Skip to main content

Sama Ja

sekarang dah masuk minggu study week. so, aku balik penang kejap. aku rindu penang. bila dah balik penang, boleh jumpa member2 yang dah hampir 3 bulan ditinggalkan, boleh merasa makanan penang, dan boleh jumpa mak sebelum exam. tambah pulak, kelmarin member satu sekolah aku punya kenduri kahwin. memang kena turun penang la...

bila dah sampai penang, aku jumpa salah seorang member penang. kat bawah ni perbualan kami:

baq : lama tak nampak. aku tengok hang ni sama ja...
aku : habis tu, apa yang hang expect aku akan berubah?
baq : ha la, aku tengok hang ni kat kelantan kerja makan ja. tapi balik sini aku tengok badan hang tak besar-besar pun. sama ja..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

aku rasa, baru 3 bulan aku tak balik rumah, tapi dah macam-macam perubahan yang dah berlaku kat rumah dan kampung aku.

contohnya, tak jauh dari rumah aku, dulu ada satu kawasan yang telah diratakan untuk buat rumah. last time aku balik, kawasan tu baru bertanah merah. belum buat apa-apa lagi. tapi, bila aku balik baru-baru ni, dah ada rumah yang hampir nak siap, dengan pagar dan gate-nya sekali.

then, aku nampak ada beberapa anak kucing hitam berkeliaran di rumah. rupanya kucing kat rumah aku beranak lagi. aku sempat nampak 2 ekor anak kucing je. mak cakap, asalnya empat ekor, tapi ada orang mintak nak bela. mak kata, yang lagi 2 ekor tu jenis"ekor kembang."

yang tinggal kat rumah aku ni yang ekor tak beberapa nak kembang sangat la.


Comments

  1. ooo...jadi mentinlah ni..hehee

    KY pun nak sekorlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nk sekor, datang la rumah. mai tengok.. heheh

      Delete
  2. Replies
    1. berat naik jugak sebenarnya.. mgkin dia x perasan. hehehe

      Delete
  3. ok la. makan byk pun badan maintain kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk. x de la maintain sangat.. hehe

      Delete
  4. huhuhu..selalu orang mintak yang cantik2 kan..yang x brape nak cantik xnak pulak ambik..:)

    ReplyDelete
  5. lelaki memang susah nak naik badan, kalau fie kerja makan je macam awak alamak badan macam tong dram lah. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ramai je kawan perempuan pha is yg jenis badan x naik2... katanya, makan la apa pun, still besar tu jugak.. heheh

      Delete
  6. bestlaa, blh mkn byk2, tp berat tak naik kan, huhuhu..

    untunglaa kucing ekor kembang, laju je org amek,, yg ekor tak kembang org wat tak tau je eh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. yg ekor kembang je org cari.. hehe

      Delete
  7. untung arr makan banyak badan tak naik :P

    ReplyDelete
  8. lelaki mmg mcm tu susah nak naik badan kan?? tapi kalau kurus sgt pun x best kan? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..!!! stuju sgt2... kalau kurus sangat pun x best.. dia nk bersisi sikit.. "badan sedap2" kata orang.. hehehe

      Delete
  9. untunglah kan badan tak naik2.. yang saya ni makan sikit je terus naik sekilo.. penat nak jaga diet.. sobsob

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk..? ingatkan badan susah nk naik gak.. tengok dok besar tu ja.. hahahah

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi