Skip to main content

Motosikal Idaman

dulu, jentera motosikal impian aku ialah kawasaki ninja 250r. aku tau, cc nya masih dalam katagori kelas bawahan. idea asalnya, kerana aku nak pakai untuk pergi kerja je, bukan pakai racing. hehehe.. lagi pun, aku fikir, aku malas nak ambil lesen moto lagi sekali. (B full). sebab untuk lesen B2, 250cc dah boleh pakai.

kawasaki ninja 250r 2013

kemudian, melalui pembacaan di forum-forum, ramai cakap kalau pakai kawasaki ninja 250r tak berbaloi. kata mereka, kalau stakat ninja 250r, kawasaki kips 150rr pun dah boleh potong. (orang yang kata, bukan aku) so, akhirnya ninja 250r aku tolak tepi.
kawasaki KIPS 150rr 2013

orang kata, kalau pakai kips 150rr pun, dah puas hati kalau setakat nak jalan biasa. sebab utama, murah. kelajuan pun okay (untuk kelas 150cc), dengan pawer-valve systemnya lagi. cuma aku tak berkenan dengan bunyi kips. macam motor mat rempit je bunyinya. (2-stroke)

dalam banyak-banyak jentera bawah 250cc, antara yang paling orang rekemen dalam forum-forum, yang aku perasan, ialah kawasaki zx2r (250cc). bunyi okay, enjin pun okay, kelajuan pun okay. orang kata, memang jentera yang paling berbaloi untuk 250cc. malangnya, kawasaki dah hentikan pengeluaran model zx2r pada tahun 1999[2].

kawasaki zx 250r (zx2r) 1991

kemudian, aku beralih pandangan ke jentera yang besar sikit cc-nya. mula-mula aku pandang kawasaki zx6r (636cc). mungkin sebab aku geram zx2r dah tak keluar. so far, masa tu. aku target, memang lepas kerja aku nak angkat zx6r la. macam dah muktamad la kiranya.
kawasaki zx6r 2013

kemudian, tak tau kenapa, sejak akhir-akhir ni, selera aku beralih pulak dari "superbike" kepada "naked bike" atau dalam terjemahan google translate-nya, "motosikal terlanjang", sebab enjinnya tak pakai baju i.e enjin terdedah. baru sexy. hehe.. so, mula-mula, aku pandang kawasaki er6n. (masa tu, aku pandang kawasaki je, yang lain tak tengok dah).

kawasaki er6n 2013

then, member aku si jemey ni cakap, dari aku pakai kawasaki er6n yang 2-inline, baik pakai yamaha xj6 yang 4-inline.

bagi yang kurang tahu apa beza 2-inline dan 4-inline, 2 inline lebih kepada pick-up, sedangkan 4 inline lebih kepada top speed.[1]


"2-inline pikap sedap, top speed kureng. max boleh pergi pon 220kmh je (habis perah) kalau 4-inline, memang mantap, top speed senang-senang  240kmh (bole pergi lagi)."
(kipaskertas_108, 2012)

"pick-up 2 inline 650cc = pick-up 4 inline 900cc. lebih kurang la dalam 500meter. lepas 500 meter.. inline 4 adalah king on the road "(miehensem, 2012)


anyway, member aku si jemey nikong ni, aku tengok dia ni dari dulu target kawasaki z1000. macam tak pandang yang lain dah. aku sebolehnya malas nak main cc tinggi-tinggi sangat sampai 1000cc. bawah-bawah sudah. tiap-tiap tahun tak de la perit sangat nak bayar insurance dengan road tax. hehehe...
kawasaki Z1000 2013 (special edition)

so, berbekalkan nasihat dari jemey, aku mula ushar-ushar yamaha xj6. masa tu, aku kurang berkenan sikit kerana dalam aku dok servey, yamaha dah mula keluarkan model xj6 dalam bentuk "diversion". macam separuh naked. dia punya kepala pakai tudung (macam superbike) tapi enjin terdedah (naked). macam budak-budak zaman sekarang la. (if you know what I mean)
yamaha xj6 diversion 2012

kemudian, baru-baru ni, dunia motosikal dikejutkan dengan kemunculan kawasaki z800 yang baru. bagi aku, rupa model ni cukup-cukup "jahat." serius tak tipu. sekali pandang, nampak moto ni "jahat" giler. terutamanya kat lampu depan. cuba korang tengok.
kawasaki z800 2013

kemudian, yamaha xj6 kembali menyinar dengan model 2013-nya yang ditambah dengan versi "facelift", selain "diversion"-nya. kali ni, nampaknya aku dah tertarik balik dengan yamaha xj6 ni. sangat-sangat "hensem". tak macam z800 yang nampak "jahat" sangat. harga pun murah sikit. yer la 800cc dengan 600 cc.
yamaha xj6 facelift 2013

tak cukup dengan itu, baru-baru ni keluar pulak khabar angin yang mengatakan kawasaki akan keluarkan pulak model naked terbaru, kawasaki z250 dalam masa terdekat (khabarnya januari 2013). gambar moto ni pun tak ada lagi. yang ada cuma sketch.

kawasaki z250 2013 (sketch)

kesimpulannya, aku rasa tahun 2013 ni banyak membawa perubahan dalam dunia motosikal berkuasa tinggi. yang tu baru dari kawasaki dan yamaha je. ducati, honda, suzuki, KTM (bukan keretapi tanah melayu, tapi Kraftfahrzeuge Trunkenpolz Mattighofen)[3] dan yang lain-lain tak tengok lagi.

hmm.. dah-dah... study2.. exam dah nak dekat. bye..!!!  


[edited : 1 Feb 2013]

akhirnya, keluar jugak gambar motosikal Kawasaki  z250. tadaa...!!!

new kawasaki naked bike, 2013, z250
kawasaki z250 2013


p/s : kalau ada cadangan motosikal model lain yang lagi bagus, rekemen la kat aku. hehehe...

rujukan : 
1. carigold forum. thread: "[WTA] kawasaki ER6N". 2011 Aug. 25.[cited on 2012 Dec 30]. available from: URL:http://www.carigold.com/portal/forums/printthread.php?s=233284a09080b234d2c1b9b9bd11b1d6&t=261971&pp=10

2. Wikipedia. Kawasaki Ninja ZX-2R. 2011. [online] modified on 2012 Nov 2. [cited on 2012 Dec 30]; available from: URL:http://en.wikipedia.org/wiki/Kawasaki_Ninja_ZX-2R  

3. wikipedia. KTM. 2007 [online]. modified on 2012 Dec 23. [cited on 2012 Dec 31]; available from: URL:http://en.wikipedia.org/wiki/KTM

4. gambar motosikal kat pak cik gugel. malas nak tulis semua. hehehe...


maa'ssalamah,
Pha is

Comments

  1. serius bro. yang jahat tu smart gila..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. smart tu mmg smart dah...

      Delete
  2. pergh... smart gile motor2 tuh..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. sampai tak tahu nk buat pilihan...

      Delete
  3. lagi gembira kalau ada yang hadiahkan kan kan kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Semart moto2 tu.. tp kita xde lesen B tu, bawak motor pun tak reti =)
    Maaf xreti dan takde idea pasal motor. kalau tanya pasal Toyota tau la teman nk menjawabnya, hehehe,
    ~Salam 2013, moga yg diimpikan tercapai

    ReplyDelete
  5. tak minat moto..haha
    sis ada lesen moto pun sebab kena paksa ambik..haha

    ReplyDelete
  6. badan kecik sangat, naik moto tak pernah jejak tanah. asyik jadi pembonceng aje.. huhu

    ReplyDelete
  7. sume motor yg pha is 'giler' tu cantik. Mesti lebih bergaya pasni...hehe

    ReplyDelete
  8. Saya mencadangkan XJ-6 2013(Naked)..4 Inline lebih selesa pakai berbanding ER-6N 2 inline..4 inline lebih sedap cruzing utk long distance

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. memang saya target y tu pun.. kalau ada rezeki la...

      Delete
  9. gua pon x tau bro nak pilih bro.. gua ngah cari 250 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua pun igt tgh cari zx2r.. secend je la yg ada sekrg ni. pastu convert.. x pon, cari yg dah convert siap2.. tapi tu pun tunggu keje la.. smntara nk tukar lesen B full.. hehehe

      Delete
    2. Zx2r banyak masalah kat valve, disarankan terus potong dari wishlish.. Dalam kelas 250, Zx2r mmg antara yang legend, tapi mungkin sebab overpower jadi valve dia cepat bengkok kalo selalu lenjan.. Pendapat individu..

      Delete
    3. yg ni pun pernah terbaca jugak. masalahnya kat valve yg senang bengkok, yg khabarnya sebab ianya hanya sebesar "straw"...

      Delete
  10. Replies
    1. tu la.. dengar citer bulan 10 ni dah nk masuk malaysia..

      Delete
    2. Z250 hanya parallel twin kalo xsilap..
      Sejujurnya, kalau nk amek model superbike @ naked, biarlah yg 600 cc ke atas.. Terus amek mid range, kepuasan tu ada..
      Cuma harap berhati2 dan sentiasa pakai at least minimal safety gear sebelum bawa motor, dan jangan ride mcm mat rempit x tentu hala..

      Delete
    3. sama dengan enjin ninja 250r kan?
      hmm.. memmag antara target saya sekarang jx6.. insyaAllah..

      Delete
  11. 250r 2013 pn ok...bro.....blajar dri bwh..pas da pndai...trade in yg tggi skit...tetibe bwk cc beso...kang len jd nye...mudahan selamat semua...aq da pki 250r yg 2013 yg mate dua ni ni...ok la stakat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugka sorang member pakai ninja 250 ni. pernah try bawak haritu skali.. ok la..

      Delete
  12. Keren" Motornya
    Salam Kenal ,,
    Blogwalking .. Visit My Site Advie Motor Racing Shop

    ReplyDelete
  13. Gila lah wei...ak rsa mcm dok baca ttg moto ad gaya skit2 mcm pnlisan org nk buat tesis haha

    ReplyDelete
  14. sangat menarik z250 tetapi mempunyai 1 piston sahaja kan?
    Kalu lebih baik dan ceria menggunakan riding gear yang cantik
    www.bag2udotcom.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, tak lah.. kawasaki z250 yg saya maksudkan dalam entri ni ada dua silinder (piston).. cuma terkemudian lepas tu, baru kawasaki bawa masuk kawasaki ninja 250 SL (1 piston) bagi menggantikan pengeluaran kawasaki ninja zxr150rr (kips) yang menggunakan enjin 2 stroke.

      kemudian, kawasaki ninja 250 SL didatangkan pula dengan variasi nakedbike dengan nama kawasaki z250 SL.. yg itu baru 1 piston...

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal