11.12.12

Makan2 Klate 13 | Ice Cream Baba


sebenarnya aku tak sure sama ada aku patut masukkan ice cream baba ni dalam senarai jelajah makan-makan kelantan aku. bukannya apa, makanan kali ni, bukan dari gerai terkenal, apatah lagi dari restoran mewah. cuma ianya datang dari sebuh gerai yang diperbuat dari motosikal yang berbumbungkan payung.

aku tau, kalau setakat motosikal yang jual ice cream, memang dah banyak orang buat. ice cream paddle pop dan mat kool pun dah ada. apatah lagi 'ais bata' yang dipotong dan di-cone-kan. tapi, kali ni, lain sikit. first time aku nampak ice cream baba ni bila aku kat kelantan.  

aku mula-mula nampak ice cream baba ni bila aku jejakkan kaki kat kawasan bebas cukai rantau panjang (coordinate :   6° 1'4.55"N 101°58'24.92"E ). aku tak tau la kot-kot kat celah-celah kampung di serata negeri kelantan ni memang ada orang jual ice cream baba ni. yang aku nampak, kat rantau panjang ni je la.
nice colour
gambar credit to : izzah syahmina
kat sini, memang banyak orang jual ice cream baba ni. dah macam 'franchise' aku tengok. dari nama, sampai la ke bekas simpanan ais. sama je. masa first time aku ke rantau panjang, aku buat bodo je tengok ice cream baba ni. tak terasa nak try pun. bila kali kedua aku pi, baru terdetik nak rasa.

agak style la jugak cara penyediaan ice cream baba ni. aku pun tak beberapa nak ingat isi kandungan ice cream baba ni, sebab banyak layer sangat. mula-mula dia buh ice cream, pastu roti yang dipotong kecil, jagung manis, kacang tanah, pulut, kacang hitam, coco crunch, susu, (dan apa lagi entah, dah tak ingat dah). akhir sekali, di double dengan layer ice cream lagi satu, dan di serikan dengan buah ceri. style kan? harganya RM 2.00.
muka-muka gembira makan ice cream baba.
gambar credit to izzah syahmina
rasanya, boleh tahan la. lain dari yang lain. tak rugi try. so, kalau pergi kelantan, bila singgah kawasan bebas cukai rantau panjang, boleh la try ice cream baba ni. hehehe...

maa'ssalamah,
Pha is 

21 comments:

  1. sedap dan uniknya .... kreatif sungguh :)

    ReplyDelete
  2. sedap je ni mcm,,=) kompom aku beli ni kalau g sane

    ReplyDelete
  3. menarik betul.. :D first time dengar nama aiskrim baba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. kat tmpat lain x pnah nmpak pon.. heheh

      Delete
  4. sedapnya..tapi KY kurang gemar aiskrim ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk? jarang dgr org yg tak gemar ais krim... terutamanya perempuan...

      Delete
  5. tak pernah lak tahu kat kelantan ade ice cream baba. nak kena try makan ni :)

    ReplyDelete
  6. NICE ENTRI :)

    btw done follow ur blog [1188]

    ReplyDelete
  7. nyum nyum nampak best jer ais krim tue...

    ReplyDelete
  8. Sedap dn unit hehe eh kita kat kelantn ni. Smlm try cari kedai western mr cook kt kg panji tak jumpaaaaaa!!! Haha awak jgn bg alamat jer mohon bagi plan jln skaliiiiiiiiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. erk? hahahaha.. tapi kan saya dah bagi coordinate spaya di-paste-kan kat google map. boleh tengok plan jalan kat situ..
      tapi x pe, lain kali saya bagi peta skali.. hehehe

      Delete
  9. Akak tak pernah perasan ada orang jual aiskrim nie kat RP. Next time nak cari lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada la.. banyak plak tu. bukan 1 moto je... hehe

      Delete
  10. Korang semua xperlu ke Rantau Panjang lagi nak menikmati Aiskrim Baba sebab Aiskrim Wawa yg dijual di jln blkg KB Mall, depan Parkson KB dan simpang 4 jln Bayam & Jln Dato Lundang adalah juga Aiskrim Baba, cuma penjenamaan semula je. Rasa dan harga masih sama.

    ReplyDelete