Sunday, December 9, 2012

Makan2 Klate 12 | Nasi Ulam Cikgu

kali ni, aku membawakan kepada anda semua restoran Nasi Ulam Cikgu. restoran yang bertemakan makanan melayu tradisional, khususnya ulam-ulaman. siapa yang suka makan ulam, anda musti singgah kalau pergi ke kelantan.

kampung kraftangan

restoran ni terletak di Jalan Hilir Kota, Kota Bharu, Kelantan. kalau nak senang cari, ianya di sekitar kawasan kampung karftangan di Kota Bharu. nama je kampung, tapi bukan kampung betul. Ianya tempat pelancongan (coodinate : 6° 7'54.62"N 102°14'15.50"E)

makanan utama disini sudah tentunya ulam-ulaman. macam-macam jenis ulam yang aku nampak ada disini. banyak jenis jugak, antara yang aku sempat ingat, ada kacang panjang, kacang bendi, kangkung, terung, timun, pucuk paku, petai, daun salad, kacang botol, dan sebagainya.

nasi ulam cikgu, kota bharu, kampung kraftangan

walaupun ada banyak, tapi tak semua jenis ulam ada. maklumlah, tak kan tokey kedai nak letak semua jenis ulam kat malaysia ni. negara kita kan kaya dengan ulam-ulaman. so, makan je la apa yang ada disitu. (keciwa sebab aku tak nampak ulam raja, pucuk ubi kayu, dan daun serta buah putat - my feveret)

selain tu, ada budu (of course la sebab kat negeri kelantan), sambal belacan (keciwa jugak sebab tak de sambal belacan cili kering - my feveret) dan juga tempoyak.

nasi ulam cikgu, kota bharu, kampung kraftangan

selain ulam, ada jugak lauk lain seperti ikan keli goreng (bapak besar gila kot ikan keli dia), ikan kembung bakar, ayam goreng, dan banyak lagi.

walaupun personally, aku agak keciwa sedikit, tapi memang tak rugi la singgah sini sebab tempat ni macam style la jugak. lagi satu, harga kat sini bagi aku agak murah. serius tak tipu.

jom..!!!

maa'ssalamah,

Pha is

10 comments:

  1. mmg awet muda mkn slalu kat cni kan

    ReplyDelete
  2. Sedapnya budu dengan ikan singge dan ulam ulam. Selalu pergi dating situ. huahua.

    ReplyDelete
  3. pehhh ulam banyak ni yg aku suka ni weh,,lagi2 kcg botol, denga lak harga murah,,belanje weh,hahaha

    ReplyDelete
  4. saya tak minat sayur.. tapi ulam paling saya feveret.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay la tuh.. boleh top up balik.. hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...