Skip to main content

Makan2 Klate 15 | Dlah Maggi Ketam Corner


kali ni, kami satu group E clerkship husm jalan-jalan makan maggi ketam. tempat ni cik Izzah yang tunjuk. kami follow je. kedai ni terletak di jalan pauh sembilan, dekat area bachok kalau tak silap. (coordinate :   6° 4'50.85"N 102°21'47.71"E - lebih kurang, sebab situ kawasan kampung. susah betul nak cari kedai pakai google earth)


bila sampai, aku tengok kedai ni macam gerai biasa-biasa je. tak de la nak nampak special sangat. dah la terletak di dalam kawasan kampung. nampak pun macam gerai makanan yang biasa-biasa je. mula-mula, aku agak skeptic sikit terhadap kedai ni. macam biasa-biasa je..

tapi, kat kedai tu ramai orang kot. lepas tu, bila kami nak try duduk kat satu meja tu, waiter tu cakap, meja tu dah di-reserve. pergh.. lepas tu, dia tanya aku pulak, kami datang sini buat tempahan atas nama siapa? pergh.. kedai macam ni pun nak kena buat reservation? giler grand..!

lepas tu, pandangan aku terhadap kedai tu terus berubah 180 darjah. bak kata orang, don't judge a book by its cover. hehe...


ini aku punya maggi ketam. ada maggi, sayur, telur, sotong, udang, dan ketam. banyak "perkakas" dari maggi kan? bak kata pepatah:

"ada maggi di sebalik ketam"



sila lihat perbezaan size hidangan untuk Shi Ying (kiri) dan fadhilah (kanan). Shi ying vegetarian, so, dia order maggi dan sayur saja. fadhilah, well, of course la maggi ketam. tapi rasa nak tergelak bila nak order maggi untuk Shi Ying.

"maggi ketam satu, tapi tak nak ketam"



cik Izzah dengan muka exited makan maggi ketam. exited-nya beliau ditambah lagi apabila beliau amat berbangga kerana tak sesat jalan semasa menjadi pemandu arah kami. beliau la yang bawa kami ke sini. (tapi masa balik, beliau sesat juga)


bagi memudahkan pihak pelanggan, restoran ini ada menyediakan tukul dan "nut cracker" bagi membuka isi pada penyepit ketam. lihat bagaimana cik Izzah dan cik Hidayah dengan exitednya mengetuk dan mengeluarkan isi ketam. hehehe..

harga untuk maggi ketam dalam ± RM 22.00. untuk nak komen sedap atau tak, dari segi magginya, kira boleh la... walaupun agak kureng sikit sebab ditambah dengan telur. rasa maggi tu dah diserap oleh telur. sebab tu kureng sikit.

komen untuk ketam pula, komen aku tak akan valid, sebab aku tak minat sangat ketam. bukan aku tak suka langsung, aku boleh je kalau nak makan ketam. tapi nak kata minat tu, tak la.

so, kalau korang peminat ketam, memang berbaloi-baloi la kalau singgah sini. kalau korang jenis tak minat ketam macam aku, kalau setakat just nak merasa, atau sekadar seronok-seronok nak keluar dengan member, boleh la.

untuk pertanyaan lanjut atau tempahan, boleh call nombor yang tertera dalam gambar yang atas sekali tuh.
Dlah Maggi Ketam Corner (017-9096421)


maa'ssalamah,

Pha is


Comments

  1. amboi..siap kena buat tempahan tu.huhu
    sis tak minat ketam. kalau meggi tu boleh la mkn..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. lbih kurg la... boleh makan, tapi x minat sangat ketam...

      Delete
  2. magi ketam? xpernh dgr..mesti sdap nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. mai kelantan sni, baru dgr.. sblum ni x pernah...

      Delete
  3. aku tak suka makan ketam kt kedai,hahah payah woooo,,kalau kt umah tggal gigit2 jek, xpayah cover2

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, kat sini x pyah gigit pon.. perkakas smua ada... kalau ada nut cracker tu, sng je wei... x payah gigit2...

      Delete
  4. Assalammualaikum...jemput singgah dan jemput join

    http://aone2m.blogspot.com/2012/12/guessguessguess-segmen-by-athir.html

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. boleh la, kalau stakat nk layan dgn member2.. hehe

      Delete
  6. Kat sini pon ada jugak, tp mahal sgt la utk smangkuk maggi...

    ReplyDelete
  7. saya pun tak minat ketam juga.. tapi macam mahal aje maggi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. mmg agak mahal.. skali skala x pe la.. ehehehe

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi