Makan2 Klate 14 | Mak Su Nab Nasi Air

aku rasa, kelantan ni agak popular dengan nasi air. first time aku dengar istilah nasi air ni pun lepas aku datang kelantan. kat penang tak pernah pulak aku dengar istilah ni. moi (bubur) nasi aku tau la. dan aku pun sampai sekarang tak pasti apadia sebenarnya nasi air ni.

dulu masa first time aku beli nasi air (beli untuk rumate sebab dia tak sihat) kat area KB (dekat gerai sekali dengan KB Burger Bakar), aku tengok 'nasi air' tu sebijik macam moi sup. tak ada beza pun. tapi, tadi aku singgah di restoran Mak Su Nab Nasi Air, nasi air nya macam nasi dalam sup. boleh nampak nasi sebutir-sebutir. jadi, adakah nasi air itu moi sup? ada orang boleh tolong jawabkan tak? hehehe...

okay, kita tinggalkan persoalan tu disitu, dan kita terus ke kedai nasi air ni. restoran Mak Su Nab Nasi Air ni terletak di Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota bharu, kelantan. (coordinate : 6° 7'29.11"N 102°15'20.59"E - lebih kurang) 


aku tengok, selain nasi air, ada banyak juga masakan lain yang ada. tapi, untuk hari tu, aku try nasi air special. dalam tu ada nasi, bihun, sup, ayam, kelempung, dan perut. harga aku tak pasti, tapi kalau sekali dengan teh ais, aku kena RM 4.70

nasi air special

rasanya boleh tahan la sedap. sampai licin mangkuk tu aku sapu. kira okay la tu kan? hehehe..


manakala member aku yang lain pekena nasi air telur je. ada nasi, bihun, sup, ayam, dan telur. 

nasi air telur
akhir kata, memang ada banyak lagi kedai yang jual nasi air kat kelantan ni. tapi aku tak sure yang mana yang sedap atau popular. so, aku hentam je la kedai yang ni. hasilnya, Alhamdulillah, tak mengecewakan.

so, kesimpulannya, kedai Mak Su Nab Nasi Air ni memang tak rugi kalau singgah.

maa'ssalamah,
Pha is


[edited on 13 desember 2012 : cirit-birit atas tanggungan dan risiko sendiri. dua orang member aku yang pergi, keesokannya cirit, tapi aku tak apa-apa]  

Comments

  1. terliurrrrr,,sok nak cari moi sup,hahahaha

    ReplyDelete
  2. Nasik air orang Kelantan mewah penuh daging isi ayam meatbal sayur lagi. haha. Dah tak rupa nasik air untuk orang sakit

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk? ari tu rumate mkn elok je.. hehehe

      Delete
  3. Aku kenal nasi air masa aku kat KMPh.. Aku kenal moi sup masa aku kat USM..

    Bubur je laaaa senang -.-"

    ReplyDelete
  4. mcm2 nasi air ade ya.kena terjah nnt ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. merata kedai ada jual nasi air kat area kelantan ni...

      Delete
  5. order semangkuk,,belogisam disini

    ReplyDelete
  6. pergh. cam best je bro nasi air tu. kat kelantan je ada ek? teringin nak try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat negeri lain x tau ada atau tak, tapi first time dgr kat kelantan la.. kat penang x de...

      Delete
  7. memang dah betul dah kedai ni.. memang popular pon mak su nab nasi air ni, dari kecik2 dulu lagi. :)

    ReplyDelete
  8. KY tengok macam sedap je..kan?

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. owh.. dah pnah makan la sblum ni yer.. hehe

      Delete
  10. guano laa tutup dohh ..kawe dri kecik sapa besar duk makei nasi air mak su nab ni.. loni tutup..kawe ase ngida dooh

    ReplyDelete

Post a Comment