much to his delight on the fifth day when he weighs himself, he discovers that he has lost another 10kgs, as promised.He decides to go for broke and calls the company to order their 7 day - 25kg program.

'Are you sure?' asks the representative on the phone.. 'This is our most rigorous program.'
'Absolutely,' he replies, 'I haven't felt this good in years.'

The next day there's a knock at the door and when he opens it he finds 
a huge muscular guy standing there wearing nothing but pink running shoes, a G-String and a sign around his neck that reads,

'If I catch you, you're mine.' 

he lost 31kgs that week. . .


[sumber]




selamat mencuba..!!!


p/s : jom ushar projek terbaru Yuna

Pha is

26.4.12

Filem-Filem Disney Terbaru!

Emma Watson sebagai The Little Mermaid


Kristen Bell sebagai Beauty And The Beast


Aishwarya Rai dalam cerita Aladdin


Angelina Jollie sebagai Pocahontas


Christina Aguilera sebagai Snow White


Lucy Liu sebagai Mulan



first of all, ni bukan poster cerita betul-betul. just photoshoped. tapi, kalau filem2 ni keluar kat pawagam betol2, korang nak tengok tak? hehehe..

[sumber]





p/s : panjangkan imaginasi anda dengan twisties




Pha is

exam : think positively..!!!


jadual exam aku dah keluar. sepertimana sem-sem yang lepas, lebih kurang sama je setiap sem. jadual exam yang sangat-sangat pack yang amat. memang sakit hati je tengok. nasib, nasib....

kenapa la budak kos farmasi ni selalu dianak-tirikan oleh usm? heran aku. budak kos lain, gap antara paper kadang2 ada yang sampai seminggu..!!! budak kos aku? tiap2 hari..!!! paling teruk, dua sem lepas. kami kena jawab 6 paper dalam masa 5 hari berturut-turut. tak ke naya tuh..!!!

jadual exam sem ni, kira ok la sikit. tapi, aku masih tak puas hati.
12 jun (selasa petang)
13 jun (rabu petang)
14 jun (khamis petang)
15 jun (jumaat petang)

18 jun (isnin petang)
20 jun (rabu pagi)
21 jun (khamis pagi)
21jun (khamis petang)
22 jun (jumaat pagi)

hmm.. redha je la... apa boleh buat. kena hadapi denga tabah la... sedih aku. sob....sob....  (Short Of Breath)
kan bagus kalau exam cancel...

tapi, secara positifnya, bila jadual pack, exam habis awal. so boleh cuti awal..!!!!!



p/s : tengah sedap makan keropok twisties. sapa nak twisties.?

Pha is

Samsung Global Blogger


berminat? boleh joint kat SINI.




Pha is

mereka rajin komen

setiap blogger ada keutamaan masing2 terhadap blog mereka. ada yang nak kan page view, kalau boleh sehari nak sampai seribu. ada yang nak kan follower, kalau boleh tiap2 hari nak follower diorang bertambah. ada yang pentingkan ranking, contohnya macam dalam alexa dan sebagainya. dan tak kurang juga yang nak kan earning iklan.

aku tak nafikan, sebagai seorang blogger, at least, walaupon tak banyak, aku teringin juga benda2 kat atas tuh. tapi, bagi aku, apa yang aku lebih suka, ialah komen2 pada setiap entry. aku tak kata yang lain tu tak penting, cuma kepuasan aku lebih apabila ada orang komen di setiap entry aku.

bagi aku, bila ada orang komen, bila ada feedback dari pembaca, baru seronok sikit. sekurang-kurangnya, tak de la one way communication je. dan tak de la aku dok syok sendiri je cakap sorang2.

jadi, sebagai penghargaan, kat sini aku ucapkan ribuan terima kasih kepada semua blogger2 yang sudi komen kat blog Hikayat Budak Pening ni. segala jasa baik korang dalam memberi maklum balas, amat aku hargai.

dan kat sini aku listkan top10 pengomen tegar blog Hikayat Budak Pening ni. diorang ni memang rajin2 belaka dalam mengomen. so, tak rugi rasanya kalau korang terjah diorang. mana la tau, lepas ni, diorang jadi pengomen tegar kat blog korang pulak.! hehe

kepada yang tak tersenarai, jangan berkecil hati, aku tetap menghargai jasa baik korang... thanks so much..!!!
(n_n)

http://cahayatwinz.blogspot.com/


http://najihahsahami.blogspot.com/


http://amrykin.blogspot.com/


http://azlanthetypewriter.blogspot.com/


http://mohdshahzuddin.blogspot.com/


http://secukuprasasebuahcerita.blogspot.com/


http://thesadhepy.blogspot.com/


http://sapeeja89.blogspot.com/


http://www.cikbolat.com/


http://mymedium-tiha.blogspot.com/


p/s : hmm... sapa tak nak pi london. kan?

Pha is

25.4.12

patah kaki


Semalam, Selepas maghrib, aku dikejutkan dengan berita seorang sahabat aku yang patah kakinya semasa bermain bola petang kemarin. Sepanjang hidup aku, Ni dah kali kedua kawan aku patah kaki masa main bola.

patah kaki, break leg, soccer, football, bola sepak, ganas, sukan ganas, tersadung kaki, horrific soccer injury
gambar hiasan

Sekarang, beliau kat hospital. Dah la final exam dah nak dekat. Semoga Allah cepat menyembuhkan kaki beliau. Amen..

Kali pertama peristiwa kawan aku patah kaki, masa aku darjah 5, pada tahun 2001. Memang bersimen la kaki dia. Ada cerita disebalik kisah tu yang aku tak boleh lupa.

Kawan aku yang patah kaki masa aku darjah 5 tu namanya akmal. Main bola masa waktu pendidikan jasmani (PJ). Lepas je kaki beliau patah, kawan aku lagi sorang, si kamal pergi bagitau kat cikgu PJ.

Si kamal ni report kat cikgu PJ macam ni :

“cikgu..!!! kaki akmal putuih..!!!!”


Pha is

Makan vs bola

Sekarang, di kedai mamak. Teman member tengok bola. Barcelona lwn chelsea. Tapi, mata member aku je yang dok tengok bola. Aku? Datang sini sebab nak makan je...

Bila chelsea sumbat gol, bila barcelona gol, org lain pakat sorak, aku makan buat tak tau je, sambil tulis entry pakai android. Hehehe

Bola oh bola... Hmm.. Best lagi pekena capati nih....!!!!

posted from Bloggeroid

24.4.12

Siapa Blogger Rajin Blogwalking?

seperti yang dipersetujui... berdasarkan segment jom blogwalking ramai-ramai by Tia yang aku joint baru-baru ni, kat sini aku senaraikan semua link2 blog yang telah joint segment tersebut.

so, buat mana-mana blogger yang rajin blogwalking, boleh la pi ziarah diorang. selamat terjah..!!!!





ni'mat


Segala puja dan puji abagi Allah, tuhan sarwa sekelian alam, yang telah melimpahkan bermacam-macam rahmat dan ni’mat kepada kita. Pernah tak kita duduk sejenak, berfikir, tentang segala ni’mat yang telah Allah bagi?

Sama ada ni’mat yang besar-besar, seperti ni’mat iman, islam, masa, nafas, hinggalah ke ni’mat yang biasa-biasa, seperti ni’mat makan, tidur, buang air, dan sebagainya.

Dan cuba fikir, dalam banyak2 ni’mat yang ‘biasa-biasa’  tu, ni’mat yang mana yang korang rasa paling berharga buat korang?

Ada Sesetengah orang paling bersyukur atas ni’mat penglihatan. Mungkin sebab dia rabun or specky, so, dia mungkin lebih tahu betapa berharganya ni’mat penglihatan.

Ada sesetengah orang pula, yang paling disyukurinya, adalah ni’mat masa lapang. Mungkin kerana dia pernah menghadapi masa2 yang sibuk.

Setiap orang berbeza pandangan mengenai ni’mat2 ni. Dan aku, rasanya, yang paling aku hargai, ialah ni’mat merasai kesedapan sesebuah makanan.

Tak dapat aku Bayangkan kalau aku tak dapat lagi merasa ni’mat sedap, walaupon makanan yang aku makan adalah makanan yang paling sedap.

Tapi, aku hargai ni’mat ini bukan kerana aku pernah makan makanan yang tak sedap, tapi kerana aku suka makan. Tu je...

Dan korang?




Pha is
   


someday...

semenjak dua menjak ni, bila aku tengok balik movie2 lama yang ada dalam external hard disk baru aku tuh, kadang-kadang, certain part or certain dialog dalam cerita tu akan membuatkan aku terfikir sejenak. contohnya, macam yang kat bawah ni. someday...



kalau tak jelas, boleh klik untuk lebih klear.


Pha is


Jom Blogwalking Ramai-ramai

ini kisah tia, tia, kisah tia, tia blogger, kisah hidup tia, segment, jom blogwalking ramai-ramai

sebuah lagi segment oleh Tia. kalau nak joint, kena klik baner sebelom 24 april 2012 jam 5 petang. cepat..!!!!
ok.
khas untuk Tia, sekarg follower blog ni baru 626.
khas untuk pengunjung sekelian, diucapkan selamat datang ke blog hikayat budak pening. kalau sudi, follow la... kalau tak follow pon tak pe, aku tak kisah. tiada paksaan.. kan?



Pha is

23.4.12

jersi pelikat

bila nak pi solat jumaat, selalu nampak budak lelaki pakai baju jersi bola dengan kain pelikat. walaupon jersi lain2, tak kira la jersi malaysia ka, Manchester united ka, red worrior ka, kain pelikat yang dipakai mesti selalunya, lebih kurang sama je.

so, apa kata lepas ni, buat lelaki-lelaki sekelian, kalau nak pakai jersi pi solat jumaat, kita pakai jersi lengkap, siap dengan kain pelikat yang match dengan jersi tu. contohnya, macam kat bawah nih:



kain pelikat, jersi, pasukan bola sepak, football, team malaysia, sokong, bola sepak, manchester united, harimau malaya kuning, harimau malaya biru, the red worrior, the deer negeri sembilan, baju, solat jumaat, lelaki, pakaian solat, penyokong fanatik, penyokong hardcore, gila bola, jersi lawa

so, amacam? mana satu pilihan di hati? hahahah

Pha is

Segmen Bloglist TERHEBAT Bulan Mei by Shera !


 masa jalan2 blog, tetiba nampak segment ni. dan tiba2 jugak, rasa rajin nk joint. hehehe.. tetiba je... so, sapa yang nk joint, boleh klik kat baner tuh, or boleh klik kat sini, sebelom 30 april.


kening sexy

so far yang aku perasan, ada 3 pelakon lelaki yang bagi aku, tarikan utama diorang ialah mempunyai sepasang kening yang sexy. (FYI, aku tak gay, ok.) siapa pelakon2 tu? jom kita tengok.

yang pertama, kat bawah ni adalah gambar Michael Keaton, berlakon sebagai bruce wayne dan juga sebagai batman dalam cerita 'batman return' (1992).
batmat return, hero, gotham, Michael Keaton, bruce wayne, 1992, angkat kening


yang kedua, kat bawah ni pulak, seperti yang sedia maklum, satu2nya pelakon bollywood yang mendapat gelaran dato', tak lain dan tak bukan, dato' Shahrukh Khan.
shah rukh khan, dato, hero, bollywood, hindustan, hensome, kacak


last but not least, my feveret, Ian Somerhalder yang berlakon sebagai Damon Salvatore dalam cerita 'The Vampire Diaries'. fuh, mengancam beb..!!! hahaha
damon salvatore, ian somerhalder, the vampire diaries, kening, sexy, hensem, vampire


so, amacam? heheh



Pha is

22.4.12

aku budak pening

well.. aku memang budak pening, bukan budak 'baik'. jadi, kepada yang berkenaan, this is me. i don't want to  have to live up to anyone's expectation.





p/s : aku suka tengok kening damon salvatore. hehehe..



Pha is

21.4.12

hilang nafsu syahwat

sebagai seorang bakal ahli farmasi, kami kena la biasakan diri dengan term2 perubatan yang akan diguna pakai kelak bila dah bekerja. term2 ni termasuk lah shortform yang digunakan bagi memudahkan komunikasi berbentuk tulisan antara pegawai2 perubatan.

masa 1st year, kena hafal semua latin abbreviation. singkatan ni digunakan untuk baca tulisan doktor dalam prescription. kat bawah ni contoh2 antara singkatan2 tu.


singkatan
asal
maksud
a.c.
ante cibum
Before meals
a.m.
ante meridiem
Morning
b.i.d. (or bid)
bis in die
Twice a day/daily
gtt.
gutta
Drop
h.
hora
Hour
h.s.
hora somni
At bedtime
p.c.
post cibum
After food
p.m.
post meridiem
Afternoon
p.o. or po
per os
Orally
p.r.n.
pro re nata
as needed
q.
quaque
every
q.2.h.
quaque 2 hora
Every two hours
q.4.h.
quaque 4 hora
Every four hours
q.6.h.
quaque 6 hora
Every six hours
q.8.h.
quaque 8 hora
Every eight hours
q.d. or qd
quaque die
Every day/daily
q.h.
quaque hora
Every hour, hourly
q.i.d
quater die sumendus
Four times a day
q.o.d
quaque otram diem
Every other day
q.s.
quantum sufficiat
A sufficient quantity
qd
omni di
Daily
Rx or 
recipe
prescription
Sig. or S.
signa
directions
Stat.
statim
Immediately, with no delay
t.i.d. or tid
ter in die
Three times a day
u.d.
ut dictum
As directed


dan masa 2nd year pulak, baru aku tahu yang SOB tu pulak maksudnya "short of breath". so, contohnya, kalau korang terbaca ada kawan2 korang yang tulih "sedihnya, sob... sob...", maksudnya, dia tengah bersedih sampai semput nafas la tuh. (short of breath).

dan yang terbaru, tadi, baru aku belajar yang LOL juga bermaksud "Loss Of Libido". so, kalau korang terbaca ada orang tulih "this is so funny. LOL..!!!", maksudnya, dia tergelak sampai hilang nafsu syahwat la. (loss of libido).

hahahahahaha.... LOL..!!!!  


Pha is

20.4.12

kaca mata


bagi mereka yang  specky, kalau tak de speck, mesti hidup korang akan kelam kabut, kan? nak buat apa pon susah. tambah2 kalau power speck korang tu memang tinggi.

kat bawah ada sebuah video pendek, yang aku jumpa kat fesbuk berkenaan kaca mata. try la tengok. seriusly, bila aku tengok, terkena batang hidung sendiri. terasa sampai menusuk qalbu dowh.. 

"seperti kaca mata.. 
sebaik bangun dari tidur, ia perkara pertama yang saya capai. 
dan sebelum tidur, ia perkara terakhir yang saya letakkan.
just like Al-Quran.
kaca mata islam
kaca mata hidup kita"



19.4.12

hadiri jemputan walimatul 'urus



Sabtu ni, insyaAllah, akan beronvoi ke kenduri kahwin seorang kawan. budak satu kos, satu batch. Kahwin muda. Kalau dulu, masa beliau akad nikah, aku tak dapat nak pi. tapi kali ni, insyaAllah, untuk walimatul 'urus beliau, aku dapat pi.


berkonvoi dengan moto sejauh 60 km. harap2 semuanya berjalan lancar. ameen..

Apa2 pon, jom baca beberapa hadis berkenaan menghadiri jemputan kenduri kahwin (walimatul ‘urus)


Rasulullah SAW bersabda;

“Hak muslim pada muslim yang lain ada enam yaitu: (1) Apabila bertemu, berilah salam padanya, (2) Apabila diundang, penuhilah undangannya, (3) Apabila dimintai nasihat, berilah nasihat padanya, (4) Apabila dia bersin lalu mengucapkan ’alhamdulillah’, doakanlah dia (dengan mengucapkan ’yarhamukallah’), (5) Apabila dia sakit, ziarahilah dia, dan (6) Apabila dia meninggal dunia, iringilah jenazahnya.” (HR. Muslim)

"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Apabila seseorang di antara kamu diundang untuk menghadiri walimatul 'urus, penuhilah.” (HR. Muslim)

"Barang siapa yang tidak menghadiri undangan walimah/pernikahan, sungguh dia telah derhaka pada Allah dan Rasul-Nya.” (HR. Muslim)


Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata;
“Apabila kad undangan walimah ditujukan untuk semua orang, tidak ditentukan siapa yang diundang, maka mungkin dapat dikatakan ini adalah undangan jafala (undangan yang bersifat umum), tidak wajib memenuhi undangan seperti ini. Namun jika dia yakin bahwa dialah yang diundang, maka memenuhi undangan ini menjadi wajib kerana ini sama saja dengan undangan dari lisan si pengundang.”

Apabila orang yang diundang dalam keadaan sakit atau sedang merawat orang sakit, atau sibuk menjaga harta, atau cuaca pada hari tersebut sangat panas atau sangat dingin, atau hujan pada hari itu sangat deras sehingga membasahi pakaian, atau dia adalah orang yang terikat kontrak kerja dan tidak diizinkan oleh majikannya, maka dalam keadaan-keadaan seperti ini tidaklah wajib untuk memenuhi undangan. (Lihat Taudhihul Ahkam).

Wallahu a’la wa a’lam

Rujukan:

Pha is

17.4.12

hikayat budak pening di bloglist mereka 5

macam yang sebelum2 ni, entry ni bagi menghargai jasa2 mereka yang telah meletakkan blog Hikayat Budak Pening ni dalam bloglist di blog2 mereka. macam mana aku boleh tau? sebab diorang dah TERKANTOI melalui tafic source yang masuk ke blog aku ni.


untuk nak tahu mereka2 yang dah terkantoi sebelom ni, boleh tengok kat sini:
Hikayat Budak Pening di bloglist mereka 1
Hikayat Budak Pening di bloglist mereka  2
Hikayat Budak Pening di bloglist mereka  3
Hikayat Budak Pening di bloglist mereka 4

kali ni, senarai bloger terbaru yang baru terkantoi :

1. PAHEET MANEES hidoop sapeeja (http://sapeeja89.blogspot.com/)


sebuah blog dari seorang bloger yang bernama norshahfeza hamsan. seorang kawan seperguruan silat di usm. hehehe.. aku baru je tau yang dia ada blog. seriusly, dalam kelas latihan silat, tak beberapa nak kenal sangat. tapi, bila baca blog beliau, beliau ni jenis yang 'gila2' jugak.. hehehe. try la singgah.


2. Ini Kisah Tia (http://www.inikisahtia.com/)


ni pulak blog si Tia.err... kalau tak silap, bukan nama sebenar. hehehe. bloger sabahan. (pon kalau tak silap) huh. misteri sungguh tuan punya blog ni..!! beliau ni memang agak serius dalam berblog, tapi cara penyampaiannya agak santai. boleh baca sambil rilex2. tak perlu nk pikir2 sampai serabut kepala. boleh try singgah.


*********************************

akhir kata, berbanyak2 terima kasih aku ucapkan buat mereka2 yang sudi meletakkan blog aku yang tak seberapa ni di bloglist. terharu sangat2. hehehe... thanks semua..!!!



Pha is

49:11

16.4.12

cuti-cuti malaysia : zoo taiping

zoo taiping, 3 sekawan, cuti-cuti malaysia, safari night, perak, zoo, haiwan, lawatan
entry bergambar. so, kalau rasa tenet slow, sory.

minggu lepas, masa cuti pertengahan semester, aku ngan member bercuti sakan. tak tau la kenapa tiba2 je rasa semangat nak bercuti. bercuti pon kat zoo. macam budak2 je kan? hahaha...

zoo, taiping. tiket masuk kami kena RM 12 seorang. ok la. lagipon, bukan selalu. apa salahnya sekali sekala bercuti kat malaysia ni. dapat la jugak menjana sektor percutian kat malaysia nih.

kat dalam ni, ada dua pilihan. nak jalan kaki pon boleh, nak naik "kereta api" pon boleh. kami jalan kaki je. boleh tengok ngan bergambar puas2. kalau naik kereta api, tengok kejap2 je la. dia bukannya berhenti pon. lalu gitu je. kelebihannya, kalau naik kereta api, drebar tu boleh la bagi penerangan sikit pasai menatang2 yang ada kat dalam zoo tuh.

yang ni harimau dalam sangkar. boleh tengok je la.


yang ni pulak, harimau luar sangkar. baru je terlepas. nasib baik kami ada. boleh tolong tangkapkan. hehehe..


silat, budak silat, kuat, lawan, badak sumbu, bersilat, kung fu, silat badak, posisi silat, kekuda, ilmu batin, zoo taiping, cuti-cuti malaysia, pesilat
agak2, sapa yang menang?


ni buaya betol tau. buaya tembaga. dah la dok nganga sengap2 je... mula2 ingatkan patung. lepas tu, baru nak gerak2 sikit.  


antara aktiviti yang best. bagi rusa makan. err, sebelah aku tu pelancong dari korea. sebab tu dari tadi dok pakai topi. hehehe


ni burung hantu spesis ape ntah. 


ha!! singa betina!! sory la. aku cari singa jantan, tak keluar2 pon. keje lena je.. kalau tak, boleh dengar suara dia mengaum. member aku cakap, suara singa mengaum memang kuat. sekali dengar boleh meremang bulu roma. tapi, tak dapat la nak merasa.


kat situ tertulis tak boleh bagi makan ikan. tapi, kat kedai dalam tu, ada jual makanan ikan. bila kami tanya, orang yang jual tu cakap, makanan tu boleh bagi ikan kat dalam zoo tu makan. so, member aku si duan ni beli la sepacket. bagi ikan makan. berebut-rebut tu...

banyak lagi menatang2 dan aktiviti2 yang boleh buat bila masuk dalam zoo taiping ni. kat sini, aku just tunjuk beberapa je la. cukup dulu kot stakat ni. nanti aku cerita masa bercuti kat pulau langkawi pulak...


Pha is