Skip to main content

Makan2 Klate 10 | Chim Chum Food Village

chim chum food village
sumber : google

kali ni, kita terjah chim chum food village yang terletak di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. (coordinate : 6° 9'9.57"N 102°16'11.30"E - lebih kurang). restoran ni ala-ala steamboat la. lebih kurang macam 'seoul garden' kalau di penang.  

bayaran 'masuk' cuma RM19.90. lepas dah masuk, makan la banyak mana yang korang nak makan. huh, aku kalau masuk tempat makanan macam ni, "silap besar" la. hehehe..

masa first time datang dengan group member clerkship HUSM. aku di "balik tabir"
sumber : blog izzah
sebenarnya, dah lama aku nak buat review pasal tempat makan ni. tapi, masalahnya, masa aku pergi sana buat pertama kali, makanan kat situ sedap sangat, sampai aku terlupa nak ambik gambar. dari mula masuk sampai kesudah, keje aku makan je. tak buat benda lain dah.

so, apa guna review kedai makanan kalau tak de gambar makanan, yer dok? tapi, bila aku pi buat kali yg kedua pun, aku terlupa lagi nak ambil gambar. khusyuk betol aku makan kat situ. sebab tu gambar-gambar dalam enrty kali ni sama ada aku 'pinjam' dari member aku punya gambar, atau bersumberkan google.

khusyuk betol aku makan kan? sampai tak perasan ada orang ambil gambar.
sumber : blog izzah
makanan kat sini kira okay la. nak kata sedap atau tak, terpulang kepada kepandaian masing-masing. kalau pandai masak steamboat, sedap la jadinya. tapi, bagi aku, semuanya sedap. masak tak masak belakang kira. janji boleh masuk perut.

aku menunjukkan skill menggunakan chopstick. lawan sapa paling terrer dengan wong (berbaju hitam)
sumber : blog izzah 
yang aku perasan, beza sini dengan seoul garden, food village ni lebih kepada makanan ala-ala kampung. (yer la, dah nama pun village kan). kalau soeul garden ada ice cream, sini ada ABC dan cendol. tapi barang-barang "yong tau fu" tu, semuanya ada la.

fish ball, isi ketam, sosej, dan lain2.
sumber : google
selain tu, ada jugak laksa, mee, nasi goreng, rojak buah, dan macam-macam lagi. rasanya macam banyak sangat kalau nak listkan. so, tak de la makan fish ball semata je. banyak pilihan jugak la.

siap masuk dalam jalan-jalan cari makan lagi.
sumber : food village restaurant FB page
so, berbaloi la untuk disinggah. sangat sesuai untuk makan secara santai. sambil makan, sambil masak, sambil sembang-sembang. santai.. dan bagi yang berselera besar macam aku, anda sangat rugi kalau tak try. sungguh.!!! hehehe...

maa'ssalamah, 
Pha is
  


Comments

  1. aduhai...bestnya ni..
    makan terus

    ReplyDelete
  2. kalau ade kat penang memg aku terjah aje,,yelah, murah kot lau nk bnding ngn seoul garden yg leh cecah pai rm27 dgn student card,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. agak murah.. cma x de eskrem je.. hehehe

      Delete
  3. pergh..da makin berisi aku tgk ko ni faiz..
    duk kelate gak, leh make budu sokmo lah..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik.. x penah2 ko komen kat blog aku nih.. tetiba je.. hahaha

      Delete
  4. wahhh.... best betul tuuu....:)

    ReplyDelete
  5. pha is, dia ada sekali ke tmpt bakar2 mcm seoul garden tu..? yg ayam siap perap2 ke..? wah, boleh terjah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada... tempat masak steamboat, ayam, daging, sotong, udang, semua ada.. hehehe

      Delete
  6. Walopon slalu blik Klate tp blom jejak lg kat situ... huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila balik nanti, boleh try. hehehe

      Delete
  7. tengah duk usya chim chum di klate
    gak nih.. thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  8. Akak terjah sebab tengok dalam rancangan Warung Kita Astro Ria. Tak lama lepas tu, baru tahu restoran tu kepunyaan mother in law officemate akak. Memang superb. Diorang ada kafe baru di RP, Maraschino namanya.

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. nanti, bila berkesempatan, try la. makan sampai puas.. heheh

      Delete
  10. sedapnya mkan steamboat..
    kena try jgk ni.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. dok kelantan saja.. hehehe

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal