Skip to main content

Couple = Bahagia ?


Entry kali ni berkenaan sebuah perbualan santai antara aku dan member aku si Ryuk (bukan nama sebenar). Perbualan yang tak serius pun, sekadar berjenaka.

 * * * * * * * * * * * * * *  * * * * * * * * *  * *

Ryuk : Jangan lupa tolong adjust awek klate kat aku sorang dua kat sana. Ingat tau. I really meant it. hahaha

Pha Is : ceh.. sudah-sudah la tuh Ryuk.. bawa mengucap... heehe..

 Ryuk : hang dok ber-calculate eh dengan aku..isk3

Pha Is : tu la.. dulu dah ada awek, tak mau jaga elok-elok.. sekarang kan dah nak kena cari lain.. siapa yang susah? Aku juga..! hehehe

 Ryuk : hahaha..nak buat macam mana.. semua nya telah tertulis di loh mahfuz.. hehehe

Pha Is : pandai lah hang. Aku ni tak de awek pon, rilex je... hang ni, baru je single kejap, dah sangap* nk cari lain.. hahahha

Ryuki : sengal.. aku juga berhak bahagia.. hahaha

Pha is : hampeh....

*sangap = ketagih (loghat utara)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 

Okay.. berdasarkan kata member aku tuh, mungkin ada manusia yang mencari bahagia dengan ber-awek. kata orang, bila bercinta ni, semuanya indah, segalanya bahagia. Mungkin itu salah satu cara untuk mencapai bahagia. Mungkin... (aku tak tau sebab aku tak ada experience lagi.  hehe..)

tapi kat sini, aku nak kongsikan cara untuk mencapai bahagia selain dari cara yang disebutkan di atas tu. Cara-caranya adalah :

1. beriman dan beramal solih

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.”
(Al-Nahl 16:97)

Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu 'Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. banyak mengingati Allah

“"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
(Ar-Ra'd 13:28)

3. berfikiran positif

Rasulullah SAW bersabda:
"Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu."
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dan banyak lagi. Rujukan :
Ustaz Pahrol Mohd Juoi – Inilah makna bahagia (artikel iluvislam.com)

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan

(UNIC - hakikat bahagia)



p/s :
couple = bahagia? Yer ke? Tolong jawab sat sesiapa yang pernah ada experience.. hehehe..


Comments

  1. couple mmg bahagia. tapi tak ade la bahagia berpanjangn..huhu
    biasa la dalam perhunungan.ade pahit dan manisnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam mana2 hal pun, ada pahit manis.. termasuklah dalam perhubungan dan percintaan.. seelok-eloknya, biarlah bahagia itu datang dari hubungan yang halal dan percintaan yang diredhai-Nya...

      Delete
  2. Hi,makan cecoki sambil bw! Tanam segmen saya disini,sudikanlah diri join ya! http://teenagersareawesome.blogspot.com/2012/11/segmen-bloglist-2013-by-jemah.html

    Lotsoflove; #JemahAwesome *peace*

    ReplyDelete
  3. Kadang-2 tengok orang da biasa kapel ni,bila single..diorang kate xley hidup..tapi makan elok je dua pinggan..acano tu?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha.. tu kes frust menonggeng la kot.. hehehe..

      Delete
  4. Couple=bahagia? Memang ler, nak kalu lepas kawin. Pha is takder experience? Eh boleh caya ker? ;o

    ReplyDelete
    Replies
    1. that's the point..!!! bahagia bila bersama orang yg kita cintai, dalam perhubungan yang sah... hehehe

      eh, betol la... masih "virgin" tau.. hahahaha

      Delete
  5. bergantung pd individu tulah,yg ade mule2 jek bahagia,dan lame2 bosan,kalau aku bahagia aje,hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak couple, bahagia je... hahaha

      Delete
  6. Couple tu memang seronok, tapi berdosa kalau couple pastu putus. Mesti kena kahwin, kalau tak nak tidak perlu couple hanya berkawan biasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak silap saya, walaupun dah berkahwin, tetap berdosa jika sebelum berkahwin lagi bercouple dgn cara yang melanggar batasan agama dan hukum syara'... seelok-eloknya sama-sama bawa bertaubat, walaupun dah kahwin... hehehe

      Delete
  7. Alhamdulillah...KY setuju tips kat atas..

    bercouple ek, kalau benar2 mencintai, tahu menghargai dan saling menghormati..pasti ada bahagia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. jadi, benarlah dalam cinta ada bahagia.. hehehe

      Delete
  8. bahagia sekejap je . ahh pedulikan .

    bolat taknak bercinta selagi tak kurus , fuhh fuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. mcm pernah kechiwa je.. hehhe

      Delete
  9. cpl mmg best,bahagia n blh gla sekali tpi cpl jugak ada pahit n manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. ha ah.. boleh gila skali.. heheh

      Delete
  10. Couple memang membahagiakan tapi still ada manis dan pahitnya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. mana yg lebih dominant yer..? pahit, atau manis..? ehehe

      Delete
  11. tak juga..couple ada bahagia dan deritanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada derita, kenapa orang tak serik2...? adakah bahagia itu lebih banyak dari derita..? heheh

      Delete
    2. tak serik sebab kita sentiasa akan cuba mencari couple yang lebih banyak bahagia dr derita :D yang pasti kita perlu hidup berpasangan itu satu tuntutan hidup dan juga Agama :) tapi tak nak sebut couple lah pasangan hidup. lari tajuk ke?hehe

      Delete
    3. tak2.. tak lari tajuk pun.. masih dalam skop perbincangan.. hehehe...
      smoga iima berbahagia bersama pasangan hingga ke syurga.. hehehe

      Delete
  12. bahagia tu...mmang hak semua orang...kalau couple banyak2,boleh rasa ka ke'bahagia'an tu? confuse2...huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. "couple banyak2"..??? hahahaha... hmmm.. asalkan diorg bahagia.. hehehe

      Delete
  13. Replies
    1. knapa sampai tertelan air liur nih..? ceciter, ceciter.. hehehe

      Delete
  14. apalah gunanya bahagia tu kalau dosa dapat jugak en?

    ReplyDelete
  15. tercatat di loh mahfuz ye.. hahahaha
    ni kelakar :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.. suka ati dia je.. hahaha

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac