Friday, December 28, 2012

Makan2 Klate 17 | Selera Cik Siti

western kelantan

kali ni, aku nk membawakan kepada anda restoran Selera Cik Siti, di Taman Kenangan (Jalan Abdul Kadir Adabi), Kota Bharu, Kelantan. (coordinate :   6° 7'27.71"N 102°15'53.07"E - lebih kurang). sebenarnya, dah lama dah aku dengar pasal Selera CIk Siti ni. dah ramai yang recommend kat aku, sejak aku kat penang lagi. so, agak popular la jugak kiranya kedai ni.

orang kata, kat situ popular dengan makanan western, antaranya chicken chop. tapi, malam tu entah macam mana, aku kempunan lamb chop. so, aku order satu. harga kalau tak silap dalam RM14.00. agak murah jika nak dibandingkan dengan Mr. Cook Western Food.[2]

selera cik siti
lamb chop

tapi, dari segi rasa, aku lebih prefer lamb chop yang kat Mr. Cook Western Food tu [2]. daging kat sini agak liat. serius liat. sampai lenguh tangan aku dok hiris daging kambing ni. seriusly..!!! rasa pun kureng sikit. lepas tu, saiz pun tak memuaskan. so, kesimpulannya, untuk lamb chop sahaja, aku lebih prefer Mr.Cook Western punya, walaupun yang tu mahal sikit (RM22.00)

selera cik siti

untuk air pula, aku dengan arif order Selera Cik Siti cocktail. bunyi macam style. nampak pun macam style. rasa pun style..!!! yang ni memang sedap. tak boleh nak dinafikan. hehehe... harga tak beberap nak ingat, tapi dalam RM4.00 gitu la kalau tak silap.

husni farmasi usm

aku sorang je yang pekena lamb chop. husni, arif, dan ikrar, semua order chicken chop. dari segi rupa, bagi aku dah K.O. sebab harap pinggan je besar, tapi ayam kecik. harga kalau tak silap dalam RM9.00 lebih kurang.

dari segi rasa, malangnya, ketiga-tiga mereka bersetuju bahawa chicken chop ni agak kureng. kata mereka, rasanya memang tak boleh lawan yang Mr Cook Western punya tuh.

pha is, arief


sebelum aku pergi, sebenarnya aku dah google siap2 pasal selera cik siti ni. sepertimana kes aku pada malam tu, kebanyakan maklumat yang aku dapat dalam internet tu adalah komen yang negatif. antaranya[1] :

"Chicken chop mace punaaa. Xsupo dulu"
"Sanggup menunggu lama? Inilah tempatnya"
"jgn dtg utk makan masakan panas kecuali chiken cop.. Lain2 lambat tahap siti sifir"
"Ore kijo supo taik doh.. Bad service"

aku rasa, ada betulnya komen-komen tu. sebab chicken chop laju je dapat. lamb chop aku lambat jugak nak tunggu.

kesimpulannya, tempat makan ni lawa, luas, kemas. so, kalau nak keluar dating dengan awek, boleh la. sambil tunggu makanan sampai, boleh sembang-sembang. ye dok? hehehe.. (sebab antara orang yang rekemen kat aku tempat tu pun, beliau pernah makan kat situ masa keluar dengan awek beliau)

tapi, kalau time lapar, tak digalakkan singgah....


rujukan :

1. Foursquare. Restoran Selera Cik Siti.[online]. [cited on 2012 Dec 27]; available from: URL:https://foursquare.com/v/restoran-selera-cik-siti/4db65b0cfa8c3502410eeba1

2. Pha Is. Makan2 Klate 8 | Mr. Cook Western Food. [online] 2012 Nov 14 [cited on 2012 Dec 27]; available from: URL:http://pening-pala.blogspot.com/2012/11/makan2-klate-8-mr-cook-western-food.html

maa'ssalamah,

Pha is


16 comments:

  1. pernah dulu pergi sebulan lepas. tapi x sangka pulak bad service.. lambat sikit lagi, mati tinggal flight balik KL. wuuuu. =='

    ReplyDelete
  2. adey, bad comment.. huhuhhu tapi, air tu nampak besttt!!

    ReplyDelete
  3. Selera Cik Siti cocktail tu nampak sedap nyer. tak best la kalau service lambat.

    ReplyDelete
  4. kalau ada bad comment mmg ima tak pergii daaaaaa..

    Rajinnyeee jln2 makan2. awek awk ni mesti gemok bf bg makan byk hehe

    ReplyDelete
  5. Makanan mahal mana sama ngan yg murah punya, memei sesuai la tu, yg murah rasa dia ada kureng sikit...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ada je yg murah dan sedap... hehe..

      Delete
  6. tak minat sangat makan makanan western ni.. selera kampung juga yang boleh mengenyangkan saya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la.. jrg mkn western.. kdg2 je.. tetiba je teringin nk rasa.. hehe

      Delete
  7. bab koktail tu tak menahan,,sedapnya,,

    hahah kalau aku tak leh saba dh lapa memg xseswai mkn sini=p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ko.. mkn x reti nk sabar dah.. hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...